Aplikasi Layan Movie Untuk Android

Jika anda biasa dengan laman-laman seperti acg-tube, Pencuri Movie, atau Njoy Tube, maka anda patut tahu ada satu lagi laman yang serupa iaitu Layan Movie.

Baru-baru ini Admin laman Layan Movie telah mengeluarkan aplikasi mereka yang tersendiri dan nama aplikasi tersebut diberikan bersempena nama laman web mereka iaitu ‘Layan Movie’. Aplikasi ini khas untuk peranti Android dengan keserasian versi 2.2 ke atas.

Setelah saya selesai muat turun, maka bermulalah sesi pemasangan dan ujian ke atas aplikasi ini:

1. Pasangkan aplikasi ini:

2. Anda akan disambut dengan paparan seperti dibawah:

3. Kemudian anda perlu tunggu sebentar untuk aplikasi ini memuat turun data:

4. Ini ialah paparan lalai (default) yang menampilkan kategori filem seperti English, Hindi, Chinese dan lain-lain.

5. Apabila anda seret ke sebelah kanan, ia akan paparkan seperti berikut pula:

6. Ini ialah paparan bagaimana filem yang dimainkan kelihatan. Disebabkan filem tersebut dihoskan didalam Google Drive, maka tiada butang ‘full screen’ untuk ditekan. Harap maklum.

7. Yeahhh.. ikon Layan Movie sudah siap sedia untuk ditekan.

8. Setiap filem akan diberikan sinopsis jalan cerita:

9. Untuk menonton filem yang anda pilih, klik pada ‘Visit website’:

10. Ini ialah paparan ‘Settings’ aplikasi Layan Movie:

Ulasan:

Aplikasi Layan Movie ini telah dibuat dengan baik sekali. Ia menampilkan ciri paparan antaramuka seakan aplikasi YouTube. Jika ada perkara yang boleh ditambah baik, saya cuma berharap akan terdapat pilihan untuk memainkan video kepada external player seperti Dice Player atau MX Player supaya kita dapat memainkan video kepada paparan skrin penuh.

Jika tidak dapat sekalipun, buatlah internal player dan mempunyai kebolehan untuk memainkan video dengan skrin penuh kerana hanya ciri ini sahaja yang menjadikan ia sebuah aplikasi ‘layan movie’ yang terbaik. Selain itu kalau ia boleh ‘meniru’ konsep pemain video aplikasi YouTube yang boleh di-minimize untuk multi-tasking, atau popup player seperti Dice Player, ini akan menjadikan aplikasi ini lebih bagus lagi.

Muat turun : Layan Movie

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img