Muat Turun Fail APK Dari Play Store Menggunakan PC

Maafkan saya kerana lama tidak muncul dalam blog. Bukan merajuk kerana artikel Ultraman dibidas (hahaha!), tetapi atas kekangan masa dan tekanan dari tempat kerja yang menyebabkan saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada blog, meskipun hati terasa rindu untuk berkarya, menulis dan menabur bakti semula. Apapun, andai ada masa yang terluang, InsyaAllah pasti akan bertemu jua kita di sini.

Disebabkan sekarang saya merupakan peminat fanatik Android, maka kali ini saya ingin kongsikan di sini kaedah untuk memuat turun fail APK rasmi yang dilepaskan melalui Google Play Store, namun dimuat turun bukan dari telefon bimbit pintar, sebaliknya melalui pelayar web di PC.

Kaedah ini telah lama wujud, namun kita semua sedia maklum bagaimana Google menjaga hakmilik (copyright) dan juga fail-fail apk ini dari dilepaskan secara ‘luar’ dari Google Play supaya ia tidak disalahgunakan pihak-pihak tertentu. Maklum saja Android sedang beraja di pasaran sekarang. Jadi kaedah ini dengan cepatnya melupus akibat kemaskini dari laman tersebut.

Namun, pembangun extension APK Downloader ini juga tidak berdiam diri. Pantas sekali beliau mengemaskini versi seiring dengan perubahan Google Play Store. Oleh itu mari kita lihat bagaimanakah kaedahnya untuk kita memuat turun fail APK tanpa menggunakan telefon bimbit pintar. Ambil perhatian, APK yang boleh dimuat turun adalah yang percuma sahaja dan jika berbayar, ianya adalah APK yang telah pun dibeli oleh anda. Tak lupa juga APK tersebut haruslah boleh dimuat turun melalui telefon bimbit pintar anda, tanpa sekatan giolokasi mahupun keserasian dengan peranti.

Oh ya, kaedah ini menggunakan pelayar web Google Chrome.

Muat Turun Fail APK Dari Play Store Menggunakan PC

1. Muat turun extension Google Chrome APK Downloader melalui pautan berikut: APK Downloader

2. Untuk cara pemasangannya pada Google Chrome, anda bolehlah merujuk kepada pautan tersebut.

3. Seterusnya, sila dapatkan Device ID anda. Cara mudah, muat turun saja aplikasi Device ID.

4. Setelah itu, pergi kepada Google Chrome -> Option -> Tools -> Extensions -> Klik pada Options (Lihat gambar di bawah).

5. Apabila terbuka window seperti di bawah, masukkan e-mail (Gmail) anda, yang anda gunakan pada Google Play Store di telefon bimbit anda, masukkan kata laluan berserta Device ID telefon bimbit pintar anda.

6. Siap! Nah. Sekarang cuba buka mana-mana halaman Google Play Store, pilih mana-mana aplikasi (yang serasi dengan telefon anda serta tanpa sekatan geolokasi pastinya!). Untuk muat turun fail APK, anda cuma perlu klik pada lambang Android berwarna hijau di atas search bar (lihat gambar di bawah):

7. Sekarang simpan (save) fail APK tersebut di mana-mana direktori yang anda mahu.

8. Apa lagi? Masukkan lah ia ke dalam sdcard telefon bimbit dan cuba pasang. Terbaik bukan?

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img