Servis/Perkhidmatan VPN semakin menjadi perhatian apabila ramai mula sedar akan keperluannya sebagai satu medium untuk melindungi privasi dan beberapa keperluan lain mengikut individu.
Terbaru, saya mencuba perkhidmatan OpenVPN yang seringkali di-reviu oleh blogger-blogger IT diserata dunia iaitu BolehVPN. Saya akan cuba pecahkan reviu kepada beberapa bahagian iaitu paparan user panel pada laman web, pelayan-pelayan yang ditawarkan, dan juga kelajuan.
User Panel
User Panel telah dibahagikan kepada beberapa bahagian menu utama, dan pada bahagian tepi laman web terdapat menu-menu kecil yang meliputi My Profile, My Order, My Referral, Help and FAQ, Support Desk dan Announcements.
Tampilan rekabentuk (design) laman web boleh dikatakan bagus dan kemas, namun pada pandangan saya ia masih boleh ditambahbaik.
Senarai Pilihan Pelayan
Seperti biasa, kita mengerti bahawa dalam versi trial, kebiasaannya perkhidmatan VPN akan memberikan senarai pelayan ‘asas’ untuk para pengguna.
Dalam kes BolehVPN, mereka memberikan lebih kurang 21 pelayan yang terdiri dari beberapa jenis iaitu ‘Fully Routed’, ‘Proxied’, dan ‘Surfing Streaming’. Dari 3 jenis pelayan ini, saya difahamkan cuma terdapat beberapa pelayan sahaja yang ‘full open ports’, manakala yang lain tertakluk kepada port yang telah ditentukan.
Kelajuan
Saya agak cerewet sebenarnya bab kelajuan, jadi saya telah mencuba satu demi satu daripada kesemua senarai pelayan-pelayan trial yang telah diberi. Daripada apa yang saya dapat simpulkan, anda memang wajib mencuba dengan sabar pelayan-pelayan yang ada kerana tidak semua mampu memberi kelajuan yang baik.
Tidak lupa juga, ia tampak seperti agak ‘lambat panas’ sebelum dapat memberikan kelajuan penuh kepada sambungan internet anda. Bergantung kepada keperluan masing-masing, kelajuan pelayan mereka boleh dikatakan ‘ok’.
Kesimpulan
BolehVPN merupakan antara pilihan servis OpenVPN yang boleh diharap. Dengan senarai pilihan pelayan-pelayan yang banyak, serta jawab balas dari Admin yang memuaskan, BolehVPN sememangnya ‘boleh’.
Terdetik dihati ini untuk menulis sesuatu mengenai kesilapan umum seorang penulis amatur khususnya blogger. Saya bukanlah seorang guru bahasa Melayu mahupun seorang yang bertauliah tentang ilmu bahasa. Saya hanyalah seorang manusia biasa yang mempunyai minat untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang bahasa Melayu dan mula merasa akan kepentingan melestarikan kehalusan seni bahasa Melayu itu sendiri. Jika dibandingkan penulisan saya dengan seseorang yang berpengetahuan tentang bahasa Melayu, sudah semestinya ibarat langit dan bumi. Namun, guru saya selalu berpesan sekiranya kita mahu sesuatu maka kurniakanlah sesuatu. Dalam erti kata lain, kita harus menawarkan diri untuk melakukan sesuatu untuk mendapat hasilnya. Tanpa langkah, manusia akan tetap berdiri dan tidak akan dapat mengecapi nikmat di sebalik. Kesilapan umum yang disenaraikan dalam artikel ini ialah melalui pemerhatian penulis sendiri khususnya selepas membaca beberapa artikel dalam blog perkongsian ilmu yang terdapat dalam alam maya ini. Kesilapan umum ini juga diharap dapat membantu pelajar seluruh Malaysia sewaktu mengarang wacana dalam peperiksaan. Perlu diperhatikan sentiasa bahawa tatabahasa merupakan asas suatu penulisan. Rosak tatabahasa, rosaklah penyampaiannya.
1. Penggunaan Kata Pemeri Ialah dan Adalah.
Kata pemeri ialah digunakan pada Kata Nama (KN) dan Kata Ganti Nama (KGN) atau Frasa Nama (FN). Contoh:
Bapa saya ialah seorang guru bahasa Melayu.
Ibu mertua saya ialah dia. (ayat pasif)
Kata pemeri adalah pula digunakan pada Kata Adjektif (KA) dan Kata Sendi Nama (KSN), juga Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FSN).
Contoh:
Hadiah ini adalah untuk ibu saya.
*Adalah dimaklumkan bahawa… (X) Dengan ini dimaklumkan bahawa…, Dimaklumkan bahawa… (/)
*Kata Pemeri boleh digugurkan.
*Kata Pemeri tidak boleh hadir di hadapan Kata Kerja (KK).
2. Ia dan Ianya.
Kata ganti nama diri ketiga dia/ia hanya digunakan untuk merujuk kepada manusia sahaja.
Tiada kata ianya dalam bahasa Melayu.
Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK/ICT) telah membantu masyarakat dalam meningkatkan produktiviti mereka. Ianya juga mudah diakses di serata pelusuk negara. (X)
Anda boleh mengulang atau menggunakan kembali kata yang idea penulisan anda.
Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah membantu masyarakat dalam meningkatkan produktiviti mereka. Perkhidmatan ini juga mudah diakses di serata pelusuk negara.
3. Antara dan Di antara
Antara banyak-banyak… (X)
Antara sudah menunjukkan makna jamak atau banyak. Oleh itu tidak perlu digandakan lagi perkataan selepasnya. Antara banyak, antara beribu,
Halnya sama seperti susunan fail-fail…, barisan meja-meja… Bagaimana menyusun satu fail sahaja?
Di antara digunakan hanya merujuk kepada jarak. Jarak di antara rumahnya dengan kampung ialah sekitar sepenanak nasi.
Kiasan orang tua-tua. Sepenanak nasi – waktu menanak nasi +- 20 minit.
Sepelaung – laungan seseorang, jarak yang boleh didengari (gema) OOOooo…
Sepemeluk – panjang tangan memeluk. Contoh: Saiz pokok balak itu sekitar sepemeluk orang dewasa.
Sekian sahaja perkongsian edisi pertama ini. Diharap dapat membantu para pelajar di luar sana. Sekiranya terdapat kesilapan, sila maklumkan kepada saya dengan segera melalui ruangan komentar di bawah.
Aplikasi telefon bimbit pintar pada masa kini bukan lagi seperti dulu, hanya dikod secara ‘pejam mata’ sahaja. Sekarang ia sudah semakin canggih, seiring dengan tuntutan semasa spesifikasi telefon bimbit yang juga semakin canggih dari hari ke hari dan dari semasa ke semasa.
Tonton dahulu video menarik mengenai aplikasi ini:
Snap Camera HDR berfungsi dengan cara mengambil 2 gambar yang sama (posisi) pada 2 exposure yang berbeza. Nilai exposure ini boleh diubah dalam tetapan aplikasi, dan terdapat juga pelbagai tetapan lain yang boleh disesuaikan mengikut citarasa dan penilaian masing-masing akan manakah yang terbaik.
Selain itu, paparan antaramukanya juga ringkas, dan hanya meletakkan butang paling penting dihadapan iaitu butang penangkap gambar pegun dan juga video.
Anda boleh mengikuti perkembangan pembangunan aplikasi ini melalui thread di forum XDA : [App][2.3+]Snap Camera
Berikut saya paparkan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil dah jadikan sebagai ‘bahan eksperimen’ kepada aplikasi kamera ini:
Anda boleh mencuba terlebih dahulu Snap Camera HDR (Trial) di sini :
Ya, seperti yang saya sebutkan, klien Android untuk servis OpenVPN tersohor di Malaysia iaitu FinchVPN, kini telah pun mengimplementasi ciri naik taraf langganan akaun biasa kepada langganan akaun premium hanya melalui In-App Purchase, yang mana bayarannya dibuat melalui Google Play Store.
Gempak bukan?
Berikut adalah beberapa paparan skrin yang sempat saya ambil ketika mencubanya:
Apa yang saya suka mengenai FinchVPN ialah selain dari paparan antaramuka klien Androidnya yang teratur, serta laman web yang tersusun dengan baik dansentiasa dikemaskini maklumatnya melalui Facebook atau Twitter, ia juga menawarkan senarai pelayan yang agak banyak, terutamanya yang boleh digunakan untuk memuat turun fail-fail dari laman Torrent. Port yang disediakan juga lebih mencukupi untuk para ‘heavy users’ melakukan ‘tweak’ terhadap rangkaian masing-masing.
Jadi apa tunggu lagi? Muat turun klien FinchVPN sekarang dan langganlah akaun Premium untuk menikmati kesemua pelayan-pelayan Premium yang super pantas dan lebih banyak pilihan.
Telefon bimbit, tablet, phablet, bukan lagi digunakan untuk kerja-kerja ‘biasa’ seperti menelefon dan menghantar sms. Disebabkan cirinya yang dikemaskini dari semasa ke semasa, kerana itulah pelbagai aplikasi baru dicipta untuk memenuhi kehendak masa kini.
FLUD, sebuah aplikasi pemuat turun Torrent khas untuk Android, adalah aplikasi terbaik dalam kelasnya. Jika anda merupakan seorang pemuat turun dari laman-laman Torrent yang tegar, ini adalah aplikasinya yang perlu anda tahu dan harus anda gunakan.
Ia mungkin tidak sepopular aplikasi-aplikasi yang lain, namun pertama kali anda mencubanya, anda pasti akan menyukai apa yang ditawarkan.
Apa yang menarik? Lihat dahulu paparan antaramuka dan tetapannya:
Dapat dilihat, yang pertamanya aplikasi ini memiliki paparan antaramuka yang sangat kemas. Ianya mudah difahami, serta mempunyai 3 tema iaitu ‘Light with dark actionbar’, ‘Light’, dan juga ‘Dark’.
Jika hendak dibandingkan dengan aplikasi pemuat turun Torrent yang lain, khususnya µTorrent, ia mempunyai pelbagai tetapan dari tetapan bandwidth, pengurusan kuasa bateri sehinggalah kepada paparan antaramuka, semua dalam satu aplikasi yang percuma, tanpa iklan tanpa sebarang bayaran untuk versi ‘pro’.
Ia amat sesuai untuk para ‘power users’, atau ‘tweakers’, yang gemar mengubah tetapan-tetapan tersebut mengikut kemahuan masing-masing. Ia adalah aplikasi yang saya berani untuk syorkan kepada semua. Tak lupa juga, ia tidak menggunakan RAM secara melampau dan kuasa bateri juga tidak digunakan ‘sekuat’ aplikasi Torrent yang lain.
Masih belum terlambat untuk melafazkan ucapan salam kepada bulan Ramadan atas kehadirannya pada tahun ini. Semoga Ramadan tahun ini lebih memberi makna kepada sahabat OMG! Hackers? sekalian. Selamat menjalani ibadat puasa diucapkan kepada sahabat yang beragama Islam dan tanpa melupakan saudara Arya Putra selaku pemimpin laman perkongsian ilmu ini. Sifat tidak mempercayai dan menolak suruhan Allah oleh segelintir umat Islam tempatan telah dibuktikan dengan kajian dan penyelidikan saintis Barat. Manfaat daripada berpuasa itu cukup hebat namun disia-siakan oleh orang yang kebulur di tengah hari. Sungguh menyedihkan, apakah sudah hilang sifat malu pada tuhan dan manusia atau apakah sukar untuk menundukkan nafsu-nafsi sehingga terpaksa menjamah juadah berbuka pada waktu tengah hari. Ah, ini semua perbuatan gila semata!
Santai dan Ilmiah, itulah tajuk penulisan kali ini. Saya tidak hadir dengan artikel panduan atau perkongsian ilmu berkenaan teknologi. Kekurangan dalam mendalami setiap pelusuk internet mengakibatkan saya terhad dengan ilmu tentang teknologi. Teknologi seperti komputer hibrid (convertible laptop), kereta tanpa pemandu, realiti maya (virtual reality), peranti dengan spesifikasi menakjubkan dan pelbagai lagi kemudahan teknologi dan komunikasi yang ditonjolkan belakangan ini seringkali menjadi bahan bacaan saya, namun saya masih tidak mampu untuk merangkai kata untuk dipersembahkan dalam bentuk artikel di laman ini. Hal ini berpunca daripada kesibukan dunia realiti yang dihadapi meskipun seorang penuntut ilmu dan bukannya seorang yang makan gaji.
Berbalik semula kepada perbincangan kita iaitu santai dan ilmiah. The Daily Reminder merupakan sebuah saluran yang terdapat pada laman penstriman video terkemuka dunia, YouTube. Sempena dengan bulan Ramadan yang penuh barakah ini, umat manusia akan berlumba-lumba untuk memperbanyak amalan yang telah dilipatgandakan oleh tuhan sekalian alam, Allah S.W.T. Oleh itu, menuntut ilmu dalam alam maya merupakan salah satu metodologi lain untuk mengaut pahala walau di mana sahaja anda berada tanpa melupakan untuk mengimarahkan masjid dan pusat ibadat lainnya dengan mendengar tazkirah-tazkirah ringkas yang disampaikan oleh penceramah agama. Inilah masanya untuk menjinakkan suatu yang cukup hebat lagi dahsyat iaitu nafsu. Memetik kata daripada lagu Suara Khalifah oleh kumpulan Khalifah “berkata rasul junjungan kita, nafsu musuh yang nyata, perangilah ia”, telah menjelaskan betapa pentingnya untuk kita perangi musuh yang satu ini.
Sewaktu saya sibuk melayari internet bagi mendapatkan input-input terkini tentang dunia maya ini, saya telah dipertemukan dengan sebuah video yang menarik daripada saluran The Daily Reminder ini, “zero + zero + zero cannot possibly ever give you one” menjadi sebuah kalimat yang menarik perhatian saya untuk terus kekal menelaah setiap video yang dihasilkan oleh The Daily Reminder. Selain itu, persembahan menarik yang ditonjolkan dalam setiap video menjadikan saya berminat untuk menonton setiap video yang dimuat naik ke dalam saluran ini. Lebih menarik apabila setiap video mempunyai kelebihan untuk menonton dalam definisi tinggi. Jika, di Malaysia kita mempunyai Tuan Hell Film (TH Film), karya yang dihasilkan amat menarik dalam aspek penyampaian dakwah. Kedua-dua saluran wajar diberi pujian atas daya usaha untuk menyampaikan suatu pesanan dalam kaedah yang lebih efisien dan efektif bagi menarik lebih ramai umat manusia untuk mendalami ajaran Islam yang sebenar.
Akhir kata, saya bukan pendakwah, hanya sahabat yang lemah, saya perlu bantuan dan bimbingan, untuk mencari tujuan kehidupan. Betulkan segala kesilapan dalam penulisan ini.
Tatkala pengguna mobil internet di Malaysia ‘berperang’ dengan pelbagai pelan internet dan juga kuota, syarikat gergasi luar negara telah pun mula menguji cuba internet berkelajuan tinggi 5G. Meskipun tiada standard yang ditetapkan kepada 5G, namun dikatakan kelajuannya adalah 250 kali lebih laju dari 4G!
Baru-baru ini, syarikat Ericsson mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melakukan pindahan data pada kelajuan 5Gbps dalam satu ujian makmal. Ini bermakna kelajuan tersebut telah melepasi kelajuan Google Fiber Internet pada 1Gbps.
Secara teorinya, dengan kelajuan sebanyak 5Gbps, video bersaiz 50GB hanya akan mengambil masa sebanyak 80 saat sahaja untuk dimuat turun!
Walaupun ternyata, kelajuan ini belum mampu menjadi realiti dalam tempoh tahun terdekat ini, akan tetapi nampaknya menjelang 2020 ia seperti dapat direalisasikan, asal saja syarikat penyedia servis internet (ISP) dan juga MVNO (Telco) bersedia untuk melabur dan mengorak langkah bagi menyediakan infrastruktur internet yang lebih moden kepada pengguna.
Kali ini ia datang dari aoaophoto.com. Bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil, AoaoPhoto melancarkan kempen giveaway dan ‘hadiah’ yang ingin mereka berikan ialah ‘Video to GIF Converter World Cup Special Edition‘.
Aoao Video to GIF Converter ialah perisian Windows yang digunakan untuk menukar format video kepada format animasi GIF. Jadi sesiapa yang berminat dengan perisian ini bolehlah mendapatkannya pada pautan berikut:
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Artikel kali ini bertujuan untuk mengajar anda cara untuk “declare variable” dan cara untuk menggunakannya. Artikel ini juga ada sambungan daripada artikel yang lepas, bagi sesiapa yang belum baca pengenalan anda boleh click disini.
Sebelum memulakan tutorial ini, anda perlu memahami perkara paling asas, anda boleh baca di sini. Saya akan cuba untuk mengajar anda untuk guna Data Type char. Variable ini anda boleh dianggap ia sebuah bekas, dan Data Type itu adalah jenis bekas apa dan apa yang boleh di simpan di dalam bekas tersebut.
Contoh penggunaan Data Type char:
Penerangan:
Line 7 : char hacker = ‘a’; char adalah data type yang digunakan untuk declare variable.
Manakala hacker pula adalah identifier atau nama kepada variable yang kita declare. hacker = ‘a’; ini dipanggil initialize value, dimana kita memberi nilai awalan kepada variable ini. Maksudnya disini nilai awal untuk variable hacker ialah a. Untuk menggunakan dan memasukkan nilai awal pada Data Type char anda perlu menambah quote, ” ” “. Apa sahaja yang berada di dalam quote dikira nilai data kepada char tersebut. Contohnya ‘a’.
Line 9: cout << hacker << endl;
Baris ini bermaksud display nilai bagi variable hacker. Bermakna apa sahaja nilai yang di simpan di dalam akan didisplay / diprint.
Merujuk kepada jadual di atas Data Type jenis char hanya boleh menyimpan satu sahaja character pada satu masa. Jika anda memasukkan lebih dari satu character, maka ia hanya mampu untuk menerima satu sahaja nilai.
Contoh:
Penerangan:
Dalam variable hacker dimasukkan beberapa nilai iaitu abcdefgh. Tetapi apa yang berlaku variable hacker hanya menerima dan menyimpan nilai yang paling akhir atau last sekali. Oleh sebab itu nilai h disimpan di dalam variable hacker dan didisplay di dalam DOS Program. Anda boleh cubanya sendiri, boleh letak apa-apa sahaja nilai.
Harap anda dapat memahami tutorial yang serba ringkas ni. Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke felices.catus@gmail.com
Golden Ratio/Golden Mean/Golden Spiral/Divine Ratio
Ya, benar, untuk mendapatkan gambar yang bagus, namun sebelum mendapatkan gambar yang bagus, apalah salahnya kita menambah ilmu, tak gitu?
Golden Ratio mendefinikan corak lingkaran yang ditunjukkan secara berulang-ulang pada alam semulajadi. Boleh terlihat pada bunga, kulit cengkerang, dan apa jua yang berbentuk dalam dunia ini. Mungkin kerana itu kita mudah tertarik kepadanya, kerana terdapat sesuatu yang ‘istimewa’ pada alam semulajadi berbentuk lingkaran ini.
Jadi apa itu Nisbah Emas (Golden Ratio)?
The Golden Ratio ditakrifkan oleh urutan nombor matematik dikenali sebagai jujukan Fibonacci (anda boleh Google sendiri apa itu nombor jujukan Fibonacci). Definisinya, dua nombor Fibonacci yang pertama adalah 0 dan 1, dan setiap nombor yang seterusnya, adalah jumlah kedua-dua sebelumnya. Jadi urutan nombor-nombor Fibonacci adalah:
Nisbah Emas ialah Nisbah setiap pasangan nombor berturut-turut mendekati phi (Φ), atau bilangan 1.618 (5 dibahagikan dengan 3 adalah 1,666, 8 dibahagi dengan 5 adalah 1.60, dan seterusnya) Phi mewakili kecantikan dan harmoni. Dengan bilangan ke-40 dalam siri ini, nisbah telah stabil pada 1.618, tepat kepada 15 tempat perpuluhan.
Lingkaran Fibonacci (Golden Spiral) dibentuk dengan menyambungkan lengkok (bulatan suku) bergabung dengan sudut bertentangan dengan kuasa dua.