Utama Blog Laman 184

Ubuntu Tweak Kini Dihentikan Pembangunannya Secara Rasmi

0
Ya, berita ini benar, kerana ia datang dari pembangunnya sendiri iaitu Tualatrix Chou. Beliau telah mengumumkan bahawa beliau terpaksa memberhentikan pembangunan aplikasi ini buat selama-lamanya.Sebelum ini pun kita sudah pernah mendengar akan berita pemberhentian pembangunannya, namun atas ‘desakan’ dari para peminat aplikasi tersebut, Tualatrix Chou mengambil keputusan untuk meneruskannya.

Ini bukan kali pertama pengumuman seperti ini dibuat, namun yang pasti ini adalah kali yang terakhir. Anda boleh baca tentang ‘pengumuman’ sebelumnya itu di sini.

Laman web rasmi ubuntu-tweak.com juga sudah tidak lagi beroperasi, dan jika diklik sekalipun ia akan menghalakan para pengguna kepada laman pembangun aplikasi tersebut iaitu imtx.me.

Pun begitu, walau kita telah kehilangan sebuah aplikasi ‘wajib pasang’ yang khusus dicipta untuk mengkonfigurasi desktop Ubuntu anda, namun kita masih mempunyai Unity Tweak Tool yang boleh dipasang melalui repo utama hanya dengan baris perintah ringkas seperti di bawah:

sudo apt-get install unity-tweak-tool

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Menaik Taraf Ubuntu Dari Mana-Mana Versi Kepada Ubuntu 16.04 LTS

0
Sebenarnya saya dah malas nak tulis artikel ini, disebabkan artikel sama dah lama ditulis di laman-laman lain contohnya OMG! Ubuntu!. Tetapi memandangkan ada permintaan dari kawan-kawan yang berminat hendak menggunakan Ubuntu 16.04 LTS tetapi tidak mahu melakukan ‘clean install’, maka nak tak nak saya terasa bertanggungjawab untuk menulis juga.Tambahan pula kebanyakan pembaca blog ini bukan dari golongan tech-savvy (memang itu pun sasaran saya), jadi sedikit-sebanyak saya juga terasa tidak mahu buatkan anda terasa ‘tertinggal’ dengan perkembangan semasa.

Jadi, buat anda yang sudah menggunakan Ubuntu LTS versi sebelumnya, sebagai contoh kita ambil Ubuntu 15.10, maka terdapat dua kaedah mudah yang boleh digunakan untuk menaiktaraf sistem operasi anda sekaligus mengemaskini semua versi aplikasi/perisian.

1. Cara pertama ialah dengan menggunakan aplikasi sedia ada iaitu ‘Software Updater’.

– Klik pada butang Dash dan cari ‘update’. Klik pada Software & Updates.

– Seterusnya klik pada tab ‘Other Software’ dan nyah-tanda (untick) kesemua kotak yang bertanda.
Kalau tengok dalam gambar bawah ni memang Mr. Hac tak untick la, malas kot. Korang faham-faham sendirilah kan? Hahahah..

– Seterusnya klik pada tab ‘Updates’, klik pada kotak ‘pre-released updates’, pergi ke pilihan di bawah iaitu pada ‘Notify me of a new Ubuntu Version’ dan pilih ‘For any new version’. Klik butang ‘Close’, cari ‘Software Updater’, dan kemaskini sistem operasi anda like-a-boss.

2. Cara kedua ialah dengan menggunakan baris-baris perintah.

Gunakan baris perintah di bawah untuk memasang Core Update-Manager:

sudo apt-get install update-manager-core

Gunakan baris perintah berikut pula untuk membuka fail ‘release-upgrades’ menggunakan Gedit:

sudo gedit /etc/update-manager/release-upgrades

Tukarkan baris daripada normal kepada lts:

Prompt=lts

Masukkan baris perintah ini untuk memulakan proses naik taraf:

sudo apt-get update
sudo do-release-upgrade -d

Atau boleh juga gunakan perintah ini:

sudo apt-get dist-upgrade -d

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

U Mobile Memperkenalkan Video Onz – Penstriman Video Tanpa Had Data Dan Masa

0
Sebelum ini telah berlakunya beberapa penawaran penstriman video tanpa had data dari beberapa telco, dengan terma dan syarat-syarat tertentu, contohnya hanya boleh digunakan pada waktu yang tertentu untuk kuota data tersendiri.U Mobile juga tidak terkecuali dari hal ini yang mana mereka pernah menawarkan penstriman YouTube dan Tonton secara tanpa had, namun hanya boleh digunakan bermula pada pukul 2 pagi hingga pukul 10 pagi sahaja.

Namun terkini, U Mobile nampaknya telah memperbaharui pelan mereka dan memperkenalkan pula pelan terbaru iaitu U Mobile Video Onz.

Dengan U Mobile Video Onz, para pengguna pelan P70, i98, dan i130 boleh menstrim video dari laman HyppTv, Viu, iflix, YouTube, Youku, Tonton, Astro on the Go, Erosnow, Herotalkies, Pokectimes.my, OnFm, dan juga semestinya YouTube Gaming. Sebelum terlupa, ianya dapat distrim dan dilayari like-a-boss tanpa had data selama 24/7, tidak terhad lagi kepada bukan sahaja data, tetapi juga kepada masa.

Pelan lain juga tidak terkecuali dari menerima penambahbaikan dan pembaharuan kepada Video Onz, sebagai contoh jika anda menggunakan pelan U28, anda akan menerima 3GB setiap bulan, dan tambahan lagi 3GB khas untuk penstriman video, hasil dari ‘jasa bakti’ pelan Video Onz ini.

Contoh lain jika anda menggunakan pelan prabayar UMI 30, anda akan menerima data tetap 2.5GB sebulan, dan juga tambahan data sebanyak 1.5GB untuk Video Onz. Amacam?

Dah la, cakap banyak tak guna, apa kata anda lihat sendiri pada pautan di sebelah untuk rujukan tambahan : U Mobile Video Onz

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Membaiki Kebocoran DNS Pada Ubuntu 16.04 LTS

0
Kebocoran DNS bukanlah perkara ‘mainan budak’ kerana bagi mereka yang sangat mementingkan privasi, kebocoran DNS adalah satu perkara yang amat-amat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan jika sambungan internet anda mengalami kebocoran DNS, maka adalah tidak berguna walau satu apa jua servis enkripsi seperti OpenVPN sekalipun, identiti seseorang itu tetap boleh terdedah dengan lebih mudah lagi.Ini juga bukanlah kali pertama artikel seumpama ini ditulis. Sebelum ini pernah saya catitkan kaedah untuk memperbaiki kebocoran DNS. Namun dalam Ubuntu 16.04 caranya ada sedikit penambahan. Mari kita lihat cara-caranya.

Baiki Kebocoran DNS Pada Ubuntu 16.04

1. Nyahaktif Terlebih Dahulu IPv6

Ya, ini adalah perkara wajib yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Nyahaktif segala tetapan IPv6 pada Ubuntu 16.04. Pertama sekali sunting fail /etc/sysctl.conf dengan menggunakan Gedit (senang guna Gedit ni):

sudo gedit /etc/sysctl.conf

Sila tambahkan beberapa baris berikut di akhir teks:

net.ipv6.conf.all.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.default.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.lo.disable_ipv6 = 1

Aktifkan semula sysctl.conf:

sudo sysctl -p

2. Sunting semula tetapan sambungan rangkaian internet anda. Klik pada ikon sambungan internet di status bar dan hala kepada ‘Edit Connections…’. Seterusnya klik pada sambungan internet yang sedang anda gunakan, hala kepada ‘IPv6 Settings’. Ubah Method kepada ‘Ignore’.

3. Tambahkan baris berikut di akhir config OpenVPN anda.

script-security 2
up /etc/openvpn/update-resolv-conf
down /etc/openvpn/update-resolv-conf

4. Mulai semula (restart) PC/lappy anda. Setelah itu cuba gunakan mana-mana servis enkripsi sambungan internet anda, contohnya OpenVPN dan buka pautan DNS leak test.

5. Sekiranya sambungan tersebut tidak menunjukkan mana-mana IP dari ISP anda, maka sambungan internet anda telah berjaya ditutup tanpa kebocoran DNS lagi. Tahniah. Silalah gunakan internet secara berhemah.

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

11 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 16.04 LTS

0
Telah lama saya menantikan rilisan ini, akhirnya bertemu jua. Ada yang dipasang secara dual boot pun tidak diusik, dek kerana enggan melepaskan kejutan (surprise) di akhir pelepasannya kepada para pengguna. Bila keluar saja versi stabil, dengan pantas ia dimuat turun dan terus dipasangkan.

Macam biasa, kita ‘tweak’ dulu sana-sini, barulah rasa ‘sedap’ nak menggunakannya, betul tak? Ok, jangan berlengah lagi. Jom kita tengok apa yang telah saya buat dalam versi 16.04 LTS kali ini untuk menjadikan ia lebih ohsemmm.

1. Net Speed Indicator

Ahahaha.. jangan ditanya kenapa. Memang ini yang Mr. Hac pasang dulu sebelum yang lain. Mungkin sebab dah terbiasa agaknya, dari Android membawa ke Windows 10, semua kena ada ‘benda alah’ ni.

 

‘Benda alah’ yang tunjuk kelajuan internet kita di Ubuntu ni ada dua, jom cuba dua-dua sekali, ok?

Untuk memasangnya amat mudah, masukkan setiap satu baris perintah di bawah satu demi satu, dan klik Enter.


Indicator Netspeed Unity

sudo apt-add-repository ppa:fixnix/netspeed
sudo apt-get update
sudo apt-get install indicator-netspeed-unity

Indicator Netspeed

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8
sudo apt-get update
sudo apt-get install indicator-netspeed

Sumber : WebUpd8

2. Pasang Google Chrome

Hey serius lah, Google Chrome dalam Ubuntu ni jauh lebih ‘RAM friendly’ berbanding Windows. Jadi saya syorkan agar anda memasangnya, dan nikmati pelayar web terbaik dari Google ini.

Muat turun : Chrome Browser

Kemudian, halakan (navigasi) Terminal ke folder di mana anda muat turun ia. Gunakan baris perintah di bawah ini untuk memasangnya:

sudo dpkg -i goo <— taipkan ini sahaja, kemudian tekan butang Tab. Ia akan terus melengkapkan nama pakej deb Chrome yang hendak dipasang tersebut. Seperti biasa, tekan Enter.

Kalau tidak dapat dipasang kerana dependencies tidak mencukupi, sila gunakan perintah ini:

sudo apt-get -f install

3. Pasang Spotify

Meskipun Spotify sudah diabaikan oleh pembangunnya untuk sistem operasi Linux, tetapi buat masa ini apa yang ada, itulah yang kita guna. Gunakan satu demi satu baris perintah berikut:

sudo apt-key adv –keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 –recv-keys BBEBDCB318AD50EC6865090613B00F1FD2C19886

echo deb http://repository.spotify.com stable non-free | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/spotify.list

sudo apt-get update
sudo apt-get install spotify-client

4. Pasang Codec

Rasanya setiap rilisan Ubuntu, ini menjadi perkara wajib untuk buat Ubuntu jadi lebih ‘baik’. Hanya dengan menggunakan satu sahaja perintah, sistem operasi anda akan mampu memainkan media dengan sempurna:

sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

5. Pasang CCSM

Compiz Config Settings Manager (CCSM) amat diperlukan bagi setiap pengguna termaju (advance user). Kaki tweak a.k.a ‘tweakers’ kalau tidak ada CCSM di dalam sistem operasi mereka, ianya macam ‘tidak sah’.

sudo apt-get install compizconfig-settings-manager

6. Pasang GIMP

Saya tak pandai sangat guna aplikasi penyunting gambar atau video, tapi kalau ada satu aplikasi yang amat saya senangi kerana paparan antaramuka yang mudah difahami serta ianya mirip kepada Photoshop, maka GIMP adalah jawapannya.

sudo add-apt-repository ppa:otto-kesselgulasch/gimp
sudo apt-get update
sudo apt-get install gimp

7. Pasang OpenShot

Hahah, baru sahaja kita berbicara tentang penyunting gambar, ini pula adalah sebuah aplikasi/perisian penyunting video. Ianya merupakan aplikasi yang paling lama ‘setia’ bersama Linux, dan kini versi terbarunya baru sahaja dilepaskan. Jom cuba!

sudo add-apt-repository ppa:openshot.developers/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install openshot-qt

 

8. Panjangkan jangka hayat bateri dengan memasang TLP

Sebenarnya banyak lagi fungsi TLP ni, tapi senang cerita kalau nak kurangkan suhu lappy/PC awak tu, selain dapat memanjangkan lagi jangka hayat bateri, hah, pasang la TLP ni. Mudah faham kan, kan?

sudo add-apt-repository ppa:linrunner/tlp
sudo apt-get update
sudo apt-get install tlp tlp-rdw

Dah siap pasang, gunakan perintah ini untuk menghidupkannya:

sudo tlp start

9. Gunakan sudo tanpa kata laluan (untuk power user sahaja!)

Amaran, perkara ini sepatutnya hanya boleh dilakukan jika anda telah pun benar-benar ‘masak’ dengan selok-belok Linux dan memahami ia dengan sebenar-benar faham. Saya suka gunakan sudo tanpa kata laluan kerana ia lebih mudah, tidak perlu masukkan kata laluan setiap kali hendak memasang sesuatu atau apa saja arahan/perintah yang perlu kepada sudo.

sudo visudo

Tambahkan baris ini di akhir teks:

aryaputra ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL

Ctrl + O untuk write dan Ctrl + X untuk keluar dari paparan nano.

10. Menghidupkan ‘click to minimize’

Ciri ini sebenarnya dulu ada, tetapi ‘ditiadakan’ dengan alasan ‘buggy’. Lantak kau lah Mark, asalkan boleh dihidupkan ‘ikut jalan belakang’, kira ok lah tu. Apa yang perlu dilakukan ialah anda perlu buka CCSM yang telah anda pasangkan melalui cara yang telah diajarkan di atas:

Navigasi ke Ubuntu Unity Plugin – Launcher – Minimize Single Window Applications (klik pada kotak tersebut).

Anda juga boleh gunakan perintah di bawah sekiranya anda tidak mahu menggunakan CCSM:

gsettings set org.compiz.unityshell:/org/compiz/profiles/unity/plugins/unityshell/ launcher-minimize-window true

Untuk undo perkara ini, gunakan pula perintah berikut:

gsettings set org.compiz.unityshell:/org/compiz/profiles/unity/plugins/unityshell/ launcher-minimize-window false

Rujuk : askubuntu

11. Pasang SM Player

Apa guna ada Spotify kalau tiada padanannya iaitu pemain video terbaik. Bagi saya SM Player menepati citarasa saya kerana ia sarat dengan ciri yang dikehendaki oleh seorang pengguna termaju.

sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
sudo add-apt-repository ppa:mc3man/mpv-tests
sudo apt-get update
sudo apt-get install mpv smplayer smtube smplayer-themes smplayer-skins youtube-dl

Ok cukuplah setakat ini dahulu, saya akan kemas kini kalau saya rasa ada perkara menarik lain yang boleh ditambah. Apapun, pasang dulu Ubuntu 16.04, jangan cakap banyak. Tak pasang, tak guna, tak tahu, tak jatuh cinta. Sekian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Muat Turun] Ubuntu 16.04 LTS Xenial Xerus Telah Dilepaskan

0
Seperti yang telah dijanjikan dalam ‘blue print’ pembangunannya, kini Ubuntu 16.04 LTS (Xenial Xerus) versi stabil akhirnya dilepaskan kepada pengguna untuk dimuat turun. Apa yang paling saya suka tentang LTS ialah ianya disokong selama 5 tahun, jadi ada masa yang sangat panjang untuk menggunakannya tanpa memikirkan tentang naik taraf versi.
Antara sebab lain yang membuatkan seseorang boleh tertarik dengan LTS kali ini ialah tetapan privasi yang telah ‘diperbaiki’ iaitu carian dalam talian telah dinyah aktif secara lalai (default). Bagi kebanyakan orang, ciri ini adalah antara yang ditunggu-tunggu dan amat dialu-alukan.
Tak lupa juga kini Unity Launcher sudah boleh diubah kedudukannya ke bawah (saya pula telahpun terbiasa, dapat menerima, dan mengadaptasi kedudukannya di kiri skrin).
Di entri lain saya akan kemas kini apakah antara perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas memasang Ubuntu 16.04 ini. Nantikan ia.

Antara ciri baru, pembaharuan, dan penambah baikan yang ada dalam Ubuntu versi terbaru ini ialah:

Linux Kernel 4.4.x
Boot Service SYSTEMD default
New Overlay scroll bar
Ubuntu software center replaced with Gnome Software center
Unity 7.4
Gnome 3.18
GTK 3.18.x Support
Locally Integrated Menus (LIM) can be enabled from Appearance settings
Power commands from Dash (restart, shutdown, etc)
Snappy package system
Move Unity Launcher to Bottom
Online Search is disabled by default
Default applications of Ubuntu updated
New scroll bars
Python 3.5 by default
Improved Intel Skylake processor support
3D support in the virtual GPU driver
Support for TPM 2.0 chips
Drop driver support for AMD and Radeon GPUs [Rujukan – NoobsLab]

Muat turun Ubuntu 16.04 LTS melalui pautan di bawah:

Ubuntu 16.04 LTS [Xenial Xerus]

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

U Mobile Melanjutkan Promosi 15GB Data Untuk Pelan Postpaid Hero P70 Sehingga 31 Disember

0
Semakin lama ‘perang’ antara telco semakin hangat dan terkini, U Mobile pula ‘mengekalkan’ kuota data untuk pelan Postpaid Hero mereka iaitu P70, sebanyak 15GB, sehingga 31 Disember ini.

Apakah ciri-ciri pelan Hero Postpaid ini?

– RM70 sebulan, 15GB kuota data internet
– Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
– SMS 3 sen ke nombor U Mobile dan 8 sen ke rangkaian lain

Jangan lupa juga ia tetap mempunyai Free Video Streaming dari pukul 2 pagi hingga 10 pagi, dan Free Music Streaming yang boleh dimainkan sepanjang hari. 15GB kuota data yang diberikan itu pula tidak terbahagi kepada kuota hujung minggu dan kuota ‘biasa’, bermakna ianya adalah kuota penuh yang dapat anda gunakan dari awal hinggalah hujung bulan tanpa terbahagi-bahagi.

Rujukan : U Mobile Postpaid

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Digi Postpaid 80 : Penambahbaikan Kepada Pelan Lama, Kini 10GB Pada Harga RM80 Sebulan

0
Baru sahaja pelan SmartPlan 75 dilancarkan, keluar pelan baharu iaitu Postpaid 78 yang lebih baik. Tetapi belum sempat pelan tersebut menjadi ‘panas’, Digi pula sudah ‘kepanasan’ dan tidak sabar lagi untuk melepaskan pelan terbaru mereka iaitu Digi Postpaid 80.

Apa yang baru dalam pelan Digi Postpaid 80 ini?

Baiklah, setiap bulan bayaran tetap (fixed commitment) ialah RM80 (tidak termasuk GST). Setiap bulan anda akan mendapat kuota internet sebanyak 7GB, manakala tambahan 3GB pula untuk ‘kuota hujung minggu’. Tidak dilupakan juga anda boleh bawa ke depan kuota internet yang tidak dipakai sebanyak 2GB.

Antara ciri lainnya adalah sama dengan pelan SmartPlan yang sebelumnya iaitu:

– Panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian
– SMS tanpa had ke 3 nombor Digi
– SMS 10 sen, MMS 20 sen
– WhatsApp WeChat tanpa had (tak usik kuota)
–  Akses penuh kepada iflix selama 12 bulan
– Capture – 100GB
– Music Freedom
– Top up data internet dari RM10 untuk 8GB yang sah selama 7 hari

Anda boleh rujuk kepada gambar di bawah.

Rujukan : Digi Postpaid Plans

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Digi Video Freedom : Strim Video Tanpa Had

0
Sebelum ini para pengguna Digi ‘berbahagia’ dengan Digi Music Freedom, yang mana pengguna boleh memainkan muzik tanpa had, tanpa sekatan data atau kuota. Kini Digi memperkenalkan pula servis terbaru mereka iaitu : Digi Video Freedom.

Berdasarkan kepada sumber-sumber dari Google iaitu SoyaCincau (hang dapat mana wei berita camni punya la awal? Share sikit plis? Hahahah..). Lowyat.net, The Star Online, dan juga Malaysian Wireless, maka saya RUMUSKAN di sini bahawa:

Digi Video Freedom ini terbahagi kepada DUA iaitu pass mengikut jam dan pass mengikut hari. Pass mengikut jam adalah dicaj sebanyak RM1 untuk 1 (satu) jam dan pass mengikut hari pula dicaj sebanyak RM5 untuk 24 (dua puluh empat) jam.

Setiap pass tetap mempunyai kuota data iaitu 3GB untuk pass mengikut jam dan 10GB untuk pass mengikut hari. Apabila telah habis kuota data yang anda gunakan, anda tetap masih boleh membelinya semula untuk menambah data tersebut.

Antara servis penstriman video yang mengambil bahagian ialah YouTube, iflix, Astro on the Go, Viu, tonton, Dailymotion dan HyppTV.

Setiap pengguna bolehlah mula melanggan servis ini bermula 15 April 2016 (esok) melalui aplikasi MyDigi – OCS Self Service pada peranti Android dan iOS masing-masing.

Pada saya, adalah lebih baik jika Digi membuat satu lagi pass iaitu pass langganan bulanan. Ini lebih mudah buat semua kipas-susah-mati servis penstriman video, tak lupa juga silalah tambah Netflix ke dalam senarai servis yang disokong, tolonglah!

Katakan ada seorang yang memang tahap tegar menonton video, setiap hari beliau melanggan pass 24 jam tanpa gagal, bererti beliau perlu membelanjakan sebanyak RM150 sebulan + topup RM30 untuk sebulan juga. RM180 untuk penstriman sahaja? Oh tidak, tidaklah berbaloi melainkan jika Digi mencipta pass bulanan yang lebih murah, kemudian tambahkan Netflix dan lain-lain laman penstriman video (Hulu pun best apa), profit!

Hehehe.. ini cuma cadangan saya sahaja. Mr. Hac, macam biasa, hanya mampu menulis dan memberikan cadangan. Terserah kepada pihak telco untuk mengimplementasikan ia ke dalam realiti.

Nak lebih menarik? Digi, silalah ciptakan satu lagi pelan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat marhaen sekalian, iaitu PELAN MUAT TURUN TANPA HAD. Sekian, selamat berfikir.

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Editorial : Bolehkah Rakyat Malaysia Hidup TANPA ASTRO? Bagaimana Caranya?

0
Pinjam gambar dari Daily Mail Online

Rakyat Marhaen Boleh Hidup Tanpa Astro

Sebelum kita meneruskan perbincangan, jom lihat dahulu apakah contoh rancangan berbayar yang ‘dipegang’ oleh Astro:

Hak eksklusif ASTRO:
Memegang hak eksklusif penyiaran kandungan perlawanan bola sepak utama seperti Piala Dunia, Euro Football, Olimpik dan sebagainya.

Memegang hak eksklusif rangkaian antarabangsa: Movies Channels (HBO, Star Movies, berita (CNN, BBC News, CNBC) rangkain rancangan dokumentari (discovery, National Geographic, Animal Planet, History Channel) dan sebagainya.

Memegang hak eksklusif kandungan tempatan Melayu, India, China (Kantonis, Hokkien) dan dalam pelbagai platform (seperti menerusi DTH, IPTV dan sebagainya).
Memegang hak eksklusif rangkaian Movies Channel (seperti HBO, Star Movies, dan sebagainya).
DETV (Redtone – hamper kebanyakkan kandungan berbahasa Cina) – menerusi platform IPTV.
TM (29 rangkaian luar negara, tempatan, rangkaian Free To Air dan lain-lain) – Platform IPTV
Lain-lain (Select TV) – Platform IPTV.

Sumber rujukan : TabuanMas

 

Zaman Berjimat-cermat

Terimalah hakikat, melainkan anda adalah Dato’ Seri Vida ataupun Dato’ Aliff Syukri, ini adalah zaman di mana kita perlu berjimat-cermat. Ini bukan lagi zamannya setiap helai Ringgit Malaysia yang ada dalam dompet boleh dibelanjakan sewenangnya. Saya juga marhaen seperti anda.

Saya juga terasa himpitan ekonomi ‘kontemporari’ yang menekan.

Hobi Menonton & Alternatif

Siapa di sini antara kita yang sangatlah kerap menonton TV? Berapa jam sehari dihabiskan oleh anda untuk menonton? Berapa pula bayaran siaran langganan yang anda terpaksa bayar setiap bulan untuk menikmatinya?

Anda lihatlah sahaja pada gambar pakej ASTRO di atas. Harga bagi pakej yang HANYA mempunyai ‘Malay Packs’ bermula ‘semurah’ RM188.68. Manakala untuk ‘Superpack Plus 4’ pula iaitu sebuah pakej yang mempunyai semua rancangan premium/berbayar adalah RM241.68.

Kalau betul-betul anda berkomitmen dan komited membayarnya, maka dalam setahun anda telahpun membelanjakan sebanyak RM2900.16 untuk menonton televisyen, yang mana boleh dikatakan cuma beberapa jam sahaja sehari, itupun bukan semua saluran anda nikmati!

Dah tentulah hanya satu-dua atau maksima bagi diri saya sendiri pun dalam 5 saluran sahaja yang betul-betul saya tonton. Manakala saluran yang lain hanyalah digunakan untuk bermain skip-skip-skip. Tak tahulah kalau anda boleh tonton semua ratusan saluran tersebut. Errr.. ada ke orang macam tu melainkan pesara?

Ya, memang ada ‘pakej bajet’ a.k.a MURAH dalam Astro, tetapi rancangan apa sahaja yang ada dalam tu? Katanya 40 ‘channel’, tetapi apa sahaja yang ada? Anda boleh rujuk pada gambar di bawah:

Daripada kesemua 40 saluran tersebut, berapa banyak yang betul-betul anda BERMINAT untuk tonton setiap hari? 1? 2? 5? Atau, boleh dikatakan TIADA?
Maksud saya, come on lah, setakat nak tengok berita di TV1, TV2, atau TV3, lebih baik tak perlu melanggan apa-apa pakej. Hanya gunakan siaran percuma melalui Astro NJOI pun sudah lebih dari cukup rasanya. Atau kalau nak lebih bajet gunakan sahaja antena televisyen old-school tu, JIMAT! Hahahah.. Ok-ok, serius semula.

 

Apa Yang Anda Perlukan?
1. Chromecast (beli cuma perlu sekali seumur hidup).
Tapi Chromecast ni pada saya cuma ‘opsyen’ sahaja, ianya tidak wajib dalam tips ini. Cuma kalau ianya ada, lebih BAGUS.
2. Akaun khidmat penstriman (akan dibincangkan di bawah).
Apakah kegunaannya? Ia akan digunakan untuk menggantikan kesemua rancangan kegemaran yang anda biasa tonton di Astro, kepada apa yang akan anda tonton secara dalam talian. Lebih mudah kerana tak terikat dengan waktu yang ditentukan oleh Astro.
3. Otak untuk berfikir.
Kalau ini tiada, maka tiada gunalah anda teruskan lagi pembacaan. Berhenti sahaja di sini. Eheheh..
4. Skybox/Openbox/Androidbox/Myiptv (ikut suka, ini terpulang kepada mana satu yang anda minat).
Ini pun ‘opsyen’, bererti kalau ada lebih BAIK. Saya ni bukan jenis nak menggalakkan PIRACY sangat pun (lanun cetak rompak kerja orang lain), tetapi keadaan ekonomi sekarang sangat teruk. Segala alternatif yang ada hendaklah dimanfaatkan, tambahan lagi untuk menggantikan Astro. Kita kena ada khidmat lain yang memecahkan monopoli/sistem kapitalis ini. Sampai bila nak jadi hamba kepada syarikat kapitalis?
Masalah sekarang alternatif yang ada bukan dari syarikat rasmi seperti Astro tersebut, yang ada hanyalah alternatif  ‘ala’ lanun seperti Skybox, Openbox, Parabola, Paragliding, Para-para Sakura, dan juga Paracetamol.
5. Wajah yang kacak/cantik. Ok gurau je, akhir sekali – internet tanpa had.
Saya menggunakan Maxis Fibre Internet, 20Mbps. Tapi kalau anda dapat cari servis yang lain, yang lebih baik, lebih murah, silakan. Saya tak akan ajar anda bab ini. Terpulang nak cari servis ‘bawah tanah’ atau servis rasmi. Gunakan akal anda yang ada.
Elaborasi
Terimalah jua hakikat, bahawa semua yang ada dalam Astro itu (selain siaran langsung hiburan atau sukan) adalah merupakan siaran-siaran ULANGAN. Untuk filem pula, kalau ada yang ‘fresh’ pun hanyalah Astro First, itupun tetap boleh dicari alternatif kepadanya (untuk mereka yang sukar hendak pergi menonton wayang). Itu kita akan bincang kemudian.
Jadi, untuk setiap siaran filem-filem atau drama-drama yang kerap diulang-ulang itu, apakah gantian terbaik yang boleh kita dapatkan? Jawapan mudah, khidmat penstriman.
Strim, contoh paling mudah untuk faham, YouTube. Cuma YouTube itu satu khidmat dalam ‘kategori’ lain.
Servis penstriman pertama yang ingin saya ulas ialah Netflix. Saya merupakan pengguna ‘tegar’ Netflix sejak ia mula ‘masuk’ ke negara kita ini. Dengan adanya Netflix, TV sentiasa dalam keadaan ‘off’. Saya tidak perlukan televisyen pun untuk menonton semua rancangan kegemaran saya, terutamanya Daredevil.
Anda tahu bukan, yang Daredevil adalah sebuah rancangan ‘Netflix Original’? Waktu musim pertama dan kedua, kedua-dua musim dilepaskan semua sekali video-videonya, satu musim sekaligus. Demam kepialu dibuatnya. Tapi memang puas hati apabila dapat menonton tanpa perlu menunggu siri Daredevil setiap minggu.
The Flash juga ada di Netflix, cuma mungkin kena tukar IP kepada US barulah dapat menontonnya (saya pun dah lupa sebab sejak bertukar kepada iflix, saya hanya gunakan iflix sahaja buat sementara waktu ini).
Buat masa ini saya menggunakan iflix dek kerana dapat ia secara percuma. Langganan selama 12 bulan ini harus digunakan sebaik yang mungkin. Tapi kalau kena langgan pun ianya cuma RM10 sahaja sebulan. Sangat berbaloi untuk ‘kaki DVD’.
Servis-servis lain yang boleh digunakan sebagai ganti kepada Astro ialah HBO Go, Hulu, DirectTV dan lain sebagainya. Ambil perhatian, kesemua servis di atas memerlukan anda untuk menukar alamat IP anda kepada US, melainkan hanya Netflix dan iflix sahaja yang boleh dilanggan oleh pengguna dari Malaysia.
Macam mana caranya? Gunakan bahagian carian (search bar) di atas blog ini untuk mencari kaedahnya dengan kata kunci ‘OpenVPN’, ‘SSH Tunneling’, atau ‘DNS Tunneling’. Semuanya saya sudah tuliskan pada tahun-tahun sebelum ini.
Apabila sudah ada akaun penstriman filem/drama seperti di atas, lebih seronok menontonnya di televisyen bukan? Untuk itulah anda perlukan Chromecast. Bagaimana cara menggunakan Chromecast? Sila cari tutorialnuya di YouTube. Kalau ada masa saya cuba tuliskan kemudian nanti ya.
Mencari Perasaan Menonton Seperti Astro
Baiklah, setelah semua alternatif ini anda cuba, mungkin anda rasa, anda hendak sesuatu yang lebih natural atau ‘native’, seperti Astro. Maklum sajalah, terkadang hati akan mula juga rindukan Maharaja Lawak Mega, dan lain-lain rancangan kegemaran versi ‘Melayu’ di Astro. Maka di sinilah gunanya Skybox atau Androidbox yang telah saya sebutkan di atas.
Ia boleh dijadikan sebagai alat gantian untuk Chromecast, kerana ia semua dalam satu (Androidbox). Walaupun sesetengah blogger IT tidak ‘berani’ untuk menulis perkara ini secara penyampaian terus seperti ini, saya sarankan anda mula cuba beralih kepada Skybox atau Androidbox untuk menggantikan servis Astro.
Selain lebih MURAH, ia juga mengandungi kandungan yang lebih BANYAK. Bukankah itu yang kita cari dan mahukan dari Astro tetapi tidak dapat?
Alternatif Lanun, Lanun Alternatif
Selain khidmat penstriman di atas, ada juga ‘khidmat ala lanun’ iaitu Popcorn Time dan Cinema Box. Tak lupa juga Stream It! dari The Pirate Bay. Cuma alternatif versi ini saya tidak beberapa galakkan kepada para pemula (newbie) dek kerana ia terdedah kepada risiko diceroboh oleh penggodam yang sangat mahir. Nak cuba juga, boleh! Saya tak marah pun! Tapi saya meletakkan penafian bahawa saya hanya memperkenalkan sahaja, segala risiko ditanggung sendiri oleh anda.
Konklusi
Konklusinya mudah, bergeraklah ke kedai gajet berhampiran dan carilah semua yang saya sebutkan di atas. Mula bertindak dari sekarang untuk mengalami penjimatan terbaik yang pernah anda lakukan seumur hidup. Mungkin hari ini anda berasa janggal, namun esok lusa apabila janggal itu telah hilang, anda akan mula tersedar yang anda sudah tidak rindu kepada Astro.

Views: 38

Iklan Newspaper Inline