Bermain Permainan Video 20 Minit Sehari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersukan merupakan aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan sekali gus meningkatkat IQ atau kecerdasan minda. Bagaimana pula jika kita bersukan di hadapan komputer? Rasanya,ramai yang berpendapat bahawa tiada sebarang aktiviti sukan yang dapat kita lakukan apabila berada di hadapan komputer melainkan hanya mendatangkan penyakit seperti obesiti dan sebagainya. Tetapi,kajian menunjukkan bahawa dengan bermain permainan video kita dapat meningkatkan kecerdasan minda khusus dalam pengiraan. Saya tidak menjamin akannya,terpulang kepada anda untuk mempercayainya. Dari sudut positif yang lain,bermain permainan video dapat menambah kenalan dan berkerjasama dalam satu pasukan untuk menumpaskan pihak lawan. Namun,sayangnya apabila wujud teamkiller dalam sesebuah pasukan.

Sebenarnya artikel ini bukanlah artikel pengetahuan melainkan artikel ulasan tentang sebuah laman web yang dapat anda manfaatkan untuk bermain permainan video selama 20 minit dalam sehari. 20 minit sahaja? Ya,hanya 20 minit yang dibekalkan untuk anda bermain permainan video secara atas talian di laman web mereka. 20 minit untuk ‘gamer’ tegar adalah tidak munasabah. Tapi,inilah hakikat yang perlu anda terima sekiranya anda menggunakan perkhidmatan daripada mereka. Siapakah ‘mereka’ yang dimaksudkan?

Core Online merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan untuk anda bermain permainan video secara percuma di atas talian. Terdapat pelbagai permainan video yang dapat anda mainkan pada laman web Core Online seperti Hitman: Blood Money,Mini Ninja dan pelbagai lagi permainan video yang menarik. Anda hanya perlu mendaftar, pilih permainan video yang anda ingin mainkan dan nikmatinya selama 20 minit.

Core Online juga ada menyediakan kemudahan premium dengan bayaran serendah 2.99 Dolar ($2.99). Kemudahan yang anda dapat nikmati apabila melanggan akaun premium ialah anda dapat memainkan permainan yang ditawarkan tanpa sebarang gangguan iklan dan tiada masa yang terhad untuk anda mainkan permainan video yang mereka sediakan. Anda juga tidak terikat dengan mana-mana kontrak,jadi sekiranya anda ingin batalkan langganan premium mereka anda tidak akan didakwa pada mana-mana mahkamah atas kes sivil atau anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran atas sebab membatalkan kontrak secara mengejut.

Jika anda baca pada perenggan di atas maka apa yang anda akan dapati ialah kelebihan yang tidak akan dapat dinikmati oleh pengguna percuma. Seperti yang tertera pada perenggan di atas yang menyatakan dimana tiada gangguan iklan jika anda melanggan akaun premium maka untuk pengguna percuma, anda akan menghadapi masalah gangguan berbentuk iklan setiap 5 minit. Jadi,keasyikan untuk bermain permainan video akan terhapus. Meskipun anda bermain permainan video pada pelayar web, tidak semua permainan video dapat anda jalankan pada sistem pengoperasian MacOSX,Linux dan ChromeOS. Begitu juga apabila komputer anda bersifat ‘tua’ maka tiada sebarang permainan video yang dapat anda jalankan. Inilah masalah yang dialami oleh saya. Jadi,sebelum anda melanggan akaun premium,dinasihatkan agar anda memeriksa keperluan sistem anda agar tiada masalah yang akan terjadi semasa anda bermain permainan video pada laman web Core Online.

Rasa-rasanya tiada lagi yang perlu saya perkatakan. Jadi,dinasihatkan agar anda memeriksa keperluan sistem dan mendapatkan beberapa maklumat lain pada halaman FAQ [di sini] sebelum anda tanyakan sebarang persoalan kepada saya.

Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img