Utama Blog Laman 215

Lenovo S930 Review (Malaysia)

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gajet adalah medium pengantara antara komunikasi manusia, baik yang muda atau tua pasti memilikinya, apa tah lagi anak kecil?

Tentu pembaca artikel ini juga memiliki gajet yang canggih kan? Pastinya keperluan gajet ini adalah satu kemestian bagi kita. Pelbagai perkara boleh kita lakukan untuk mengisi masa terluang, tetapi…jangan lupa tanggungjawab jika anda seorang suami/ isteri.

Oppss..saya bukan nak bersyarah tetapi ingin berkongsi dengan anda. Terima kasih daun keladi kepada admin kerana sudi memberi saya ruang untuk berkongsi dengan pembaca OMG! Hackers?.

Anda pernah dengar telefon pintar mudah alih LENOVO?

Alihkan perhatian anda kepada jenama ini sebentar kerana ianya lebih berbaloi dari jenama lain yang tidak ingin saya sebutkan *tentu anda tahu*. Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai penggunaan Lenovo S930 yang saya beli pada Disember 2013. Saya ingin imbas kembali pengalaman saya mengenai penggunaan telefon pintar mudah alih jenama lain yang pernah saya guna. Bagi saya ianya memang menepati citarasa. Tetapi jika anda seorang yang mementingkan nilaian harga yang rendah tetapi berbaloi, saya sarankan anda menggunakan Lenovo.

Dari segi penggunaanya sangatlah ‘superb’. Saya beri anda spesifikasi telefon pintar mudah alih ini dahulu jika anda ingin bandingkan dengan jenama lain;

Sumber : GSM Arena

Harga pasaran sekitar kuala lumpur adalah RM1100.00. Jika anda ingin dapatkannya, pastikan ianya bukan AP set atau klon.

Gaming:

Peranti ini menggunakan pemproses MediaTek MT8582, Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7, dan menggunakan PowerVR SGX544 sebagai pemproses grafik. Dari segi prestasi untuk kepermainan (gaming), saya memang tiada komen buruk mengenai telefon ini kerana setiap permainan yang mempunyai kualiti grafik yang tinggi seperti Nova 3, Modern Combat 4: Zero Hour, Dead Trigger 2, dan lain-lain lagi yang ‘dilontarkan’ kepadanya memang tiada masalah dari segi lagging dan sebagainya.

Setiap permainan dapat dimainkan dengan cemerlang sekali. Tiada lag, tiada glitch, tiada komplen. Hehe..

Kualiti Audio:

Seperti yang dapat anda lihat pada spesifikasinya, Lenovo S930 dikuatkuasakan dengan ‘Dolby Digital Plus Sound Enhancement‘. Selain itu, ia mempunyai dua speaker yang ditala ke depan, tidak seperti telefon-telefon bimbit pintar lain yang ditala ke belakang. Tak lupa juga dua speaker tersebut bunyinya teramatlah cemerlang, dan ia juga stereo, maka setiap video atau apa juga bunyi yang keluar melaluinya amatlah memuaskan hati. Saya mesti pilih! Hahaha!

Kualiti Kamera:

Kamera belakang yang dimuatkan dalam peranti ini beresolusi 8MP, beserta flash. Kamera di depan pula beresolusi 1.6MP, cukup untuk anda buat aksi selfie dan muat naik terus ke laman Facebook. Saya tak dapat nak komen banyak mengenai kamera kerana rasanya ia patut diulas panjang dalam entri yang lain. Tetapi cukuplah saya lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda supaya anda dapat nilai sendiri kualiti gambar dari kamera 8MP-nya:

Jangka Hayat Bateri (Battery Life):

Lenovo S930 dimuatkan bersama bateri removable Li-Po 3000 mAh. Sila abaikan spesifikasi dari GSM Arena yang mengatakan ia non-removable, kerana berkemungkinan ia satu cubaan sabotaj terhadap Lenovo. Hehehe..

Jika anda ‘rajin’ menggunakan aplikasi seperti Telegram, WhatsApp dan Facebook, serta sentiasa kekal diatas talian dari mula anda discharge, InsyaAllah baterinya boleh bertahan dari 7.00AM hingga 12.00AM. Jadi saya jangkakan kalau ia tidak digunakan secara intensif, baterinya boleh bertahan dalam dua hari. Memang terbaik.

Rumusan:

Kalau anda mahu sebuah telefon bimbit phablet bersaiz besar (6 inci), mempunyai kualiti speaker yang mengagumkan, kualiti kamera yang boleh diharap sentiasa, kualiti bateri yang sangat memuaskan hati, pemproses yang mampu mengendalikan setiap tugas-tugas berat dan gaming yang intensif, maka pakej berkualiti semua dalam satu ini InsyaAllah ada dalam Lenovo S930.

Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat membuka mata dan minda kepada jenama ini kerana sebelumnya ia sudah ‘well established’ dalam dunia Laptop, dan kini ia cuba bersaing pula dalam arena telefon bimbit pintar. Beri peluang kepada Lenovo, dan beri peluang kepada diri anda sendiri untuk merasai teknologi yang cuba dibawa oleh pesaing baru ini.

Saya yakin anda akan pasti berpuas hati.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

AppOPs Menghalang Dan Melindungi Hak Anda Sebagai Pengguna

0

Bismillah irRahman irRahim.


Assalamualaikum,

Dengan kepantasan teknologi zaman sekarang tidak akui ramai yang tidak sedar Hak mereka sebagai pengguna dicemari dengan aplikasi-aplikasi yang mencuri data-data pengguna secara senyap .

Dengan itu saya menasihati agar pengguna lebih berhati-hati . adakah perlu kita mengambil berat tentang nya ?
YA kita Perlu ! sebagai pengguna .

Seperti kenyataan seorang pengguna .

Ambik dr group lain…
maaf semua…adalah dinasihatkan supaya UNINSTALL apps TELEGRAM yang di beritau semalam..sebabnya apps tu ada FULL ACCESS ker phone kita …reason nya bimbang kalau kalau kita ada buat ONLINE BANKING…apps tu boleh access kita punya SMS data….harap bertindak segera…
sebab nya..TAC yg kita dapat thru SMS…apps TELEGRAM ni boleh access…so UNINSTALL jer la apps ni.
Betul ker cuba tolong semak …. Pada yg pakar …….
Kalo tak betul aku nak install ….
aku dah google sebelum ni, kalau ikut security review memang ada risiko utk sapa guna internet transaction guna TAC sebab possible dia boleh read sms even dia claim even admin tak leh baca sebab semua msg encryted with their own MTProto protocol. mamat yang buat ni asal russia , feature lain memang better than whatsapp. kalau tk ada keperlun takat ni aku rasa tak yah pakai lagi. aku dah install, akan uninstall sebelum buat internet banking … betul ke ni???bleh bagi komen skit tuan2 pakar skalian..risau gak kalau camni…-Syawal-




Dengan itu saya memperkenalkan AppOps ,  direka untuk menghalang mencuri dengar, melindungi kamera, mikrofon, GPS, Bluetooth, NFC, WiFi dan “lain-lain data yang berisiko tinggi”.

Telegram  & Whatsapp adalah salah satu pesanan ringkas yang kian popular dikalangan pengguna-pengguna peranti mudah alih yang sekarang makin berkembang , baik murah ataupun mahal.
jika kita lihat gambar diatas , telegram mengakses data pengguna seperti yang ditunjukkan gambar diatas. agak tidak memeranjatkan saya  kerana setiap aplikasi di buat akan mengakses data pengguna untuk tujuan penyelidikan mahupun dijual ke pihak ketiga . 
Dengan menggunakan App Ops , pengguna mampu mengawal setiap akses akses aplikasi yang telah di muat turun mahu pun aplikasi yang tidak tahu kesahihan nya .Seperti rajah di atas , saya telah mengawal diantara penting nya adalah modify contacts dan read contacts kerana kedua-dua ini adalah mampu membaca dan dalam masa sama mengakses Acc bank , No telefon , SIM card … dengan mengawal dan selia setiap akses aplikasi-aplikasi , kita tidak perlu risau tentang penyebaran data-data pengguna yang telah di hantar ke pihak ke 3 , kerana encryption App ops mampu menyembunyi kan data-data pengguna peranti mudah alih masa kini .In syaa Allah.

AppOps juga boleh didapati di Google PlayStore dan Xpose Framework , dengan itu segala aplikasi yang dimuat turun atau crack version yang berisiko tinggi untuk mengakses data pengguna walaupun kita lihat aplikasi itu adalah yang remeh temeh tapi kita tidak boleh mengambil mudah tentang privasi kita sebagai pengguna.

Sekian , In Syaa Allah ilmu yang diberi manfaat untuk semua pembaca OMG!Hackers .
Wassalam.

Sistem itu adalah Musuh ku ,Berkawan dengan Musuh ku kelak , Maka ia akan memberitahu tentang Musuhku.

-Better Silent then Proud to be defacer- 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Deluge Dan Cara Pemasangan

0

Salam alaik, dan bersua lagi kita didalam entri seterusnya. Entri kali ini berkenaan dengan tutorial, atau cara-cara pemasangan Deluge ke dalam ubuntu dengan menggunakan WebUI. Sebelum itu, saya akan terangkan pengenalan untuk Deluge ini dan apakah kebaikan dan keburukannya.

Deluge adalah satu client yang berciri penuh untuk Linux, OS X, Unix dan Windows. Ianya menggunakan libtorrent dan ianya mempunyai pelbagai “multiple user-interfaces” termasuk “GTK+”, web dan console. Ianya telah direka dengan menggunakan model pelayan pelanggan dengan proses “Daemon” yang mengendalikan semua aktiviti BitTorrent. Daemon juga mampu berfungsi tanpa dikawal dan juga dapat disambung dari jauh tidak kira dari mana-mana platform. 

Bagaimana pula dengan ciri-cirinya?
– Perpecahan Core/UI membolehkan Daemon berfungsi untuk menjalankan proses Deluge.
– Penyambungan jauh dari mana-mana platform kepada Daemon Deluge.
– Web UI
– Console UI
– GTK+ UI
– Penyulitan Protokol BitTorrent / BitTorrent Protocol Encryption
– Mainline DHT
– Local Peer Discovery (aka LSD) / Penemuan Peer Tempatan (aka LSD)
– FAST protocol extension
– Pertukaran peer µTorrent / µTorrent Peer Exchange
– UPnP dan NAT-PMP
– Sokongan proksi
– Web Seed
– Private Torrents
– Had Global dan kelajuan per torrent / Global and per-torrent speed limits
– Jadual untuk konfigurasi jadual bandwidth / Configurable bandwidth scheduler
– Perlindungan kata laluan / password
– RSS (melalui Plugin)

Bismillah, jadi saya mulakan tutorial cara-cara memasang Deluge WebUI di Ubuntu.

Kita akan memasang Deluge versi 1.2.2 untuk keluaran Lucid, atau versi 1.3.0 keluaran Maverick. Disini saya akan sertakan screenshot bagi memudahkan anda dapat memahami apakah langkah yang akan dibuat untuk seterusnya.

Perkara pertama sekali, buatkan satu user baru dengan nama deluge dan kita akan lakukan beberapa langkah untuk pemasangan mula.

sudo adduser –disabled-password –system –home /var/lib/deluge –gecos “SamRo Deluge server” –group deluge

sudo touch /var/log/deluged.log

sudo touch /var/log/deluge-web.log 

sudo chown deluge:deluge /var/log/deluge*

Dan kita akan mulakan pemasangan Deluge terlebih dahulu.

sudo apt-get update

sudo apt-get install deluged -y 

Dan seterusnya kita akan memasang Website Interface untuk Deluge dengan arahan:

sudo apt-get install deluge-webui 

Jalankan fungsi Daemon pada “startup”

Sekarang, komponen yang kita perlukan sudah pun dipasang. Oleh itu, kita perlu memastikan segala-galanya komponen-komponen tersebut berfungsi pada permulaan. Jadi, kita wujudkan satu skrip pertama yang perlu kita menaip arahan/command berikut didalam PuTTY, ataupun Terminal.

sudo nano /etc/default/deluge-daemon

Tekan enter, dan masukkan 5 arahan ke dalam file tersebut seperti yang dibawah:

# Configuration for /etc/init.d/deluge-daemon
# The init.d script will only run if this variable non-empty.
DELUGED_USER=”deluge”
# Should we run at startup?
RUN_AT_STARTUP=”YES”

Untuk keluar dari editor, tekan CTRL+X dan tekan Y, dan selepas itu tekan enter untuk menyimpan fail tersebut. 

Wujudkan “Init Script”


Sekarang kita memerlukan satu skrip yang dipanggil “Init Script”. Skrip ini agak panjang tapi kita boleh melakukan penyalinan dengan lebih banyak untuk melaksanakan skrip ini. Jadi, taipkan arahan ini didalam skrip seperti dibawah:

sudo nano /etc/init.d/deluge-daemon

Dan salin skrip ini. Klik disini untuk dapatkan skrip tersebut. Dan letakkan didalam skrip tersebut:

Untuk keluar dari editor, tekan CTRL+X dan tekan Y, dan selepas itu tekan enter untuk menyimpan fail tersebut.

Sekarang, kita perlu membuat skrip ini “executable”. Jadi:

sudo chmod a+x /etc/init.d/deluge-daemon

Sekarang kita perlu memastikan skrip ini berjalan pada permulaan. Jadi, gunakan arahan/command ini:

sudo update-rc.d deluge-daemon defaults

Dan, selesai! Lakukan reboot pada server anda dengan menaip:

sudo reboot -h now

Jadi, untuk mengakses masuk ke dalam Deluge, gunakan port 8112 sebagai Web Interface. Sila open port untuk 8112 untuk bahagian Deluge.

Contoh: 192.168.1.101:8112 ataupun www.yourdomain.com:8112

Gambar di bawah sebagai contoh Deluge WebUI berjaya dipasang:

Default password untuk permulaan adalah: Deluge
Untuk pertukaran kata laluan, sila ikut seperti gambar di bawah:

 Tempat untuk memuat turun? Kita wujudkanlah symlink. Tak gitu? Hihi.

Ikut arahan/command dibawah:

sudo ln -s /var/lib/deluge /var/www/<nama folder yang anda inginkan>

Pastikan anda telah memasang webserver seperti Apache2, Lighttpd, Nginx dan lain-lain.

Jadi, sekian. Jika ada masalah, sila berhubung dengan saya di email: epysnz@rc.my

Sekian, salam alaik. 🙂

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Revolusi Telegram

0
Bismillah irRahman irRahim.
Assalamualaikum pembuka simpulan madah perkongsian ilmu yang sedikit sebanyak bermanfaat kepada seluruh umat manusia hendaknya.
Rasanya dewasa ini kita sedia maklum bahawa kehadiran lambakan aplikasi pesanan ringkas , dari WhatsApp Messenger sehinggalah ke Blackberry Messenger . Dari Wechat sehinggalah ke LINE sebagai pengganti kepada sistem pesanan ringkas SMS dan panggilan suara yang amat penting dalam perhubungan jarak jauh antara anak dan ibunya, isteri dan suaminya, kekasih dah buah hatinya, pekerja kolar putih dengan skandalnya bahkan ianya tidak terbatas sekadar batasan geografi dan garis jalur politikal buat para penduduk planet ketiga dalam galaksi bima sakti yang tercinta ini.
Namun begitu, racikan dan repekan kali ini bukanlah berkisar tentang WhatsApp Messenger atau aplikasi sezaman dengannya, tetapi lebih kepada Telegram, satu buah tangan terbaik dari syarikat Telegram LLC buat penggemar aplikasi seperti WhatsApp Messenger.
Beberapa kelebihan Telegram yang ternyata selangkah ke hadapan mendahului WhatsApp dari beberapa sudut pandang yang akan membariskan Telegram duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah aplikasi ternama lainnya.
Sebelum saya melalut dan ke laut lebih jauh lagi, di sini saya sertakan sedikit sebanyak deskripsi tentang Telegram yang insyaAllah bakal menarik minat pembaca setia OMGH antaranya ;
 1. Rahsia dan Selamat.
Aplikasi kegemaran ramai, WhatsApp sedikit terkebelakangan dari sudut ini dengan hadirnya aplikasi WhatsApp Sniffer yang menunjukkan setiap apa yang anda bualkan boleh dihidu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi tidak Telegram, setiap butir rangkaian mesej Telegram anda sangat terenkripsi dan berupaya untuk self-destruct bagi mengelakkan ianya dari diakses pihak yang tidak bertanggungjawab insyAllah .
Seperti yang tertera pada rajah di sebelah, beberapa ciri ciri keselamatan disediakan kepada pengguna Telegram berbanding WhatsApp.
2. Sehinga 200 Pengguna dalam satu Kumpulan.
Seperti tertera pada rajah, ini adalah satu berita menggembirakan, Telegram mampu menampung sehingga 200 pengguna dalam satu kumpulan berbanding hanya 50 bagi servis yang sama yang disediakan oleh pihak WhatsApp.
3. Cloud-Based.
Tidak cuma seperti WhatsApp yang hanya boleh diakses pada satu peranti dalam satu masa, dengan Telegram anda boleh mengakses pesanan anda melalui beberapa peranti.
4. Percuma.
Berbanding WhatsApp yang hanya percuma kepada pengguna untuk tahun pertama penggunaan, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kos penyelenggaraan kerana Telegram menyediakan perkhidmatannya dengan percuma selamanya dan tiada caj bulanan.
5. Berkuasa.
Dengan Telegram, anda tidak lagi perlu menyunting video dan gambar yang ingin dihantar. Telegram menyediakan perkhidmatan ini dengan fail bersaiz sehingga 1Gb.
6. Mesra pengguna.
Rujuk rajah betapa gembiranya pengguna Telegram dengan servis yang disediakan.
Cukup sampai disini ceritera tentang Telegram Messenger dan beberapa ciri ciri termasuk kelebihan Telegram berbanding aplikasi gergasi sedia ada, WhatsApp Messenger khasnya.
$day = TELEGRAMINSTALLDATEHERE;

if (Today == $day) {
echo ‘HAPPY TELEGRAMMING!’;
} else {
echo ‘Entah Zaman Bila orang main Waksap’;

Saya yang gembira merapik,
Mim Jawi,
Log keluar.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

4 Permainan PC yang Popular

0

Salam OMG! Hackers?

Hai rakan-rakan semua, sudah lama saya tidak menjalankan tugas di sini sebagai pensharing. Ok kali ini saya nak share dengan anda semua 4 games yang boleh dianggap popular pada zaman kini iaitu Call of Duty : Ghost, Battlefield 4, Fifa 2014 dan Assasin Creed IV : Black Flag.

Call of Duty : Ghost

Info


System Requirements

OS: Windows 7 64-Bit / Windows 8 64-Bit Only
CPU: Intel Core 2 Duo E8200 2.66 GHZ / AMD Phenom X3 8750 2.4 GHZ or better
RAM: 6 GB RAM
HDD: 40 GB HD space
Video: NVIDIA GeForce GTS 450 / ATI Radeon HD 5870 or better
Sound: DirectX compatible sound card
DirectX : DirectX 11
Internet: Broadband connection and service required for Multiplayer Connectivity. Internet connection required for activation.

Specifications
Company: Infinity Ward
File Size: 33600 MB

Installation Guide
The full version of Digital Hardened Edition is not simply a setup file in the directory, copy crack game to run and play.

If your system has less than 6 GB of RAM is the minimum RAM requirement can apply Ram Fix Crack 4 GB of games to be played down and be able to use.


Size: 33600 MB
Digital Hardened Edition crack full version by SKIDROW
Download – Part One
Download – Part II
Download – Part III
Download – Part IV
Download – Part V
Download – Part VI
Download – Part VII
Download – Part VIII
Download – Part Nine
Download – Part I
Download – Part XI
Download – Part XII
Download – Part XIII
Download – Part XIV
Download – Part XV
Download – xvi
Download – Part XVII
Download – Part XVIII
Download – Part XIX
Download – part of the twentieth
Download – Part XXI
Download – Part Twenty Two
Download – Part Twenty-Three
Download – Part Twenty-Four
Download – Part Twenty Five
Download – Part Twenty-Six
Download – Part Twenty Seven
Download – Part Twenty-Eight
Download – Part Twenty-Nine
Download – Section C
Download – Part Thirty-first
Download – Part Thirty-second
Download – Part Thirty-Three
Download – Part Thirty-Four

Size: 23300 MB
BlackBox compressed version
Download – Part One
Download – Part II
Download – Part III
Download – Part IV
Download – Part V
Download – Part VI
Download – Part VII
Download – Part VIII
Download – Part Nine
Download – Part I
Download – Part XI
Download – Part XII
Download – Part XIII
Download – Part XIV
Download – Part XV
Download – xvi
Download – Part XVII
Download – Part XVIII
Download – Part XIX
Download – part of the twentieth
Download – Part XXI
Download – Part Twenty Two
Download – Part Twenty-Three
Download – Part Twenty-Four

Crack SKIDROW Games Edition
Download – Size: 96 KB

Update Reloaded Version
Download – Size: 126 MB

Crack for systems that have less than 6 GB of RAM (Ram Fix)
Download – Size: 5 MB

Battlefield 4

Info

System Requirements

OS: Windows Vista SP2 32-bit
Processor (AMD): Athlon X2 2.8 GHz
Processor (Intel): Core 2 Duo 2.4 GHz
Memory: 4 GB
Hard Drive: 30 GB
Graphics card (AMD): AMD Radeon HD 3870
Graphics card (NVIDIA): Nvidia GeForce 8800 GT
Graphics memory: 512 MB

Specifications
Brand: Electronic Arts
File Size: 21100 MB

Installation Guide
The full version of Digital Deluxe Edition Setup file is not pre-installed, just copy the crack to play the game folder and run the game.

Size: 21100 MB
Digital Deluxe Edition Crack by SKIDROW version
Download – Part One
Download – Part II
Download – Part III
Download – Part IV
Download – Part V
Download – Part VI
Download – Part VII
Download – Part VIII
Download – Part Nine
Download – Part I
Download – Part XI
Download – Part XII
Download – Part XIII
Download – Part XIV
Download – Part XV
Download – xvi
Download – Part XVII
Download – Part XVIII
Download – Part XIX
Download – Part Twenty
Download – Part XXI
Download – Part Twenty Two

Size: 17800 MB
BlackBox compressed version
Download – Part One
Download – Part II
Download – Part III
Download – Part IV
Download – Part V
Download – Part VI
Download – Part VII
Download – Part VIII
Download – Part Nine
Download – Part I
Download – Part XI
Download – Part XII
Download – Part XIII
Download – Part XIV
Download – Part XV
Download – xvi
Download – Part XVII
Download – Part XVIII

Crack Fix SKIDROW
Download – Size: 11 MB

Update crack version by SKIDROW – Size: 748 MB
Download – Part One
Download – Part II

Update Kirk Edition by SKIDROW – Size: 756 MB
Download – Part One
Download – Part II



Fifa 2014


Info

System Requirements

OS: Windows Vista SP1 / Windows 7/8
CPU: 1.8 GHz Core 2 Duo
RAM: 2GB RAM for Windows Vista & Windows 7/8
Disc Drive: DVD-ROM at 8x Speed
Hard Drive: 8.0 GB, with additional space required for saved games and DirectX 9.0c installation
Video: 3D accelerated 256 MB video card with support for Pixel Shader 3.0
Minimum Supported Video Cards: ATI Radeon HD 3600, NVIDIA GeForce 6800GT
Sound Card: DirectX 9.0c Compatible
DirectX: 9.0c

Specifications
Company: EA Canada
File Size: 6500 MB

Installation Guide

ULTIMATE EDITION-FULL UNLOCK 3DM version does not require installation, just do the instructions to crack the game crack
Dep files to download first, then play it locally installed copy and run it via Run as Admin and press Enter then restart your system and install the game and copy crack version 4 place game It can run on Windows 8, 7 This method has been tested.

Version 5 final Crack is crack and it works on Mac OS 8 and 8.1

Size: 6500 MB
Ultimate Complete ULTIMATE EDITION-FULL UNLOCK 3DM

Download – Part One
Download – Part II
Download – Part III
Download – Part IV
Download – Part V
Download – Part VI
Download – Part VII
Download – Part VIII
Download – Part Nine
Download – Part I
Download – Part XI
Download – Part XII
Download – Part XIII
Download – Part XIV

Crack Version 4 3DM
Download – Size: 29 MB

Crack Version 5 with Update
Download – Size: 57 MB

Dep file
Download – Size: 23 KB 



Assasin Creed IV : Black Flag

Info

System Requirements

CPU: Intel Core2Quad Q8400@2.6 GHz or AMD Athlon II X4 620@2.6 GHz
RAM: 2 GB RAM
VGA: Nvidia Geforce GTX 260 or AMD Radeon HD 4870 (512MB VRAM with shader Model 4.0 or higher)
DX: DirectX 10
OS: Windows Vista SP or Windows 7 SP1 or Windows 8 (both 32/64bit versions)
HDD: 30 GB available space
Sound: DirectX Compatible Sound Card with latest drivers

Specifications
Company: Ubisoft Montreal
File Size: 11100 MB

Size: 11100 MB
Digital Deluxe Edition Crack by SKIDROW version

This version is pre-installed and just copy the crack to play the game folder and run the game.

Download – Part One
Download – Part II
Download – Part III
Download – Part IV
Download – Part V
Download – Part VI
Download – Part VII
Download – Part VIII
Download – Part Nine
Download – Part I
Download – Part XI
Download – Part XII

Size: 17200 MB
Golden Edition crack version by SKIDROW

This version is pre-installed and just copy the crack to play the game
folder and run the game, this version also has the ability Multiplayer.

Download – Part One
Download – Part II
Download – Part III
Download – Part IV
Download – Part V
Download – Part VI
Download – Part VII
Download – Part VIII
Download – Part Nine
Download – Part I
Download – Part XI
Download – Part XII
Download – Part XIII
Download – Part XIV
Download – Part XV
Download – xvi
Download – Part XVII
Download – Part XVIII

Size: 17500 MB
Shaggy Edition RELOADED

This version is good quality and usually will run without problems.

Download – Part One
Download – Part II
Download – Part III
Download – Part IV
Download – Part V
Download – Part VI
Download – Part VII
Download – Part VIII
Download – Part Nine
Download – Part I
Download – Part XI
Download – Part XII
Download – Part XIII
Download – Part XIV
Download – Part XV
Download – xvi
Download – Part XVII
Download – Part XVIII

File Encryption Password : www.p30download.com

*Credit Direct Link Sponsored by P30DOWNLOAD. Sharing by SSSL

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tongbu: Aplikasi Pengurusan Semua Dalam Satu Untuk Peranti iOS

0
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Bagi pengguna iDevices sudah tentu anda tahu itunes dan peranti anda tidak dapat dipisahkan. Ini kerana jika anda ingin menambah lagu, video atau gambar ke peranti anda mesti melalui itunes bukan. Di sini saya ingin kongsikan aplikasi yang boleh menggantikan itunes iaitu Tongbu. Kenapa saya mencari alternatif kepada itunes? Ini disebabkan saya telah pun authorize(memberi kuasa) akaun itunes saya melebihi 5 kali. Setiap akaun itunes hanya dibenarkan untuk authorize itunes maksima sebanyak 5 kali sahaja.
Kenapa perlu authorize itunes? Ini kerana jika anda ingin membuat fail sandaran (backup) peranti iOS, anda perlu memberi kuasa kepada itunes untuk membenarkan fail sandaran dibuat untuk semua fail didalam peranti anda. Jika anda tidak memberi kuasa diperlukan, maka fail aplikasi yang ada di dalam peranti anda akan dipadamkan sepenuhnya. Membuat fail sandaran sangat penting jika anda ingin mengemas kini firmware anda ke rilisan yang terbaru.
Jika anda sambungkan peranti anda maka paparan ini akan kelihatan
 Klik pada contact jika anda ingin membuat fail sandaran, operasi sama juga pada sms.
Klik pada Apps jika anda ingin mengurus aplikasi anda seperti kemaskini atau backup.
Cara untuk backup semua aplikasi.
Salah satu fungsi yang saya suka ada dalam perisian ini adalah File Manager. Jika sebelum ini saya menggunakan iFunbox untuk salin dan tampal fail ke dalam iphone contohnya fonts dan mod fail untuk game, kini hanya dengan aplikasi Tongbu semua tugas dapat dijalankan dengan sempurna tanpa perlu memasang aplikasi lain.
Sebenarnya banyak lagi anda boleh lakukan dengan aplikasi ini, tetapi anda cubalah sendiri. Saya cuma boleh bagi beberapa contoh sahaja. Anda juga boleh memasang perisian crack dengan menggunakan aplikasi ini, serta buang fail cache anda.
Untuk muat turun perisian Tongbu untuk Windows sila klik pautan tersebut: [Link]
Selamat mencuba..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Memperbaiki Font atau Text Blurr di Firefox

0

Salam kepada pembaca sekalian,

Kali ini adalah simple tutorial tetapi akan membantu kepada ramai yang
menghadapi masalah yang akan merasa tidak selesa apabila membaca
perkataan di website menjadi blurr atau tidak jelas dan amat susah untuk
dibaca.

Apakah punca perkara ini berlaku?

Ianya disebabkan function yang ditambah oleh firefox dalam diam
sekiranya anda memasang firefox yang terbaru. Function tersebut adalah
“Hardware Acceleration”. Mungkin pada dasarnya mungkin akan membantu
tetapi ianya mempunya sedikit masalah dan perlu diperbaiki oleh pihak
firefox.

Jadi di sini saya akan berkongsi tutorial untuk memulihkan masalah ini.

Cara Pertama

1. Untuk permulaan make sure anda save dulu segala email atau kerja-kerja yang anda lakukan di pelayar web musang api.
2. Seterusnya klik butang oren yang berada di atas bahagian kanan
firefox dan tekan butang Option atau pergi ke Tools > Options.
3. Di Firefox Option pilih Advance Tab > Pilih General.
4. Pada setting list cari checkbox > Use hardware acceleration when available kemudian untick.
5. Restart firefox anda dan lihat ianya telah pulih.

Cara Kedua

1. Langkah ini anda perlu pergi kepada configuration firefox dengan menaip “about:config” pada URL.
2. Kemudian cari perkataan “gfx.content.azure.enabled” dan setkan dari Value True kepada False dengan cara double click pada bahagian tersebut.
3. Jika masih tidak menjadi anda pergi kepada configuration kembali dan cari perkataan  “gfx.direct2d.disabled” dan setkan kepada Value True dan kekalkan hardware acceleration enabled.

Cara Ketiga

1. Cara ini adalah cara terakhir dan menemui kebuntuan. Iaitu RESET FIREFOX.
2. Anda boleh pergi ke laman web ini Troubleshoot extensions, themes and hardware acceleration issues to solve common Firefox problems.

Akhir kata dari saya selamat mencuba dan menyambut Hari Natal kepada yang beragama Kristian. 

Source from Angelezo Blogspot

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Aplikasi Layan Movie Untuk Android

0

Jika anda biasa dengan laman-laman seperti acg-tube, Pencuri Movie, atau Njoy Tube, maka anda patut tahu ada satu lagi laman yang serupa iaitu Layan Movie.

Baru-baru ini Admin laman Layan Movie telah mengeluarkan aplikasi mereka yang tersendiri dan nama aplikasi tersebut diberikan bersempena nama laman web mereka iaitu ‘Layan Movie’. Aplikasi ini khas untuk peranti Android dengan keserasian versi 2.2 ke atas.

Setelah saya selesai muat turun, maka bermulalah sesi pemasangan dan ujian ke atas aplikasi ini:

1. Pasangkan aplikasi ini:

2. Anda akan disambut dengan paparan seperti dibawah:

3. Kemudian anda perlu tunggu sebentar untuk aplikasi ini memuat turun data:

4. Ini ialah paparan lalai (default) yang menampilkan kategori filem seperti English, Hindi, Chinese dan lain-lain.

5. Apabila anda seret ke sebelah kanan, ia akan paparkan seperti berikut pula:

6. Ini ialah paparan bagaimana filem yang dimainkan kelihatan. Disebabkan filem tersebut dihoskan didalam Google Drive, maka tiada butang ‘full screen’ untuk ditekan. Harap maklum.

7. Yeahhh.. ikon Layan Movie sudah siap sedia untuk ditekan.

8. Setiap filem akan diberikan sinopsis jalan cerita:

9. Untuk menonton filem yang anda pilih, klik pada ‘Visit website’:

10. Ini ialah paparan ‘Settings’ aplikasi Layan Movie:

Ulasan:

Aplikasi Layan Movie ini telah dibuat dengan baik sekali. Ia menampilkan ciri paparan antaramuka seakan aplikasi YouTube. Jika ada perkara yang boleh ditambah baik, saya cuma berharap akan terdapat pilihan untuk memainkan video kepada external player seperti Dice Player atau MX Player supaya kita dapat memainkan video kepada paparan skrin penuh.

Jika tidak dapat sekalipun, buatlah internal player dan mempunyai kebolehan untuk memainkan video dengan skrin penuh kerana hanya ciri ini sahaja yang menjadikan ia sebuah aplikasi ‘layan movie’ yang terbaik. Selain itu kalau ia boleh ‘meniru’ konsep pemain video aplikasi YouTube yang boleh di-minimize untuk multi-tasking, atau popup player seperti Dice Player, ini akan menjadikan aplikasi ini lebih bagus lagi.

Muat turun : Layan Movie

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Peralatan Jailbreak Evasi0n Dilepaskan Untuk iOS 7

0

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Team Evad3rs terlah melepaskan peralatan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang telah mengemas kini iOS mereka kepada versi 7. Evasi0n untuk peranti Mac dan Windows merupakan “Untethered Jailbreak” boleh didapat di laman web mereka iaitu: [Link]

Perkara yang perlu dilakukan:

  • 5 minit dari masa anda
  •  Sebuah komputer yang menjalankan sistem operasi sekurang-kurangnya Windows XP, Mac OS X (10.6 minima), atau Linux x86 / x86_64.
  • iTunes dipasang jika tiada muat turun di sini: [x86] [x64]
  • Sebuah iPhone, iPad ataupun iPod yang menjalankan iOS 7.0 hingga 7.0.4. (Boleh periksa versi iOS anda di Setting > General > About > Version.
  • Kabel USB untuk menyambungkan peranti anda ke PC.

Jailbreak menyokong peranti tersebut:

  • iPhone 5s, iPhone 5c, iPhone 5, iPhone 4S, iPhone 4, iPhone 3GS
  • iPad Air, iPad 4, iPad 3, iPad 2
  • Retina iPad mini, iPad mini
  • iPod touch 5G

Nota 1: Sila pastikan aplikasi jailbreak dan tweak dari Cydia yang bersandarkan pada MobileSubstrate mungkin ade masalah dengan evasi0n7 untuk iOS 7. Contoh aplikasi seperti iBlacklist. Jadi adalah disarankan jika aplikasi tersebut tidak menyokong iOS 7, jangan gunakannya atau peranti anda akan terperangkap pada boot-loop.

Nota  2: Jika anda gagal untuk jailbreak peranti anda disebabkan anda kemas kini iOS anda melalui OTA(over-the-air), sila buat fail sandaran (backup) menggunakan itunes dan restore semula peranti anda mengunakan itunes dan jailbreak semula.

Selamat Jailbreaking

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

10 Modules Xposed Terbaik

0
Entri ini tidak perlukan intro. Sebab.. saya letih nak taip intro. Silakan baca isi kandungannya.



1. Advanced Power Menu

Kalau biasa menggunakan custom ROM, ini ialah ciri ‘wajib ada’ pada custom ROM tersebut. Ketika ‘zaman kegemilangan’ saya bersama dengan HTC One X, kesemua custom ROM pasti ada Advance Power Menu (APM). Disebabkan Lenovo S890 ini kurang pembangun custom ROM, maka Xposed Modules seperti ini adalah penyelamatnya.

2. Auto VPN Dialog Confirm

Jika anda jenis individu yang kerap menggunakan VPN khususnya OpenVPN, maka module ini adalah khas untuk orang seperti anda, kerana dengannya anda tidak perlu lagi menekan butang/tetingkap ‘confirmation’ untuk menghubungkan rangkaian pada telefon bimbit anda dengan servis VPN.

3. Disable Google Network Location consent

Fungsi module ini juga adalah lebih kurang sama dengan Auto VPN Dialog Confirm. Kebiasaannya ketika anda tandakan pada kotak untuk membenarkan Google menggunakan lokasi anda, akan muncul tetingkap ‘confirmation’. Jadi module ini mematikan atau ‘membuang’ kotak tersebut dari pandangan anda.

4. Enable Swiftkey Prediction on More Fields


Bagi pengguna Swiftkey seperti saya, module ini membantu dari segi penambahan ‘prediction’ pada ruang-ruang yang kebiasaannya ia tidak muncul, contohnya ruang log masuk e-mel, laman-laman web dan lain-lain lagi. Sejauh yang saya guna, sedikit-sebanyak module ini menjadikan Swiftkey lebih berguna ketika mengisi maklumat diri.

5. GravityBox

Siapa yang tak kenal dengan GravityBox? Sebuah tool yang sangat berguna untuk ‘Heavy Tweaker’. Didalamnya terkandung pelbagai tweaks yang biasa terdapat dalam custom ROM. Statusbar, Navigation bar, Recent tasks RAM bar dan pelbagai lagi tweaks yang boleh buat anda tidak habis seharian mengkajinya.

6. Music2SD

Anda pengguna tegar Google Play Music? Jika ya, maka sila gunakan module Xposed Music2SD untuk menjadikan setiap lagu yang anda muat turun ditempatkan secara automatik ke dalam sdcard.

7. RemoveUSBStorageWarning

“If you turn on USB storage, some apps you’re using will stop and may be unavailable until you turn off USB storage”

Ok, module Xposed RemoveUSBStorageWarning ini akan ‘membuang’ kotak amaran di atas. Ringkas tetapi membantu mata yang ‘berbulu’ melihat kotak amaran setiap kali menggunakan ruang simpanan USB.

8. XBlast Tools

XBlast Tools ialah sebuah aplikasi yang sama fungsinya dengan GravityBox. Penuh dengan tweak yang boleh menjadikan telefon bimbit pintar anda mencapai potensi maksima. Tetapi anda perlu faham dengan baik dan gunakan dengan betul supaya tidak terjadi perkara-perkara yang tidak baik. “With great power, comes great responsibility”.

9. XVolume

XVolume meningkatkan ‘volume steps’ sama ada kepada 30 atau 45 ‘steps’. Jadi anda boleh meningkatkan atau mengurangkan bunyi dengan lebih baik dari versi stock ROM.

10. YouTube AdAway


Dengan rilisan versi terbaru aplikasi rasmi YouTube, kini Google menempatkan iklan secara rawak di dalam aplikasi itu. Meskipun terdapat aplikasi seperti AdAway atau AdFree untuk Android, namun ia tidak membantu dalam membuang iklan-iklan tersebut. YouTube AdAway bertindak menapis dan seterusnya membuang iklan, jadi anda tidak akan terganggu lagi selepas anda memasang module ini.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline