Flud : Torrent Downloader Android Untuk ‘Power User’

Telefon bimbit, tablet, phablet, bukan lagi digunakan untuk kerja-kerja ‘biasa’ seperti menelefon dan menghantar sms. Disebabkan cirinya yang dikemaskini dari semasa ke semasa, kerana itulah pelbagai aplikasi baru dicipta untuk memenuhi kehendak masa kini.

FLUD, sebuah aplikasi pemuat turun Torrent khas untuk Android, adalah aplikasi terbaik dalam kelasnya. Jika anda merupakan seorang pemuat turun dari laman-laman Torrent yang tegar, ini adalah aplikasinya yang perlu anda tahu dan harus anda gunakan.

Ia mungkin tidak sepopular aplikasi-aplikasi yang lain, namun pertama kali anda mencubanya, anda pasti akan menyukai apa yang ditawarkan.
Apa yang menarik? Lihat dahulu paparan antaramuka dan tetapannya:

Dapat dilihat, yang pertamanya aplikasi ini memiliki paparan antaramuka yang sangat kemas. Ianya mudah difahami, serta mempunyai 3 tema iaitu ‘Light with dark actionbar’, ‘Light’, dan juga ‘Dark’.

Jika hendak dibandingkan dengan aplikasi pemuat turun Torrent yang lain, khususnya µTorrent, ia mempunyai pelbagai tetapan dari tetapan bandwidth, pengurusan kuasa bateri sehinggalah kepada paparan antaramuka, semua dalam satu aplikasi yang percuma, tanpa iklan tanpa sebarang bayaran untuk versi ‘pro’.

Ia amat sesuai untuk para ‘power users’, atau ‘tweakers’, yang gemar mengubah tetapan-tetapan tersebut mengikut kemahuan masing-masing. Ia adalah aplikasi yang saya berani untuk syorkan kepada semua. Tak lupa juga, ia tidak menggunakan RAM secara melampau dan kuasa bateri juga tidak digunakan ‘sekuat’ aplikasi Torrent yang lain.

Muat turun ia di sini : Flud – Torrent Downloader

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x