Utama Blog Laman 187

The Pirate Bay Kini Memperkenalkan Stream It! Anda Boleh Tonton Semua Filem dan Drama Tanpa Muat Turun

0
Amacam? Dah puas ‘bermain’ dengan Cinema Box? Jom cuba benda baru pula. Terkini The Pirate Bay memperkenalkan sebuah ciri baru yang ada pada laman mereka dikenali sebagai ‘Stream It!’. Ciri yang diperkenalkan ini masih lagi dalam fasa percubaan (Beta) namun setakat yang saya telah cuba, ianya berfungsi dengan baik sekali.

Tips saya, jika anda jenis pengguna AdBlock yang tegar, anda tidak akan nampak paparan ‘Stream It!’ tersebut. Caranya ialah anda perlu nyahaktifkan (disable) terlebih dahulu apa juga jenis AdBlock yang anda gunakan, contohnya saya guna uBlock Origin. Saya nyahaktif dahulu, kemudian sekat semua unsur-unsur iklan yang tidak perlu secara manual.

The Pirate Bay menggunakan plug-in Torrents-Time untuk melaksanakan khidmat penstriman video Stream It!.

Sebaik sahaja anda pasangkan plug-in tersebut, anda boleh terus klik pada perkataan ‘Stream It’ yang berada di sebelah pautan magnet.

Seterusnya The Pirate Bay akan cuba menyarankan satu servis VPN kepada anda. Anda boleh klik pada ‘Close’ jika tidak berminat untuk menggunakannya.

Seterusnya, sabarlah menanti. Plug-in yang telah terpasang akan mula menjalankan tugasnya dibalik tabir dengan mencari peers dan seeders untuk mulakan strim video.

Sebagai contoh saya cuba menonton The Raid 2 di sini : The.Raid.2.2014.BDRip.x264-GECKOS
Tampaknya percubaan pertama saya berhasil tanpa ada sebarang masalah. Setakat ini dikatakan plug-in Torrents-Time tersebut adalah serasi dengan pelayar web IE, Chrome, dan Firefox untuk Windows 7 dan OS X versi 10.8 ke atas.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Torrents Time dari laman web rasminya di sini : Torrents Time

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ucapkan Hello Kepada Cinema Box, & Selamat Tinggal Buat Netflix

0
Akaun percubaan Netflix saya telahpun tamat baru-baru ini. Masih tiada rasa untuk membayarnya dek kerana sepanjang tempoh tersebut tiadalah apa-apa yang terlalu ‘wow factor’ untuk menyebabkan saya terus melanggan dengan setianya.
Lalu saya mencari suatu alternatif, selain Popcorn Time. Kerana Popcorn Time menggunakan bittorrent sebagai protokol/cara muat turun, sedangkan saya inginkan satu aplikasi yang memberikan pautan terus, contohnya Showbox. Tetapi dengan Showbox saya kurang berminat pula disebabkan ciri kepenggunaan yang agak kurang dan paparan antaramuka pengguna yang agak terkebelakang.
Jadi cari punya cari, akhirnya jumpalah dengan Cinema Box, sebuah aplikasi khas untuk menonton filem-filem terbaru dan juga drama-drama. Anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah:

Apa yang menarik, Cinema Box menyokong fungsi sarikata (subtitles), dan boleh juga menukar-nukar resolusi video dari paling tinggi, contohnya 720p kepada lain-lain resolusi yang lebih rendah sekiranya anda mempunyai sambungan kelajuan internet yang perlahan.

Lihat sahaja paparan skrin di atas, saya sedang menonton filem Police Story 2013 siap dengan sarikatanya. Memang menarik! Kualiti video juga adalah bagus, sesuai dengan tempoh matang rilisan filem.

Aplikasi ini juga menyokong Chromecast, jadi anda boleh paparkan video tersebut kepada skrin yang lebih besar. Tak lupa juga ia menyokong iOS, oleh itu pengguna iOS tak perlu bimbang akan keberadaannya untuk peranti anda.

Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk memuat turun mana-mana filem atau drama untuk tontonan ketika offline.

Cukup menarik bukan? Jika anda ingin mencuba, silakan muat turun pada pautan di bawah:

Cinema Box Android

Cinema Box iOS

Untuk iOS, anda perlu rujuk kepada laman ini bagi cara-cara memasang dan menggunakannya:

Cinema Box App

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Tips dan Trik Netflix

0
Kita tahu tak lama lagi implementasi Netflix terhadap sekatan geolokasi akan berlaku. Itu adalah ketetapan yang tidak dapat dielakkan lagi. Tetapi sementara itu belum berlaku, jom kita lihat apakah perkara menarik yang boleh dilakukan jika anda ada akaun Netflix.Seringkali apabila ada akaun penstriman video seperti ini, kita buntu, tak tahu hendak menonton apa, atau mungkin sekali pilihan yang ada terlalu banyak, kita jadi keliru. Untuk itu saya menggunakan laman web What’s On Netflix untuk mengetahui senarai filem atau drama-drama bersiri yang baru keluar pada bulan tersebut.

What’s On Netflix

Kemudian, apabila sudah ada idea untuk menonton, agak malang apabila filem tersebut tidak dapat ditonton dek kerana senarai katalog yang tidak sama untuk negara yang berbeza. Apabila saya telah mempunyai hasrat untuk menonton sesuatu, saya akan cuba cari maklumat mengenainya di laman web FlixSearch.

FlixSearch

Sebagai contoh, saya ingin menonton filem The Raid, maka carian dilakukan di FlixSearch. Laman ini akan memaparkan kesemua maklumat terperinci mengenai filem tersebut, dan paling penting sekali negara apakah yang ada dalam katalog.

Selepas mengetahui negaranya, saya menggunakan VyprVPN untuk mengubah alamat IP kepada negara tersebut. Apabila telah berjaya, saya klik pada perkataan ‘NETFLIX’ dan wal-lah! Filem The Raid sudah boleh ditonton dengan jayanya!

Begitulah serba-sedikit tips yang dapat saya kongsikan pada hari ini. Amat menyeronokkan sebenarnya kalau kita dapat menonton apa sahaja yang kita mahu jika kita tahu caranya.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, hujung minggu akan menjadi bermakna buat anda. Jangan lupa kongsikan tips dan tutorial ini kepada orang lain dan sama-sama kita berkongsi manfaatnya.

Kipidap dondebab!

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Microsoft Dikatakan Telah Membeli SwiftKey Dengan Nilai 250 Juta

0
Kita sedia mengetahui bahawa Bill Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia. Apa yang boleh beliau lakukan dengan hartanya yang berjuta-juta tersebut? Beliau bertindak membeli aplikasi kekunci terkenal Android iaitu SwiftKey.

Microsoft dikatakan telah membeli aplikasi tersebut dengan nilaian 250 juta (USD). Apa yang menarik minat syarikat sistem operasi gergasi tersebut berkemungkinan ialah teknologi kepintaran tiruan (Artificial Intelligence/AI) yang dimiliki oleh SwiftKey. AI tersebut mungkin akan diintegrasi bersama dengan Cortana dek kerana besarnya jumlah pengguna di dalam pengkalan data.

Tidak pasti lagi sama ada SwiftKey akan dijenamakan semula, dijadikan sebagai aplikasi berbayar kembali, atau kekal sebagai freemium. Apa yang pasti pembelian ini akan dijadikan rasmi pada hujung minggu ini. Harapnya Microsoft tidak meletakkan RAT dalam SwiftKey. Errr.. opppsss.. my bad. Hehe..

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mencuba Brave Browser Developer Build Pada Windows 10

0
Ya, anda tidak tersalah dengar. Ada ‘budak baru dalam sekolah’. Sebelum ini, kita dapat melihat kedatangan pemain baru dalam arena pembangunan pelayar web iaitu Vivaldi, dibangunkan oleh bekas-bekas pembangun pelayar web Opera.
Dapatlah dilihat akan pembangunan Vivaldi yang kian pesat dari semasa ke semasa, yang mana ianya menunjukkan matlamat yang ingin dicapai oleh para pembangunnya, mungkin sekali apa jua yang tidak dapat direalisasikan pada Opera.
Terkini, pelayar web Brave pula muncul dan tampil ke hadapan arena.
Jadi apa pula matlamat para pembangun Brave ini?
Saya petik sedikit quote dari laman web mereka:

At Brave, our goal is to block everything on the web that can cramp your style and compromise your privacy.
Annoying ads are yesterday’s news, and cookies stay in your jar where they belong.

Bagaimanakah rupanya?
Sila lihat pada paparan-paparan skrin di bawah:

 

Matlamat pembangun pelayar web Brave mencipta pelayar web baharu ini:

1. Menyekat iklan yang boleh mengancam privasi dan keselamatan data sulit

2. Menghalakan kesemua laman kepada HTTPS (mana-mana laman yang menyokongnya).

3. Menyekat Tracking Pixels dan Tracking Cookies.

Kesannya:

Secara asasnya apabila banyak elemen-elemen yang tidak patut dipaparkan pada sesebuah laman web disekat, ia menjadikan pelayaran lebih laju dan lancar. Tak lupa juga mana-mana iklan versi ‘malvertising’ akan hilang dan secara langsung serta tidak langsungnya keselamatan data sulit dan hak privasi anda terjaga.

Sedikit quote pula dari Brendan Eich, pengasas, presiden dan CEO Brave:

“Brave is the only approach to the Web that puts users first in ownership and control of their browsing data by blocking trackers by default, with no exceptions.”

Brave browsers block everything: initial signaling/analytics scripts that start the programmatic advertising “dirty pipe”, impression-tracking pixels, and ad-click confirmation signals. By default Brave will insert ads only in a few standard-sized spaces. We find those spaces via a cloud robot (so users don’t have to suffer, even a few canaries per screen size-profile, with ad delays and battery draining). We will target ads based on browser-side intent signals phrased in a standard vocabulary, and without a persistent user id or highly re-identifiable cookie.

Amacam? Menarik bukan? Anda boleh minta versi developer build pada laman web rasmi Brave Browser di sini : Brave

Review saya:

Brave Browser masih baru, justeru selalu berlaku crash. Tetapi itu tidak menghairankan. Apa yang menarik, pelayaran web terasa amat laju sekali, dan mana-mana laman yang menggunakan flash dapat berfungsi dengan baik tanpa perlu memasang Adobe Flash (seperti Chrome). Saiz pemasang adalah 130MB, agak besar untuk sebuah pemasang, tetapi sebesar itu jugalah yang ada dalam sistem anda.

Tidak seperti Chrome atau Vivaldi mahupun Firefox, saiz pemasang 40MB+, saiz selepas pemasangan 500MB+. Lebih sadis bukan?
Saya berharap anda mencuba pelayar web ini apabila anda telah mendapat pautan untuk muat turun. Percayalah, selain crash, anda tidak akan menyesal mencubanya.

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Mencuba Brotli Compression Algorithm Pada Google Chrome Canary

0
Sejak kembali menggunakan Google Chrome, saya seringkali tercari-cari cara untuk menjadikan ia lebih pantas lagi. Mungkin ‘ketamakannya’ menggunakan RAM sudah tidak dapat disangkal, dah tak boleh buat apa lagi dah. Tetapi jika dibandingkan dengan kepantasan yang diberikan, ianya boleh dikatakan berbaloi.Tahun lepas, Google telah membuat pengumuman mengenai satu algoritma terbaru yang mereka cipta iaitu Brotli, sebuah algoritma pemadatan data baharu dari Google bersumber terbuka.

Menurut Google, algoritma terbaru ini membolehkan ratio pemadatan data yang lebih tinggi sehingga 26%. Ini bererti lebih kurang data yang digunakan, masa memuat halaman yang lebih pantas, dan penggunaan ruang yang lebih baik.

Saya agak teruja untuk mencubanya, lalu saya memuat turun Google Chrome versi Canary (oh ya, saya dah cuba versi Beta namun flags untuk menghidupkan Brotli tidak ada di situ).

Kemudian saya menghidupkan (enable) Brotli melalui flags berikut:

chrome://flags#enable-brotli

Setelah mencubanya, saya boleh lah katakan bahawa percubaan Google dengan algoritma terbaru ini adalah sangat-sangat berjaya. Setiap halaman yang saya buka sama ada penuh dengan gambar atau video, terasa lebih laju dari biasa.
Brotli tidak seperti extension ‘Data Saver’, yang mana ianya bukan bertindak sebagai proksi, tetapi ia bertindak di belakang tabir Google Chrome. Ia akan diimplementasikan dalam masa yang terdekat ini, namun untuk anda yang sudah tidak sabar lagi mahu mencubanya seperti saya, maka anda bolehlah memuat turun Chrome Canary melalui pautan di sebelah : Download Chrome Canary
Kalau Android mungkin boleh cuba guna Chrome Dev (Saya tak dapat nak buka Chrome Dev tu, jadi saya teka je ni. Mungkin tak serasi dengan Zenfone 2 kot. Huh..).
Apa-apa feedback bolehlah komen di bawah ya..!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Lindungi Mata Anda Pada Malam Hari Dengan f.lux

0
Kebiasaannya, fungsi auto brightness pada telefon bimbit pintar masing-masing sudah dilengkapi dengan sensor pengesan cahaya yang akan menyelaraskan keterangan skrin. Dengan adanya fungsi ini, sedikit sebanyak membantu mata kita ketika melihat skrin pada waktu malam atau di dalam bilik yang gelap. Cuma masih ada satu kekurangannya iaitu cahayanya masih dapat menyakitkan mata.Samalah juga konsepnya dengan skrin pada PC/Laptop anda. Keterangan yang paling minima sekalipun masih mampu membuatkan mata anda sakit seterusnya menyebabkan gangguan pada retina mata.

Jadi apa penyelesaiannya?

Gunakanlah f.lux.

(Untuk telefon bimbit juga ada aplikasi khas, itu nanti saya kongsikan kemudian).

Apa Itu f.lux?

f.lux ialah applet desktop untuk Windows, Linux, Mac, iPhone, iPad dan iPod touch yang akan mengehadkan sinaran pada skrin anda, dan menggantikan ia dengan tona warna yang ‘hangat’, yang lebih ‘mesra’ kepada mata anda. Anda boleh cuba bezakannya melalui paparan skrin di bawah:

f.lux off

 

f.lux on

Hmmm.. Maaf, tak tahulah kenapa tak dapat ambil screenshot untuk keadaan ketika f.lux sedang berfungsi. Nampak sama pula. Anda pura-pura nampak je lah ye.. -_-

Apa yang menarik ialah f.lux melakukan segalanya untuk anda secara automatik. Ia akan mula meredupkan skrin anda pada waktu malam, dan menerangkan ia kembali pada siang hari. Terdapat tetapan-tetapan ringkas yang boleh anda ubah dan terokai sendiri:

Untuk Ubuntu, sila gunakan baris perintah di bawah bagi memasang f.lux:

sudo add-apt-repository ppa:kilian/f.lux

sudo apt-get update

sudo apt-get install fluxgui

Bagi Windows, Mac, dan lain-lain, anda bolehlah memuat turun f.lux di sini : f.lux: software to make your life better

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kali Linux Cookbook Berharga $24 Kini Percuma Untuk Tempoh Sementara Waktu

0
Bagi yang dah biasa dengan Backtrack, Pastinya kini sudah beralih kepada Kali Linux, iaitu sebuah sistem operasi yang dicipta khusus untuk melakukan ujian-ujian penembusan/sekuriti.

Bagi yang berminat, kini anda boleh memuat turun sebuah e-book yang bernilai USD24 dengan percuma, ihsan dari Packt Publishing.

Dalam e-book ini anda akan diajar cara-cara untuk:

1. Memasang Kali Linux pada pelbagai platform
2. Mengubahsuai Kali Linux mengikut kepada citarasa anda.
3. Mengesan kerentenan dengan menggunakan Nessus dan OpenVAS.
4. Mengeksploitasi kerentenan yang anda temui dengan menggunakan Metasploit.
5. Mempelajari kaedah meningkatkan apa yang dapat anda lakukan pada peranti yang telah anda tembusi.
6. Kaedah menggunakan Kali Linux dalam semua fasa ujian penembusan.
7. Memecahkan enkripsi WEP/WPA/WPA2.
8. Melakukan simulasi ujian penembusan yang sebenar menggunakan Kali Linux.
9. Menjadi hejes.
10. Hejes yang kacak. (Untung laaa).

Baiklah. Anda boleh muat turun ia melaui pautan berikut:

 Muat Turun
Sumber : NoobsLab

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Flashmob Silat 2016 @ KL Sogo!

0
Salam semua.Sorry lah, saya tak tahu nak update di mana. Blog peribadi tu rasa macam tak menarik pula URL-nya. Hehe.. jadi saya ‘bungkuskan’ artikel ini di sini. Saja nak tulis santai-santai sementelah esok hari mula bekerja semula, aduhai beratnya mata. Hahah.

Saya sebenarnya dari Melaka pagi tadi, terus menuju ke Kuala Lumpur untuk sebuah event yang telah diadakan sebagai sebuah medium promosi bagi rancangan realiti televisyen iaitu Akademi Silat Pendekar Muda.

Event tersebut ialah Flashmob Silat yang telah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Ruzaidi Abdul Rahman dan juga Jazwan Kahar. Untuk pengetahuan anda, Akademi Silat Pendekar Muda ini akan mula ditayangkan di TV AlHijrah pada awal bulan Mac dan proses uji bakat sudahpun mula dijalankan.

Anda boleh mengikuti perkembangan Akademi Silat Pendekar Muda melalui page Facebook mereka di sini : Akademi Silat Pendekar Muda

Baiklah, jangan lengahkan masa lagi. Sila tonton rakaman Flashmob yang telah saya buat pada paparan di bawah. Maaf, rakaman memang agak ‘shaky’ dek kerana rakam menggunakan tangan sahaja tanpa tripod, tambahan pula hanya merakam dengan telefon pintar saya (tanpa OIS, isk.. iskkk..). Paling penting saya ingin mohon maaf kepada seorang abang yang saya telah tersiku dahi beliau sewaktu membuat rakaman ini. Huhu.. harapnya dahi beliau sembuh dengan cepat. -_-

Pautan Terus ke Video

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Netflix Akan Menyekat Proksi dan VPN

0
Netflix kini sudah pun menawarkan servis mereka kepada 190 buah negara termasuk Malaysia. Namun, kandungan katalog drama dan filem bagi setiap negara adalah tidak sama. Ini adalah kerana faktor perlesenan di setiap negara tersebut.

Kebanyakan pengguna Netflix akan menggunakan proksi atau VPN untuk tujuan mendapatkan kandungan yang tiada dalam katalog bagi negara masing-masing. Sebagai contoh, Malaysia tidak dapat menonton filem The Raid dan The Raid 2, manakala negara lain mungkin ada. Jadi dengan menggunakan proksi/VPN, pengguna akan dapat menonton filem tersebut tanpa perlu berpindah-randah ke negara orang. Heheh..

Namun, menurut David Fullagar, Naib Presiden Content Delivery Architecture di Netflix, mereka akan mengimplementasikan sebuah sistem yang akan menyekat pada pengguna ini dari mendapat akses kepada kandungan yang mereka tidak sepatutnya dapat. Mereka tetap akan dapat menggunakan proksi/VPN, cuma kandungan bagi akaun Netflix akan kekal mengikut negara masing-masing.

Selamat tinggal akaun Netflix-ku. Belum sempat nak cecah sebulan dah nak batalkan. 🙁

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline