Utama Blog Laman 213

Himpunan Soalan-Soalan Lazim/Frequently Asked Questions (F.A.Q) Tentang Lenovo Smartphone

0

Himpunan Soalan-Soalan Lazim/Frequently Asked Questions (F.A.Q)

Berikut saya himpunkan seberapa banyak soalan-soalan lazim yang saya terlalu kerap terima dalam inbox Facebook mahupun e-mel saya. Saya harapkan agar dengan adanya F.A.Q ini, dapat sama-sama kita berkongsi ilmu dan maklumat agar semua pengguna mendapat manfaat bersama.

1. Apa itu Root dan apa pula faedahnya?

Anda boleh rujuk : Faedah Root

2. Apa senarai aplikasi yang menarik selepas kita root?

Rujuk:

Senarai Aplikasi Android Pilihan

3. Apa senarai aplikasi-aplikasi yang menarik untuk saya gunakan?

Rujuk:

a. Senarai Aplikasi (Siri 1)

b. Senarai Aplikasi (Siri 2)

c. Senarai Aplikasi (Siri 3)

d. Senarai Aplikasi (Siri 4)

e. Senarai Aplikasi (Siri 5)

3. Bagus atau tidak kalau kita gunakan aplikasi Task Killer/Task Manager?

Rujuk : Pemecah Mitos : Android Task Manager

4. Bagus atau tidak aplikasi Battery Calibration?

Rujuk : Pemecah Mitos : Android Battery Calibration

Dalam aplikasi Lenovo Power Manager, terdapat satu pilihan untuk melakukan ‘Battery Calibration’. Saya tidak pasti bagaimana ia berfungsi, tetapi yang pasti caranya tidak sama seperti aplikasi-aplikasi yang terdapat di Google Play store iaitu dengan hanya memadam fail batterystats.bin.

5. Macam mana nak root model sekian-sekian-sekian?

Semua jawapan ada pada Google. Tapi untuk mudah cara, antara senarai aplikasi yang biasanya digunakan untuk root telefon bimbit pintar Lenovo adalah Framaroot, VRoot, dan Kingroot. Cara-cara lain sebagai contoh flash melalui custom recovery anda boleh Google sendiri.

6. Macam mana nak upgrade/update Lenovo S930 kepada versi KitKat dan macam mana pula nak root lepas tu?

Rujuk :

Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada Android 4.4.2 KitKat

Cara Root Lenovo S930 Yang Telah Menggunakan KitKat

7. Apakah beza antara AP SET dan ORIGINAL SET Lenovo?

Terdapat dua perbezaan yang jelas ketara antara keduanya, iaitu:

1. Warranty

2. Senarai aplikasi yang telah tersedia dari kilang

Bab warranty, seperti biasa kalau set original Lenovo, akan ditanggung oleh Lenovo Malaysia. Lebih tepat lagi Lenovo 1 Malaysia. Atau, SeMalaysia. Errr..

Kalau set AP pula, warranty hanya kan ditanggung oleh kedai di mana anda membeli telefon tersebut. Kalau anda duduk di Kuala Lumpur, beli juga di kedai di Kuala Lumpur, tiba-tiba kena pindah ke Ipoh pula, anda tetap kena hantar telefon anda ke kedai tersebut walaupun anda sudah tinggal jauh dari Kuala Lumpur. Begitulah kisahnya.

Untuk senarai aplikasi pula, kebiasaannya lebih kurang sama, cuma set AP lebih menjurus kepada paparan dan juga tulisan dalam bahasa Cina. Bab bloatware sama banyak sahaja, tiada beza. Hurm..

Kalau nak tahu bab beza melalui sticker belakang bateri, itu boleh cari melalui group-group Lenovo di Facebook.

Persoalan adakah prestasi (performance) AP set sama dengan ‘original’ set, saya jawab SAMA, kerana AP set juga adalah merupakan set ORIGINAL dari Lenovo, cuma ia pada asalnya adalah terhad untuk pasaran di negeri China (region based market).

8. Boleh buang tak aplikasi-aplikasi berbahasa Cina ni?

Boleh, tapi bukan semua. Lepas anda sudah root, apa yang tidak boleh dibuang atau Freeze ialah SECUREit dan juga Notification Center. Aplikasi yang lain boleh dibuang atau freeze (DWYOR), tetapi saya tak galakkan buang. Cukup sekadar freeze sahaja.

9. Dari mana saya nak download theme?

Biasanya dalam VIBE ROM, akan terdapat Theme Center. Manakala untuk ROM lain seperti ROW pula, kebiasaannya ada dalam tetapan launcher. Jika tiada, anda boleh muat turun launcher versi terbaru melalui pautan ini : Lenovo Launcher


10. Macam mana saya nak tukar font?

Soalan paling popular dalam inbox saya. Untuk menukar font, tiada cara lain melainkan menggunakan Theme Center, dan jika ROM anda tiada Theme Center, cara paling jitu ialah anda perlu root, dan gunakan aplikasi-aplikasi seperti ROM Toolbox, iFont, Font Installer (derivative dari ROM Toolbox), HiFont, dan lain-lain aplikasi lagi.

11. Macam mana nak pastikan WiFi sentiasa on tak tak hibernated, sebab kadang-kadang WhatsApp atau WeChat punya mesej tak masuk?

Dalam Setting WiFi ada pilihan untuk ‘Keep WLAN on during sleep’. Tandakan pada ‘Always’.

Ok. Cukup setakat ini dahulu. Jika ada lagi soalan-soalan lain, saya akan tambah dari semasa ke semasa. Sekian, Wassalam.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Cara Root Lenovo S930 Yang Telah Menggunakan Android 4.4.2 KitKat

0

Anda pengguna Lenovo S930 yang sudah pun berjaya menaiktaraf sistem Android anda kepada versi 4.4.2 KitKat? Sudah? Bagus. Saya pasti anda tidak sabar lagi hendak root telefon bimbit pintar anda itu.

Buat yang masih belum dan ingin menaiktaraf, anda boleh rujuk entri tutorial pada pautan di bawah:

Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada KitKat 4.4.2

Tutorial kali ini mudah sahaja. Kita akan menggunakan aplikasi superuser yang dinamakan sebagai Kinguser.

Apa yang diperlukan kali ini?

Muat turun terlebih dahulu fail Kinguser 3.2.0 46.

Salin fail ini ke dalam sdcard anda.

Kemudian, sila flash custom recovery, contohnya TWRP atau ClockworkMod Recovery.

Fail-fail recovery dan juga tutorial bagaimana caranya untuk flash, anda boleh dapatkan melalui pautan yang sama : Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada KitKat 4.4.2

Setelah anda berjaya flash custom recovery yang anda suka, anda hanya perlu reboot masuk ke dalam recovery. Cara yang mudah, matikan dulu telefon bimbit anda, kemudian hidupkan semula dengan butang Volume Up + Volume Down + Power Button.

Jangan lepaskan Power Button sehingga logo Lenovo keluar, dan hanya lepaskan Volume Up + Volume Down apabila custom recovery terpapar. Setelah itu, pilih:

– install zip from sdcard

– choose zip from sdcard

– Navigasi ke direktori anda letakkan fail Kinguser tersebut dan pilih ia menggunakan Power Button.

– Akan keluar paparan ‘Confirm install?’

– Navigasi kepada – Yes – Install 4.4Root.zip

Tunggu sehingga proses selesai dan telefon anda akan reboot sendiri.

SELESAI!

Yeahhh.. Telefon bimbit Lenovo S930 anda sudahpun berjaya root akhirnya. Mudah kan?

Apa lagi tunggu tu? Tak reti-reti lagi nak tweak lepas root?

Ok, macam biasa, InsyaAllah akan ketemu lagi kita di tutorial seterusnya!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Review Lenovo A850+

0
Review Lenovo A850+
Assalamualaikum
w.b.t dan Salam Sejahtera..
Terasa
cepat masa berlalu dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang ni. Diharap
anda yang membaca entri saya pada kali ini sihat-sihat belaka..
Entri
pada kali ini saya nak ceritakan mengenai A850+ yang dijual harga pasaran pada
RM569.00. Mungkin harganya anda boleh dapatkan lebih murah dari saya dan kena
rajin buat survey. Sebenarnya entri ni dah lama saya nak kongsikan..tetapi
kekangan masa membuatkan saya menangguhkan untuk seketika.
Saya
adalah pengguna tegar Lenovo buat masa ini dan saya akan cuba kongsikan
pengalaman saya menggunakan A850+.
Dibawah
ini saya sertakan spesifikasi untuk anda:

Sumber:
Gaming:
Pelbagai
games telah saya muat turun dari Playstore dan ianya sangat mengagumkan dengan
kerana tiada istilah ‘Lag’. Contoh games tersebut adalah Respawnables, Robocop,
Clash of Clans, Dead Trigger, The Walking Dead dan lain-lain. Sesuai dengan
penggunaan pemproses MediaTek MT6592M, ARM Cortex-A7, Cpu Core 8 (Octacore),
GPU ARM Mali-450 MP4, RAM 1024 mb memang sangat-sangat berbaloi untuk anda.
Jangka Hayat Bateri
Bateri
Lenovo A850+ dikuasakan dengan 2500 mAh yang boleh bertahan dari pagi hingga ke
malam (7 pagi – 11 malam) walaupun anda kaki games yang tegar atau selalu
menggunakan whatsapp/ telegram/ wechat dan lain-lain aplikasi sosial.

Storan

Bagi Storan pula disediakan sebanyak 4gb storan dalaman dan ada slot bagi memory card. Bagi mereka yang memerlukan storan yang besar perlulah mencari Sd Card ya.

Kualiti Audio
Bab kualiti audio ni, jika anda menggunakan ROM standard tanpa sebarang modifikasi, kualitinya boleh kata ok-ok atau biasa-biasa saja. Kalau anda hendakkan kualiti audio yang lebih bagus lagi, seperti biasa perlu root dahulu dan pasang Viper4Android untuk peningkatan kualiti audio kepada tahap yang lebih memuaskan. Speaker belakang yang disediakan berbunyi dengan agak kuat, jadi anda tak perlu bimbang mengenainya.
Kualiti Kamera
5MP kamera yang terletak di belakang bukanlah kamera terbaik pada telefon bimbit yang saya pernah gunakan sebelum ini. Namun, ia juga tidaklah begitu teruk sehingga menjadikan setiap gambar penuh dengan noise mahupun pixelated. Gambar di bawah ini adalah contoh yang saya ambil dengan hanya menggunakan resolusi 4MP sahaja:
Aspek Keseluruhan
Dari segi reka bentuk, A850+ tak terkalah dengan telefon bimbit pintar yang lainnya. Ia mempunya rekaan yang terasa seperti ‘getah’ di bahagian belakangnya, dan ini memberi ciri pegangan yang premium. Dari segi spesifikasi hardware pula, pemproses Octacore memberi kelebihan kepada para gamers yang sememangnya menantikan kehadiran peranti berprestasi tinggi tetapi diletakkan dengan harga yang mampu milik.
Jadi jika anda rasa A850+ merupakan telefon bimbit pintar yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda, maka anda boleh dapatkan di mana-mana booth atau kedai telefon terdekat kerana ia telah dijual dengan begitu cepat sekali pada waktu ini.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada KitKat 4.4.2

0

Bertemu lagi kita hari ini. Buat para pengguna Lenovo S930 yang berhati waja, keras seperti batu, tidak kisahkan warranty, dan yang paling penting sekali mempunyai IQ yang agak tinggi seperti Hajime Kindaichi, maka tutorial pada kali ini didekasikan untuk anda.

Saya yakin dan pasti ramai pengguna S930 yang teruja sebenarnya dengan ‘kehadiran’ ROM rasmi dari Lenovo untuk naik taraf sistem masing-masing kepada versi terbaru Android 4.4.2. Namun buat pengguna yang tidak biasa dengan ‘kaedah’ telefon bimbit pintar dari negara China ini pastinya termanggu-manggu, dan tertunggu-tunggu akan tutorial yang mudah faham untuk mereka.

Saya kembali hadir untuk ‘menyelamatkan’ otak anda dari kebakaran akibat fius yang berfungsi secara intensif apabila berfikir dengan mendalam akan bagaimana caranya untuk menaik taraf sistem telefon anda. Heheheh..

Jadi apa yang anda perlukan?

Muat turun Custom ROM S930_S129[Custom ROM] S930_S129_131030 mod by keylock88

Muat turun fail Stock Recovery S930 : Shared.com

Muat turun fail TWRP Recovery 2.6.3 Lenovo S930 : Shared.com

Tak suka TWRP? Tak mengapa. Muat turun ClockworkMod Recovery : Shared.com

Muat turun fail kemas kini OTA: VIBEUI_V1.5_1416_2_ST_S930

Jika stock ROM anda berasaskan ROW (Rest Of The World), maka anda perlu kepada satu langkah tambahan iaitu flash ROM CN (China based firmware). Ini adalah kerana ROM 4.4.2 KitKat ini berasaskan kepada firmware China, dan jika anda terus cuba menaik taraf dari ROW, apa yang akan berlaku hanyalah booloop yang tiada penghujungnya.

Jadi, buat yang baru dalam ‘bidang’ ini, anda tahu bagaimana caranya untuk ‘flash’? Tidak? Baiklah. Caranya adalah mudah sebenarnya. Jika anda tekun belajar sendiri, tak perlu anda inginkan kepada ‘perkhidmatan’ orang lain sehingga di-cas dengan bayaran yang mahal. Saya tidak kisah tentang orang yang ingin ‘berbisnes’ dengan khidmat flash ini, cuma yang saya hairankan benda yang senang mengapa anda tidak mahu belajar sendiri?

Apa yang anda perlu untuk flash?

Muat turun SP Flash Tool : Shared.com

Paparan SP Flash Tool adalah sepeti di bawah:

Buat mereka yang sudah pun menggunakan firmware CN, anda boleh terus flash stock recovery untuk membolehkan anda mengemaskini OTA menggunakan stock recovery tersebut. Sila pastikan anda telah menanda pada pilihan ‘USB Debugging’ melalui Developer Options.

Salin fail VIBEUI_V1.5_1416_2_ST_S930 ke dalam sdcard anda, lalu rename ia kepada ‘update.zip‘. Nak rename sebelum itu melalui PC pun tidak mengapa, asalkan anda tidak lupa untuk menyalinnya ke dalam sdcard.

Setelah itu, matikan telefon bimbit anda, cabut baterinya, dan sambungkan ia kepada kabel USB yang telah terhubung kepada PC anda.

Buka SP Flash Tool, klik pada ‘DA DL ALL With Check Sum‘, dan kemudian klik pada ‘Scatter-loading‘:

Seterusnya, cari fail scatter iaitu ‘MT6582_Android_scatter‘ yang berada dalam direktori ‘stock recovery’ yang telah anda ekstrak, lalu klik padanya:

Klik ‘Open’:

Akhir sekali klik ‘Download’:

Klik pada ‘Yes’:

Selepas itu, masukkan kembali bateri telefon anda dan tunggu sehingga proses selesai. Apabila selesai sahaja proses flash stock recovery, anda perlu masuk ke dalam stock recovery tersebut menggunakan kombinasi butang volume up, volume down yang ditekan serentak, dan kemudian tekan butang power sehingga telefon dihidupkan, tetapi jangan lepaskan butang volume up dan down.

Apabila muncul sahaja paparan stock recovery, anda sudah boleh lepaskan kedua-dua butang tersebut. Pilih bahasa – ‘English’, lalu pilih ‘Update’. Ia akan mencari fail ‘update.zip’ yang telah anda salin tadi dan akan melakukan proses kemaskini. Tunggu sehingga proses selesai, dan apabila telah selesai sahaja proses update, reboot telefon anda.

Kini anda telah pun menggunakan VIBEUI V1.5 Android 4.4.2 KitKat.

Akan tetapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang menggunakan ROM ROW? Bagaimana pula kaedahnya? Seperti yang saya katakan di atas, anda perlu flash ROM berasaskan CN. Anda sudah muat turun fail ROM [Custom ROM] S930_S129_131030 mod by keylock88? Sudah? Bagus.

Seperti biasa, sila pastikan telefon bimbit anda telah ditandakan ‘USB Debugging’ melalui Developer Options. Matikan telefon anda, dan cabut baterinya. Sambungkan telefon anda dengan kabel USB ke PC.

Ekstrak fail ROM, letakkan ia dalam mana-mana direktori yang anda suka pada PC anda. Kemudian buka SP Flash Tool, tandakan pada ‘DA DL ALL With Check Sum‘, lalu klik pada ‘Scatter-loading‘:

Setelah itu, masuk kepada folder S930_S129_131030_RUFULL RU – klik pada fail ‘MT6582_Android_scatter’. Sudahkan kerja anda dengan menekan butang ‘Firmware -> Upgrade‘:

Sesudah itu, masukkan kembali bateri telefon anda, lalu tunggu sehingga proses ini selesai. Apabila ia telah pun tamat, cabut kabel USB, lalu reboot telefon bimbit anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah apabila anda telah pun selesai menyiapkan tetapan pada telefon bimbit anda, ini bererti anda telah menyiapkan proses flash ROM CN.

Seperti yang saya katakan tadi, jika anda telah menggunakan ROM CN, apa yang anda perlu lakukan hanyalah salin fail update.zip, flash stock recovery, dan kemudian kemaskini OTA melalui stock recovery tersebut. Dalam bahasa mudahnya, anda cuma perlu ikut sahaja tutorial ini dari mula.

SELESAI!

Tutorial ini merupakan tutorial yang telah diubahsuai sesuai dengan selera bahasa saya, ihsan (kredit kepada) dari forum Lepakspot.

Saya harap tutorial ini sedikit-sebanyak dapat membuka mata anda terhadap cara flash ROM dan recovery untuk model-model telefon bimbit pintar Lenovo.

Sampai kita berjumpa lagi pada tutorial seterusnya!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Aplikasi Reviu : Lenovo SuperCamera & Gallery Ver. 3.6.6 (SnapIt)

0

Asslamualaikum para pembaca yang disayangi,

Adakah anda seorang pengguna yang sangat suka menggunakan kamera pada telefon pintar (smartphone)? Jika ya, maka ini adalah salah satu aplikasi yang didatangkan khususnya kepada pengguna smartphone Lenovo yang menjalankan operating system Android 4.1 dan ke atas.

Seperti versi yang terdahulu Lenovo SuperCamera hadir bersama SuperGallery untuk penggunanya. Ianya sebuah aplikasi yang boleh dikatakan lengkap dengan pelbagai pilihan mode, setting, lens, extension dan color.

Apa yang menarik saya boleh katakan untuk versi 3.6.6 adalah hasil kualiti gambar yang lebih sharp dan cantik jika dibandingkan dengan versi terdahulu. Kenapa saya cakap begitu? Kerana untuk mendapatkan sesuatu gambar yang cantik sudah semestinya memerlukan kamera sekurang-kurangnya 5MPx dan teknik mengambil gambar dengan betul.

Aplikasi ini membantu anda untuk mendapatkan hasil yang sungguh menarik dengan kamera dan teknik yang anda miliki.

Apa yang telah dikemaskini?

SuperCamera telah menambah pada bahagian tetapan iaitu di bahagian Advance Setting mempunyai Touch Control Shot dan Point-linked metering.  Untuk other setting telah ditambah dengan fungsi Volume Key dimana anda boleh lakukan 3 perkara untuk dengan menggunakan Volume button anda iaitu Capture, Zoom dan Sound. Selain itu fungsi zoom kini mengunakan 2 jari anda untuk zoom kepada objek.

Di bahagian Extension, versi ini ditambah dengan PIP, Speech Photo, Beutify dan Macro. Pada bahagian Video adan satu fungi terbaru iaitu Enhance stability  of the screen (EIS).

SuperGallery telah menawarkan aplikasi tambahan dari segi Cloud Storage yang mempunyai storan 2gb. Ianya juga menambah aplikasi QRCode dan MagicGIF untuk menghasilkan gambar animasi dan boleh mengedit pada waktu yang sama. Selain itu ianya didatangkan dengan fungsi Draftbox iaitu gambar yang anda ingin send/share boleh draft dulu dan disimpan di sini.

Saya pasti anda mesti tertanya-tanya apa benda fungsi-fungsi terbaru ini? Apa kata anda muat turun aplikasi ini dan cuba pada smartphone anda. Saya juga menyediakan video dan beberapa image untuk menghayati aplikasi ini.

Download Lenovo SuperCamera & Gallery Ver. 3.6.6
Lenovo Super Camera v3.5.6
Lenovo Super Camera v3.5.6 Permissions Removed
Lenovo Super Camera v3.5.5.0128.130812.19126.apk
Lenovo Super Camera v3.1.3.0313.130712.17796.apk
Lenovo Super Camera v3.1.2.apk

Kredit XDA-Developer forum, Lenovo Photogroup Malaysia, dan Rileks Community

problems solved
-app might use some battery/lags the phone :install greenify
-app has call/sms permisions with says can cost money(nothing will happen!!!) still suspicious?install xprivacy
with this app you can block all the permissions with all the apps you have and will install
-still suspicious install v 3.5.6.0085.140102.24456 this is the apk with the Phone Calling permissions removed

bugs
-recording with front camera works great but when played it gives a purple/greenish reflection
-photoburst isnt working
-verion 140404 has popup when used...just tick ok and everything works just fine


*Sebarang masalah yang dihadapi adalah tanggungjawab anda.

Image from Camera Lenovo P780 (8MPx)

Selamat mencuba.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tutorial Cara Memasang Ubuntu 14.04 Dual Boot Dengan Windows 7/8/8.1

0

Assalamualaikum semua. Setelah rilisnya Ubuntu 14.04 Trusty Tahr, si Rusa ini (Rusa ke?) tampaknya telah memberi saya kembali suatu pandangan yang baik buat Ubuntu. Kini ia lebih pantas (seperti yang anda boleh tonton melalui video reviu OMG! Ubuntu! dan juga WebUp8), dan juga lebih efisien berbanding versi LTS sebelumnya.

Pada saya meskipun Ubuntu 14.04 bukanlah sebuah Distro Linux yang ‘beast’ seperti Kubuntu, atau mempunyai ‘massively overwhelming superb installation tutorial Wiki’ seperti Arch Linux, atau juga mempunyai ‘turbo charging speed’ seperti elementary OS Luna, tetapi saya rasa dah tiba masanya kita kembali memartabatkan Distro Linux yang satu ini.

Ini adalah kerana dari komen-komen yang saya dapat lihat, Ubuntu 14.04, selain dari tempoh sokongan selama 5 tahun, termasuk pembaikan pepijat kritikal, apa yang para pengguna baru suka adalah kerana ianya ‘shining’ (seperti yang selalu saya sebutkan dalam Facebook). Ramai pengguna baru Linux yang berjaya saya ‘tarik’ dek kerana paparan antaramuka pengguna desktopnya yang tampak kemas walaupun tidak begitu elegan (Unity banyak mendapat kritikan kerana bar launcher yang tidak dapat diubah kedudukannya).

Kalau ada perkara yang saya teramat inginkan dari Ubuntu ialah kebolehan untuk Intel-hide atau bahasa lainnya Intelligently Hide. Fungsi Auto Hide agak menjengkelkan bagi saya. Jika fungsi Intel-Hide dapat dibawa masuk semula ke dalam Ubuntu, ia akan jadi lebih sempurna. Kerana saya sudah pun terbiasa dan boleh menerima kedudukan bar launcher Unity di sebelah kiri, tetapi tidak boleh terima ia tanpa Intel-Hide.

Baiklah. Cukup dengan review ringkas saya. Mari kita ke proses pemasangan pula!

Ubuntu 14.04 boleh dirakamkan (burn) ke dalam USB untuk mudah cara. Jadi selepas anda membuat live USB Ubuntu, cucukkan pada mana-mana USB port lalu bersiap-sedialah untuk boot ke dalam Ubuntu 14.04. Apabila nampak sahaja tampilan desktop seperti di bawah, anda boleh terus klik pada ‘Install Ubuntu 14.04 LTS’:

Klik sahaja pada ‘Continue’.

Pada bahagian ini pula, jika anda ingin memudahkan lagi kerja anda, sila tandakan pada ‘Download updates while installing’ dan juga ‘Install this third party software’ lalu klik Continue:

Bagi anda yang tidak mahu berfikir panjang, di sini anda boleh terus klik pada ‘Install Ubuntu alongside Windows 7’. Tetapi buat mereka yang mahu menentukan/mengubah partisi boleh klik pada ‘Something else’:

Di sini anda dapat lihat bagaimana saya telah menentukan saiz partisi sebelum pemasangan. Dengan cara ini kerja akan jadi lebih-lebih-lebih mudah lagi. Direktori /dev/sda3 adalah partition D yang akan kita gunakan untuk pemasangan Ubuntu dalam tutorial kali ini.

Klik dua kali pada partisi tersebut, dan tentukan saiznya. Sebagai contoh saya ingin membuat baki 1GB untuk swap area, jadi daripada 250GB bahagian partisi D itu, saya tolak sahaja dengan jumlah 1024MB. Maka jadilah keseluruhan partisi untuk Ubuntu berjumlah 249029 (250053 – 1024).

Setelah itu klik pada ‘Use as’ – Ext4 journaling file system.

Mount point – /

Klik juga pada ‘Format the partition’. Seterusnya klik ‘OK’.

Nampak tak baki 1025MB tersebut? Partisi itulah yang saya gunakan untuk ‘swap area’. Anda hanya perlu klik dua kali seperti proses di atas, dan ubah pilihan pada ‘swap area’.

Siap!

Jadi bahagian yang paling susah iaitu ‘partitioning’ sudah pun berjaya kita lepasi!

Apa lagi langkah seterusnya? Ya. Seterusnya macam proses format Windows, anda perlu tentukan nama pengguna dan juga nama komputer. Tak susah bukan?

Pilih keyboard. Susah ke? Senang sahaja kan.

Klik ‘Continue’.

Errr.. Sabar menunggu..

Selesai sudah pemasangan Ubuntu 14.04! Kini anda hanya cuma perlu restart dan boot ke dalam desktop Ubuntu.

Sedikit tips dari saya, jika anda inginkan pemasangan jadi lebih laju/pantas, sila tukar Software Sources. Buka Ubuntu Software Center, klik pada menunya iaitu Edit – Software Sources:

Langkah seterusnya klik pada ‘Download from’ dan kemudian ‘Other’, ‘Select Best Server’. Ubuntu akan melakukan ping kepada semua mirrors dan memilih lokasi muat turun yang lebih laju untuk anda.

Amacam? Senang bukan kaedah pemasangan Ubuntu? Sebenarnya kaedah pemasangan memang tak susah. Anda hanya cuma perlu tekun mendalami bahagian partitioning sahaja. Bahagian-bahagian lain secara amnya telah dipermudahkan untuk anda.

Selamat menggunakan Ubuntu 14.04 dan berjumpa lagi kita dalam tutorial seterusnya InsyaAllah!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Perbaiki Signal Penerima GPS Telefon Yang Menggunakan MediaTek

0

Sebelum saya memulakan kembali entri tutorial yang telah lama saya tinggalkan ini, apa-apa pun maafkan sekiranya terdapat kekurangan. Parang yang telah lama tidak diasah beginilah jadinya.

Namun saya ingin mulakan dengan tutorial mengenai kaedah memperbaiki signal penerima GPS bagi setiap telefon bimbit pintar yang menggunakan chipset MediaTek, dan penyelesaian ini adalah berdasarkan masalah software based (berasaskan perisian), dan bukan hardware based (berasaskan perkakas). Kerana jika ia telah terlibat dengan masalah hardware, tiada lain yang dapat dilakukan melainkan anda terpaksa hantar peranti anda untuk tuntut waranti.

MediaTek bukanlah chipset terbaik dalam hal penerimaan signal GPS. Seringkali pengguna mempunyai masalah untuk ‘lock’ satelit bagi kegunaan GPS pada peranti mereka. Akan tetapi terdapat cara yang mudah untuk memperbaikinya. Apa yang anda perlukan hanyalah:

1. Peranti yang sudah root
2. Mana-mana root explorer/root file manager. Saya pilih Solid Explorer.
3. Fail EPO yang terbaru.

Anda boleh muat turun fail-fail EPO terbaru melalui pautan di bawah:

1. EPO.DAT
2. EPO.MD5

Kaedahnya:

1. Anda perlu salin dan tampal kedua-kedua fail ke dalam direktori data/misc

2. Tetapkan permission kepada -rw-r–r–

3. Anda boleh cuba mana-mana aplikasi yang memerlukan GPS, seperti Papago, Ulysse Speedometer, dan lain-lain.

Untuk kaedah tambahan bagi memperbaiki lagi signal penerima GPS, anda boleh rujuk laman di bawah:

Gizbeat 101: GPS Not Working On MTK6592 MTK6582 MTK6589 MTK6577 MTK6575!

Atau juga melalui video-video di bawah:

How to fix / repair GPS on Chinese smartphones – MTK6592 6589 GPS FIX – S4 jiayu G4 Umi X2 [HD]

How to fix / repair GPS on all Chinese smartphones – MTK65XX [HD]

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Aero Glass untuk Windows 7 Starter, Home Basic

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mungkin ada dalam kalangan sahabat OMG! Hackers? merupakan pengguna komputer riba mini (notebook/netbook) masih menggunakan sistem pengoperasian Windows 7 Starter mahupun edisi Home Basic. Umum mengetahui, kedua-dua sistem pengoperasian ini tidak didatangkan dengan fungsi Aero Glass. Hal ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditampung oleh perkakas komputer itu sendiri. Kita semua sudah maklum bahawa komputer riba mini dicipta khusus untuk melakukan tugasan kerja. Namun, ketidaksenangan ketika melakukan kerja boleh wujud melalui antara muka yang sedikit bosan dan tidak meriah seperti Windows 7 Home Premium, Professional, Ultimate, Bussiness mahupun Windows 8. Oleh sebab itu, diciptakan sebuah “patch” khusus untuk membawa kemeriahan kepada “desktop” anda.
Aero Patch dibangunkan oleh Mr. duSHA dari laman web Askvg.com. Alat ini dibina bertujuan untuk memberi keserian kepada “desktop” anda segara tanpa banyak ragam. Hal ini perlu dimanfaatkan oleh anda khasnya pengguna Windows 7 Starter dan Home Basic. Saya hanya mencuba pada sistem pengoperasian Windows 7 Starter sahaja. Sehingga kini, aplikasi ini tidak memberi atau menunjukkan sebarang masalah dan segalanya berjalan dengan lancar. Oleh itu, amat saya galakkan penggunaan alat ini bagi menghidupkan suasana persekitaran desktop yang lebih mengancam dan indah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu kerja anda. Siapa yang tidak suka akan keindahan?
Cara Penggunaan.

1. Muat turun aplikasi tersebut [di sini]. 
2. “Extract” fail tersebut. Kata laluan ialah [omghackers.com].
3. Jalankan aplikasi Aero Glass (Patch)
4. “Restart” komputer anda. Kemungkinan komputer anda akan “restart” secara automatik.
5. Sesudah “restart”, klik kanan pada bahagian “desktop” dan pilih Personalize.
6. Mulakan dengan merubah hiasan latar belakang dengan gambar berdefinisi tinggi dan Aero Glass berserta warna yang menarik.
Sebelum.
Selepas – Kelihatan antara muka “desktop” anda lebih menyerlah.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Penyelesaian Masalah Duplicate dan Blank Contacts

0

Assalamualaikum kepada pembaca OMG! Hackers? yang disayangi.

Kini bertemu kembali untuk review 2 buah aplikasi android yang berada di Playstore.

Mula sekali saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda pernah mengalami masalah di bahagian contact phone anda mempunyai dua atau lebih nama yang sama? Ada contact yang nama tetapi tiada nombor? Jika ya maka aplikasi ini adalah penyelesaian kepada anda untuk mendelete satu persatu yang kadangkala sehingga beratus-ratus bahkan beribu.

Semestinya anda akan berasa tidak selesa dengan hadirnya contact yang sama atau contact yang tiada nombor. Bagaimana ianya terjadi? Kebiasaanya akan terjadi disebabkan Sync Apps yang mempunyai nombor yang sama, anda cuba membuat backup dari sim ke phone, anda tersilap export contact sehingga berkali-kali yang menyebabkan ianya menjadi sama.

Aplikasi pertama ialah dinamakan Duplicate Contacts by Alex Accaci.

Aplikasi ini mampu mencari segala contact yang ada di dalam phone sama ada berada di phone, simcard atau applikasi yang telah sync seperti facebook, telegram, whatsapp dll. Secara automatik dia akan tick yang sama contact dan akan tinggalkan satu sahaja. Seterusnya anda boleh tekan button “Delete Selected” untuk padam kesemuanya yang sama.

Download Here

Aplikasi kedua ialah Contacts Cleaner by Crave.

Aplikasi ini menyediakan dua jenis versi iaitu versi percuma dan berbayar. Jika anda hanya ingin membuang contact yang tiada nombor phone sahaja maka versi percuma sudah memadai untuk anda. Aplikasi ini membenarkan anda membuat backup sebelum anda memadamkan semua contact yang tidak mempunya telefon nombor.

Versi Percuma menyediakan :-

Delete contacts without name/names
Delete contacts without phone number
Delete contacts from Facebook
Delete contacts from Google+

Download Here

Selamat mencuba dan selamat meninggalkan masalah kenalan yang sama dan tiada nama atau no telefon.

_____________________________________________________________________________

Sekadar Perkongsian dipetik dari Buku Khutbah Rasulullah sempena Malam Jumaat.

Patuh Kepada Pemimpin

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah berkata :

“Selepas peninggalan saya, akan muncul pemimpin-pemimpin. Antara pemimpin-pemimpin ini, terdapat mereka yang baik dan ada juga yang jahat. Taati dan patuhi pemimpin-pemimpin ini selagi mereka mengarahkan perkara yang benar. Solat di belakang mereka. Sekiranya pemimpin ini melakukan kebaikan, ganjarannya bagi kamu semua dan bagi pemimpin tersebut. Tetapi sekiranya, pemimpin melakukan keburukan, kalian tetap mendapat ganjaran dan pemimpin tersebut mendapat dosa”

(Direkodkan oleh at-Tobari dalam buku Al-Ausath.)

Credit : Angelezo Sharing

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Pixlr: Perkhidmatan Percuma Sunting Gambar Atas Talian

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Dihormati, Tuan Arya Putra selaku Pentadbir
OMG! Hackers?, Yang Dimuliakan barisan sahabat penulis, dan pengunjung terhormat blog OMG! Hackers? yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis sebarang artikel di blog yang dicintai ramai ini. Ibarat derhaka pada pencinta ilmu apabila tidak hadir dengan makalah, ilmiah atau ilmu pengetahuan kepada sejagat. Oleh itu, harap diampun kesalahan hamba, jika tiada aral melintang, hamba akan kembali menulis dan mengarang lebih banyak artikel pada masa hadapan. Seperti yang tertera pada tajuk artikel ini, artikel ini akan menghurai dan membincangkan perihal sebuah perkhidmatan percuma untuk menyunting gambar secara alam maya.

     Pixlr merupakan sebuah laman web yang menggabungkan tiga elemen suntingan. Melalui elemen suntingan ini, anda dibekalkan tiga pilihan untuk menyunting gambar berdasarkan tuntutan dan kemahuan anda. Aplikasi penyuntingan pertama ialah Pixlr Editor, yang kedua pula ialah Pixlr Express dan yang terakhir ialah Pixlr O-Matic. Buat pengetahuan umum, saya bukanlah seorang editor gambar, namun berasa takjub, taksub, terpersona lagi kagum dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pixlr. Oleh sebab itu, saya karangkan sebuah makalah untuk dimanfaatkan bersama. Mungkin bagi penggiat seni ilustrasi mahupun fotografi, laman web Pixlr atau yang menyerupai sudah pasti tidak asing lagi bagi mereka tetapi bagi saya, segalanya umpama suatu keajaiban yang disembunyikan kerana saya baru sahaja mengenali laman web serba guna ini beberapa ketika yang lalu. Usah berleter lagi, kita teruskan sahaja kepada tujuan sebenar artikel. Tapi, sebelum itu, ingin saya dahului dengan sedikit objektif mengapa artikel dikarang. Kemungkinan terdapat kelebihan yang tidak dihuraikan namun asas bagi setiap artikel yang dikarang oleh saya khususnya bertujuan untuk memperkenalkan sahaja sesuatu perkhidmatan ataupun servis. Anda perlu dalami dan selami sendiri segalanya tanpa bergantung kepada mana-mana insan. Hasilnya, anda akan mudah mengingati segala yang dipelajari, bermula dari semudah menelan air hingga mengunyah seketul daging kering. Berhempas pulas untuk menikmati suatu perkara, mengerah kudrat dan menitiskan keringat hingga membasahi bumi akan lebih mendatangkan keasyikan terhadap apa yang dilakukan.

Pixlr Editor.
     Adakah anda biasa menggunakan perisian Adobe Photoshop atau Gnu Image Manipulation Program (GIMP) dalam pengeditan gambar? Jika ya, mungkin perkhidmatan yang disediakan oleh Pixlr menerusi Pixlr Editor akan sedikit membantu kerja-kerja penyuntingan gambar anda. Tapi sebelum itu, saya ingin maklumkan sesuatu iaitu saya akan mengarang sebuah artikel berguna untuk membuang sesuatu objek yang mencemari gambar anda pada masa akan datang. Hasilnya mungkin tidak sebaik perisian berbayar Adobe Photoshop, namun pasti berguna suatu hari nanti kerana segala perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pixlr bersifat atas talian. Anda tidak perlu memuat turun sebarang perisian bahkan pemalam (plugin) untuk menggunakannya. Itu merupakan salah satu kelebihan Pixlr Editor yang saya dapati sewaktu menggunakannya dalam aktiviti penyuntingan gambar. Pada permulaan penceritaan tentang Pixlr Editor, saya ada menyentuh tentang perisian-perisian penyunting gambar seperti Photoshop dan Gimp. Kebanyakan perisian, aplikasi ataupun perkhidmatan seperti ini memiliki antara muka yang hampir sama, begitu juga dengan Pixlr Editor. Hal ini sekali gus akan membantu anda melakukan kerja penyuntingan. Benar, antara muka Pixlr Editor tidak sama 100% dengan perisian-perisian lain, namun perlu diingat bahawa setiap perisian, aplikasi, atau sebarang perkhidmatan memiliki identiti mereka yang tersendiri. Selain itu, mereka juga perlu pertimbangkan untuk membawa masuk servis-servis terkini terhadap barangan mereka kerana Pixlr Editor berkerja sepenuhnya secara atas talian. Sekiranya di bawa masuk sesuatu yang baru padanya kemungkinan akan membebankan pengguna dan seterusnya menghilangkan ambisi dan keasyikan dalam penyuntingan gambar. Artikel sudah lanjut, namun penceritaan tentang servis yang ditawarkan oleh Pixlr Editor masih samar. Maklumlah, sudah lama tidak menulis, jadi jari-jemari yang sudah kaku perlu diberi pelincir yang baik untuk menghidupkan kembali sesudah berehat panjang. Seperti biasa, di bahagian kiri terdapat himpunan alat yang digunakan dalam penyuntingan gambar dan pada bahagian kanan terdapat beberapa indikator yang akan memudahkan kerja-kerja penyuntingan gambar anda. Aplikasi Navigator, untuk memudahkan anda melakukan penyuntingan terhadap sesuatu gambar dari jarak dekat, jarak jauh, dan menggerakkan gambar anda ke kawasan yang ingin disunting. Layers pula ialah tempat di mana apabila anda melakukan salinan pendua (duplicate) gambar anda dan yang terakhir ialah History iaitu sekiranya terdapat kesilapan dalam pengeditan gambar, anda boleh kembali semula pada tempat terakhir penyuntingan gambar sebelum kesilapan itu berlaku. Umumnya, di bahagian atas terdapat ‘toolbar’ yang mengumpulkan bermacam jenis fungsi pengeditan gambar.

Pixlr Express. 
     Pixlr Express, namanya sahaja sudah mencerminkan sifat-sifat ataupun fungsi yang terkandung di bawahnya. Menurut saya, Pixlr Express digunakan untuk menyunting gambar dengan kadar segera. Pixlr Express memudahkan anda untuk mengedit gambar dengan pantas dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Hanya berdasarkan kemahuan dan keinginan anda, segalanya bakal berjalan dengan lancar. Meskipun bersifat expres atau laju lagak Sani Express, namun segalanya tidak menjelaskan fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Hal ini kerana terdapat banyak fungsi yang sengaja disembunyikan oleh Pixlr. Misalannya, di bawah fungsi Overlay terdapat 19 fungsi yang pelbagai dan dibawah fungsi tersebut mempunyai aneka pilihan atau corak yang boleh dimanfaatkan oleh anda berdasarkan kemahuan dan kehendak anda yang tersendiri. Pixlr Express diperkaya dengan pelbagai jenis alatan yang menarik. Pixlr Express ini amat sesuai untuk wanita khususnya mereka yang berminat dengan penyuntingan gambar yang mudah namun serba lengkap. Pixlr Express ibarat perisian Photoscape. Jika dahulu, anda memerlukan perisian-perisian seperti ini, namun kini anda hanya perlu memiliki sambungan internet dan segalanya akan berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa fungsi yang perlu dihuraikan iaitu Adjustment memiliki fungsi-fungsi asas untuk pengeditan gambar seperti potong, putar, ubah saiz gambar dan lain-lain, Effect pula berkenaan memberikan kesan terhadap gambar anda, misalannya kesan kabur, zaman 60-an, zaman 90-an dan sebagainya. Overlay pula bertujuan untuk memberikan efek menarik seperti bunga api, nyalaan api, asap dan lain-lain manakala bagi Borders pula ialah meletakkan bingkai pada gambar anda. Jika anda ingin memperindah gambar anda dengan hiburan maka anda boleh menggunakan fungsi yang ditawarkan oleh Stickers dan yang terakhir ialah Type untuk anda meletakkan kalimat-kalimat agung.

Pixlr O-Matic.
     Jika Pixlr Express itu anda sangkakan bahawa melakukan kerja penyuntingan melaluinya semudah ABC, maka ada lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pixlr yang lebih mudah. Itulah Pixlr O-Matic. Pixlr O-Matic merupakan versi mudah daripada Pixlr Express, anda hanya perlu klik butang seterusnya (Next). Namun terdapat beberapa fungsi Pixlr Express yang tidak didatangkan pada Pixlr O-Matic. Oleh sebab saya bukan seorang jurugambar dan tidak berpengetahuan tentang seni gambar. Saya tidak dapat mengenal pasti maksud O-Matic yang sebenar. Saya andaikan O-Matic ialah istilah khusus yang digunakan dalam seni fotografi atau mungkin istilah ini merupakan kependekan daripada perkataan Automatik. Jika benar automatik, maka amat serasi ditujukan kepada Pixlr O-Matic yang kerja penyuntingan gambar padanya dipermudahkan dengan fungsi automatik. Tiada kata yang perlu diungkapkan lagi. Anda perlu cuba dan alaminya sendiri.

Anda boleh mengunjungi blog Pixlr untuk melihat sendiri hasil orang ramai yang telah menggunakan perkhidmatan daripada Pixlr. Anda juga boleh menghantar hasil penyuntingan gambar yang dilakukan oleh anda kepada Pixlr melalui Flickr. Selain itu, jika anda berminat terhadap gambar penyuntingan umum, anda boleh menggunakannya pada komputer, telefon pintar mahupun tablet anda sebagai hias latar. Ceriakan harimu dengan melihat keindahan.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline