Tutorial Cara Memasang Ubuntu 14.04 Dual Boot Dengan Windows 7/8/8.1

Assalamualaikum semua. Setelah rilisnya Ubuntu 14.04 Trusty Tahr, si Rusa ini (Rusa ke?) tampaknya telah memberi saya kembali suatu pandangan yang baik buat Ubuntu. Kini ia lebih pantas (seperti yang anda boleh tonton melalui video reviu OMG! Ubuntu! dan juga WebUp8), dan juga lebih efisien berbanding versi LTS sebelumnya.

Pada saya meskipun Ubuntu 14.04 bukanlah sebuah Distro Linux yang ‘beast’ seperti Kubuntu, atau mempunyai ‘massively overwhelming superb installation tutorial Wiki’ seperti Arch Linux, atau juga mempunyai ‘turbo charging speed’ seperti elementary OS Luna, tetapi saya rasa dah tiba masanya kita kembali memartabatkan Distro Linux yang satu ini.

Ini adalah kerana dari komen-komen yang saya dapat lihat, Ubuntu 14.04, selain dari tempoh sokongan selama 5 tahun, termasuk pembaikan pepijat kritikal, apa yang para pengguna baru suka adalah kerana ianya ‘shining’ (seperti yang selalu saya sebutkan dalam Facebook). Ramai pengguna baru Linux yang berjaya saya ‘tarik’ dek kerana paparan antaramuka pengguna desktopnya yang tampak kemas walaupun tidak begitu elegan (Unity banyak mendapat kritikan kerana bar launcher yang tidak dapat diubah kedudukannya).

Kalau ada perkara yang saya teramat inginkan dari Ubuntu ialah kebolehan untuk Intel-hide atau bahasa lainnya Intelligently Hide. Fungsi Auto Hide agak menjengkelkan bagi saya. Jika fungsi Intel-Hide dapat dibawa masuk semula ke dalam Ubuntu, ia akan jadi lebih sempurna. Kerana saya sudah pun terbiasa dan boleh menerima kedudukan bar launcher Unity di sebelah kiri, tetapi tidak boleh terima ia tanpa Intel-Hide.

Baiklah. Cukup dengan review ringkas saya. Mari kita ke proses pemasangan pula!

Ubuntu 14.04 boleh dirakamkan (burn) ke dalam USB untuk mudah cara. Jadi selepas anda membuat live USB Ubuntu, cucukkan pada mana-mana USB port lalu bersiap-sedialah untuk boot ke dalam Ubuntu 14.04. Apabila nampak sahaja tampilan desktop seperti di bawah, anda boleh terus klik pada ‘Install Ubuntu 14.04 LTS’:

Klik sahaja pada ‘Continue’.

Pada bahagian ini pula, jika anda ingin memudahkan lagi kerja anda, sila tandakan pada ‘Download updates while installing’ dan juga ‘Install this third party software’ lalu klik Continue:

Bagi anda yang tidak mahu berfikir panjang, di sini anda boleh terus klik pada ‘Install Ubuntu alongside Windows 7’. Tetapi buat mereka yang mahu menentukan/mengubah partisi boleh klik pada ‘Something else’:

Di sini anda dapat lihat bagaimana saya telah menentukan saiz partisi sebelum pemasangan. Dengan cara ini kerja akan jadi lebih-lebih-lebih mudah lagi. Direktori /dev/sda3 adalah partition D yang akan kita gunakan untuk pemasangan Ubuntu dalam tutorial kali ini.

Klik dua kali pada partisi tersebut, dan tentukan saiznya. Sebagai contoh saya ingin membuat baki 1GB untuk swap area, jadi daripada 250GB bahagian partisi D itu, saya tolak sahaja dengan jumlah 1024MB. Maka jadilah keseluruhan partisi untuk Ubuntu berjumlah 249029 (250053 – 1024).

Setelah itu klik pada ‘Use as’ – Ext4 journaling file system.

Mount point – /

Klik juga pada ‘Format the partition’. Seterusnya klik ‘OK’.

Nampak tak baki 1025MB tersebut? Partisi itulah yang saya gunakan untuk ‘swap area’. Anda hanya perlu klik dua kali seperti proses di atas, dan ubah pilihan pada ‘swap area’.

Siap!

Jadi bahagian yang paling susah iaitu ‘partitioning’ sudah pun berjaya kita lepasi!

Apa lagi langkah seterusnya? Ya. Seterusnya macam proses format Windows, anda perlu tentukan nama pengguna dan juga nama komputer. Tak susah bukan?

Pilih keyboard. Susah ke? Senang sahaja kan.

Klik ‘Continue’.

Errr.. Sabar menunggu..

Selesai sudah pemasangan Ubuntu 14.04! Kini anda hanya cuma perlu restart dan boot ke dalam desktop Ubuntu.

Sedikit tips dari saya, jika anda inginkan pemasangan jadi lebih laju/pantas, sila tukar Software Sources. Buka Ubuntu Software Center, klik pada menunya iaitu Edit – Software Sources:

Langkah seterusnya klik pada ‘Download from’ dan kemudian ‘Other’, ‘Select Best Server’. Ubuntu akan melakukan ping kepada semua mirrors dan memilih lokasi muat turun yang lebih laju untuk anda.

Amacam? Senang bukan kaedah pemasangan Ubuntu? Sebenarnya kaedah pemasangan memang tak susah. Anda hanya cuma perlu tekun mendalami bahagian partitioning sahaja. Bahagian-bahagian lain secara amnya telah dipermudahkan untuk anda.

Selamat menggunakan Ubuntu 14.04 dan berjumpa lagi kita dalam tutorial seterusnya InsyaAllah!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img