Tutorial C++ Bahagian 3: Memahami Code Hello World!

Assalamualaikum dan salah sejahtera.
Hari ini saya akan menerangkan makna setiap code yang ditulis dalam tutorial yang lepas. Iaitu program Hello World. Saya akan cuba untuk menerangkannya secara mudah dan ringkas.

Nota Penting:
tanda ‘;’ ini merupakan semicolon juga dikenali sebagai terminator. Semicolon ini bertujuan untuk untuk mengasingkan beberapa kenyataan(statement). Ia diperlukan untuk setiap statement yang ditulis. Ianya sangat penting, jika tertinggal ia boleh membawa kepada error semasa proses compile

Line 1:
#include merupakan preprocessor directive.
<iostream> merupakan library yang dipanggil untuk digunakan sepanjang program ini.

#include <iostream> merupakan file header.

Preprocessor directive adalah kod program yang didahului dengan tanda (#). Contoh preprocessor directive yang lain ialah #define.
#include <iostream> ini bertujuan untuk memberi arahan kepada compiler untuk memasukkan library <iostream> ke dalam program ini. <iostream> ini juga mengandungi keyword untuk input dan output yang akan kita gunakan.

Line 2:
Ruangan kosong.
Nota: ruangan kosong tidak memberi apa-apa makna, anda boleh menambahnya seberapa banyak yang anda suka, kerana apabila dicompile ia tidak merubah kod sebenar program. Ruangan ingin hanya bertujuan untuk permudahkan bacaan sahaja.

Line 3:
Jika anda tidak arahan ini, maka anda perlu memasukkan std:: pada setiap keyword yang anda akan gunakan, contoh keyword yang digunakan disini ialah cout dan endl, maka anda perlu menggunakan std::cout dan std::endl. Tetapi apa jika using namespace std; ini digunakan, program ini akan tahu bahawa anda hanya menggunakan standard library utk keyword yang digunakan. namespace std mengandungi classes, objects dan functions daripada standard C++ library.
Contoh:

Nota kaki: std singkatan daripada standard.

Line 5 – 9:
Merupakan Main Function untuk program ini. Setiap program yang ditulis mestilah mempunyai Main Function. Kegunaan Function saya akan ajar dalam tutorial yang akan datang.

Line 6 – 9:
Dimulakan dengan tanda ‘{‘ dan diakhiri dengan tanda ‘}’ ini merupakan body kepada Main Function.

Line 7:
‘cout’ merupakan keyword untuk memberi arahan untuk print atau display apa sahaja yang berada di dalam quote (“”), Contoh Cout << “Hello World!”. Ia bermaksud display perkataan “Hello World“.
‘endl’ merupakan keyword untuk memberi arahan untuk tamatkan penggunaan garis semasa.

Dengan keyword ‘endl’:





Tanpa keyword ‘endl’:






Line 8:
return 0; ianya hanya sebagai penunjuk bahawa program itu ditamatkan. Ini kerana kita menggunakan Data Type int untuk Main Function makan return 0; diperlukan untuk tamatkan program.

Minta maaf atas kelemahan penggunaan bahasa, rasa janggal bila diterjemah dalam bahasa melayu. Hehe. Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke [email protected] 

Artikel Berkaitan:
Pengenalan Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language)
Tutorial C++ Bahagian 1 : Memasang IDE Pada Komputer
Tutorial C++ Bahagian 2: Memulakan Projek, Compile Dan Run Program

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img