Utama Blog Laman 212

[ Tutorial ] Cara Alternatif Untuk Membaiki Masalah Update S930, GApps Serta Muat Turun ROM

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Maaf lama betul menghilang kan?
Banyak urusan perlu diselesaikan 🙂
Bahan nak post tu ada, tunggu masa sesuai untuk update 😀

Dah mengarut pulak, hahaha.
Okey, update kali ni mengenai masalah2 yang sering berlaku pada semua orang.
Iaitu update KitKat S930 ( usb tak detect atau reject ), GApps hilang selepas update ROM, serta susah untuk download ROM di laman web.
Sebenarnya, tadi saya sudah pun upgrade S930 saya dengan 4.4 Kitkat.

Ternyata lancar dan ada 2-3 ralat dalam ROM sebelum2 ni dibaiki.
Insyaa Allah jika sempat, saya cuba curi sedikit ruang untuk review 4.4 Kitkat pada S930 😀

  • Masalah update Kitkat S930

 Tadi saya cuba update dengan rujukkan Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada KitKat 4.4.2 by Arya Putra. Banyak kali baca baru la paham step2 dia. Sebab lama dah tinggal custom2 ni sejak pakai 5S.
Saya ingat masalah driver sebab bila connect usb ja, bunyi connect selang 2 saat bunyi disconnect -_-.
Maka saya kongsikan cara saya menyelesaikan masalah ini. Kepada yang dah tahu tu, mungkin cara ini agak skema sikit dan agak kalut2 :3

klik untuk lebih jelas
Ini contoh screenshot software SP Flashtool, saya suka Run as Admin taktau kenapa >.<. F8 untuk upgrade ( dari ROW ke CN ), anda cabut bateri, kemudian apabila phone connect dekat PC, dengar bunyi connect kat PC terus tekan F8 lepas itu boleh pasang balik bateri 😀 Jika anda biar lama 2 saat, ia akan disconnect dengan sendirinya -_-. Sama juga seperti flash stock recovery, CWM, TWRP
klik untuk lebih jelas
Macam gambar di atas tu, untuk flash stock recovery, CWM atau TWRP. Buat siap2 macam di atas tu, lepas tu sama macam gambar 1st tadi, connect phone di PC, bunyi je connect terus tekan yes :D. Insyaa Allah ia berjalan dengan lancar. Jangan lupa tekan ” DA DL All With Check Sum “. Saya terlupa tekan tu yang nak masuk CWM tak boleh >.<

EXTRA
Jika mengalami masalah drive, boleh download ini > All MTK USB Driver 2014 < kredit kepada owner. Saya tak ingat sedut kat mana tah :3. Saya upload lain.
Sila pergi > All MTK USB Driver 2014All MTK DriversNew inst. win 7&8×64 ( kena extract dahulu 😀 )
  • GApps ( PlayStore hilang, download Youtube kat LenovoStore naik error )

Untuk masalah ini, anda haruslah ROOT dahulu baru boleh install GApps ini.
Rujuk di sini > Cara Root Lenovo S930 Yang Telah Menggunakan Android 4.4.2 KitKat by Arya Putra
Untuk download sila tekan ni > GApps Minimal 4.4.2.
Saya suka pakai CWM, selepas ROOT ( CWM jadi kekal selepas ROOT. Saya rasa la sebab lepas ROOT ( kes tak ROOT terus flash GApps dan GApps silap ambik PAndroid, dalam file Xperia L malas nak cari Hahaha ). Cadangan saya sila disable Quick Boot untuk sementara sahaja, nanti enable balik. 🙂
 
Lepas flash GApps Minimal 4.4.2 tu insyaa Allah PlayStore fungsi seperti biasa.
Tetapi akan keluar setup tak silap saya lepas on phone anda. Isi, dan boleh guna :).
Jangan silap tekan pula, sebab saya tadi silap tekan keluar tulisan cina, nasib la ingat dekat mana Language :3.

  • Muat Turun ROM susah sebab kena bahasa Russia ( register susah ), banyak sangat dalam website taktau mana satu nak ambik?

Untuk masalah ini, jangan risau. Sila masuk laman web ini > Vibe Ui
Dalam tu ada banyak model Lenovo, jadi sila pilih mengikut model anda 🙂
Maaf hampir 98% tulisan cina 😛

klik untuk lebih jelas
kemudian, lepas anda pilih model anda, sila tekan seperti gambar di bawah untuk muat turun ROM tersebut 🙂
klik untuk lebih jelas
 
Klik kotak biru seperti gambar atas ni, anda boleh download ROM tersebut.
Untuk pengetahuan anda, ROM tu takda GApps, jadi boleh download di atas untuk flash guna CWM 🙂
Itu sahaja dari saya, maaf post kali ini agak kalut sebab sambil siapkan tugasan, post sekejap :3.
Jika ada sebarang masalah, boleh komen di bawah.
Harap post ni dapat ganti kehilangan saya yang agak lama >.<
Saya juga ahli baru dalam keluarga Lenovo ini 🙂 Salam perkenalan semua 😀
* Maaf jika terdapat kekurangan, dan kesilapan dalam post ini. Terima kasih kerana membaca 🙂
Gambar santai awal pagi ni.
Suka lockscreen S930 KitKat yang 1423 ni. Dah macam LockScreen iPhone 5S with SubtleLock tweak :D. Dah la kedudukan icon kamera tu nak sama dah :3

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Tutorial C++ Bahagian 4: Pengenalan ‘Variables’ (Pembolehubah)

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Variable merupakan lokasi di dalam komputer yang digunakan untuk menyimpan sesuatu data sementara program dijalankan. Setiap input dan output untuk variable memerlukan declaration (pengisytiharan). Nama kepada variable juga dikenali sebagai identifier. Untuk declare variable beberapa peraturan atau syarat perlu dipatuhi.

Peraturan Untuk Memberi Nama Kepada Identifiers:
  1. Bermula
    dengan huruf
  2. Hanya
    boleh mengandungi:
    • Huruf
    • Nombor
    • Underscores, _
  3. Special
    Symbol tidak dibenarkan
  4. Space
    @ Jarak tidak dibenarkan
  5. Bukan
    “Reserved Keyword”
  6. Nama
    Identifier adalah case sensitif

Untuk senarai ‘reserved keyword’ boleh check disini

Untuk declare sesuatu variable perlulah memenuhi kesemua
syarat-syarat di atas
Contoh Identifier:
Data Types (Jenis Data)
Kegunaan data type ini bertujuan untuk mengawal jenis data yang disimpan.
Contoh Data Types:
Kesemua data type di atas merupakan asas kecuali string. String adalah data type yang ditambah melalui class, dimana ia merupakan sekumpulan arahan untuk membentuk objek. Oleh sebab, untuk menggunakan string anda perlu menambah #include <string> pada file header. 
Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke felices.catus@gmail.com 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Tutorial C++ Bahagian 3: Memahami Code Hello World!

0

Assalamualaikum dan salah sejahtera.
Hari ini saya akan menerangkan makna setiap code yang ditulis dalam tutorial yang lepas. Iaitu program Hello World. Saya akan cuba untuk menerangkannya secara mudah dan ringkas.

Nota Penting:
tanda ‘;’ ini merupakan semicolon juga dikenali sebagai terminator. Semicolon ini bertujuan untuk untuk mengasingkan beberapa kenyataan(statement). Ia diperlukan untuk setiap statement yang ditulis. Ianya sangat penting, jika tertinggal ia boleh membawa kepada error semasa proses compile

Line 1:
#include merupakan preprocessor directive.
<iostream> merupakan library yang dipanggil untuk digunakan sepanjang program ini.

#include <iostream> merupakan file header.

Preprocessor directive adalah kod program yang didahului dengan tanda (#). Contoh preprocessor directive yang lain ialah #define.
#include <iostream> ini bertujuan untuk memberi arahan kepada compiler untuk memasukkan library <iostream> ke dalam program ini. <iostream> ini juga mengandungi keyword untuk input dan output yang akan kita gunakan.

Line 2:
Ruangan kosong.
Nota: ruangan kosong tidak memberi apa-apa makna, anda boleh menambahnya seberapa banyak yang anda suka, kerana apabila dicompile ia tidak merubah kod sebenar program. Ruangan ingin hanya bertujuan untuk permudahkan bacaan sahaja.

Line 3:
Jika anda tidak arahan ini, maka anda perlu memasukkan std:: pada setiap keyword yang anda akan gunakan, contoh keyword yang digunakan disini ialah cout dan endl, maka anda perlu menggunakan std::cout dan std::endl. Tetapi apa jika using namespace std; ini digunakan, program ini akan tahu bahawa anda hanya menggunakan standard library utk keyword yang digunakan. namespace std mengandungi classes, objects dan functions daripada standard C++ library.
Contoh:

Nota kaki: std singkatan daripada standard.

Line 5 – 9:
Merupakan Main Function untuk program ini. Setiap program yang ditulis mestilah mempunyai Main Function. Kegunaan Function saya akan ajar dalam tutorial yang akan datang.

Line 6 – 9:
Dimulakan dengan tanda ‘{‘ dan diakhiri dengan tanda ‘}’ ini merupakan body kepada Main Function.

Line 7:
‘cout’ merupakan keyword untuk memberi arahan untuk print atau display apa sahaja yang berada di dalam quote (“”), Contoh Cout << “Hello World!”. Ia bermaksud display perkataan “Hello World“.
‘endl’ merupakan keyword untuk memberi arahan untuk tamatkan penggunaan garis semasa.

Dengan keyword ‘endl’:





Tanpa keyword ‘endl’:






Line 8:
return 0; ianya hanya sebagai penunjuk bahawa program itu ditamatkan. Ini kerana kita menggunakan Data Type int untuk Main Function makan return 0; diperlukan untuk tamatkan program.

Minta maaf atas kelemahan penggunaan bahasa, rasa janggal bila diterjemah dalam bahasa melayu. Hehe. Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke felices.catus@gmail.com 

Artikel Berkaitan:
Pengenalan Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language)
Tutorial C++ Bahagian 1 : Memasang IDE Pada Komputer
Tutorial C++ Bahagian 2: Memulakan Projek, Compile Dan Run Program

Views: 21

Iklan Newspaper Inline

Tutorial C++ Bahagian 2: Memulakan Projek, Compile Dan Run Program

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya akan mengajar cara untuk memulakan projek, menyusun(compile) dan menjalankan(run) sesuatu program. Kebanyakkan programming language akan menggunakan perkataan “Hello World!” bagi sesiapa yang baru kepada programming language (saya pun tidak tahu kenapa). Jom Start!

Langkah pertama anda perlu create project dalam Code Blocks. Bagi sesiapa yang belum memasang Code Blocks boleh rujuk disini untuk tutorial cara memasangnya. Untuk mulakan project boleh ikut langkah di bawah:

Langkah 1: Mulakan projek baru.

Langkah  2: Pilih “Console Application” dan click Go. (Jika ada keluar window yang lain click next)

Langkah 3: Pilih “C++” dan Click Next.

Langkah 4: Namakan Projek Anda, Contoh “Hello Word”, dan simpan di lokasi yang anda inginkan dan click next.

Langkah 5: Biarkan tetapan secara lalai (default), Jangan usik dan click finish.

Langkah 6: Pergi ke Workspace pada petak sebalah kiri, dan double click pada main.cpp.

Langkah 7: Anda akan mempunyai coding seperti dibawah dan press button f9 atau click pada icon kecil seperti dalam gambar untuk compile dan run program.

Langkah 8: Windows DOS Application akan keluar seperti ini.

Jika anda berjaya mengikuti langkah di atas, bermakna anda telah berjaya untuk mulakan projek, compile dan run program tanpa sebarang masalah. Dalam Tutorial akan datang saya akan cuba untuk menerangkan makna setiap code tersebut.
Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke felices.catus@gmail.com 
Artikel Berkaitan: 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tutorial C++ Bahagian 1 : Memasang IDE Pada Komputer

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum anda belajar bahasa pengatucaraan C++ anda memerlukan perisian yang dipanggil IDE (Integrated Development Enviroment).

Apa Itu IDE?
IDE adalah satu persekitaran pembangunan interaktif sebuah aplikasi perisian yang menyediakan kemudahan kepada programmer untuk menulis coding dan seterusnya membangunkan perisian dengan bahasa mudahnnya IDE itu perisian untuk membangunkan perisian.

Bolehkah Menulis Code Program Tanpa IDE?
Jawapannya ya, boleh tidak ada masalah jika anda ingin menulis coding tanpa menggunakan IDE. Anda boleh juga menggunakan notepad sahaja untuk menulis coding. Tetapi jika anda menggunakan IDE ia jauh lebih mudah dan banyak membantu anda semasa menulis coding. IDE kebiasaanya disertakan dengan Source Code Editor, Debugger, Compiler dan beberapa fungsi yang lain yang akan membantu anda dalam membangunkan sesebuah program.

Menulis Coding Dengan Source Code Editor:






Menulis Coding Tanpa Source Code Editor:



IDE Yang Disyorkan:

Code Blocks
Dev C++
Microsoft Visual Express

Dalam Tutorial yang akan datang saya akan menggunakan Code Blocks sebagai persekitaran untuk menulis coding. Sebab itu tutorial ini akan mengajar anda untuk memasang Code Blocks dan bukannya IDE yang lain.

Step 1:

Step 2:

Step 3:

Step 4:

Step 5:

Step 6:

Step 7:

Sampai sini sahaja untuk tutorial ni. Next Tutorial saya akan ajar cara menggunakannya Shaa Allah. 🙂
Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke felices.catus@gmail.com

Artikel Berkaitan: 
Pengenalan Bahasa Pengatucaraan (Programming Language)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pengenalan Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language)

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bermula pada hari ini saya akan menulis tutorial bahasa pengatucaraan atau lebih dikenali sebagai programming. Tetapi sebelum itu saya ingin memberikan sedikit pengenalan asas berkaitan dengan programming.

Apa itu code program?


Program komputer adalah satu set arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer bagaimana untuk menyelesaikan masalah atau menjalankan tugas. Arahan-arahan ini merupakan kod program atau ‘code’.

Apa itu Kod Sumber (Source Code)


Source Code adalah set arahan komputer yang ditulis menggunakan bahasa pengatucaraan yang boleh dibaca oleh manusia atau programmer (pengatucara)

Bahasa Pengatucaraan(Programming Language)


Bahasa pengatucaraan atau programming language adalah set peraturan kata kunci(keyword) direka untuk mewujudkan arahan(command) yang komputer dan boleh memproses atau menjalankan tugas yang ditetapkan. Contoh bahasa pengatucaraan C, Pascal, Phyton, Java, Fortran dan sebagainya.

Setiap keyword dan arahan adalah ditetapkan untuk compiler dan interpreter untuk menterjemahkannya setiap baris kod kepada bahasa mesin (machine language). *Menterjemahkan daripada high level programming language kepada low level programming language.

Bahasa Pengatucaraan Aras Rendah (Low Level Programming Language)


Low Level Programming Language adalah arahan yang khusus kepada microprocessor (CPU). Machine language dan assembly language adalah low level programming language.

Contoh Assembly Language:

    Start: .org $8020
    SEI
    LDA #$80
    STA $0315
    LDA #$2D
    STA $0314
    CLI
    RTS
    INC $D020
    JMP $EA31

 Bahasa Pengatucaraan Aras Tinggi (High Level Programming Language)

High Level Programming Language menggunakan kata-kata perintah dan tatabahasa berdasarkan bahasa manusia untuk menyembunyikan asas tahap rendah bahasa perhimpunan. C, Java, Ada merupakan contoh high level programming language.

Contoh C Programming Language:

#include<stdio.h>

main()
{
    printf("Hello World");


}

*Update : 10/6/2014

Views: 14

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Rule of Thirds?

1

Apa Itu Rule of Thirds (ROT)

Perlu diingatkan, sebelum anda membaca penerangan mengenai Rule of Thirds (Terjemahan Google Translate – Kedaulatan Undang-Pertiga?), setiap undang-undang bukan semuanya wajib dipatuhi. Ia dicipta oleh manusia, tetap mempunyai banyak kelemahan, disamping kelebihan yang ada. Tidak mematuhi ROT bukan bererti gambar yang anda hasilkan akan menjadi tidak menarik, tetapi adalah lebih baik kita tahu dan belajar mengenainya agar sama-sama dapat memanfaatkannya di kemudian hari.

Fotografi tidak mempunyai garis panduan atau peraturan yang tetap bagi mendapatkan hasil imej yang terbaik. Dek kerana falsafah atau prinsip sebenar fotografi ialah dalam peraturan dunia fotografi, ia tidak mempunyai sebarang peraturan. Namun, ROT dicipta bagi mendapatkan komposisi penceritaan disebalik setiap petikan jari untuk mendapatkan sebuah gambar yang tidak mempunyai ‘jiwa kosong’.

Untuk memahami ROT, anda perlu membayangkan gambar dibahagikan kepada 9 bahagian, menggunakan 2 garisan yang menegak, dan 2 garisan yang melintang. ROT mengatakan bahawa, anda perlu meletakkan elemen atau elemen-elemen (lebih dari satu subjek penting) di sepanjang garisan, atau pada mana-mana tempat ianya bersilang (bertemu).

Teori ROT

Jika anda meletakkan elemen penting pada garis silang atau di sepanjang garisan, gambar anda akan menjadi lebih natural, seimbang, dan akan membenarkan orang yang melihat berinteraksi dengan gambar secara lebih natural juga.

Dengan memahami komposisi letak duduknya ROT, anda akan dapati bahawa terdapat sesetengah gambar, merupakan snapshot biasa, manakala sesetengah yang lainnya pula mempunyai suatu ‘jalan cerita’. Kajian mendapati mata manusia kebiasaannya akan menghala kepada garis silang atau titik pertemuan berbanding menghala terus ke tengah gambar, dan ROT berfungsi untuk menjadikan gambar lebih mudah dihadamkan oleh mata manusia berbanding memaksanya.
Saya berharap dengan sedikit penerangan pendek mengenai ROT ini dapatlah kita manfaatkan ia bersama, dan kemudiannya memecahkan pula peraturan tersebut (breaking the Rule of Thirds). Kerana apa? Yeah, cliche, tetapi setiap peraturan dicipta untuk dipecahkan (every rules was meant to be broken).
Salam Candid Camera dari saya, dan semoga bertemu lagi di artikel seterusnya.
Sumber Gambar dan Rujukan :

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Aplikasi Android:VideoBee

0
Bismillah irRahman irRahim. Assalamualaikum.

VideoBee adalah aplikasi daripada Shoelace Wireless Inc.
Ia adalah aplikasi membolehkan pengguna melayari video online seperti YouTube,Yahoo,Vimeo,MetaCafe,DailyMotion dan Ustream.
Berbanding dengan Youtube,VideoBee salah satu aplikasi membolehkan anda streaming dan menggabungkan talian internet anda secara berkumpulan via bluetooh,wifi dan talian 3G /LTE dan talian 3G mahupun wifi.
Aplikasi VideoBee juga boost kan internet isp anda untuk membolehkan streaming dengan laju tanpa sebarang gangguan.
*Tertakluk kepada ISP*
-Penyambungan semula video-
Keupayaan VideoBee adalah anda boleh menyambung semula Video yang telah ditonton tanpa sebarang masalah kerana VideoBee menggunakan Cache supaya dapat menyambung semula Video tanpa sebarang masalah.
P/S:Untuk unlock darktheme,hanya perlu rate 5 bintang diplaystore.
Penafian:Aplikasi ni adalah percuma tanpa menggunakan root access,pengguna boleh install tanpa sebarang masalah.Pihak OMG!Hackers? tidak akan bertanggungjawab andai peranti anda hilang,tidak boleh ON kerana bateri habis,tidak boleh melayari internet sebab kuota internet tamat tempoh dan kucing berak atas sofa.
Sekian.Wassalam.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tips Fotografi Mobil (Fotografi Menggunakan Telefon Bimbit)

1

Salam,

Sejak munculnya Lenovo Photogroup Malaysia, minat saya terhadap dunia Fotografi Mobil menjadi semakin mendalam. Meskipun Fotografi Mobil terhad dari segi cirinya, ia tidak bererti kita tidak mampu menghasilkan gambar yang hebat, asal saja tahu cara dan tipsnya.

P/s: Untuk pengetahuan anda, Lenovo Photogroup Malaysia adalah penyebab kepada kemunculan Lenovo Photography Indonesia.

Disebabkan blog ini mengkhususkan kepada tips-tips mudah bagi para pemula, jadi saya tidak akan membincangkan tips atau artikel yang menyentuh kepada subjek yang terlalu ‘jauh’ atau ‘mendalam’ seperti Depth of Field, Camera Angle, Aspect Ratio dan lain-lain lagi.

Berikut saya senaraikan beberapa tips Fotografi Mobil yang sempat saya tuliskan:

1. Pastikan Jumlah Memori Mencukupi

Kebanyakan orang terlupa satu perkara ketika membawa telefon bimbit mereka ke mana-mana. Mereka suka mengambil gambar, suka merekod video, namun satu perkara ini, yang sering dilupakan ialah berapa banyak lagi jumlah memori yang tinggal untuk mereka gunakan.

Anda harus pastikan, jumlah terakhir kapasiti kad memori anda, supaya ianya mencukupi untuk anda dapat menyimpan gambar-gambar atau video-video yang menggamit kenangan. Tatkala terdapat ‘moment’ atau saat yang menarik, tetapi pada waktu itu kad memori anda sudah penuh, anda pasti menyesal tak sudah kerana gagal mengambil gambar pada saat itu.

2. Buat Sandaran

Disebabkan pada zaman ini storan awan sudah cukup popular, jadi manfaatkanlah ia dengan sepenuhnya. Saya sarankan anda gunakan storan awal seperti Dropbox untuk melakukan sandaran (backup) kepada semua fail-fail gambar mahupun video.

3. Cuba Pelbagai Aplikasi

Seperti yang kita tahu, gedung Google Play Store menyimpan pelbagai ‘khazanah’ aplikasi yang hebat-hebat belaka. Gunakanlah kata kunci seperti ‘camera’, ‘camera hdr’, dan lain-lain kata kunci lagi untuk mendapatkan aplikasi-aplikasi kamera yang terbaik. Berikut merupakan beberapa aplikasi yang menjadi pilihan ramai:

a. Camera Zoom FX
b. Camera MX
c. Camera FV-5
d. Camera 360
e. DSLR Camera
f. Google Camera
g. A Better Camera
h. Vintage Camera
i. XnInstant Pro
j. Cinema FV-5
k. ProCapture
l. Perfectly Clear

4. Manfaatkan Sumber Cahaya

Salah satu kelemahan ketara kamera pada telefon bimbit ialah kemampuannya untuk ‘menangkap’ cahaya dengan baik. Atas kerana itu jugalah terciptanya teknologi seperti UltraPixel. Jika boleh, cuba cari sumber cahaya yang dapat membantu untuk ‘boost’ kualiti gambar yang bakal terhasil, tidak kiralah cahaya yang datang dari tingkap, pintu, lampu, dan sebaik-baik cahaya adalah cahaya matahari.

Kalau sedapatnya cuba juga bereksperimen dengan sumber cahaya dari flash yang biasanya terdapat bersebelahan dengan lensa kamera anda. Walaupun kebiasaannya ia tidak banyak membantu, kerana kadangkala gambar boleh jadi ‘washed-out’, tetapi kalau anda boleh manfaatkan ia, maka itu bonus untuk anda.

5. Grid Lines

Grid Lines boleh membantu untuk mendapatkan komposisi gambar yang cantik. Cuba anda letakkan imej penting yang anda ingin fokuskan pada titik pertemuan antara ke-empat Grid Lines tersebut. Hasilnya pasti memuaskan hati.

6. Elak Gambar Yang Membosankan

Sebenarnya tips ini berkait rapat dengan tips Grid Lines. Apakah gambar yang tampak membosankan? Iaitu gambar yang subjek fokusnya berada di tengah-tengah. Cuba variasikan kedudukan subjek dengan menggunakan Grid Lines itu tadi. Saya yakin anda pasti akan faham bagaimana caranya dan di mana tempat letak kedudukan subjek untuk mendapatkan sebuah komposisi gambar yang cantik.

7. Manfaatkan Lensa Luaran

Seperti yang saya katakan sebentar tadi, kemampuan kamera telefon bimbit agak terhad, jadi cuba untuk maksimumkan hasil dan kualiti gambar melalui lensa luaran yang boleh didapati dengan mudah di mana-mana booth/kedai di pasar raya.

8. Abaikan Zoom?

Seboleh-bolehnya, jika anda benar-benar memerlukan fungsi zoom, gunakanlah lensa luaran yang menyokong fungsi ini, kerana Optical Zoom sudah semestinya jauh lebih cantik berbanding Digital Zoom yang sebenarnya hanya memperbesarkan imej yang ingin ditangkap.

Setakat ini saja perkongsian saya buat masa ini. InsyaAllah jika ada lagi saya akan cuba tuliskan untuk bacaan santapan minda dan rohani anda. Apa-apapun majulah Fotografi Mobil untuk Malaysia.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Popcorn Time : Aplikasi Streaming Torrent Untuk Android

0

Kalau anda suka kepada Netflix kerana anda dapat menonton pelbagai rancangan kegemaran anda dengan hanya membayar sejumlah yuran bulanan, anda pasti akan lebih sukakan Popcorn Time. Netflix boleh diakses dari Malaysia, asal saja anda menggunakan VPN atau proksi berasaskan IP Amerika Syarikat (US).

Tetapi Popcorn Time berbeza di sini kerana semua kaum, dan semua negeri/negara dapat mengakses setiap kandungannya, dengan syarat anda mempunyai sambungan internet, pantas, dan tiada had kuota (pastinya!). Kerana apa? Kerana Popcorn Time ialah sebuah aplikasi streaming kandungan torrent (filem) yang membolehkan pengguna menonton filem secara terus tanpa memuat turun ia terlebih dahulu.

Mari kita lihat beberapa paparan skrin aplikasi ini :

Sepertimana yang anda dapat lihat, saya berjaya memainkan video RoboCop 2014 tanpa sebarang masalah. Tak lupa juga Popcorn Time mengambil video dari sumber yang boleh dikatakan ‘kukuh’, contohnya Yify. Jadi video yang anda mainkan berkualiti tinggi, dan seeders serta peers pula tidak perlu dibimbangkan lagi mengenai jumlahnya.

Aplikasi Popcorn Time untuk Android boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Klik —> Popcorn Time

Views: 1

Iklan Newspaper Inline