Terdapat begitu banyak penambahbaikan terutaman dari segi paparan antaramuka pengguna dan juga fungsi-fungsi. Salah satu darinya ialah Context Menu:
Views: 2
Terdapat begitu banyak penambahbaikan terutaman dari segi paparan antaramuka pengguna dan juga fungsi-fungsi. Salah satu darinya ialah Context Menu:
Views: 2
Begitulah yang terjadi pada diri saya sendiri. Nak dipadam, sayang pula. Tak dipadam, aih, nak kena beli cakera keras luaran baru. Kalau tidak, tiada lagi storan ekstra untuk apa-apa perisian atau kandungan lain yang akan saya muat turun.
Jadi apabila Netflix mula memasuki Malaysia, saya tidak teragak-agak untuk mencuba. Ya lah, diberi tempoh masa sebulan untuk mencubanya. Kalau tak suka, 3 hari sebelum tamat tempoh percubaan anda akan di-emel peringatan sama ada hendak teruskan (bayar) atau tamatkan. Bukankah itu amat menyelesakan?
Jadi, salah satu cara terbaik untuk menangani masalah kekurangan ruang storan akibat dipenuhi dengan filem-filem yang tidak ditonton ialah dengan melanggan servis penstriman filem/drama, dan Netflix adalah jawapan terbaik. Pada mulanya, saya kurang yakin, apakah kandungan Netflix akan berjaya memuaskan hati saya. Tetapi, setelah mencubanya selama beberapa hari, ternyata ia tidak mengecewakan. Paling best, semua kandungan boleh distrim dengan kualiti definisi tinggi (HD). Puas hati!
Berikut adalah sedikit tips dari saya:
1. Jika anda berminat untuk mencuba akaun Netflix selama sebulan, sila aktifkan terlebih dahulu ‘internet purchase’. Senang cerita buat panggilan ke bank anda, dan katakan kepada mereka anda ingin melanggan Netflix. Tahulah mereka uruskan.
2. Saya sarankan kalau anda ada akaun CIMB, buat kad/akaun KWIK. Ia lebih mudah diterima oleh Netflix dan tidak perlu lagi diaktifkan.
3. Jangan sekali-kali mendaftar menggunakan Google Chrome, kerana ketika artikel ini ditulis, pihak (staf) Netflix ada memberitahu saya bahawa sistem pembayaran Netflix mempunyai masalah dengan pelayar web tersebut. Saya mendaftar menggunakan pelayar web Microsoft Edge, tiada masalah!
4. Anda mahu ‘unlock’ kandungan ‘universal’? Sila gunakan alamat IP USA. Gunakan VPN untuk tujuan ini. Anda akan dapat lihat katalog anda berubah menjadi sangat banyak sekali. (Terima kasih kepada rakan saya Taufiq Aizuddin untuk tips ini)
5. Untuk mendapat kandungan berdefinisi tinggi, pilih pelan kedua (RM42). Kemudian tukar tetapan ‘playback’ dari ‘Auto’ kepada ‘High’.
Sekian dahulu buat masa ini. Saya nak tonton Ong Bak 3 ni. Tata!
Views: 2
Dengan pantas saya unbox set pembesar suara yang super duper cool ini. Nampak macam biasa-biasa, tapi apabila sudah mencuba, rasa tak mahu cari yang lain pula.
Apa yang ada dalam kotak ni?
– 1 unit pembesar suara mudah alih SonicGear Pandora Neo 500
– 1 alat kawalan jauh
– 1 kabel pengecas USB
– 1 kabel audio 3.5mm
– 1 manual pengguna
Apakah spesifikasi pembesar suara mudah alih SonicGear Pandora Neo 500?
– Pembesar suara mudah alih stereo
– Bluetooth CSR 4.0
– Microphone terbina dalaman dengan ciri menjawab panggilan
– 5 ciri main semula muzik iaitu Bluetooth, Aux-in, FM Radio, SD Card dan Pemacu USB
– Radio FM terbina dalaman
– Paparan digital LED
– Rekabentuk butang yang mesra pengguna
– 6 jenis equalizer mod akustik
– 1800 mAh bateri lithium ion terbina dalaman
– Main semula muzik hingga 6 jam
– Tempoh berbual hingga 5 jam
– Kemasan kulit
Review saya:
Di hadapan, terdapat satu skrin LED yang memaparkan setiap mode pilihan, tombol penukar kelantangan audio, beberapa butang yang terdiri dari Play/Pause, Fast Backward, Fast Forward, dan Input.
Di belakangnya pula terdapat butang On/Off, ruang untuk kabel kuasa, ruang untuk kabel audio, ruang khas untuk SD Card dan juga pemacu USB. Pembesar suara ini boleh juga disambung kepada peranti anda melalui Bluetooth.
Pada saya tiadalah lain yang paling penting selain kejelasan (clarity) untuk setiap instrumen, hentakan padu pada setiap beats, ketepatan bunyi mengikut kualiti audio asal, dan juga kualiti maksimum pada tahap audio paling lantang.
Saya pasangkan album penuh Cromok – Forever In Time. Wow, dari mula lagu bergema, pengalaman mendengar melalui pembesar suara SonicGear Pandora Neo 500 ini saling tak tumpah apabila mendengar melalui headphone JBL (nama model dah lupa, hehe..). Setiap instrumen kedengaran begitu jelas sekali, seakan terpisah tanpa tindih-menindih. Tak lupa juga suara uncle Sam yang sangat ‘raw’, tidak terganggu dengan instrumen muzik, dan apabila double paddle uncle Miji mula dihentak, terasa gegarannya sampai ke hujung telinga.
Kemudian saya dengarkan pula lagu Cromok – Journey. Aduh, jatuh cinta terus dengannya. Pembesar suara ini berjaya ‘mengeluarkan’ bunyi bass yang selalunya tidak kedengaran melalui headphone atau in-ear headphone yang biasa saya gunakan. Tak tahulah kalau-kalau ada kena-mengena dengan DFX Audio Enhancer.
Tak lupa juga lagu Cromok – Misty, kdengaran jelas entah apa instrumennya saya pun tidak pasti. Agak teruja juga dibuatnya. Apabila tiba bahagian korus, maka satu demi satu instrumen memunculkan diri dari gitar, rhythm, bass, drum, dan juga vokal uncle Sam yang menyusul selepas habis solo gitar.
Kemudian saya sambung pula dengan playlist The Best of Stone Sour, playlist yang saya susun sendiri. Barulah saya tahu ada vokal harmoni di belakang vokal utama Corey Taylor (suara dia juga) yang selalunya tidak beberapa jelas apabila didengari melalui headphone. Ok, satu penemuan yang ‘baik’. Jadi selepas ini kalau saya dengar melalui headphone, saya akan cuba ‘cari’ pula vokal harmoni itu kalau-kalau dapat dengar.
Begitu juga dengan beberapa playlist lain seperti The Best of Slipknot, From the Twisted Mind of Arya Putra, Metal Militant, dan lain-lain lagi. Lagu-lagu ‘biasa’ pun ada juga seperti Everlasting Love Songs dan juga Feveret Mr. Hac!. Semua playlist ini saya susun untuk didengari pada hari-hari bekerja yang stress. Heheh..
Tak salah kalau saya katakan ini ialah sebuah pembesar suara mudah alih paling baik untuk bajet kecil. Kemasan kulit padanya membuatkan ia terasa begitu ‘premium dan mewah’. Kualiti pemacu yang terdapat di dalamnya beserta Subwoofer melengkapkan lagi ciri 5 bintang yang biasanya hanya terdapat pada pembesar suara berharga lebih dari RM500.
Apa yang pasti, SonicGear Pandora Neo 500 ini tidak langsung mengecewakan. Meskipun datang dalam pakej yang ringkas, namun ianya padat dengan ciri-ciri yang memuaskan hati seorang Audiophile yang pastinya. Kalau pasang lagu dalam rumah tingkat 15, orang di tingkat paling bawah masih boleh mendengarnya. Boleh bayang tak betapa hebatnya kuasa pemacu pembesar suara mudah alih ini?
Kesimpulan
SonicGear Pandora Neo 500 boleh didapati di pasaran dengan harga RM199. Harga ini amatlah berpatutan, sepadan dengan kuasa yang diberikan. Ianya berpakej lengkap, dari kualiti pemacu, hinggalah kepada aksesori tambahan seperti alat kawalan jauh, dan mode-mode seperti penggera (alarm) yang sememangnya berguna kepada kehidupan kita setiap hari.
Saya amat berbesar hati diberi peluang menguji cuba pembesar suara ini oleh syarikat Leapfroglobal, dan terima kasih sekali lagi buat Samuel Fo yang telah berusaha menjayakan ia.
Pada masa yang akan datang saya akan mencuba pula headphone SonicGear. Pada penggemar audio di luar sana, nantikan review seterusnya!
Views: 6
Untuk artikel ini saya akan mereviu satu dahulu unit iaitu SonicGear Pandora Neo 200 Cool. Hmmm.. boleh tahan panjang nama dia. Tetapi apakah kualitinya sehebat namanya?
Untuk pengetahuan anda, bagi tujuan ujian ini saya menggunakan aplikasi/perisian jetAudio 8.1.4 Plus beserta DFX Audio Enhancer, tak lupa juga Spotify untuk senarai lagu-lagu kegemaran saya. Saya memang telah ‘setting baik punya’ untuk pengujian yang akan saya selesaikan.
Bukan apa, kalau setakat mendengar, semua orang boleh mendengar (kecuali OKU). Tetapi pendengaran audiophile adalah sangat teliti dan ‘cerewet’, semuanya perlu disiapkan mengikut kepada justifikasi yang telah ‘ditetapkan oleh telinga’.
Spesifikasi SonicGear Pandora Neo 200 Cool :
– Pembesar suara mudah alih stereo (really bro? stereo? Wew.. Cool..)
– Bluetooth CSR 4.0
– Microphone terbina dalaman dengan ciri menjawab panggilan
– 3 ciri main semula muzik iaitu Bluetooth, Aux-in dan SD Card
– Radio FM terbina dalaman
– Paparan digital LED
– Rekabentuk butang yang mesra pengguna
– 6 jenis equalizer mod akustik
– 1800 mAh bateri lithium ion terbina dalaman
Apa yang terkandung dalam kotak?
– 1 unit pembesar suara mudah alih SonicGear Pandora Neo 200
– 2 pemegang ekstra
– 1 alat kawalan jauh
– 1 kabel pengecas USB
– 1 kabel audio 3.5mm
– 1 manual pengguna
Bagaimanakah kualiti bunyinya?
Pertama sekali saya belum mahu sebutkan kualiti bunyi. Saya hendak sentuh sedikit tentang rekabentuk pembesar suara ini. Seperti yang anda dapat lihat, SonicGear memang pandai memanipulasi bab warna dan juga rekabentuk comel yang memikat hati. Saya yang lelaki ni pun rasa nak peluk-peluk pembesar suara ini. Hehe..
Saiznya? Kecil sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan pembesar suara SonicGear saya yang lama ni, ianya cuma besar sedikit sahaja darinya.
Di atasnya terdapat beberapa butang dan satu tombol kecil boleh laras untuk menguat atau mengurangkan kadar kelantangan bunyi. Butang-butang itu terdiri dari EQ, Mode, Play, Fast Forward dan juga Fast Backward. Manakala di belakangnya pula terdapat butang On/Off, slot SD Card, ruang USB untuk pengecasan kuasa dan juga ruang untuk kabel audio 3.5.
Di depannya kita dapat lihat dengan jelas skrin LED yang memaparkan mode pilihan, serta lubang-lubang kecil bagi pemacu pembesar suara mengeluarkan bunyinya.
Saya telah menguji cuba pembesar suara comel ini dengan senarai beberapa lagu yang saya kira sebagai lengkap dari genre Techno, Metal, Jazz, Rock, Dangdut, Hip-Hop dan juga Instrumental.
Untuk lagu-lagu yang memerlukan bunyi treble lebih dari biasa contohnya Metal, ia telah berjaya menghasilkan audio ‘terasing’ yang mana setiap instrumen gitar utama dan rhythm boleh didengari dengan sangat baik. Tak lupa juga bunyi vokal kedengaran tidak tenggelam di sebalik intrumen-instrumen lain. Ianya ‘keluar’ dengan jelas sekali.
Bagi muzik-muzik yang lebih banyak bunyi drum/digital drum atau senang cerita muzik seperti Techno dan Hip-Hop, tak salah kalau saya katakan pemacu ini berfungsi dengan cemerlang, meskipun masih perlu memasang suara pada tahap yang ‘selamat’, iaitu tidak terlalu kuat. Kalau dipasang kuat sekalipun audio dihasilkan tidaklah ‘memecahkan’ pemacu, cuma kuasa hentakan drum tidak begitu ketara. Mungkin ada tetapan lain yang perlu saya lakukan untuk menonjolkan ia. Mungkin hasil akhir tidaklah seperti pembesar suara beserta sub-woofer, ada kuasa hentakan yang sangat padu, namun cukup untuk menggegarkan telinga anda.
Saya sarankan jangan sekali-kali mendengar pada kadar kelantangan tinggi. Kononnya, saya nak uji ia, adakah pemacu akan berbunyi seakan ‘pecah-pecah’ apabila dimainkan pada kadar paling tinggi (vol : 32). Tetapi apa yang terjadi sebelah telinga saya dah tak beberapa nak dengar ni. Tak sangka pula, kecil-kecil pun ia ‘berbisa’. Siapa sangka yang kecil itu menyakitkan. -_-
Kesimpulan
SonicGear Pandora Neo 200 Cool adalah sebuah pembesar suara mudah alih yang kecil namun lebih berkuasa dari penampilannya yang sederhana. Jangan pandang ia sebelah mata, kerana dengan pandangan sebelah mata itu mungkin nanti sebelah telinga anda akan ‘sakit’ seperti saya. Hahaha..
Pandora Neo boleh dibeli di pasaran pada harga RM149. Berbaloi-baloi bukan?
Terima kasih kepada Samuel Fo kerana telah menghantar review unit ini kepada saya. Saya amat menghargainya. Selepas ini saya akan menguji cuba Pandora Neo 500 Cream pula. Nantikan review seterusnya dari saya!
Views: 1
Filem 3 berlatar belakangkan sebuah negara (Indonesia) tahun 2036, yang mana ianya telah menjadi sebuah negara liberal sepenuhnya. Hak asasi manusia diperjuangkan melebihi apa jua pun. Golongan agamawan telah dianggap sebagai virus dan dilayan bagaikan suatu keberadaan yang menjijikkan pandangan mata, bagaikan parasit pada tubuh badan.
Mereka tidak boleh langsung berada di restoran-restoran sambil membincangkan perkara-perkara yang berkaitan agama, malah apa jua pakaian yang melambangkan ‘agama’ sekalipun tidak boleh dipakai. Hak asasi manusia yang dilaungkan menyebabkan pihak berkuasa iaitu polis tidak sama sekali dibenar untuk menggunakan ‘peluru tajam’ yang mematikan.
Sebuah kejadian pengeboman di restoran telah mempertemukan kembali 3 orang sahabat yang lama terpisah iaitu Alif (Cornelio Sunny) yang memegang watak sebagai seorang anggota polis, Lam (Abimana Aryasatya) yang menjadi jurnalis, dan Mim (Agus Kuncoro) yang kekal di pondok dengan harapan dapat mengembangkan ajaran agama serta mati dalam husnul khatimah.
Akibat dari hal itu pondok pesantren yang diuruskan oleh Mim menjadi sasaran utama untuk siasatan dek kerana sebelum pengeboman itu berlaku, beberapa orang dari pondok tersebut kelihatan berada di restoran namun diarahkan untuk keluar oleh Alif. Agamawan digambarkan sebagai terrorist.
Lam yang berkerjaya sebagai jurnalis/wartawan memilih untuk menyiasat kejadian tersebut. Namun akibat dari itulah Alif telah diarahkan oleh Kolonel Mason untuk ke pondok Mim dek kerana tulisan beliau mengenai kejadian itu yang ‘ter-spam’ keluar menjadikan pondok Mim sebagai sasaran.
Namun tanpa disedari 3 sahabat ini, mereka sebenarnya hanyalah ‘catur’ di sebalik suatu perancangan organisasi yang lebih ‘besar’.
Dari segi koreografi pertarungan, Cecep Arif Rahman nampaknya telah berjaya memperlihatkan ‘permainan’ Silat Panglipur yang dipimpin olehnya. Cuma saya tidak beberapa gemarkan pergerakan-pergerakan slow-motion yang terlalu kerap digunakan. Saya rasa ianya tidak perlu dan sedikit telah mencacatkan koreografi yang cantik.
Saya hendak menonton filem ‘laga’ atau ‘tarung’ yang ‘berbisa’ seperti The Raid dan The Raid 2 di mana setiap babak-babak pertarungannya adalah pantas dan tiada ruang ‘berhenti’. Bukan slow-motion itu tidak bagus, tetapi apabila terlalu kerap digunakan untuk babak-babak tertentu ianya sedikit mematikan ‘feel’ dalam pertarungan tersebut.
Berkenaan dengan plot cerita, awalnya ia agak perlahan meskipun dimulai dengan babak pertarungan antara Alif dan penjenayah. Mungkin akan ada penonton yang tertanya-tanya apakah filem ini cuba untuk mendapatkan ‘boost’ tontonan yang tinggi melalui genre aksi (pertarungan) seakan The Raid? Pada saya, tidak, kerana filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, khususnya dari segi jalan cerita serta pelakon-pelakonnya.
Dari segi jalan ceritanya itu, nyatanya garapan Anggy Umbara telah berjaya. Skrip yang ditulis adalah padat dengan drama-drama saspens yang memaksa penonton untuk berfikir apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Idea beliau segar dan saya amat-amat berharap semoga filem ini akan ada sekuel nanti!
‘Rating’ saya untuk filem ini adalah seperti berikut:
Jalan Cerita : 8.5/10
Koreografi : 8.5/10
Cinematography : 7/10
CGI : 7/10
Keseluruhan : 8/10
Ini cuma pendapat peribadi saya, dan tidak ada kena mengena dengan tahap ‘profesionalism’ saya. Apapun tahniah buat Anggy Umbara dan semua barisan pelakon 3 Alif Lam Mim. Semoga sukses di masa hadapan!
Views: 0
– new audio engine
– Poweramp now uses 32-bit float sample representation
– Poweramp core DSP now uses 64-bit float internal math, helps a lot for accurate high amplification of basses
– Reverb with presets, improved StereoX effects
– Tempo control
– mp3, aac, ogg vorbis, opus and other lossy formats now decoded directly to 32-bit float representaion (no intermediate conversions)
– opus, tak, mka, dsf, dff formats support
– Poweramp now always properly fades in/out and ramps volume changes to avoid clicks and pops during any transitions (resume/pause/seek/etc.)
– Poweramp now applies gapless smoothing between gapless tracks
– Poweramp now always uses own resampler
– optional SoX very high quality resampler
– output Dithering options
– OpenSL optimized output
– support for 3rd party plugins (DSP/Decoder/Output)
– visualizations
– full support for milkdrop presets
– v1 and v2 (with shaders) presets supported. Support for v2 presets is best on OpenGL ES 3.0 enabled devices
– milkdrop presets can be loaded from sdcard and downloaded as APKs from Play
– support for 3rd party preset APKs
– spectrum visualizations
– main player right drawer for fast Equ/DSP/Visualizations access
– many other changes, more changes are planned
Muat turun : Poweramp alpha-build-700
Views: 0
Bang, kakak, adik, masih tak puas lagi ke main Facebook dekat luar sampai dalam panggung wayang pun nak main Facebook lagi? Tu belum kira yang duk belek Instagram lagi. Like sana like sini. Kau tahu tak orang datang ni nak tengok filem, bukan nak berasa terganggu dengan cahaya dari skrin smartphone kau tu?
2. Tukang komen bertauliah
“Ehh pegi la tengok bini kau tu”
“Jangan dekat, dia tu hantu!”
“Tak bagus betul la dia ni, tak kan tak boleh fikir kot yang bini dia tu dah mati”
Dan macam-macam lagi komen lah senang cerita. Pendek kata suara dia aje yang kedengaran. Macam la orang bayar duit tiket wayang tu nak dengar dia ulas filem. Kalau perlahan tak mengapa, ini tidak, satu panggung wayang boleh dengar suara dia.
3. The Spoiler
“Haaa, lepas ni kan, hantu Kak Limah tu dia balik rumah jumpa dengan Awie”, kata seorang makcik kepada anaknya.
Wahhh akak, saya datang ni nak tengok wayang tau, tak payah bagi spoiler boleh? Takde siapa pun yang nak dengar akak punya spoiler. Akak tak takut eh kena tendang dengan orang keluar dari wayang?
4. Reaksi terlampau
Arrrggghhhhhhh!!!
Tiba-tiba kedengaran suara jeritan. Bukan sekali, tapi berkali-kali, pada hal scene tu takde lah menakutkan sangat. Tak tahulah apa masalah dia. Nak kan perhatian orang agaknya. Akhir sekali dia keluar dari panggung, barangkali malu agaknya.
5. The ringtone lover
Paling tak boleh tahan tiba-tiba ada telefon bimbit pintar orang yang berbunyi. Ringtone lagu Siam pulak tu. Nak tahu apa yang paling best? Bila mana telefon dia ‘hang’ dan tak boleh nak tekan ‘end call’. Habis jenuh nak matikan bunyi tu, pada hal tekan je volume rocker selesai masalah. Adoi..
6. Masuk lambat, duduk di tengah-tengah
Masuk lambat atau awal itu hak masing-masing. Tapi kadang-kadang kita kena fikirkan orang lain juga. Orang nak duduk dengan selesa. Kalau dah tahu kita ni duduk di barisan tengah, apa salahnya masuk awal. Tak rugi pun kan.
7. Rajin terkucil
Dah lah masuk lambat, duduk di tengah-tengah, ehhh rajin pulak dia pergi ke tandas. Keluar masuk, keluar masuk. Rasa macam nak bubuh bom dalam poket beliau. Biar dia keluar tak masuk-masuk lagi dah. Huh.. (dahsyatnya cadangan).
8. Waktu filem sedang ‘senyap’, makan popcorn dengan ‘bising’
Waktu filem tu sedang banyak lagu latar, ada bunyi-bunyian yang kuat, dia tak usik pun popcorn di tangan. Tapi tiba waktu filem tu tengah ‘senyap’ sikit, mula la tangan meraba-raba popcorn. Hasilnya bunyi popcorn berlaga tu saja dah mengganggu konsentrasi orang nak menonton. Tahniah.
9. ‘Hotel murah’
Maklum saja nak sewa hotel untuk tidur sekejap pun mahal, maka dicarinya filem-filem yang tiada orang nak tonton sangat. Kemudian apa lagi, berdengkur lah dia di situ sampai habis filem ditayangkan. Bang, nak tidur tak berbayar pergi baring di tempat menunggu bas ataupun di taman permainan la.
10. Kaki tak boleh duduk diam
Wow, bang, nak gunakan kaki tu untuk tendang-tendang kerusi depan abang ni, abang pergi masuk gim la. Dekat situ tendang la apa pun, takde siapa nak marah. Bila kita tegur dia marah kita pula. Samseng ke? Tu belum sebut lagi pasal yang goyang kaki macam nak runtuh panggung dibuatnya.
11. Bawa anak, anak meragam
Bawalah anak berapa ramai sekalipun tiada siapa yang nak marah. Tapi kenalah faham, bila anak tu meragam, merengek, menangis, jangan harapkan orang bersimpati pula. Bawalah dia keluar dari panggung. Ini tidak, lagi disuruh anak itu diam sendiri. Kalaulah anak itu ada pakai bateri, saya sendiri boleh tolong cabut keluar.
Haaa, anda boleh tonton video di bawah untuk melihat senario-senario ini.
Views: 0
Kedua-duanya mempunyai satu ciri sama yang saya amat sukai iaitu Anti-DPI. Pada saya, ianya adalah ciri yang amat penting pada sesebuah servis VPN yang akan saya langgan.
Kalau dilihat kepada aplikasi DelanVPN, buat masa ini tiada lagi Anti-DPI. Apa yang ada hanyalah pilihan sambungan asas TCP dan UDP, tetapan port, serta 4 pelayan (server) buat masa ini. Bilangan senarai pelayan-pelayan khususnya untuk gaming dan aktiviti torrent akan ditambah dari semasa ke semasa.
Aplikasi ini dikod dari kod sumber asal aplikasi sedia ada (saya pun tak ingat servis VPN yang mana) dengan beberapa penambahbaikan, namun menurut pembangun iaitu Mohamad Zulfahmy, aplikasi versi akan datang bakal dikod ‘from scratch‘, iaitu 100% buatan sendiri.
Kalau nak diikutkan berdasarkan kepada pengalaman saya, aplikasi ini memang masih terlalu asas. Namun, bagi sebuah syarikat yang baru hendak bertapak, saya seharusnya memberikan kredit kepada mereka kerana telah berjaya merilis servis ini mengikut kepada deadline yang telah ditetapkan.
Protokol yang ada apa yang saya telah dimaklumkan sebelum ini oleh beliau sendiri ialah L2TP, dan OpenVPN, manakala PPTP terpaksa dinyahaktif buat sementara waktu oleh kerana masalah privasi. SSTP dan Anti-DPI bakal menyusul sedikit masa lagi.
Setakat ini pelan DelanVPN adalah pelan VPN yang paling murah, yang mana mereka menawarkan akaun premium bermula serendah RM10 dan juga RM20, yang mana beza antara keduanya cuma pada RM20 tersebut anda akan mendapat 1 alamat IP versi ‘private’.
Jadi jangan tunggu lagi. Untuk 30 orang pendaftar pertama, anda layak menggunakan kod promo berikut bagi mendapatkan 50% diskaun! Cepat, daftar dan nikmati diskaun ini sekarang!
KOD PROMO : DELANVPNLAUNCH
Daftar di sini : DelanVPN
Views: 0
Views: 0
Jenis tulisan ini biasanya dijumpai dalam zaman moden Iran dan/atau Iraq. Apa yang peranti seperti ini sedang ‘digunakan oleh siapa untuk tujuan apa’ di Austria masih lagi samar-samar dan tidak dapat difahami serta diperjelaskan buat masa ini dek kerana maklumat mengenainya yang amat terhad.
Terdapat dua perkara yang menimbulkan kemusykilan. Pertama, apa-apa penemuan yang menggunakan tulisan purba Cuneiform di Austria adalah suatu penemuan yang luar biasa kerana jarak yang besar memisahkan antara Austria dan Mesopotamia purba. Jadi ia menjadi tanda tanya bagaimana peranti tersebut boleh berada di Eropah. Ada yang membuat teori bahawa artifak misteri ini telah dibeli pada masa lalu di pasaran Mesopotamia kuno yang jauh jaraknya itu dan kemudian dipindahkan ke zaman moden Austria.
Kedua, dan bahagian paling misteri pada penemuan itu pada hakikatnya bahawa objek tersebut menyerupai telefon bimbit moden. Anda dengan jelas boleh mengatakan 9 kekunci di bahagian bawah artifak tersebut seakan-akan kekunci pada telefon bimbit pintar.
Setakat ini, masih belum ada kajian menyeluruh secara ilmiah terhadap peranti tersebut. Sama ada ianya benar atau palsu, kita hanya dapat menunggu kajian seterusnya yang akan dijalankan (sekiranya ada). Apapun, dunia sememangnya masih belum habis diterokai. Apa yang kita lihat hari ini belum tentu lagi menjamin sebuah ‘kebenaran’.
Artikel terjemahan sebahagian dari laman : Ancient Code
Views: 0