[RELEASE] Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

Assalamualaikum warga OMG! Hackers? Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Hadirnya diri saya di sini untuk menceritakan serba sedikit tentang isi kandungan buku ini. Kepada yang belum membaca Artikel Mengapa Laptop Anda Terlalu Panas?

Jadi saya cadangkan apa kata anda luangkan masa seketika untuk membaca
isinya. Kepada yang dah pernah baca, ok mari kita tinggalkan yang dok
baca tu.

 

Info Ebook
6 Ogos 2013 | HD PDF | 1.39 MB | Percuma
Amacam dah tengok isi kandungan dia?

Ok di dalam buku ini penulis bercerita secara simple tetapi padat untuk
diterjemahkan  kepada pembaca agar lebih mudah memahami. Penulis juga
menggabungkan bahasa melayu dan inggeris bagi penggunaan term IT yang
menjadi kebiasan orang kita gunakan pada hari ini.

Selain itu ada info-info yang ramai orang tidak tahu seperti mengenal
ESD, bagaimana hendak tanggani dan langkah-langkah juga di beritahu
dalam buku ini. 

Buku ini juga mempunyai keistmewaannya yang tersendiri iaitu penulis
juga ada berkongsi gambar-gambar tool yang digunakan semasa proses
membuka dan pemasangan perkakasan laptop. Jadi pembaca tidak lah akan
berasa seperti terpinga-pinga jika mencari barang ini di kedai-kedai
komputer.

Kenapa penulis tidak menjual ebook ini?

Bagi saya ilmu yang saya dapat ini adalah dengan izin Allah SWT dan saya
wajib untuk berkongsi dengan anda semua. Setiap hasil penulisan saya
biarlah anda yang menilai sendiri kerana setiap penilaian itu adalah
subjektif dan saya tidak berhak untuk meletakkan harga untuk ebook ini.

Jika anda rasa ingin menyumbang kepada saya tidak kira walaupun RM 1,
yang penting keikhlasan anda diutamakan. Saya telah menyediakan no akaun
bank saya pada akhir ebook ini. Terima kasih saya ucapkan kepada yang
sudi menderma dan membaca ebook saya ini. 

Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu saya melahirkan lagi ebook
yang lebih berkualiti dan berguna kepada bangsa, masyarakat dan agama.

Dapatkan Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba  >>

*Tips Memuat turun*

Tekan button Download dan tunggu sehingga iklan habis loading dan ianya
akan automatik keluar paparan download ke dalam pc anda. 
Credit Cover Ebook by Hazwan Hamdan
IKLAN
Sempena officialnya ebook ini maka dengan ini saya ingin mengajak anda semua ke Open Blog Angelezo Sharing yakni saya sendiri di Bulan Syawal yang mulia ini. Blog ini baru dibuka pada akhir bulan 7 dan memandangkan Syawal tiba pada awal bulan 8 maka saya tidak sempat untuk beritahu kepada anda semua.
Terima kasih kerana sudi berkunjung. Selamat melawat >> Angelezo Sharing

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img