Utama Blog Laman 186

Ubuntu 16.04 Xenial Xerus Beta 1 Dilepaskan

0
Kebiasaannya saya tak post pun tentang rilisan awal bagi Ubuntu ni. Cuma saya agak ‘berkenan’ dengan rilisan LTS kali ini. Entah kenapa.Seperti biasa, PENAFIAN : anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap ujian yang anda lakukan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini kerana anda perlu sedar dan tahu bahawa ini merupakan rilisan awal versi BETA, bererti masih banyak bugs yang akan keluar.

Pada setakat yang telah saya uji, rilisan Beta 1 ini bolehlah dikatakan sudah agak stabil dan jika anda dah terasa ‘malas sangat’ nak tunggu, mungkin bolehlah kekal dengan versi ini dan naik taraf dari satu versi ke versi seterusnya (hingga versi stabil/akhir).

Ubuntu (Unity) hanya akan dilepaskan pada versi Beta yang kedua. Muat turun Xenial Xerus Beta 1 ini pada mana-mana versi yang anda minati melalui pautan di bawah:

Ubuntu MATE

Xubuntu

Ubuntu Kylin

Ubuntu GNOME

Lubuntu

Saya? Memang MATE menjadi pilihan hati.

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Opera Mini 15 – Video Boost Memang Terbaik!

0
Sejak saya kembali menggunakan DiGi (sekejap U Mobile, sekejap Maxis, kemudian DiGi, tukar pula ke Celcom, kembali ke U Mobile, tukar semula ke Maxis, dan kini DiGi.. Begitulah kitaran telco saya, sekian.. Heheh..) Opera Mini merupakan pelayar web lalai (default). Bukan sahaja kerana pelayaran data tanpa had (unlimited browsing), tetapi juga kerana penjimatan data yang dapat diperolehi melalui Opera Turbo.

Terbaru, Opera telah menambah ciri ‘Video Boost’ pada Opera Mini yang dikatakan dapat mengoptimumkan video, mengurangkan saiz, serta menjadikan ia lebih lancar dimainkan. Tidak lupa juga ada tetapan untuk menjimatkan data menggunakan WiFi. Ini amat berguna untuk mereka yang menggunakan broadband berkuota.

 

Berikut adalah log perubahan untuk Opera Mini versi 15:

– Added “Save to SD card” for phones on Android 4.4.4 or higher.

– Access your SD-card files when uploading on the web.

– Included the “video boost” option to compress video.

– Updated high data-savings mode so it can save data on Wi-Fi.

– Improved fast scrolling, triggering a handle you can drag.

– Added an option to shrink photos before uploading, with three different sizes.

– Introduced automatic status bar color changes, to match the environment (for Lollipop and Marshmallow devices).

Muat turun Opera Mini di Google Play Store : Opera Mini

Jangan lupa untuk cuba dan review di sini!

 

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Play Store App Deals : Hanya RM1 untuk Aplikasi Terpilih!

0
Fuhh, rasa lama benar tak menulis en, dah masuk bulan ke berapa entah. Hehe, Sibuk dengan hal universiti, assignment , tutorial dan lain lain. Okey, baru baru ni ada ternampak promosi dekat Play Store , RM1 UNTUK SETIAP APPS YANG TERPILIH.Semua mesti macam,  ” What the fish ?! RM1 ?!! ” Yeah ladies and gentleman, RM1 only. Haha. Menggiurkan en promosi dia ? Huhuhu. Buat pengguna DiGi ataupun Hotlink, korang boleh dapatkan aplikasi ni dengan menggunakan samada DiGi Direct Billing daripada DiGi ataupun Google Direct Billing daripada Hotlink.

Korang tak perlu ragu ragu, yang takda debit card or credit card, korang boleh pakai reload or topup je. Mudah kan ? HAHA, Rileks rileks. Tak perlu kelam kabut pinjam kad kredit mak ayah nak beli apps yang korang dah lama nak beli ni. Dah boleh beli pakai reload je.

Oke, kembali kepada topik asal. Mesti korang ragu ragu en, aplikasi apa yang terpilih tu en ? Aplikasi ni antara yang terkemuka jugak dekat Google Play Store seperti

  1. Nova Launcher Prime 
  2. Photo Lab PRO Photo Editor!
  3. Equalizer + Pro (Music Player)
  4. Poweramp Full Version Unlocker
  5. DMD Panorama Pro
Sebenarnya, banyak lagi apps yang korang boleh jenguk kat Google Play Store tu. Just klik sini, dan korang boleh terus lihat lebih lanjut untuk apps yang korang nak beli. 😀
Kat sini disertakan link untuk korang ushar lebih lanjut mengenai DiGi Direct Billing dan Google Direct Billing daripada Hotlink. Click je link yang kitorang letak kat bawah sekali ni, korang boleh baca lebih lanjut siap ada tutorial lagi untuk korang beli apps tu. Mudah gila bhai!
Diingatkan juga, masa untuk promosi ini sangat terhad dan disarankan, bila korang dah target apps apa nak beli je, terus beli tanpa ragu ragu. InsyaALLAH berbaloi. 😀

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Tutorial] Muat Turun Fail ISO Windows 7 Dan Windows 8/8.1

0
Rasanya dah lama saya tidak menggunakan lagi Windows 7. Kali terakhir pun entah bila, tak ingat. Sejak adanya Windows 10, saya jadi pengguna tegar. Namun saya yakin dan pasti di luar sana ada yang masih lagi berharap Windows 7 akan terus kekal dan diberikan sokongan kemaskini sampai bila-bila.Bab kemaskini itu saya tak dapat nak jamin sampai bila ia akan ada. Cuma kalau bab muat turun fail ISO Windows 7 atau Windows8/8.1, yang itu setakat ini masih boleh dilakukan lagi, malah boleh dimuat turun secara terus dari pautan Microsoft.

Tak ramai yang tahu ada caranya kerana ia ‘tersembunyi’. Selepas ‘digodek-godek’, rupanya pautan tersebut hanyalah ‘disembunyikan’ dan boleh ‘dikeluarkan’ semula dengan menggunakan kod-kod tertentu. Begini caranya:

1. Buka laman web Microsoft Tech Bench.

2. Sebaiknya gunakan Google Chrome (sebab saya gunakan pelayar web ini. Heheh..) atau boleh juga gunakan Firefox. Tekan kombinasi kekunci Ctrl + Shift + J untuk Chrome atau Ctrl + Shift + K untuk firefox bagi membukan Developer Tools (console).

3. Buka laman Pastebin dan salin kod. Lihat contoh pada gambar.

4. Tampal semua kod dalam console dan tekan Enter. Anda akan dapat lihat semua pautan yang ‘disembunyikan’ telah pun ‘timbul’ semula.

5. Klik pada mana-mana versi ISO yang anda inginkan, pilih bahasa, dan kliklah pada mana-mana satu antara 32-bit atau 64-bit mengikut peranti yang anda gunakan. Selesai!

 

Sumber : gHacks

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Drone Bagus Atau Sebaliknya?

0

.      Gambar Hiasan

Drone,

Seperti yang kita tahu tahun 2015 isu berkaitan “Drone” sering dibangkitkan. Namun tahukah kita apakah itu “Drone”?

Dalam erti kata lain , Drone ialah Pesawat tanpa Pilot/Pemandu. Tetapi perlu diingatkan Drone yang digunakan dimalaysia bukanlah seperti Drone yang digunakan oleh negara-negara lain . Rakyat Malaysia hanya menggunakan Drone untuk Hobby , AerielPhotography , dan sebagainya.

Rakyat Malaysia tidak menggunakan Drone untuk peperangan.
Drone di Malaysia juga boleh dikenali sebagai “Quadcopter” dan Multicopter.
Quadcopter mempunyai 4 buah motor yang berfungsi sebagai enjin untuk membawa sesebuah beban itu ke awangan . Manakala Multicopter mempunyai lebih dari 4 motor , kebiasaannya boleh dilihat 8 motor.
Seperti saya katakan , Di Malaysia rakyatnya masih berhemah tinggi , cuma kadang2 ada diantaranya cuba membuat kelainan sehingga melampaui batasan.
Drone/Quadcopter/Multirotor ini boleh dibeli di secara dalam talian atau boleh saja pegi ke kedai2 yg terpilih . Yang penting bijaklah dalam membuat pilihan.
Drone juga boleh di-“mount”/dimasukkan  kamera seperti Go-pro , SJ-Cam dan lain2 . untuk melihat imej secara langsung melalui smartphone ia
bergantung kepada kamera yg dibeli..

Gambar Hiasan

Pada yang diluar sana yang berminat, kos utuk mendapat/memiliki Drone bergantung pada spesifikasi dan jenama. Kebiasaanya harga bagi Drone biasa ialah dari RM190 hingga RM5k bergantung pada matawang Malaysia :p .

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Munafik (2016) : Perempuan Mengandung Jangan Mengada Pergi Tengok

0
Ketakutan dalam/pada filem boleh terbahagi kepada 2 (pada saya lah).1. Jump scares (‘Ketakutan’ disebabkan terkejut/terperanjat)

2. Real fear (Ketakutan disebabkan suasana/jalan cerita/lakonan)

Sebelum menulis review, saya ingin memberikan dulu ‘rating’. Kita buat review ini secara terbalik dek kerana filem ini lain dari yang lain dan boleh tahan bolak baliknya.
Berikut adalah penilaian saya:

Jalan cerita: 9/10
Lakonan: 9/10 untuk Nabila Huda, dan 8/10 untuk yang lain.
Kesan Khas/Solekan: 9/10
Sinematografi: 9/10
Barisan Pelakon: 9/10
Dialog: 8/10
Keseluruhan: 8.8/10

Dari segi keaslian jalan ceritanya, saya memang tiada sebarang ‘complaint’ atau rasa tidak puas hati terhadapnya. Ini adalah kerana ia boleh dikatakan asli dari pengarahnya, Syamsul Yusof.

Saya tidak dapat hendak ceritakan secara jelas, kerana itu akan memberikan spoiler (tak patut, tak patut. Ish..). Cuma buat permulaan cerita, penonton akan didedahkan dengan pembukaan babak yang mana saya sendiri menyangkakan ianya adalah ‘spoiler’ untuk akhir filem tersebut. Nyatanya telahan saya salah, dan ianya merupakan babak intro yang dikembangkan dengan baik.

Sebut tentang ‘perkembangan’, watak dalam filem juga dapat digambarkan dan dikembangkan secara tertatur, dari watak anak kepada Adam (Syamsul Yusof, hero kita), watak bapanya, hinggalah kepada watak-watak yang di’twist’.

Kalau bab kesan-kesan khas, solekan pelakon/props, serta sinematografi, saya memang tiada apa nak cakap lagi. Memang gred AAA, bertaraf filem Asia pecah panggung lainnya. Top notch. Cuma kalau bab audio/kesan bunyi tu mungkin boleh ditambah-seramkan lagi. Saya inginkan lebih keseraman dari segi bunyi. Heheheh. Jangan mara aaa..

Bab dialog, saya sedikit kagum, di mana Syamsul cuba menonjolkan dialog antara Adam dan jin yang merasuk dalam bahasa Arab. Agak unik di situ kerana kalau babak cliche dalam filem lain, meskipun dipanggil ‘ustaz’, apa yang dibaca adalah entah-apa-apa-entah yang dirapukan. Dalam filem Munafik, Syamsul membaca ayat-ayat Ruqyah Syar’iah dengan jelas dan baik sebutan makhrajnya (aummm, ada macam Pencetus Ummah tak komen ni?).

Bab ini tiada tolak ansur, saya bagi 10/10 kepada Syamsul. Syabas bettei..

Macam yang saya cakap tadi, saya tak boleh nak cerita terlalu terperinci, takut nanti akan mendedahkan spoiler-spoiler babak. Secara total, filem ini memang ‘badass’. Jarang ada filem seram Melayu yang saya boleh puji. Tetapi Syamsul berjaya membikin sebuah untuk tontonan kita semua. Kalaulah ada juga sesuatu perkara yang saya boleh ‘complaint’, ianya tidak lain tidak bukan adalah penggunaan babak ‘jump scares’ yang banyak.

Pada saya, kalau beliau betul-betul hendak bikin filem seram selepas ini, beliau perlu mempertimbangkan kaedah mengeluarkan ketakutan yang sebenar melalui scene/scenery (babak/pemandangan), acting (lakonan), audio latar/lagu latar, dan lain-lain contoh lagi. Antara filem yang boleh dijadikan rujukan, mungkin sekali A Nightmare On Elm Street (1984), Poltergeist (1982), Clown (2014), Chandramukhi (2005), Anniyan (2005), dan lain sebagainya.

Ahhh, cukuplah saya rasa. Tulis panjang-panjang pun belum tentu Syamsul baca.

Apa yang boleh saya cakap, saya berpuas hati. Terdapat banyak pengajaran yang dapat kita perolehi dari filem ini. Pergilah tonton, cuma pesan saya waktu balik tu, jangan pandang seat belakang kereta anda. Kalau naik motor, terasa berat lain macam, pergi ke tandas buang dulu apa-apa yang patut.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

2016 : Evolusi, Revolusi, Inovasi, Telefon Bimbit Pintar

0
Anda masih ingat lagi apakah antara ciri-ciri telefon bimbit pintar pilihan anda suatu ketika dulu? Saya masih ingat. Kalau dulu seboleh-bolehnya nak ada kamera, paling ‘busuk’ pun 2MP. Mesti kena ada FM radio, fungsi pemain mp3, pembesar suara yang baik, wajib ada bluetooth, dan seingat saya ketika itu fungsi perkongsian fail melalui infra merah juga masih popular digunakan.Kemudiannya sedikit demi sedikit teknologi berkembang. Perubahan demi perubahan melonjak naik dengan begitu signifikan sekali.

Dari kamera 2MP bertambah kepada 3.2MP. Seterusnya 5MP, 8MP, dan kemudian 12MP. Dari sistem operasi Symbian dunia mula beralih kepada Android dan iOS. Dari skrin hitam putih, sedikit demi sedikit ia mula berubah kepada skrin berwarna 16k, dan seterusnya, seterusnya.. hinggalah terbaru paparan QHD ‘menjajah’ segenap skrin yang ada.

Tetapi semua itu tidak lama. Terbaru, apabila keluarnya LG G5, segala penanda aras berubah.

Telefon bimbit pintar terbaru selepas ini kalau versi flagship nampaknya wajib ada ciri:

Pengimbas cap cari, Megapixel kamera yang lebih besar, kapasiti bateri yang lebih besar juga, lebih RAM, lebih cantik paparan skrin, CPU dan GPU yang lebih pantas, sokongan audio dari pelbagai syarikat terkenal seperti Bang & Olufsen (untuk para audiophiles) dan ia harus modular.

Kenapa? Ya, supaya mudah untuk pencinta gajet ini menambah pelbagai modul sokongan untuk meningkatkan lagi ciri yang ada pada sesebuah telefon itu.

Persoalan pokoknya di sini di masa akan datang apakah yang cuba dicapai oleh para pembikin telefon bimbit pintar ini?

Adakah mereka cuba menjadikan ia kamera ‘tetap’ untuk para jurugambar?
Peranti paling mudah dibawa untuk mereka yang gemar menonton sesuatu contohnya YouTube?
Pengganti PC/laptop?
Atau mungkinkah nanti akan muncul telefon bimbit yang jauh lebih kompleks lagi, yang dapat digunakan untuk tugas-tugas lebih mencabar?

Sebagai penutup jom tonton video promo untuk LG G5 ini.

Bukan saya bias pula. Jangan salah faham. Saya cuma jadikan LG G5 sebagai contoh sahaja. Heheh. LG oiii.. tak nak sponsor OMG! Hackers? sebuah ke untuk buat review ni? -_-

 

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Unlocator : Lepasi Sekatan Geolokasi Hanya Dengan DNS

0
Sesetengah orang akan merasakan bahawa tetapan OpenVPN atau SSH Tunnel agak ‘overwhelming’ bagi mereka. Namun jika inginkan sebuah sambungan kepada rangkaian yang dilindungi (encrypted), tidak dapat tidak VPN/SSH adalah jalan penyelesaiannya.Apatah lagi jika anda berada dalam rangkaian yang mengalami sekatan (restricted network) seperti, rangkaian pejabat (contohnya laa).

Namun ada sesetengah keadaan, VPN dan SSH adalah tidak perlu. Paling mudah jika anda hendak menonton Hulu, anda boleh saja gunakan IP dari Malaysia. Ada caranya. Apa dia? Kagum? Heheh. Jom kita tengok apa yang boleh dilakukan.

Kita sedia maklum apabila bersambung sahaja kepada rangkaian internet, peranti akan menggunakan alamat IP untuk berhubung. Sebuah servis yang dinamakan sebagai ‘Unlocator‘ boleh menghalakan trafik yang menyekat lokasi geografik anda kepada negara yang diingini contohnya USA. Ini membolehkan anda menggunakan servis mana-mana laman yang anda minati.

Dengan cara ini, anda boleh tampil berada dalam beberapa kawasan pada waktu yang sama.

Kalau nak diikutkan harga yuran bulanannya untuk sebulan agak mahal, namun seperti yang saya katakan tadi walaupun servis ini bukan untuk semua orang, pasti ada yang akan dapat memanfaatkannya.

Unlocator hanyalah servis DNS, ianya tidak sama langsung seperti VPN mahupun SSH yang akan menjadikan rangkaian anda terenkripsi. Ia hanya menghalakan trafik yang bertanggungjawab menyekat geolokasi anda, itu sahaja tugasnya.

Tetapi peranannya agak besar juga, kerana laman-laman seperti Hulu, Netflix (sesetengah negara masih tidak dapat lagi menggunakannya), dan sebagainya lagi merupakan contoh kenapa servis seperti ini diperlukan.

Tetapannya amatlah ringkas, hanya perlu menukar DNS sahaja. Cuma untuk peranti lain seperti Android mungkin agak rumit sedikit namun masih lagi lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan VPN/SSH.

Daftar untuk akaun 7 hari percubaan di sini : Unlocator.com

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Lesen OkayFreedom VPN Setahun Percuma [Lesen Ori Bro]

0
Hmmm.. Sejak dua menjak ini saya gemar mencari sesuatu yang baru. Bukan apa, lebih baik ada ‘backup plan’ berbanding kekal (rigid) dengan sesuatu yang dah ada.Jadi apabila seorang kawan memberitahu OkayFreedom ada memberikan lesen asli untuk SETAHUN secara percuma, tidak bertangguh lagi saya mendapatkannya.

Malas saya nak tulis panjang-panjang, berikut saya senaraikan pro dan kontra perisian ini:

Pro :

1. Terdapat 10 pelayan dari 10 negara berbeza.
2. Kelajuan memuaskan.
3. Mudah untuk dipasang dan digunakan, tak perlu nama pengguna dan kata laluan.

Kontra :

1. Hanya ada untuk WINDOWS SAHAJA (geram punya pasal bagi capslock sikit). Tiada perisian/aplikasi ini untuk sistem operasi lain. Huh.
2. Tiada dashboard untuk pengguna melihat atau menguruskan data.
3. Laman web terlalu ringkas, tiada maklumat terperinci tentang servis dan syarikat.

Ok cukuplah tu. Di bawah ini saya paparkan semua paparan skrin untuk OkayFreedom:

 

 

 

 

 

Saya berada di sini. Heheheh.

Okay, sila dapatkan lesennya di sini guys : OkayFreedom 1 Year License Giveaway

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Sekali Lagi Menawarkan Ruang Storan 2GB Percuma Untuk Google Drive Jika Anda Melengkapkan Tetapan Sekuriti

0
Hmmm.. Freebies! Manusia manalah yang tak sukakan benda percuma kan? Kalau dapat makan kenduri, itulah yang paling ‘dicari’. Kali ini Google pula sekali lagi menawarkan kepada para pengguna akaunnya untuk melengkapkan pemeriksaan sekuriti bersempena dengan ‘Safer Internet Day’, dan sebagai ‘balasannya’, anda akan diberikan sebanyak 2GB secara percuma bagi ruangan storan Google Drive!

Kesemua ‘pemeriksaan’ yang perlu anda jalankan adalah amat-amat mudah. Namun jangan pula ‘ambil mudah’ hingga anda tidak benar-benar memeriksa butiran setiap perincian data yang dipaparkan. Apa yang penting, maklumat untuk ‘recovery’ sekiranya terjadi apa-apa aktiviti pencerobohan terhadap akaun sulit anda.

Tahun lepas juga Google telah melakukan perkara yang sama, sempena Safer Internet Day. Jadi, anda yang mahukan ruangan tambahan tersebut perlulah segera merebut peluang keemasan yang datang sekali-sekala ini di sini : Security Checkup

Views: 0

Iklan Newspaper Inline