Assalamualaikum semua para pembaca sama ada yang baru atau yang telah
lama. First of all saya memohon maaf sebab sudah lama tidak berkongsi di
blog ini atas faktor kesibukan kerja.
Ok kita back to topic, saya melihat ramai di antara kita yang memang
sudah tahu cara-cara nak dapatkan Driver atau dalam bahasa melayunya
pemacu. Ok pemacu nie adalah amat penting dan diperlukan kepada hardware
kerana hardware yang tiada pemacu ibarat kereta yang tiada pemandu.
Kebiasaanya ramai akan mencari driver dengan mengharapkan perisian
driver yang mungkin membantu dan memudahkan sesetengah pihak, tetapi
perasan atau tidak kebanyakkan pengguna yang menggunakan teknik ini
kadangkala akan mendapat masalah driver tidak sesuai dengan perkakasan.
Cara seterusnya pula iaitu satu teknik mencari driver dengan melawat
website manufacture nya sendiri bagi mendapatkan driver tersebut.
Contohnya hardware jenama amd, jadi kita pergi ke website amd. Cara ini
adalah cara yang paling tepat untuk mendapatkan driver tersebut dan
selalunya website mereka lebih uptodate.
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara mencari driver
dengan mendapatkan ID Hardware. Ok masa bila kita akan gunakan teknik
ini?
Kita akan gunakan teknik ini apabila kita tidak dapat mengenal pasti
jenis hardware yang digunakan, atau kita sudah buntu driver susah untuk
diperolehi.
Cara-caranya :-
1) Open Device Manager.
Control Panel > Device Manager
2) Paparan Device Manager akan terpapar. Seterusnya anda pilih hardware
mana yang memerlukan driver. Contohnya saya akan memilih hardware
“Sound, Video and Game Controller”.
Klik kanan pada hardware pilihan > Properties > Details > Property
3) Pada bahagian property anda cari perkataan “Hardware Ids” > Pilih yang pertama dan klik kanan > Copy
4) Buka website ini > http://devid.info/ > Paste ID Hardware ke
dalam kotak carian > Tekan butang search > Pilih jenis operating
system yang anda pakai dan version yang paling latest > Tekan butang
Disket (Download)
5) Tunggu paparan seterusnya dipaparkan > Scroll bawah sikit > Klik Original File
6) Paparan seterusnya > Pilih mana-mana mirror (Recommend Mirror 1) > Kemudian dah boleh download.
Seterusnya anda download seperti biasa dan install. Semoga berjaya. Sekian itu sahaja perkongsian dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca.
Secure Shell Tunneling (SSH) seperti yang telah saya nukilkan sebelum ini (artikel tahun 2011) adalah salah satu kaedah untuk membuat sambungan terenkripsi bagi trafik internet, tidak kiralah sama ada berwayar ataupun tanpa wayar (WiFi).
Telefon bimbit yang dikuasakan dengan sistem operasi Android tidak terkecuali dari menggunakan rangkaian/sambungan internet. Bagi yang inginkan alternatif kepada VPN, maka SSH adalah jawapannya.
Untuk Android, apa yang diperlukan adalah 3 perkara iaitu:
Untuk akaun SSH, anda boleh Google sendiri akaun-akaun yang boleh diperolehi secara percuma. Jika anda mahukan sambungan berkelajuan tinggi, anda boleh langgan pelayan premium, yang biasanya boleh didapati dalam group Facebook. Untuk tutorial mudah ini, saya gunakan akaun dari SSH Account Gratis.
Kaedahnya mudah. Buka aplikasi SSH Tunnel, lalu benarkan akses Superuser. Paparan seperti berikut akan terbuka:
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah masukkan perincian akaun ke dalam tempatnya, kemudian tandakan pada ‘Use socks proxy’ dan juga ‘Global Proxy’. Kemudian klik pada ‘Tunnel Switch’ untuk menghidupkan sambungan SSH.
Setelah itu, tetingkap seperti di bawah akan keluar:
Klik pada ‘Accept’, dan tunggu sehingga sambungan SSH berjaya. Selesai.
Flappy Bird adalah antara permainan yang terkenal dalam kalangan pengguna Android mahu pun iOS pada akhir tahun 2013 hingga awal tahun 2014. Permainan ini telah dibangunkan oleh Dong Nguyen iaitu pembangun yang berasal dari Vietnam dan kemudiannya, diterbitkan oleh .GEARS Studios.
Permainan ini turut memaparkan grafik retro gaya 2D. Dalam permainan ini, pemain harus mengelak burung tersebut daripada berlanggar dengan paip-paip yang mana berfungsi sebagai halangan. Semakin lama anda bertahan, semakin tinggi jumlah skor anda.
Untuk pengetahuan semua, Flappy Bird pernah menaiki tangga pertama dalam carta aplikasi terhangat tahun 2014. Permainan yang diterbitkan pada 24 Mei 2013 ini telah ditarik semula dari Google Play dan App Store oleh pembangunnya sendiri pada 10 Febuari 2014 kerana tidak tahan dengan populariti walaupun berjaya meraih RM160,000 sehari. Selain itu, insiden pembunuhan yang berlaku kerana permainan ini menguatkan lagi sebab kenapa ia harus ditarik semula dari Google Play dan App Store.
Teen Arrested For Killing Brother Over ‘Flappy Bird’ Game http://t.co/nAYhzEn6UP This was bound to happen haha
— Trevor Coad (@TrevorCoad) February 2, 2014
Kalau anda masih berminat untuk bermainan permainan ini, anda boleh muat turunnya di pautan sebelah: Flappy Bird v1.3
[+]Bonus[+] – Godam High Score dalam Flappy Bird
=====================
*ROOT IS REQUIRED*
=====================
1. Buka permainan Flappy Bird dan main setakat mana yang lepas
2. Keluar dari permainan kemudian buka File Explorer (Muat turun di sini)
3. Pergi ke direktori root/data/data/com.dotgears.flappybird
4. Masuk ke folder shared_prefs
5. Tick pada FlappyBird.xml, buka menu dan klik Open in Text Editor
6. Pada value, tukar angka yang anda mahu sebagai skor tertinggi anda. Dalam konteks ini, saya tukar skor daripada ‘4‘ kepada ‘50‘
7. Pergi ke menu dan pilih Save and Exit
8. Fail backup akan turut disertakan, berformat *.bak. Tick pada kotak kecik, dan buang (delete).
9. Buka permainan Flappy Bird semula, biarkan ia terbang sendiri.. tu pun kalau boleh kikiki. Lepas burung mati, skor yang anda tukar tadi akan terpapar.
Sedang kita leka bermain dengan peranti di merata-rata,baik dirumah ,di kedai mamak , dan fast-food .Adakah kita sedar bahawa kita sedang diperhatikan oleh pihak-pihak seperti Penggodam,pihak penyedia layanan internet dan mahupun kerajaan.
Sedang kita leka bermain peranti mudah alih , kita tidak sedar pihak tidak bertanggungjawab telah memerhati dan mengawasi pergerakan kita.
Sebagai Contoh Penggodam ;
Mereka dapat mengakses Peranti mudah alih anda dengan mudah (Tidak semua orang ) untuk mendapatkan maklumat tentang diri anda , kedudukan lokasi anda , No Panggilan rakan-rakan anda.
Dan segala maklumat anda telah diBedil oleh penggodam yang tak bertauliah .Termasuk la sektor-sektor Kerajaan, ISP dan sebagainya.
Walaupun kita mematikan WI-FI . tetapi dengan ada nya Plan rangkaian internet yang kebanyakkan kita memerlukan untuk tugas-tugas harian tidak dapat menyelesaikan masalah untuk mengelak dari diBedil oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Penyelesaian :
Dengan menggunakan aplikasi [root] Pry-Fi dari chainfire , Alamat MAC peranti anda sentiasa menjadi secara rawak dan rambang menjanakan 48-bit ataupun 64-bit , dengan ini pihak tidak bertanggungjawab akan memikir bahawa Alamat MAC anda berjaya dikesan dan digodam.Dengan secara perlahan-perlahan , anda telah berjaya mengubah corak dan digit MAC anda dan segala privasi anda dapat dibendung dan tidak berguna pada mereka (Pihak Tidak Bertanggungjawab) , Setiap kali anda melayari internet atau menggunakan WI-FI , Mac anda sentiasa berubah-berubah.
Dengan Aplikasi ini , anda boleh melayari lama sesawang , lepak kedai mamak , fast-food tanpa menghiraukan anda dijejaki dan diawasi.
Penafian:Pihak OMG tidak akan bertanggungjawab sekirannya berlaku sebarang kerosakan keatas peranti anda.sudah tentu la peranti anda mesti ROOT!
Anda perlu ingat , banyak kaedah-kaedah mengodam peranti anda . Aplikasi ini hanyalah untuk mengolah dan menjana ALAMAT MAC secara rawak .Pelbagai cara untuk mengodam peranti anda.
kaedah Selalu diguna pakai oleh Penggodam: Fern Wifi Cracker
Alhamdulillah , Dengan ilmu ini , mudah-mudahan diberkati . Sekian dan Wassalam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera…dah lama luqman tidak munulis di sini…nak cerita sedikit ni.,dengar ya…malam tadi jam 10.,luqman saja ja ikut kawan pi kedai mamak,ingat kawan nak belanja makan..,tapi dia promosi Pencil.my..luqman ingat benda ni kena jual Pencil kat orang..
TAPI benda ini adalah network marketing sejenis rangkaian pemasaran untuk perniagaan mencari kerja sambilan..Network Marketing menawarkan pelaburan awal yang rendah , biasanya hanya beberapa ratus ringgit untuk Silver..Kebanyakan network marketing ini meminta kawan-kawan anda untuk turut seta sekali disebab untuk menjana pendapatan bagi mereka di atas mereka..
Kita balik bab pensil tadi..luqman dengar ja la umur 20 tahun leh pakai kereta mahal-mahal..kalah anak datuk..luqman dengar pun 50%-50% ja…percaya dengan tidak percaya…mari kita lihat disebalik pencil.my ini…
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Pencil.my merupakan satu produk pendidikan yang dihasil oleh syarikat Pencil Brand Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada November 2012 (no pendaftaran 1019329-D) oleh Tuan Hj Kamal Abdul Razak. Beliau merupakan seorang Senior Lecturer di Malaysian University Science and Technology (MUST). Beliau mempunyai pengalaman selama hampir sepuluh tahun dalam bidang perniagaan dan pendidikan.Syarikat ini telah mendapat status MSC pada 2012 dibawah cluster Infotech.
Produk Pencil Brand Sdn Bhd ini adalah PENCIL.MY. Ianya merupakan produk pendidikan berbentuk portal asas (portal-base) yang menggabungkan platform sosial (Facebook, Tweeter, Google) dan simulasi animasi berbentuk permainan. Golongan sasaran sebagai pengguna adalah pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Ianya bertujuan untuk menarik minat pelajar kepada ‘ketagih’ untuk belajar. Antara ciri-ciri menarik dalam pencil.my adalah :
Soalan akan sentiasa dikemaskini oleh hampir 45 orang tenaga guru yang berpengalaman
sistemnya sentiasa dipantau oleh hampir 30 orang programmer
in-game reward seperti experience, medal dan rank yang dihubungkan terus ke Facebook untuk di’update’ statusnya
boleh berhubung sesama rakan yang menjadi pengguna pencil.my dalam portal
EVOLUSI E-LEARNING
1980-an – Software-base Learning (penggunaan cd dan disket)
1990-an – Web-base Learning (Single Dimension System, Traditional e-learning)
2000-an – Synchronous Learning (Real time learning, conference)
Harga produk.
Produk adalah dalam bentuk PIN yang akan di’generate’ secara automatik apabila anda membeli produk samada dari RESELLER atau SYARIKAT. PIN ini perlu dimasukkan ke portal pencil.my untuk mengaktifkan akaun.
Kemudian anda perlu memilih pakej. Pakej yang ditawarkan terbahagi kepada 3:
(P/S: Harga RM270 jika anda beli dari RESELLER. Jika anda beli dari SYARIKAT, harga adalah RM300. Bulanan tetap sama seperti di atas)
Pakej Reseller
Pencil Brand Sdn Bhd telah melakukan kaji selidik terhadap pelan pemasaran 15 syarikat MLM gergasi di Asia dan terhasillah pelan pemasaran yang MENARIK ini.
Untuk permulaan, pihak syarikat menawarkan 3 pakej:
(Harga kos setiap produk RM150. Harga ini hanyalah untuk RESELLER yang membeli pakej dibawah)
Silver = RM600. Anda mendapat 4 produk. (RM150x4=RM600)
Gold = RM1,200. Anda mendapat 8 produk. (RM150x8=Rm1,200)
Platinum = RM3,000. Anda mendapat 20 produk. (RM150x20=RM3,000)
Ciri-ciri portal:-
Pakej Untuk Usahawan
Pihak syarikat menyediakan 9 bonus untuk networker/reseller. Bonus-bonus ini adalah disediakan untuk memenuhi peringkat perkembangan reseller. Ia juga memberi bonus mingguan dan bonus bulanan. Tujuannya kerana pihak syarikat amat menghargai komitmen anda dan memastikan income jangka pendek dan panjang. Samada anda masih menjual produk, mencari prospek atau ketika anda sudah bersara, income tetap akan di’generate’ hasil dari usaha anda.
1. RETAIL BONUS
Jika anda bandingkan harga pakej reseller dan harga produk
Silver = 4 produk x RM270 = RM1,080. (Untung RM480)
Gold = 8 produk x RM270 = RM2,160. (Untung RM960)
Platinum = 20 produk x RM270 = RM5,400. (Untung RM2,400)
(Untung maksimum 80-100% atas produk sahaja tanpa perlu menaja orang/ mencari downline. No limit dan boleh jual seberapa banyak pun)
2. INTRODUCER BONUS
10% dari nilai pakej yang dibeli dalam nilai RPV (Reseller Point Value)
Untuk setiap RM1, nilai RPV adalah 0.5RPV
Maka,
Silver = RM600 = 300RPV x 10% = RM30
Gold = RM1,200 = 600RPV x 10% = RM60
Platinum = RM3,000 = 1,500RPV x 10% = RM150
(Lagi besar pakej yang downline anda masuk, lagi besar bonus introducer. Tajaan no limit dan dibayar mingguan)
3. TEAM DEVELOPMENT BONUS
4. BINARY PAIRING BONUS
Untuk jangka panjang, anda sebagai leader harus bantu kaki kiri dan kanan anda. Sistem binary digunakan untuk bonus ini yang memberi kelebihan kepada kaki yang lemah untuk dibantu. Sistem ranking digunapakai dengan 10 pangkat. Setiap ranking membolehkan anda menjana pendapatan mingguan seperti diatas.
Syarat kenaikan pangkat :
Anda beli satu pakej, anda adalah Associate
Untuk naik pangkat ke-2 (Negotiator), anda harus menaja 2 orang (kaki kiri dan kanan). Kemudian anda harus pastikan kedua-kedua kaki anda menghasilkan minima 2,500RPV/kaki untuk membolehkan anda naik ke Negotiatot.
Untuk naik pangkat Consultant dan seterusnya dah senang..pastikan seorang dari downline anda (dari kaki kiri dan kanan) naik pangkat ke Negotiator (dengan repeat step 2) dalam bulan yang sama. Maksudnya, kiri 1 Nego, kanan 1 Nego, maka anda akan naik Consultant. Dan begitulah seterusnya.
5. GROUP PLACEMENT INSENTIF BONUS
a) Anda akan memperolehi 2% dari jumlah RPV downline dan ditentukan berdasarkan Sistem Geneology.
b) Bonus ini paling menarik kerana walaupun satu kaki yang jalan, anda tetap dapat bonus sehingga level 8!!
LATAR BEb) Bonus ini paling menarik kerana walaupun satu kaki yang jalan, anda tetap dapat bonus sehingga level 8!!! MENARIK BUKAN?!!
6. Bonus aset (kereta dan property) tajaan syarikat. Dibayar setiap bulan. Layak kereta – pangkat Manager ke atas. Layak property – pangkat Ruby Director.
7. Bonus percutian mewah tajaan syarikat. Dikira berdasarkan TP (Travel Point). Layak – pangkat Negotiator.
(Sila lihat jadual di bawah)
Tips untuk mendapat bonus 5,6 dan 7 ini…bantu group anda bergerak dengan mengambil peluang kelebihan placement dalam sistem binary dan PASTIKAN group anda sentiasa aktif!!
8. PERSONAL RESIDUAL INCOME BONUS
Ini adalah antara bonus yang menarik dan juga pendapatan bulanan anda.
Mengambil konsep Insurans. Komisen akan diperolehi oleh ajen setiap kali insurans diperbaharui. Maka, syarikat telah mengaplikasikan konsep yang sama dalam pencil.my.
Ianya dinamakan sistem SBV. (Subscription Bonus Value). Bermakna setiap kali seorang pengguna/pelanggan memperbaharui pakej langganan mereka setiap bulan, anda sebagai reseller akan mendapat 10% komisen dari nilai SBV. Cara kiraan adalah :
Komisen di atas akan dibayar setiap bulan selagi produk itu terus diperbaharui. Maka, lagi banyak produk anda terjual…lagi banyak income bulanan anda!!!!!
9. TRUE WEALTH INCOME BONUS
Bonus ini adalah komisen yang anda akan terima apabila produk downline anda terjual dan pengguna membayar/memperbaharui yuran bulanan mereka.
Dikira dari Sponsor geneology dan dikira dari level 1 hingga level 8 sahaja
Dikira berdasarkan SBV pakej yang pelanggan langgani
Level 1 = 2% (dari SBV pakej)
Level 2 = 3%
Level 3 = 4%
Level 4 = 5%
Level 5 = 5%
Level 6 = 5%
Level 7 = 5%
Level 8 = 5%
Lihat contoh ini untuk lebih pemahaman :
P/S: Ni serba ringkas..kalau nak tahu lebih lanjut boleh la siasat sendiri..benda ni bagi luqman la..luqman tidak percaya sebab duit tu datang dari mana..banyak la persoalan yang bermain di fikiran..
Kalau la kawan nak masuk benda ni, suruh mereka fikir terlebih dahulu dan siasat benda di skmm…banyak cara nak siasat tapi luqman tidak mahir dalam bab-bab ini..carilah orang yang pandai dalam network marketing.. Renung-renungkan lah dan selamat beramal..
Bismillah irRahman irRahim. Assalamualaikum pembuka simpulan madah perkongsian ilmu yang sedikit sebanyak bermanfaat hendaknya. Lucid Dreaming. Apakah yang dikatakan dengan Lucid Dreaming itu? Lucid Dreaming adalah saat di mana kita dapat mengendalikan mimpi kita sesuka hati kita tanpa batasan sempadan akal fikiran kita. Manfaat Lucid Dreaming.
Pernahkah anda berangan untuk terbang seperti Superman? Berjalan di atas air? Menjelajah angkasa lepas? Menapak ke sesuatu tempat yang belum anda jejaki? Dengan Lucid Dreaming anda mampu mengubahnya. Tidak terbatas kepada itu, ia dikatakan mampu meningkatkan keyakinan diri anda, menambah baik kreativiti anda, serta menakluki ketakutan atau fobia anda. Tatacara Lucid Dreaming.
Pertama sekali, anda haruslah dalam suasana tenang. Mengawal turun naik nafas anda, dan kenakan baju tidur yang tidak ketat dan merimaskan anda. Penggunaan audio seperti Binaural Beats juga dapat membantu anda mencapai Lucid Dreaming. Ketakutan adalah musuh nombor satu kepada Lucid Dreaming, anda harus berani! Buang rasa takut anda jauh jauh. Beg plastik hitam kan ada, sumbat ketakutan anda dalam beg plastik hitam, dan campakkan ke dalam tong sampah hijau DBKL. Kaedah Lucid Dreaming.
Peka terhadap mimpi; ketika anda merasa, melihat, atau mendengar sesuatu yang aneh dan pelik yang tidak mungkin anda temukan di dunia nyata, segera tanyakan pada diri anda, apakah anda sedang bermimpi. Jika anda dapat mengetahui yang anda sedang bermimpi, anda telah berjaya menapak ke dalam dunia Lucid Dream dan apa lagi anda tunggu? Jelajah lah mimpi anda!
Tanya diri sendiri; sekerap yang anda mampu, sewaktu melakukan aktiviti harian anda, tanyakan pada diri anda, “apakah aku bermimpi?” ulang seberapa banyak persoalan ini dalam aktiviti seharian anda sama ada ketika makan, minum, menandas, mengular, mengorat awek 7eleven, atau apa sahaja aktiviti anda sehingga anda akan terbiasa untuk menanyakan soalan tersebut pada diri anda. Ini akan melatih otak anda bertanyakan soalan yang sama ketika anda bermimpi. Jika anda berjaya bertanyakan soalan tersebut ketika anda bermimpi, anda berjaya Lucid Dreaming.
Menulis jurnal mimpi; sediakan pen dan jurnal anda di sebelah bantal busuk anda tidur, kerana hampir semua orang melupakan mimpinya setelah lebih kurang satu jam mereka bangkit dari tidur. Selepas anda tersedar, capai pen dan jurnal anda, tunggu apa lagi? Tulis lah apa yang anda mimpikan. Angelina Jolie ke, Miley Cyrus ke, crush lama anda ke, apa yang anda mimpikan, tuliskan kesemuanya dalam jurnal anda walaupun tak ingat semua, jangan biarkan jurnal anda kosong.
‘A’ untuk awake;ketika anda berada di dalam dunia sebenar, tulis huruf ‘A’ di telapak tangan anda selagi anda terjaga. Apabila ini menjadi kebiasaan anda, anda akan terbawa bawa ke dalam mimpi anda dan apabila anda melihat huruf ‘A’ tersebut di dalam mimpi anda, anda berjaya Lucid Dreaming.
Melihat kembali jurnal mimpi; apa yang anda tulis, lihat semula jurnal yang telah anda tulis, ini mengingatkan anda terhadap mimpi mimpi sebelumnya, yang tanda tandanya mungkin akan kembali muncul dalam mimpi anda seterusnya, dan ini memudahkan untuk anda menyedari yang anda sedang bermimpi. Lucid Dreaming dan Astral Projection tidak banyak bezanya. Untuk lebih faham tentang Astral Projection, anda boleh beli ebook yang ditulis khas oleh saudara Arya Putra kita. Rakyat Malaysia sedikit terkebelakang dari sudut spiritual dan semisal nya. Rajin kan diri anda dengan mengisi bahan bacaan seperti ini untuk memantapkan pemahaman kita. Extra Tidbits : ebook karangan Arya Putra ada diskaun. Rugi kalau tak beli. Dan maafkan saya, tiada gambar gambar susulan untuk anda tatap sebab saya malas nak merangsang otak anda melihat gambar sahaja. Baca baru dapat hadam 😀
Saya yang masih gembira merapik, Mim Jawi Log Keluar.
Gajet adalah medium pengantara antara komunikasi manusia, baik yang muda atau tua pasti memilikinya, apa tah lagi anak kecil?
Tentu pembaca artikel ini juga memiliki gajet yang canggih kan? Pastinya keperluan gajet ini adalah satu kemestian bagi kita. Pelbagai perkara boleh kita lakukan untuk mengisi masa terluang, tetapi…jangan lupa tanggungjawab jika anda seorang suami/ isteri.
Oppss..saya bukan nak bersyarah tetapi ingin berkongsi dengan anda. Terima kasih daun keladi kepada admin kerana sudi memberi saya ruang untuk berkongsi dengan pembaca OMG! Hackers?.
Anda pernah dengar telefon pintar mudah alih LENOVO?
Alihkan perhatian anda kepada jenama ini sebentar kerana ianya lebih berbaloi dari jenama lain yang tidak ingin saya sebutkan *tentu anda tahu*. Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai penggunaan Lenovo S930 yang saya beli pada Disember 2013. Saya ingin imbas kembali pengalaman saya mengenai penggunaan telefon pintar mudah alih jenama lain yang pernah saya guna. Bagi saya ianya memang menepati citarasa. Tetapi jika anda seorang yang mementingkan nilaian harga yang rendah tetapi berbaloi, saya sarankan anda menggunakan Lenovo.
Dari segi penggunaanya sangatlah ‘superb’. Saya beri anda spesifikasi telefon pintar mudah alih ini dahulu jika anda ingin bandingkan dengan jenama lain;
Harga pasaran sekitar kuala lumpur adalah RM1100.00. Jika anda ingin dapatkannya, pastikan ianya bukan AP set atau klon.
Gaming:
Peranti ini menggunakan pemproses MediaTek MT8582, Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7, dan menggunakan PowerVR SGX544 sebagai pemproses grafik. Dari segi prestasi untuk kepermainan (gaming), saya memang tiada komen buruk mengenai telefon ini kerana setiap permainan yang mempunyai kualiti grafik yang tinggi seperti Nova 3, Modern Combat 4: Zero Hour, Dead Trigger 2, dan lain-lain lagi yang ‘dilontarkan’ kepadanya memang tiada masalah dari segi lagging dan sebagainya.
Setiap permainan dapat dimainkan dengan cemerlang sekali. Tiada lag, tiada glitch, tiada komplen. Hehe..
Kualiti Audio:
Seperti yang dapat anda lihat pada spesifikasinya, Lenovo S930 dikuatkuasakan dengan ‘Dolby Digital Plus Sound Enhancement‘. Selain itu, ia mempunyai dua speaker yang ditala ke depan, tidak seperti telefon-telefon bimbit pintar lain yang ditala ke belakang. Tak lupa juga dua speaker tersebut bunyinya teramatlah cemerlang, dan ia juga stereo, maka setiap video atau apa juga bunyi yang keluar melaluinya amatlah memuaskan hati. Saya mesti pilih! Hahaha!
Kualiti Kamera:
Kamera belakang yang dimuatkan dalam peranti ini beresolusi 8MP, beserta flash. Kamera di depan pula beresolusi 1.6MP, cukup untuk anda buat aksi selfie dan muat naik terus ke laman Facebook. Saya tak dapat nak komen banyak mengenai kamera kerana rasanya ia patut diulas panjang dalam entri yang lain. Tetapi cukuplah saya lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda supaya anda dapat nilai sendiri kualiti gambar dari kamera 8MP-nya:
Jangka Hayat Bateri (Battery Life):
Lenovo S930 dimuatkan bersama bateri removable Li-Po 3000 mAh. Sila abaikan spesifikasi dari GSM Arena yang mengatakan ia non-removable, kerana berkemungkinan ia satu cubaan sabotaj terhadap Lenovo. Hehehe..
Jika anda ‘rajin’ menggunakan aplikasi seperti Telegram, WhatsApp dan Facebook, serta sentiasa kekal diatas talian dari mula anda discharge, InsyaAllah baterinya boleh bertahan dari 7.00AM hingga 12.00AM. Jadi saya jangkakan kalau ia tidak digunakan secara intensif, baterinya boleh bertahan dalam dua hari. Memang terbaik.
Rumusan:
Kalau anda mahu sebuah telefon bimbit phablet bersaiz besar (6 inci), mempunyai kualiti speaker yang mengagumkan, kualiti kamera yang boleh diharap sentiasa, kualiti bateri yang sangat memuaskan hati, pemproses yang mampu mengendalikan setiap tugas-tugas berat dan gaming yang intensif, maka pakej berkualiti semua dalam satu ini InsyaAllah ada dalam Lenovo S930.
Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat membuka mata dan minda kepada jenama ini kerana sebelumnya ia sudah ‘well established’ dalam dunia Laptop, dan kini ia cuba bersaing pula dalam arena telefon bimbit pintar. Beri peluang kepada Lenovo, dan beri peluang kepada diri anda sendiri untuk merasai teknologi yang cuba dibawa oleh pesaing baru ini.
Dengan kepantasan teknologi zaman sekarang tidak akui ramai yang tidak sedar Hak mereka sebagai pengguna dicemari dengan aplikasi-aplikasi yang mencuri data-data pengguna secara senyap .
Dengan itu saya menasihati agar pengguna lebih berhati-hati . adakah perlu kita mengambil berat tentang nya ? YA kita Perlu ! sebagai pengguna .
Seperti kenyataan seorang pengguna .
Ambik dr group lain…
maaf semua…adalah dinasihatkan supaya UNINSTALL apps TELEGRAM yang di beritau semalam..sebabnya apps tu ada FULL ACCESS ker phone kita …reason nya bimbang kalau kalau kita ada buat ONLINE BANKING…apps tu boleh access kita punya SMS data….harap bertindak segera…
sebab nya..TAC yg kita dapat thru SMS…apps TELEGRAM ni boleh access…so UNINSTALL jer la apps ni.
Betul ker cuba tolong semak …. Pada yg pakar …….
Kalo tak betul aku nak install ….
aku dah google sebelum ni, kalau ikut security review memang ada risiko utk sapa guna internet transaction guna TAC sebab possible dia boleh read sms even dia claim even admin tak leh baca sebab semua msg encryted with their own MTProto protocol. mamat yang buat ni asal russia , feature lain memang better than whatsapp. kalau tk ada keperlun takat ni aku rasa tak yah pakai lagi. aku dah install, akan uninstall sebelum buat internet banking … betul ke ni???bleh bagi komen skit tuan2 pakar skalian..risau gak kalau camni…-Syawal-
Dengan itu saya memperkenalkan AppOps , direka untuk menghalang mencuri dengar, melindungi kamera, mikrofon, GPS, Bluetooth, NFC, WiFi dan “lain-lain data yang berisiko tinggi”.
Telegram & Whatsapp adalah salah satu pesanan ringkas yang kian popular dikalangan pengguna-pengguna peranti mudah alih yang sekarang makin berkembang , baik murah ataupun mahal.
jika kita lihat gambar diatas , telegram mengakses data pengguna seperti yang ditunjukkan gambar diatas. agak tidak memeranjatkan saya kerana setiap aplikasi di buat akan mengakses data pengguna untuk tujuan penyelidikan mahupun dijual ke pihak ketiga .
Dengan menggunakan App Ops , pengguna mampu mengawal setiap akses akses aplikasi yang telah di muat turun mahu pun aplikasi yang tidak tahu kesahihan nya .Seperti rajah di atas , saya telah mengawal diantara penting nya adalah modify contacts dan read contacts kerana kedua-dua ini adalah mampu membaca dan dalam masa sama mengakses Acc bank , No telefon , SIM card … dengan mengawal dan selia setiap akses aplikasi-aplikasi , kita tidak perlu risau tentang penyebaran data-data pengguna yang telah di hantar ke pihak ke 3 , kerana encryption App ops mampu menyembunyi kan data-data pengguna peranti mudah alih masa kini .In syaa Allah.
AppOps juga boleh didapati di Google PlayStore dan Xpose Framework , dengan itu segala aplikasi yang dimuat turun atau crack version yang berisiko tinggi untuk mengakses data pengguna walaupun kita lihat aplikasi itu adalah yang remeh temeh tapi kita tidak boleh mengambil mudah tentang privasi kita sebagai pengguna.
Sekian , In Syaa Allah ilmu yang diberi manfaat untuk semua pembaca OMG!Hackers .
Wassalam.
Sistem itu adalah Musuh ku ,Berkawan dengan Musuh ku kelak , Maka ia akan memberitahu tentang Musuhku.
Salam alaik, dan bersua lagi kita didalam entri seterusnya. Entri kali ini berkenaan dengan tutorial, atau cara-cara pemasangan Deluge ke dalam ubuntu dengan menggunakan WebUI. Sebelum itu, saya akan terangkan pengenalan untuk Deluge ini dan apakah kebaikan dan keburukannya.
Deluge adalah satu client yang berciri penuh untuk Linux, OS X, Unix dan Windows. Ianya menggunakan libtorrent dan ianya mempunyai pelbagai “multiple user-interfaces” termasuk “GTK+”, web dan console. Ianya telah direka dengan menggunakan model pelayan pelanggan dengan proses “Daemon” yang mengendalikan semua aktiviti BitTorrent. Daemon juga mampu berfungsi tanpa dikawal dan juga dapat disambung dari jauh tidak kira dari mana-mana platform.
Bagaimana pula dengan ciri-cirinya?
– Perpecahan Core/UI membolehkan Daemon berfungsi untuk menjalankan proses Deluge.
– Penyambungan jauh dari mana-mana platform kepada Daemon Deluge.
– Web UI
– Console UI
– GTK+ UI
– Penyulitan Protokol BitTorrent / BitTorrent Protocol Encryption
– Mainline DHT
– Local Peer Discovery (aka LSD) / Penemuan Peer Tempatan (aka LSD)
– FAST protocol extension
– Pertukaran peer µTorrent / µTorrent Peer Exchange
– UPnP dan NAT-PMP
– Sokongan proksi
– Web Seed
– Private Torrents
– Had Global dan kelajuan per torrent / Global and per-torrent speed limits
– Jadual untuk konfigurasi jadual bandwidth / Configurable bandwidth scheduler
– Perlindungan kata laluan / password
– RSS (melalui Plugin)
Bismillah, jadi saya mulakan tutorial cara-cara memasang Deluge WebUI di Ubuntu.
Kita akan memasang Deluge versi 1.2.2 untuk keluaran Lucid, atau versi 1.3.0 keluaran Maverick. Disini saya akan sertakan screenshot bagi memudahkan anda dapat memahami apakah langkah yang akan dibuat untuk seterusnya.
Perkara pertama sekali, buatkan satu user baru dengan nama deluge dan kita akan lakukan beberapa langkah untuk pemasangan mula.
Dan kita akan mulakan pemasangan Deluge terlebih dahulu.
sudo apt-get update
sudo apt-get install deluged -y
Dan seterusnya kita akan memasang Website Interface untuk Deluge dengan arahan:
sudo apt-get install deluge-webui
Jalankan fungsi Daemon pada “startup”
Sekarang, komponen yang kita perlukan sudah pun dipasang. Oleh itu, kita perlu memastikan segala-galanya komponen-komponen tersebut berfungsi pada permulaan. Jadi, kita wujudkan satu skrip pertama yang perlu kita menaip arahan/command berikut didalam PuTTY, ataupun Terminal.
sudo nano /etc/default/deluge-daemon
Tekan enter, dan masukkan 5 arahan ke dalam file tersebut seperti yang dibawah:
# Configuration for /etc/init.d/deluge-daemon # The init.d script will only run if this variable non-empty. DELUGED_USER=”deluge” # Should we run at startup? RUN_AT_STARTUP=”YES”
Untuk keluar dari editor, tekan CTRL+X dan tekan Y, dan selepas itu tekan enter untuk menyimpan fail tersebut.
Wujudkan “Init Script”
Sekarang kita memerlukan satu skrip yang dipanggil “Init Script”. Skrip ini agak panjang tapi kita boleh melakukan penyalinan dengan lebih banyak untuk melaksanakan skrip ini. Jadi, taipkan arahan ini didalam skrip seperti dibawah:
Assalamualaikum pembuka simpulan madah perkongsian ilmu yang sedikit sebanyak bermanfaat kepada seluruh umat manusia hendaknya.
Rasanya dewasa ini kita sedia maklum bahawa kehadiran lambakan aplikasi pesanan ringkas , dari WhatsApp Messenger sehinggalah ke Blackberry Messenger . Dari Wechat sehinggalah ke LINE sebagai pengganti kepada sistem pesanan ringkas SMS dan panggilan suara yang amat penting dalam perhubungan jarak jauh antara anak dan ibunya, isteri dan suaminya, kekasih dah buah hatinya, pekerja kolar putih dengan skandalnya bahkan ianya tidak terbatas sekadar batasan geografi dan garis jalur politikal buat para penduduk planet ketiga dalam galaksi bima sakti yang tercinta ini.
Namun begitu, racikan dan repekan kali ini bukanlah berkisar tentang WhatsApp Messenger atau aplikasi sezaman dengannya, tetapi lebih kepada Telegram, satu buah tangan terbaik dari syarikat Telegram LLC buat penggemar aplikasi seperti WhatsApp Messenger.
Beberapa kelebihan Telegram yang ternyata selangkah ke hadapan mendahului WhatsApp dari beberapa sudut pandang yang akan membariskan Telegram duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah aplikasi ternama lainnya.
Sebelum saya melalut dan ke laut lebih jauh lagi, di sini saya sertakan sedikit sebanyak deskripsi tentang Telegram yang insyaAllah bakal menarik minat pembaca setia OMGH antaranya ;
1. Rahsia dan Selamat.
Aplikasi kegemaran ramai, WhatsApp sedikit terkebelakangan dari sudut ini dengan hadirnya aplikasi WhatsApp Sniffer yang menunjukkan setiap apa yang anda bualkan boleh dihidu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi tidak Telegram, setiap butir rangkaian mesej Telegram anda sangat terenkripsi dan berupaya untuk self-destruct bagi mengelakkan ianya dari diakses pihak yang tidak bertanggungjawab insyAllah .
Seperti yang tertera pada rajah di sebelah, beberapa ciri ciri keselamatan disediakan kepada pengguna Telegram berbanding WhatsApp.
2. Sehinga 200 Pengguna dalam satu Kumpulan.
Seperti tertera pada rajah, ini adalah satu berita menggembirakan, Telegram mampu menampung sehingga 200 pengguna dalam satu kumpulan berbanding hanya 50 bagi servis yang sama yang disediakan oleh pihak WhatsApp.
3. Cloud-Based.
Tidak cuma seperti WhatsApp yang hanya boleh diakses pada satu peranti dalam satu masa, dengan Telegram anda boleh mengakses pesanan anda melalui beberapa peranti.
4. Percuma.
Berbanding WhatsApp yang hanya percuma kepada pengguna untuk tahun pertama penggunaan, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kos penyelenggaraan kerana Telegram menyediakan perkhidmatannya dengan percuma selamanya dan tiada caj bulanan.
5. Berkuasa.
Dengan Telegram, anda tidak lagi perlu menyunting video dan gambar yang ingin dihantar. Telegram menyediakan perkhidmatan ini dengan fail bersaiz sehingga 1Gb.
6. Mesra pengguna.
Rujuk rajah betapa gembiranya pengguna Telegram dengan servis yang disediakan.
Cukup sampai disini ceritera tentang Telegram Messenger dan beberapa ciri ciri termasuk kelebihan Telegram berbanding aplikasi gergasi sedia ada, WhatsApp Messenger khasnya.
$day = TELEGRAMINSTALLDATEHERE;
if (Today == $day) {
echo ‘HAPPY TELEGRAMMING!’;
} else {
echo ‘Entah Zaman Bila orang main Waksap’;
}