[ Tutorial ] Cara Alternatif Untuk Membaiki Masalah Update S930, GApps Serta Muat Turun ROM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Maaf lama betul menghilang kan?
Banyak urusan perlu diselesaikan 🙂
Bahan nak post tu ada, tunggu masa sesuai untuk update 😀

Dah mengarut pulak, hahaha.
Okey, update kali ni mengenai masalah2 yang sering berlaku pada semua orang.
Iaitu update KitKat S930 ( usb tak detect atau reject ), GApps hilang selepas update ROM, serta susah untuk download ROM di laman web.
Sebenarnya, tadi saya sudah pun upgrade S930 saya dengan 4.4 Kitkat.

Ternyata lancar dan ada 2-3 ralat dalam ROM sebelum2 ni dibaiki.
Insyaa Allah jika sempat, saya cuba curi sedikit ruang untuk review 4.4 Kitkat pada S930 😀

  • Masalah update Kitkat S930

 Tadi saya cuba update dengan rujukkan Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada KitKat 4.4.2 by Arya Putra. Banyak kali baca baru la paham step2 dia. Sebab lama dah tinggal custom2 ni sejak pakai 5S.
Saya ingat masalah driver sebab bila connect usb ja, bunyi connect selang 2 saat bunyi disconnect -_-.
Maka saya kongsikan cara saya menyelesaikan masalah ini. Kepada yang dah tahu tu, mungkin cara ini agak skema sikit dan agak kalut2 :3

klik untuk lebih jelas
Ini contoh screenshot software SP Flashtool, saya suka Run as Admin taktau kenapa >.<. F8 untuk upgrade ( dari ROW ke CN ), anda cabut bateri, kemudian apabila phone connect dekat PC, dengar bunyi connect kat PC terus tekan F8 lepas itu boleh pasang balik bateri 😀 Jika anda biar lama 2 saat, ia akan disconnect dengan sendirinya -_-. Sama juga seperti flash stock recovery, CWM, TWRP
klik untuk lebih jelas
Macam gambar di atas tu, untuk flash stock recovery, CWM atau TWRP. Buat siap2 macam di atas tu, lepas tu sama macam gambar 1st tadi, connect phone di PC, bunyi je connect terus tekan yes :D. Insyaa Allah ia berjalan dengan lancar. Jangan lupa tekan ” DA DL All With Check Sum “. Saya terlupa tekan tu yang nak masuk CWM tak boleh >.<

EXTRA
Jika mengalami masalah drive, boleh download ini > All MTK USB Driver 2014 < kredit kepada owner. Saya tak ingat sedut kat mana tah :3. Saya upload lain.
Sila pergi > All MTK USB Driver 2014All MTK DriversNew inst. win 7&8×64 ( kena extract dahulu 😀 )
  • GApps ( PlayStore hilang, download Youtube kat LenovoStore naik error )

Untuk masalah ini, anda haruslah ROOT dahulu baru boleh install GApps ini.
Rujuk di sini > Cara Root Lenovo S930 Yang Telah Menggunakan Android 4.4.2 KitKat by Arya Putra
Untuk download sila tekan ni > GApps Minimal 4.4.2.
Saya suka pakai CWM, selepas ROOT ( CWM jadi kekal selepas ROOT. Saya rasa la sebab lepas ROOT ( kes tak ROOT terus flash GApps dan GApps silap ambik PAndroid, dalam file Xperia L malas nak cari Hahaha ). Cadangan saya sila disable Quick Boot untuk sementara sahaja, nanti enable balik. 🙂
 
Lepas flash GApps Minimal 4.4.2 tu insyaa Allah PlayStore fungsi seperti biasa.
Tetapi akan keluar setup tak silap saya lepas on phone anda. Isi, dan boleh guna :).
Jangan silap tekan pula, sebab saya tadi silap tekan keluar tulisan cina, nasib la ingat dekat mana Language :3.

  • Muat Turun ROM susah sebab kena bahasa Russia ( register susah ), banyak sangat dalam website taktau mana satu nak ambik?

Untuk masalah ini, jangan risau. Sila masuk laman web ini > Vibe Ui
Dalam tu ada banyak model Lenovo, jadi sila pilih mengikut model anda 🙂
Maaf hampir 98% tulisan cina 😛

klik untuk lebih jelas
kemudian, lepas anda pilih model anda, sila tekan seperti gambar di bawah untuk muat turun ROM tersebut 🙂
klik untuk lebih jelas
 
Klik kotak biru seperti gambar atas ni, anda boleh download ROM tersebut.
Untuk pengetahuan anda, ROM tu takda GApps, jadi boleh download di atas untuk flash guna CWM 🙂
Itu sahaja dari saya, maaf post kali ini agak kalut sebab sambil siapkan tugasan, post sekejap :3.
Jika ada sebarang masalah, boleh komen di bawah.
Harap post ni dapat ganti kehilangan saya yang agak lama >.<
Saya juga ahli baru dalam keluarga Lenovo ini 🙂 Salam perkenalan semua 😀
* Maaf jika terdapat kekurangan, dan kesilapan dalam post ini. Terima kasih kerana membaca 🙂
Gambar santai awal pagi ni.
Suka lockscreen S930 KitKat yang 1423 ni. Dah macam LockScreen iPhone 5S with SubtleLock tweak :D. Dah la kedudukan icon kamera tu nak sama dah :3

Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img