Utama Blog Laman 185

Epic War TD 2 Kini Berharga Sepuluh Sen! (RM0.10)

0
Mr. Hac dah pernah tulis sebuah reviu tentang permainan ini, Epic War TD 2, di mana sebuah setup Tower Defense ‘memaksa’ pemain untuk merancang dengan sebaiknya terlebih dahulu di mana hendak meletakkan tower yang sesuai kedudukannya, kerana dengan satu kesilapan, semua perancangan dari mula tidak akan menjadi.

Di sinilah terletaknya ‘sakit kepala’ bermula. Anda tidak boleh ‘main letak’, dan ‘ikut sedap’. Semuanya kena ada tempat yang strategik. Kalau salah, maka kekalahan yang PASTI akan menanti. Serius, kadang-kadang pening kepala dibuatnya, tapi dalam masa yang sama sangat mencabar minda (kesabaran juga).

Ok cukup setakat itu intro, kali ini pembangun membuat promosi, menjadikan serata pelusuk dunia boleh membeli permainan ini dengan harga cuma SEPULUH SEN. Iya, iya, sekupang duit je bro game ni (bahasa pasar sikit).

Ehh serius la bro, aplikasi dah murah sangat dah ni. Anda boleh beli ‘like a boss’. Tak tahulah promosi ini akan berakhir bila, tetapi pada saya, secepat mungkin kalau anda ada berdekatan dengan WiFi, belilah sekarang. Rugi kalau tak beli!

Muat turun di sini guysss —> Epic War TD 2

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Webe: Telco Yang Bakal Menggegarkan Malaysia Dengan Pelan Data Internet Tanpa Had

0
Terdapat banyak isu yang saya tak dapat nak cover lately. Maaf, jiwa penulis saya begitu memberontak sekali hendak menulis, namun agak malang setiap kali jari hendak menaip, ada saja unsur hitam yang mengganggu. Maaf sekali lagi, ini kali pertama setelah bertahun bangunkan OMG! Hackers?, saya terpaksa bercerita kepada anda semua tentang keadaan saya sekarang.Baiklah, kita kembali semula ke tajuk.

Webe? Urghhh, nama yang agak ‘hodoh’ untuk sebuah nama Telco, namun apa ada pada nama apabila berdasarkan kepada sumber dari Google Search Web Cache (*sebab laman web-nya sudah tidak online buat masa ini), Telco ini bakal menawarkan kepada pengguna di Malaysia akan pelan data internet tanpa had (unlimited, yeah, true unlimited bro) bermula dari RM8 hinggalah ke RM80 sebulan.

 

Berdasarkan kepada sumber penulisan di Lowyat.net pula, Webe berkemungkinan akan menawarkan pelan 20GB data, 1000 minit masa berbual, 1000 SMS bermula dari RM8 (atau RM10 dari sumber berbeza). Pelan tanpa kontrak ini dikatakan akan ditawarkan kepada pengguna P1 yang membeli telefon pintar bersama dengan pelan.

Pengguna yang memilih untuk tidak membeli telefon akan dicaj RM9 sebulan untuk para pengguna sedia ada P1 dan RM10 untuk pengguna baru. Memang, bunyinya sedikit aneh, namun begitulah sepertimana yang telah terpapar.

Paling ‘best’ ialah Webe akan menawarkan pelan semua tanpa had pada satu harga. Internet (berkelajuan LTE), masa berbual, SMS, semuanya TANPA HAD dan akan dicaj sebanyak RM80. Woahhh.

Ada yang lebih pelik, anda kena tambah RM10 untuk aktifkan tethering bagi pelan anda itu. Hmmmm.

Mr. Hac : Ahhh, lantaklah apa pun. Saya tak peduli. Apa yang penting, kalau BETUL telco ini akan WUJUD di bumi Malaysia nan tercinta ini, saya akan jadi antara blogger pertama yang menulis review, sambil bodek-bodek kot-kot dapat line percuma. Heheheh..

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Tutorial : Cara untuk mengkonfigurasi MicroSD pada S7 Edge anda.

0

Assalammualaikum ,

S7 Edge telah dilancarkan 17 Mac lepas, Samsung memperkenalkan simpanan separa kekal (MicroSD).

 

Walaupun ia adalah baik untuk mempunyai simpanan separa kekal ini, kekangan yang timbul ialah , sebaik sahaja kad SD anda diformat anda boleh hanya menyimpan fail, gambar, dan video ke dalam microSD kad terbabit tetapi Aplikasi tidak boleh (Move to sdcard apps). bagaimana pun , saya akan mengajar cara bagaimana hendak menukar format tersebut menggunakan adb shell dan usb kabel.

Cara pertama , enable kan USB debugging di dalam Developer options


Selepas itu , jika anda mengunakan window . tekan kekunci “Window+r” dan taip “cmd” didalam kekotak “run”



Seterusnya , taip “adb shell” dan taip “sm list-disks” , merujuk “disk:179,0” adalah partitions bagi S7 edge (Stock Partition) .

Seterusnya , kita akan partitionkan MicroSd kad supaya dapat dibaca didalam sistem storan samsung “/emulated/0”

taip “sm partition disk:179,0 mixed 50″ dan tunggu seketika

Dan Partition SD card pn sudah dicipta didalam sistem storan peranti anda.

Anda boleh eksport data dan applikasi .

tetapi , saya akan memilih “sm partition disk:179,0 private” 

atas sebab privasi .. ckckckckckckc .


ada 3 pilihan , private , mixed , public . anda boleh pilih yang mana inginkan dan peratus partition adalah 10 – 90 . sebagai contoh “sm partition disk:179,0 mixed 50″


Nota : Tidak perlu root mahupun guna aplikasi , hanya menggunakan adb shell , jika anda tiada adb shell , google “download adb android” .saya tidak bertanggungjawab sekirannya anda tidak berjaya mahupun berjaya . hanya untuk exynos chip set sahaja , snapdragon boleh ikut tutorial ini . tutorial ini bukan hak milik saya mahupun rekaan saya , hanya sekadar look around di alam maya. Sesetengah aplikasi tidak boleh move ke dalam sektor private , private bermaksud sektor yang ditutup . mixed dan public sahaja boleh. sekian , wassalam.


S : Kenapa bila cucuk usb kabel dekat pc hanya keluar microsd card tetapi bukan internal storage ?
J:jika set kepada private , maka pc akan amek sektor private , jika anda set mixed atau public maka pc akan keluar kedua nya.


S : Saya tidak dapat menggunakan adb shell.
J:copy paste folder adb di C:/adb , dan masuk ke Enviroment Variables pilih path dan tambah kekunci C:/adb.


S:Kenapa tidak boleh move to sd ?
J:Bukan semua aplikasi boleh movetosd kerana masalah stock rom itu sendiri.


S:kenapa saya tidak boleh tukar storan di dalam camera setting ?
J:baca jawapan no 1.

S:Kenapa tutorial ni sama macam dalam link yang diberikan tu ?
J:Itu untuk S7E snapdragon version , tapi saya buat ini untuk Exynos version (South-sea).

S:Awk ni noob la.salah fakta
J:Jika salah sila betulkan , nnt saya betulkan dan kreditkan atas nama awak.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Filmora Software Video Editing Untuk Beginner

0

Seperti yang yang saya kata di nota facebook saya, (itu pun kalau anda baca) kebelakangan ini saya jatuh cinta dengan video dan ada cuba beberapa perisian video editing. Tapi masalahnya adalah ‘Tak pandai guna’.

Untuk anda yang berminat dengan video atau nak buat video tapi tak pandai guna software profesional seperti Adobe, anda boleh cuba guna Filmora. Memang mudah digunakan. Sesuai untuk pemula. Paparan muka juga sangat kemas.

Anda boleh muat turun Filmora secara percuma disini.

Untuk edisi percuma, ada 1 kelemahan. Akan ada watermark Filmora. Sangat ‘annonying’ bukan? Cara untuk menghilangkan watermark ini adalah dengan mendapatkan registration code. Erti kata lain mesti beli produk wondershare ini.

Atau gunakan registration code dibawah:

1) Licensed e-mail: c2941647@drdrb.com
Registration code: 10403029CF3644154841651AF141E800

2) Licensed e-mail: c2941690@drdrb.com
Registration code: 510B3C20A9E54E0FF1D2FC28BAD1220E

3) Licensed e-mail: c2942163@drdrb.com
Registration code: 35706E040C63EE00E377911BB9A3B301

4) Licensed e-mail: c2942269@drdrb.com
Registration code: 00289623F7B3B81E14AEB526144B6D08

5) Licensed e-mail: c2943267@drdrb.com
Registration code: D772BE0279AFE60AF0E1D2109CA89A19

6) Licensed e-mail: c2943297@drdrb.com
Registration code: FB9694298253B51545E70D22B3033808


Tapi, ada beberapa kelemahan pada registration code ini, anda tak boleh guna software ini kalau anda sambungan internet, senang faham kena off internet, tutup wifi kalau nak guna software ni.

Kalau tidak apa yang terjadi? Nanti Filmora akan keluar warning ” Your Email Has Been Hacked! ” eh tak la, “Banned”.

Susah-susah beli ajalah, atau cari crack!.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Nik Collection Oleh Google Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma Untuk Windows dan OS X

0

Anda biasa menggunakan Snapseed? Ya, sebelum Snapseed dijenamakan di atas ‘jenama’ Google, ia berada di bawa syarikat pembangun aplikasi yang bernama Nik Software. Setelah Google membelinya, secara automatik semua yang dibangunkan oleh mereka menjadi milik Google, dengan itu Snapseed pun dijenamakan di bawah Google, begitulah al-kisahnya.

Nik Collection pula adalah sebuah perisian ala Snapseed versi plug-in untuk Windows dan OS X. Dahulunya berharga USD150 (anda kiralah sendiri kalau ditukarkan ke RM), namun kini ianya diberikan secara PERCUMA. Ya, diulangi, PERCUMA.

Saya cakap terus-terang, saya bukan pakar dalam bidang fotografi, tetapi kalau orang dah bagi sebuah perisian berharga USD150 secara percuma, apa lah yang buruk tentangnya? Hahah.. Kalau saya, saya akan muat turun berkali-kali sebagai tanda ‘syukur’. Hahahah..

Muat turun ia di sini : Nik Collection

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

PP1 : Samsung Galaxy S7 Edge

0
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca OMG~ Hejes yang budiman.

Paparan tampak sisi seni bina yang premium,reka bentuk glass-and-metal bodies dan tambahan ciri anti-air ( bukan kalis air , Mana bisa peranti seperti samsung melawan Sony ) dan anti debu. Samsung Galaxy S7 Edge adalah “Flagship killer” pada tahun 2016 , OMG!

Paparan Galaxy S7 Edge:
Pengguna S7 Edge codename hero2lte paparan 2560×1440 Quad HD Super AMOLED display dan kepadatan piksel sebanyak 534~. Skrin dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 4 dan skrin tepi melengkung.
Spesifikasi :
hero2lte dikuasai sistem penyejukkan (Cooling system ) dah macam WC atau AIO. Ditambah pula dengan 4GB RAM (LPDDR4 3200) , 2.3GHz Exynos 8890 processor dan Vulkan APi . wow~ dah macam gaming RIG .
Menggunakan Android 6.0(Mashmallow),memori tetap 32GB / 64GB lebih menarik lagi samsung menggunakan hybrid sim tray , Pengguna boleh memilih samada mahu dual sim atau menambah MicroSD sebanyak 200GB storan.
AntaraMuka : 
Seperti biasa ,Kita akan fikir “bloatware” bersepah , tetapi tidak pada S7 Edge, Samsung hanya menggunakan sedikit Aplikasi seperti S health , Galaxy Apps , Microsoft Apps dan Google Apps yang kebiasaan Pengguna selalu guna.Touch Wiz yang telah diberi nafas baru , slide panel membolehkan pengguna akses lebih mudah dan cepat.
Kamera :
12MP ,f/1.7 , auto-focus yang tepat tanpa menekan screen untuk focus kepada gambar , OIS , Night images detection tanpa menggunakan FLASH untuk menangkap gambar dalam keadaan gelap.Terdapat banyak Features yang menarik seperti pro shot , dual camera , manual , auto-face detection dan yang menarik pengguna boleh memuat turun aplikasi add-on kamera dalam Galaxy Apps. Dikatakan juga Dxomark telah mengiktirafkan Galaxy S7 Edge sebagai peranti No.1 dalam kepadatan dan keaslian kamera dengan mengalahkan Samsung S6 Edge ,IP6s dan Sony Z1.
Bateri :
3,600 mAh Li-Ion , Dikatakan Pengguna boleh streaming Movie selama 10 Jam tanpa henti.
Penutup :
Setelah menggunakan S7 Edge dalam beberapa hari (sticker pn tak tanggal lagi) , ia adalah peranti yang “Superb” Malah dikatakan premium , bangsawan dan seperti kita rasa berbaloi beli.Dan mampu pakai 5 tahun mendatang , In syaa Allah.

Pro -Menggunakan sistem penyejukkan yang dapat menahan jangka hayat peranti.
-Bateri yang lebih tahan lama.
-Kurang Bloatware
-Menggunakan Sistem RAM dan SWAP.

Cons-Harga Bangsawan , tidak mampu milik.
-hybrid tray , Pengguna terpaksa memilih samada dual sim mahupun MicroSD

S:Patutkah saya beli S7 Edge ?
J: Jika ada duit , semua boleh beli . Dahulukan keperluan dari kehendak.
S:Boleh Root ?
J:Boleh , tetapi knox tripped , kemungkinan kalau pape terjadi hantar warranty tak boleh claim. Tapi Mengikut dalam forum ,CS tidak check Knox TRipped.
S:Ada berapa warna ?
J:Titanium Silver ,Rose Gold , Black dan White.
 
S:Berapa harga ?
J:MYR3099 tanpa GST.
S:Vulkan Api itu apa ?
J:Vulkan api tu cross-platform 3D graphics untuk prestasi dalam gaming atau pn edit 360.
S:Sekarang saya menggunakan HP 2GB RAM , patutkah saya upgrade ?
J:Tengok kepada model peranti yang tuan pakai , Seperti saya menggunakan nexus 4 , masih lagi keadaan baik dari segi bersosial dan streaming. Seperti yang saya katakan , jika ada lebih rezeki , boleh la beli untuk jangka masa yang panjang.
S:Kenapa tiada gambar ?
J:Peranti kena pulang dalam masa 24jam , masa mencemburi kita maka tidak sempat nak upload gambar atau nak tangkap gambar. In Syaa Allah ada rezeki nanti beli la.
Terima kasih kerana Membaca.
Wassalam.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 16.04 Beta 2 Dilepaskan, Versi Unity Juga Turut Sama Boleh Dimuat Turun

0
Ini adalah versi Ubuntu pertama yang mana versi Unity dilepaskan untuk para pengguna muat turun dan cuba, walhal kalau ikut jadual seperti biasa ia sepatutnya dilepaskan ketika sudah mencapai versi Release Candidate.Apa perubahan menarik? Oh, ada. Ada.. jangan risau.

Antara perubahan yang bolehlah dikatakan menarik untuk versi Long Term Support atau LTS ini ialah:

1. Unity Launcher akhirnya boleh diubah kedudukan

Ramai yang ‘geram’ apabila Unity Launcher dijadikan sebagai sebuah ‘launcher’ atau ‘dock’ yang kaku, tidak boleh dilakukan ubahsuai kepadanya. bertahun lamanya menanti, akhirnya barulah pada versi kali ini ia boleh diubah kedudukannya, itupun hanya ke bawah, tiada ke kanan apatah lagi ke atas. Heheh..

Namun ciri ini bukan ciri natif, bererti ia harus dibuat (tweak) menggunakan gsettings atau Dconf Editor. Hui hui hui.. sooo geeky. Heheh..

 

Gambar dari WebUpd8

2. Beberapa aplikasi baru + aplikasi yang digugurkan

Jangan tak tahu, ada 2 aplikasi yang baru dimasukkan dan debut dalam versi 16.04 ini iaitu GNOME Calendar dan GNOME Software.

Calendar

 

 

 

Software Store

Untuk pengetahuan anda, Gnome Software melakukan debut adalah untuk menggantikan Ubuntu Software Center. Yeah, cool, sebab Ubuntu Software Center pada saya lembab, lemau, lembu, dan lain-lain ‘lem’ lagi.

3. Unity 8.. ahhh maaf. Unity 7.4.

Hmmm.. seperti yang kita tahu, Beta 2 membuatkan ‘UI freeze’. Bererti tiada sebarang perubahan pada paparan antaramuka yang akan berlaku di versi seteusnya hinggalah kepada versi akhir nanti.

Jadi, kita boleh enjoy saja dengan apa yang ada iaitu Unity 7.4 dan bukan Unity 8, namun jangan risau. Nanti saya akan tulis bagaimana anda boleh pasang Unity 8 pada Ubuntu 16.04.

Perubahan-perubahan lain adalah seperti Kernel baru iaitu Kernel Linux 4.4.0-15 (buat masa ini), wallpaper baru, Sound Menu yang sedikit ada perubahan, aplikasi utama yang dinaik taraf / dikemas kini dan juga seperti yang saya tulis di atas terdapat aplikasi yang ditambah serta dibuang iaitu:

Aplikasi yang ditambah:

1. GNOME Calendar
2. GNOME Software
3. Cheese

Aplikasi yang dibuang/digugurkan:

1. Brasero
2. Empathy
3. Ubuntu Software Center

Selamat tinggal Ubuntu Software Center, kamu tidak akan dirindui!

Muat turun:

Ambil perhatian, ini adalah versi beta, maka ia belum stabil untuk penggunaan harian. Sebaiknya anda gunakan ia dalam virtual machine supaya tidak mengganggu sistem operasi stabil sedia ada.

Klik pada gambar di bawah untuk muat turun:

Ubuntu 16.04 Beta 2

 

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tips IT Untuk Hari Ini : Ingati 3 Perkara Penting Ini Sebelum Anda Mengalami Masalah Bersangkutan Dengannya

0
IT Tips of the Day (versi OMG! Hackers?):Ada 3 perkara penting (kritikal) yang seringkali dilupakan oleh pengguna iaitu:

1. Kata nama pengguna (username) dan kata laluan (password)

Dua data ini sudah terlalu kerap saya jumpa orang yang amat-amat-amat cuai dalam mengingatinya. Apabila diminta mereka memasukkan data ini untuk tujuan log masuk, selalu juga saya dengar ayat seperti:

“Ehh alamak aku terlupa la bro. Dulu aku buat akaun Google ni masa mula-mula guna henfon. Lepas tu aku tak ingat dah”,

Wow. Senang betul hidup. Jangan begitu. Ini adalah data paling kritikal sekali untuk diingati. Jika terlupa, banyak padah dan keburukan yang menanti.

Tetapi apabila terlupa juga, apa nak buat? Oh ya, kita ada dua opsyen iaitu:

2. Recovery e-mail (dan juga kata nama pengguna serta kata laluan untuk e-mail ini!)

3. Soalan sekuriti, seperti;


What was your first pet’s name?


What is your favorite food?


What is your mother’s maiden name?

Namun malangnya, kalau dah nombor 1 pun pengguna selalu terlupa, kebiasaannya nombor 2 dan 3 ni pun ke laut lah jawabnya!

Tips pendek dari saya, sila pastikan semua informasi anda mengenai 3 perkara ini dikemas kini dengan baik atau secara berskala supaya apabila anda terlupa butiran untuk nombor 1, anda tidak akan menghadapi masalah jika masih mengingati butiran data untuk nombor 2 dan 3.

Bagi akaun Google, anda boleh lakukan pemeriksaan untuk data sekuriti anda di pautan ini : Security Checkup


Pautan rujukan : New Research: Some Tough Questions for ‘Security Questions’

Selamat beringat!

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tips Dan Trik Fallout Shelter

0
Saya baru lagi bermain permainan ini sebenarnya. Tapi macam biasa, disebabkan minat tu betul-betul menusuk ke dalam jiwa, ianya jadi sekejap sahaja untuk dapat menguasai. Heheheh.. (cerita pasa game je pun. Tapi dia punya ‘excited’ tu..).Biasanya saya akan straight to the point. Tapi permainan ini perlukan ‘elaboration’ yang lebih sikit.

Fallout Shelter – Bukan Sim City Yang Membosankan

Terus-terang, saya tak minat langsung dengan Sim City. Membuatkan ‘ketagihan’ pada mulanya, namun bila dah sampai ke ‘kemuncak’, diri sudah mula terasa muak. Bosan dengan gelagat anak kota yang mula merengek itu merungut ini.

Tapi dengan Fallout Shelter, saya dapat tersangkutkan diri pada permainan ini untuk beberapa minggu sudah. Sesuatu yang Sim City gagal untuk lakukan kepada Android Gamer tidak tegar seperti saya.

Pada mulanya Vault yang saya bina sudah agak ‘ok’ pada sangkaan saya, namun disebabkan tidak membinanya mengikut kepada spesifikasi yang sesuai, tidak juga mengikut kepada justifikasi yang baik, akhirnya ia ‘musnah’ diserang oleh Deathclaw.

Belajar dari kesilapan, saya tegar memulakan semula permainan dengan membina Vault baru. Berpandukan kepada beberapa tips dari kawan-kawan di Facebook dan lain-lain blogger, saya binanya sedikit demi sedikit hingga dapat mencapai setiap apa yang saya mahu ia jadi (setakat ini lah).

Permainan ini masih dalam ‘permulaan’ langkah, namun saya ingin cuba juga untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu untuk semua yang meminati. Jom kita mula.

Bina Vault Bukan Hentam Kromo

Ya, benar. Membina Vault yang baik bukan main ‘ikut dan’ atau ikut suka. Sebenarnya ada strategi yang tertentu disebalik setiap binaan. Jom kita cuba teliti satu demi satu.

Setiap Ciri Istimewa Ada Peranannya

Terlebih dahulu saya nak beri tahu bahawa telefon saya ada masalah sikit dan dihantar kembali ke kedai untuk tuntutan waranti. Jadi telefon yang ada ‘di tangan’ saya sekarang ini adalah versi ‘spare’, tak sesuai dibuat bermain game. Jadi semua penerangan saya di sini adalah apa yang saya ingat. Kalau ada nama yang tersalah tu maaflah. Heheh.

Asas mudah faham, Dwellers yang tinggi ‘Charisma’, sesuai ditempatkan dalam Living Quarters. Kerana ciri ini paling mudah untuk ‘menambahkan’ lagi bilangan Dwellers. Untuk Strength, mereka ini sangat baik jika diletakkan di dalam Power Generator (ke Power Station eh? Lupa siot). Perception pula lebih baik berada di Water Treatment. Agility, anda letakkan mereka di Restaurant/Cafeteria.

Kenapa penting? Kerana dengan menempatkan mereka di tempat yang sesuai, maka produktiviti akan bertambah cepat dan efisien. Jika tidak, mereka akan lebih cepat murung dan menurunkan indeks kegembiraan mereka.

Tak lupa juga apabila tidak ditempatkan di bahagian yang betul lalu produktiviti menurun, ianya akan menyusahkan anda apabila datangnya serangan dari ‘Raiders’ dan ‘Deathclaw’.

Contoh Dweller lelaki sedang mengorat Dweller wanita. Heheh.

Serangan Raiders dan Deathclaw

Apabila mula-mula hendak membina Vault, saya mencadangkan agar anda letakkan Power Station di bahagian atas sekali. Kerana apa? Kerana Dwellers yang perlu bekerja di situ adalah terdiri dari mereka yang tinggi ciri ‘Strength’. Adalah disarankan agar anda tambah bilangan Power Generator/Station ini kepada 3 buah sekaligus ianya akan bercantum (merge).

Kemudian naiktaraf ia supaya dapat menempatkan lebih ramai Dwellers dan juga dapat memaksimakan jumlah kuasa yang dijana. Apabila Dwellers yang tinggi ciri Strength ini sudah ramai, mereka akan menjadi benteng utama dalam menghadapi serangan dari kedua-dua unsur luar tersebut dan sekaligus dapat mempercepatkan proses kematian Raiders/Deathclaw serta mengurangkan kadar kematian Dwellers.

Sepanjang saya menggunakan tips ini, belum ada lagi Dwellers yang mati akibat serangan Deathclaw. Heheh. Hnsss.. Hnsss.. (bunyi hidung kembang). Selepas beberapa kali diserang Deathclaw, saya merasakan serangan Raiders selepas itu macam ‘ayam-ayam’ je. Heheheh.

Faedah Serangan Raiders Berbanding Deathclaw

Sebenarnya saya suka diserang oleh Raiders. Kerana apa? Kerana setiap kali diserang, komfom (confirm) semuanya akan mati. Apabila mati, berbanding Deathclaw, Raiders akan ‘meninggalkan’ kepada Dwellers sama ada CAPS ataupun senjata, mahupun baju. Setiap kali ditinggalkan barang-barang tersebut, saya akan terus ‘memberi’ ia kepada Dwellers yang bekerja di Power Generator untuk meningkatkan lagi keselamatan (senjata) dan ciri mereka sendiri (baju).

Hantar Dweller Yang Tinggi Ciri Luck & Strength Ke Wasteland

Jangan tak tahu, Dwellers yang tinggi dengan dua ciri ini iaitu Luck serta Strength amat membantu jika mereka dihantarkan ke Wasteland. Mereka ini sukar untuk mati, dan juga paling banyak mendapatkan barang lusuh (junk), senjata, serta baju untuk dibawa pulang ke Vault.

Setiap kali mereka pulang, seperti biasa saya akan terus ‘sarungkan’ baju kepada mereka yang bekerja di aras paling atas membawa ke bawah satu demi satu hinggalah kesemua mereka bersenjata dan memakai sesuatu baju yang meningkatkan ciri istimewa mereka.

Kenapa ini penting? Oh ya, ia amat penting bagi memastikan kelangsungan hidup Dwellers semasa diserang oleh Deathclaw. Apabila semuanya sudah mempunyai senjata masing-masing sampai di aras 3 cukuplah, semua Deathclaw akan tamat riwayat.

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis. Tapi entah kenapa kelajuan internet di pejabat ni agak teruk. Nak muat naik dan muat turun gambar punyalah seksa. Tak mengapalah. Kalau datang mood menulis saya balik, saya akan edit post ini dan tambah lagi tips berguna untuk anda. Selamat maju jaya dalam Fallout Shelter!

Muat turun permainan ini di sini : Fallout Shelter

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kodi Media Center Kini Mempunyai Paparan Antaramuka Baharu Dalam Versi 17 [Nighty Build]

0
Masih ingat lagi XBMC? Alaaa, pemain media semua dalam satu yang dulunya orang-orang peminat tegar kad sim ‘unlimited’ gunakan, siap jual lagi, pada hal ianya percuma. Heheh..Dalam versi Nightly Build 17 (binaan malam?), paparan antaramuka Kodi telah mendapat sentuhan nafas baru, dan ianya juga mempunyai beberapa tema yang akan disesuaikan mengikut peranti.

Ini adalah paparan ‘first run’. Fwahhh..

Paparan Kodi setelah dimulakan. Memang nampak canggih, moden, estetika, fantastika, dan ka-ka-ka yang seumpama dengannya. Paparan dalam tema ini diberi nama ‘Estuary’, yang dicipta untuk skrin besar.

Satu lagi paparan tema ialah Estouchy, dicipta pula khas untuk skrin kecil.

Ini ialah paparan ketika video dimainkan. Memang cun habis.

Kodi boleh dimuat turun di Google Play Store dan laman web rasminya. Cuma untuk versi Nightly Build ini, anda bolehlah ke pautan ini : Kodi Download

Anda terus sahaja ke ‘Development builds: Kodi v17.0 “Krypton” early acces’.
Saya pun tak tahu kenapa penulis tu eja ‘acces’. Mungkin beliau taip pakai Swiftkey, laju sangat sampai typo pun tak perasan.

Apapun enjoy guys!

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline