Siapa yang suka mendengar muzik/lagu pastinya suka dengan Spotify. Spotify menempatkan ribuan katalog lagu yang tiada had. Pelbagai album ada dari zaman mak ayah kita kecil dahulu hinggalah kepada yang terbaru. Tapi apa yang lebih menarik dari mendengar lagu semata? Ianya adalah mendengar lagu sambil membaca liriknya, kerana kalau hanya sekadar ikut-ikut semata, ‘feeling’ lagu kurang. Hehe..
Kini anda boleh mendengar kesemua lagu-lagu kegemaran anda sambil membaca liriknya bersama-sama gabungan aplikasi ‘Musixmatch’. Musixmatch ialah aplikasi katalog lirik yang boleh diibaratkan sebagai sebuah ‘gudang’ atau ‘Wikipedia’ lirik-lirik lagu. Setakat ini Musixmatch tidak pernah menghampakan, cuma untuk lagu-lagu kategori ‘rare’ atau ‘underground’, itu mungkin anda kena cari sendiri atau masukkan sendiri liriknya.
Melalui tetapan aplikasi Musixmatch, anda sudah boleh ‘gabungkan’ khidmat penstriman muzik Spotify kepada Musixmatch, dan ini bererti sebaik sahaja keduanya telah diselaraskan, anda hanya perlu membuka aplikasi Musixmatch dan boom! Tak perlu lagi kepada versi ‘floating lyrics’ yang telah diperkenalkan sebelum ini. Lirik kini dapat dibaca secara terus, seolah-olah anda menggunakan Spotify bersama paparan lirik yang terbina dalaman. Menarik bukan?
Macam hari hari biasa,
Abu akan singgah sebentar di Warung VPN yang terletak berdekatan dengan sawah
padi miliknya. Pada kebiasaan harinya, dia akan lepak kat situ guna wifi si
Delan, pemilik Warung VPN untuk nak tengok apa budak-budak sekarang update kat
facebook, blog dan lain lain untuk trik trik internet percuma, yelah, Abu ni,
orangnya kaya, pakai Lambongbini, henpon SNSV 8GB RAM, laptop pun SNSV 24GB RAM,
GTX960M berserta dengan Intel i7 Skylake duh, tapi, semua benda tu dia sanggup
beli, tenet je dia nak free. Hari ni, dia tengok, ada sorang kawan baik dia,
Ahmad. Selalunya, Ahmad akan lepak kat kedai Delan ni dengan hati yang gumbira,
acah acah kira duit bawah meja, tapi, lain benar muka Mad ni hari ini.
Abu
Assalamualaikum. Hoi mad, pasepa muka hang macam
ikan masin hari ni ? monyok semacam ja ?
Ahmad
Waalaikummusalam. Hurm…. Aku… Aku…
Abu
Sat , sebelum hang bagitau, aku order ayaq dulu.
Dahaga baq hang. Delannn!! Kopi susu suam kuku dua cawan!
Delan
Siappp!
Abu
Nahh, tak buat lagi dah siap. ._. Haaa, Mad, you
may continue. Tedia English aku keluaq dah.
Ahmad
Hang tau kan, aku baru buat bisnes dua bulan
lepaih ? Baru baru ni..
Abu
*mencelah* Haaa! Aku dah habaq hang! Natang tu tak
halal. Ada khinzir dalam tu. ._. Mad mad. Haih.
Ahmad
Kepala hotak hang aku tak habih cakap lagi dah
mencelah. Ciskek. ._. Tak pun, benda tu halal. Tapi, baru baru ni, owner
syarikat tu lari. Duh. Habis aku kena bayaq duit downline aku. Hurm.
Abu
Mad, Mad, berapa kali dah hang kena tipu dengan
skim kaya tak kaya kaya ni ?
Delan
Kopi susu suam kuku, bang.
Abu
Masih Delan. Alang alang hujung taun nie, hang pi
la tukaq pakej wifi kedai hang ni. 1mbps takleh hidup baq hang. Alang alang
upgrade ke 4mbps teruih la. Hujung tahun nie pakej dia baru RM88 untuk promosi.
Delan
Wuuu itu macam ka. Toce toce bang. Nanti saya pi
usha. * beredar *
Ahmad
Hm, aku taktau lah Bu. Aku…
Abu
*mencelah* Tedia la hang. Aku dah habaq hang mula
mula dulu. Dari lepas SPM lagi, aku ajak hang meniaga ayaq tebu Pak Man kat
tepi jalan tu, hang taknak. Hang duk pi join PlanktonSains , Skim Print Dapat
Duit, TelefonSatuDunia apa semua. Aku ajak hang meniaga, hang takmau. Kan dah
kena sontot, fikir sendiri laaa.
Ahmad
Ya lah Bu, benda dah jadi kan. Sigh. Tengah pikiaq pasai hutang hutang downline aku ni. Hurm *mengeluh*
Abu
Haaaaa Mad, hang dulu lejen buat esei karangan kaw
kaw punya masa sekolah dulu kan ? Sampai cikgu cikgu puji hang kat tapak
perhimpunan dulu kan ? * cuit pinggang Ahmad*
Ahmad
Aah, hehe. Sikit sikit ja tu.
Abu
Erm, hang minat menulis lagi dak ?
Ahmad
Ada la sikit sikit, duk tulis gak puisi ka pantun
ka apa kalau aku bosan. Lepas tu, aku post la kat group puisi kat MukaBuku tu. Hehe.
Abu
Haaaa! Nais. Hang nak bayaq balik hutang hutang
downline hang kan ? Nak aku ajaq satu benda ?
Ahmad
Apa ? *mata terbeliak*
Abu
Camni cerita dia, masa aku kat KL dulu, dua tiga
bulan lepas kot, ada sorang member aku ni, blogger. Nama dia Araya Putera.
Aku ada la tumpang dia punya blog tulis sikit sikit pasal IT. Ya la, macam
hang takkenal aku , minat IT dari dulu. Hehe. Blog dia OMG! Hejes? yang aku
tumpang tu. Kadang kadang dia suruh buat post reviu pasal software software
baru yang company macam WonderFox buat giveaway. Lepas tu, aku ada terbaca,
abam Araya post kat blog tu, pasal satu site ni, dia boleh buat duit, tapi
tak semudah MLM la. Nak tau tak pasal website tu ? Sekurang kurangnya, dengan
site tu, hang boleh bayaq hutang downline downline hang.
Ahmad
Hang dok kencing tikuih apa kat sini ? Macam mana dengan
website tu aku boleh bayaq balek duit duit downline aku semua ?
Abu
Sabaq la hang ni, aku haria hang satgi naya ja.
Meh aku reviu sikit kat hang macam mana website ni boleh buat duit. Nak ?
Ahmad
Hurm, boleh gak. Jangan lama lama sangat. Aku nak
makan tengah hari ni, bini aku masak dah.
Abu
Tedia sejak kahwin duk ingat bini saja. Kahkah.
Macam ni cerita dia. Website tu nama dia lynk.my. Pelancaran
dia masa tahun 2014 lepas. Tapi, dia punya sistem, mesti boleh buat hang
tekejut beruk punya. Mula mula, aku sarankan hang buat blog Mad, sebab hang
suka menulis kan ? Takkesah la genre apa sekalipun, tapi, ikut minat hang
gak. Aku tumpang blog orang ja mampu, tak mampu nak buat blog lagi. Hihi.
Sebelum tu, meh aku cerita pasal lynk.my ni.
Lynk.my ni merupakan
First Malaysian URL shortener atau dalam Bahasa Melayu, dia dipanggil Sistem
Pemendek URL Pertama di Malaysia. Yang PERTAMA kayyy. Sistem dia yang unik tu,
yang boleh membuatkan, sapa sapa saja dalam kalangan rakyat Malaysia boleh buat
duit dengan mudah, tapi, ikut kerajinan jugak. Hehe.
Dengan lynk.my ni, hang
boleh buat dua benda dalam satu masa. Hang boleh pilih, sama ada nak jadi
publisher, ataupun advertiser. Kebanyakan, buat pengguna baru, disarankan
menggunakan akaun publisher untuk berjinak jinak dengan sistem lynk.my ni. Meh aku tunjuk kat hang
sikit nak bagi hang paham pasai lynk.my . Pinjam laptop boleh tak ?
Ahmad
Haaa, amik la. Nanti bagi balek, bini aku marah
nanti nak berDoTA takleh. Dah la ada update baru. Habis la quota wifi aku
huhu.
Abu
Berehhh, sat ja ni. *bukak laptop Abu* Haa, ce
hang tengok ni, dia ada explain pasai lynk.my punya account publisher dan advertiser. Kalau ada tak
paham, tanya la. Hehe.
Ahmad
Kiranya, account publisher ni, sesuai untuk orang
baru yang macam aku nak start blogging or nak main kongsi kongsi link kat
kawan kawan la ? Gitu?
Abu
Haaa! Tepat sekali Mad! Tu dah paham kan ? Akaun
advertiser pulak, sesuai untuk orang yang dah start bisnes, dan nak
kembangkan bisnes depa kat orang ramai nak bagi kenai. Hang tengok macam
Delan tu. Customer Warung VPN dia makin banyak kan ? Padahal baru seminggu ja
dia buat account advertiser, tapi , bisnes dia dah dikenali ramai. Hehe.
Pawer kan ?
Ahmad
Wew, insyaALLAH bu, aku cuba ubah hidup aku.
Doakan aku bu. Aku nak bayaq semua hutang downline aku ni. Kesian depa. Huhu.
Abu
InsyaALLAH Mad. Pelan pelan kayuh, insyaALLAH. Eh,
haaaa, baru baru ni, aku ada dengaq yang lynk.my ada buat pertandingan review
sistem depa, lepas tu ada hadiah hadiah lumayan sebanyak RM4000 yang
disediakan. Nak tau tak ?
Ahmad
Gila hang macam tak kenai aku, bab pertandingan ni
aku mana pernah tak masuk, semua hadiah aku nak rodok punya. Hehe. Sat,
RM4000 ? *bepeluh*
Abu
Haaa, gini cerita dia. Hang kena tulis satu review
tentang contest yang lynk..my ni buat. Contest dia senang ja, hang kena
review system lynk.my, dan tulis pasal hadiah hadiah yang depa bagi. Dia ada
tiga kategori. TOP SEO, TOP CREATIVE dan TOP lynkUNDI. Ni dia punya senarai
hadiah.
TOP lynkUNDI
TOP SEO
TOP CREATIVE
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100
Tempat Pertama – RM1000
Tempat Kedua – RM500
Tempat Ketiga – RM200
Kalau hang nak tau Mad,
50 penyertaan yang terawal akan layak mendapat gajet khas dari ikedaikami yang
bernilai RM40. Tapi, dah cukup 50 penyertaan Mad. Huhu. Pertandingan ni dibuka
bebas kepada semua blogger kat luaq sana. Takkisah la, budak baru ka, otai ka,
asalkan memenuhi kriteria yang depa nak, boleh join pertandingan tu. Haaa, ni
la iklan pertandingan tu Mad. Selebihnya, hang boleh tengok detail pertandingan
dekat link ni Mad. Tapi, hang kena cepat ah. Tarikh tutup dia dah dekat dah tu.
27 Disember 2015 ni tarikh tutup dia.
Ahmad
Waw! Takkisah la dapat ka tak gajet tu, tapi , aku
nak cuba! Bukan setakat hadiah lumayan, tapi, aku nak asah balik bakat
menulis aku. Berkurun lah jugak tak menulis. Hehe. Tengs Bu tolong introduce
kat aku panjang lebaq pasai sistem lynk.my ni. Baru paham. Ada jugak rakyat
Malaysia yang buat sistem macam ni en. Tak penah tau pulak aku. Dulu, aku duk
main menda merepek repek dengan skim cepat kaya yang tak terlampau kaya
sampai ke papa kedana. Bukan apa, aku dulu nak fast money, nak pakai duit la
katakan. Bila aku dah capai apa yang aku nak, tiba tiba aku rasa nak lagi.
Hm. Aku taktau pulak benda ni boleh jadi sampai macam ni, makan diri aku
balik. Terima kasih banyak banyak na bu. Nanti aku cuba tulis review ni
secepat mungkin insyaALLAH.
Abu
No hal lah. Haaa. Hang cakap bini hang dah masak
kan ? Lupa dia ka ?
Ahmad
Eh, ya lah. Dah lambat. Satgi aku ada reja nak
buat ni, nak tolong mak aku kat kedai. Dia bukak kedai nasik ayam pensyen,
boleh la tolong sikit sikit. Doakan aku na bu.
Abu
insyaALLAH. Moga hang dapat settle down masalah
hang dengan secepat mungkin. Dan moga hang dapat ketenangan dalam hidup lepas
tu. Jangan lupa solat sunat dhuha hari hari tau, solat sunat dhuha ni pembuka
pintu rezeki. Semoga dipermudahkan segalanya Mad.
Ahmad
Aamiin. insyaALLAH, terima kasih remind aku. Aku
balik dulu naa. Delan! Ni berapa semua ni ?
Delan
Ems, RM2 ja bang, letak ja duit atas meja tu.
Nanti saya amik sat
Ahmad
Orait. Aku balik dulu naaa bu, Assalamualaikum.
Abu
Waalaikummusalam. Kirim salam kat bini hang na,
kata bekas pakwe sekolah menengah dia kirim salam. Kahkahkah
Ahmad
Aikkkk bu, melebih Nampak. Babap hang satgi naya.
Ahahahaha.
Saya terbaca perkara ini di THN(kredit kepada laman), yang sesiapa sahaja (yang pandai) boleh menggodam mana-mana sistem operasi Linux hanya dengan menekan kombinasi kekunci ‘Backspace’ sebanyak 28 kali. Hmmm..
Ye, ini keyboard saya yang tak pernah ‘disapu’.. Hehehe..
Menurut artikel tersebut, beberapa pengkaji sekuriti dari University of Valencia telah menemukan bug yang ketara pada beberapa sistem operasi Linux yang membolehkan seseorang itu untuk melepasi pengesahan hanya dengan menekan kekunci ‘Backspace’ sebanyak 28 kali semasa sistem operasi itu sedang ‘boot’.
Masalah ini dikatakan bukan berpunca dari Kernel Linux mahupun sistem operasi itu sendiri, tetapi berpunca dari Grub2,
Sedikit quote dari artikel:
The source of the vulnerability is nothing but an integer underflow fault that was introduced with single commit in Grub version 1.98 (December 2009) – b391bdb2f2c5ccf29da66cecdbfb7566656a704d – affecting the grub_password_get() function.
Apabila kekunci berjaya ditekan sebanyak 28 kali, ia akan membuka ‘Grub rescue shell’, pada Grub bermula dari versi 1.98 hinggalah kepada versi 2.02.
Rescue shell ini akan membolehkan seseorang penggodam untuk melepasi pengesahan nama pengguna dan kata laluan serta dapat memuat persekitaran yang baru.
Dari sini, penggodam tersebut boleh mendapat akses kepada semua fail dalam sistem, boleh memuat turunnya ke dalam pemacu USB, atau memadamnya, memasang rootkit ke dalam sistem dan lain-lain lagi.
Cara Mengatasi
Caranya mudah, sama ada anda aplikasikan tampalan yang terdapat di sini, atau kemaskini sistem operasi anda secepat mungkin kerana komuniti pembangun sistem operasi masing-masing telah pun memuat naik fail tampalan untuk bug ini.
Kalau guna Arch Linux, saya tukar je kepada Syslinux. Habis cerita. Hehe..
Bulan lepas menunjukkan ketidakmatangan pihak Microsoft dalam menangani isu penyalahgunaan (masih boleh dibahas) ruang storan tanpa had yang telah mereka sediakan.
Mereka mengurangkan ruang storan/simpanan tanpa had pelanggan Office kepada 1TB, menggantikan pelan berbayar 100GB dan 200GB kepada 50GB untuk pengguna baru, dan mengurangkan ruang 10GB untuk kesemua akaun simpanan biasa.
Alasan pihak Microsoft ialah terdapat pengguna yang telah membuat salinan sandaran di beberapa komputer dan menyimpan sebanyak 75TB data. Apa yang aneh ianya adalah perbuatan yang ‘normal’ untuk sebuah servis simpanan awan yang meletakkan pelan simpanan data tanpa had, namun telah dilabel sebagai ‘salah guna’.
Para pengguna OneDrive telah melaporkan hal ini di laman maklumbalas pelanggan dan isu ini telah diundi sebanyak 72000 orang. Microsoft telah memberikan respons seperti berikut:
In addition, for our biggest fans who have been loyal advocates for OneDrive, we are adding a new offer that lets you keep your existing 15 GB of free storage when the changes happen next year. If you also have the 15 GB camera roll bonus, you’ll be able to keep that as well. From now until the end of January, you can sign up to keep your storage at the link below.
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim dan salam sejahtera kepada semua.Ramai yang sebenarnya tidak mengetahui bahawa Amazon sering memberikan penggunanya aplikasi percuma dan sekurang-kurangnya ianya telah berjalan sekian bulan lamanya.
Baru-baru ini (yang tak berapa nak baru sangat), Amazon telah menamatkan promosi Free App of the Day dan memperkenalkan applikasi baru yang berasingan dengan aplikasi biasa Amazon dan diberi nama Amazon Underground.
Applikasi baru dari Amazon ini berharga sekurang-kurangnya USD10,000 dalam pelbagai bentuk aplikasi, permainan bahkan in-app purchases secara percuma (ya, secara percuma dude!).
Ini bermakna, anda tidak lagi perlu menghabiskan sekian-sekian hard-earned money anda untuk permainan yang anda minati (ye ke berhabis duit korang ni? bukan korang kaki muat turun cracked apps ke? XD).
Tanpa berlengah lagi, saya akan terus kepada cara bagaimana untuk mengatasi masalah blank page, masalah utama kita semua yang bukan penduduk Amerika Syarikat.
Apa yang mula mula perlu anda lakukan adalah log masuk ke laman Amazon (rujuk gambar di bawah). Tiada akaun Amazon? Tidak mengapa. Anda boleh mendaftar di sini secara percuma.
Kemudian anda tekan sini untuk deregister peranti anda (bagi siapa yang mempunyai akaun Amazon) dan rujuk gambar di bawah.
Setelah usai berbuat demikian, seterusnya anda ke sini untuk mencipta maklumat baru untuk peranti anda dan pilih United States sebagai negara anda di bawah Country Settings (rujuk gambar).
Selesai? Belum. Anda masih memerlukan maklumat seperti alamat, nombor telefon, dan sebagainya untuk membolehkan anda menggunakan Amazon Underground. Masalah ini boleh diselesaikan dengan ini atau laman yang lainnya (jika anda mempunyai alternatif, atau memilih untuk menggunakan servis fake profile yang anda sukai). Pilih set data yang anda inginkan dan tekan butang generate dan voila! (rujuk gambar lah eh?)
Buka aplikasi Amazon Underground anda dan muat turun sepuasnya.
Sebar luaskan ke teman anda semua dan semoga bermanfaat hendaknya 🙂
Psssstttt, gais gais. Dengar citer, WonderFox ada buat promosi sempena Hari Ibu gais. WonderFox bekerjasama dengan OMG! Hackers? dengan meriliskan satu software dengan potongan 70% sempena Hari Ibu. Promosi ini valid sampai Jun 30 gais. Jun 30 ?????! Yeah, Jun 30 beb! Perisian tersebut ialah WonderFox DVD Video Converter.
Mesti antara korang yang macam pernah tengok kan perisian tu sebelum ni ? Lagi lagi pembaca tegar OMG! Hackers? sendiri. Aah, WonderFox ada buat giveaway sempena Halloween haritu dengan percuma kepada semua. Tapi, kali ini, WonderFox memberi 70% diskaun kepada semua pembaca OMG! Hackers? sambil mempromosikan blog ini dekat laman WonderFox. Terima kasih WonderFox! Kami terasa sangat berbesar hati atas promosi ini.
Kalau korang tengok, reviu yang pernah dilakukan atas WonderFox DVD Video Converter ni, korang, mesti akan perasan takda banyak perubahan pun dengan promosi ini kan ? Tapi, sebenarnya, korang silap. Hehe. Update baru kali ini ditambah dengan fungsi Senior Version. Kejap. Senior version ? Kenapa pulak ? Meh nak cite sikit.
Sempena Hari Ibu ni, WonderFox riliskan WonderFox DVD Video Converter dengan Senior Version dengan antaramuka yang sangat sangat sangat mesra pengguna lagi lagi bagi bagi pengguna baru, mahupun pengguna dalam kalangan veteran veteran di luar sana yang ingin membuat video pendek untuk memori atau untuk sebarang event yang mereka kendalikan, ya, perisian ini dengan fungsi Senior Version ini sangat berguna.
Baguskan WonderFox ni ? Macam paham paham je pengguna dalam kalangan veteran kat luar sana susah nak guna dia punya perisian walaupun antaramuka senang, tapi, diorg senangkan lagi. Di bawah ni, disertakan video untuk bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Senior Version ini. Dibawah video tersebut disediakan pautan untuk korang terus ke laman WonderFox untuk membeli perisian tersebut dengan diskaun 70% tersebut. Selamat Hari Ibu buat golongan ibu di luar sana termasuk ibu saya. Uhuk uhuk *lap hingus*.
‘Anonymity’ ialah suatu keadaan individu yang ‘tidak dikenal pasti’ atau ‘tidak dapat dikesan’ di internet. Orang-orang seperti ini digelar sebagai ‘Anonymous’.
Kebanyakan orang menyangka, dengan menggunakan tools ringkas seperti ‘SSH’ (tunneling), VPN/OpenVPN, proksi, ataupun TOR (juga salah satu proksi) mereka sudah pun menjadi ‘anonymous’.
Tetapi, benarkah begitu?
Satu Pecahan Informasi
Setiap satu servis anonymity yang anda gunakan pastinya mempunyai satu pecahan informasi khusus untuk membezakan setiap satu dari pengguna. Salah satu contoh mudah ialah alamat IP asal anda. Meskipun ia tidak dapat memberi keseluruhan identiti, namun ianya boleh berkait dengan informasi lain hingga akhirnya identiti pemilik boleh terdedah.
Tidak kiralah VPN, TOR, ataupun pembayaran menggunakan Bitcoin, anda tetap tidak anonymous. Apa yang boleh dicapai melalui tools seperti ini hanyalah menjaga hak privasi atau kerahsiaan anda dari orang lain di internet.
Servis Tanpa Log
Servis tanpa log adalah suatu kisah dongeng. Apabila menjalankan sebuah syarikat VPN yang besar, ianya adalah karut jika dikatakan mereka menjalankan servis tanpa satu log sekalipun. Tahu LulzSec? Tahu Hide My Ass? Ya, LulzSec menggunakan servis dari Hide My Ass untuk melakukan kerja-kerja penggodamannya. Apa yang terjadi? Hide My Ass ‘menyerahkan’ mereka kepada pihak berkuasa dan ada antara ahlinya yang dipenjara sehingga 15 tahun lamanya. Mana datangnya maklumat pengguna? Ya, logging.
Apa Kegunaan Log?
Seperti yang dikatakan servis VPN/Proksi tanpa log adalah mustahil untuk dilaksanakan. Secara minimal pasti ada, kerana maklumat yang sedikit inilah yang akan digunakan oleh penyedia servis untuk menawarkan kepada pengguna pelan-pelan yang berbeza, mengehadkan pengguna kepada beberapa sambungan peranti, melakukan penyelesaian masalah kepada sambungan rangkaian VPN, mencegah penyalahgunaan khidmat seperti spammer, DDoS dan lain-lain lagi. Jadi kalau tidak banyak, sedikit logging pasti ada, pasti diperlukan.
Kebanyakan Servis VPN Menyewa Pelayan
Ya benar, kebanyakan servis hanya menyewa pelayan dari sebuah syarikat besar lain, ibarat anda menyewa sebuah rumah ataupun menyewa tanah dari tuan tanah kedaung. Mereka tiada kawalan penuh kepada pelayan-pelayan tersebut. Bagaimana servis-servis ini boleh menjamin hak privasi anda dari dicerobohi oleh tuan tanah itu sendiri? Bagaimana mereka boleh menjamin ‘zero logging’ kalau ia bukan dipunyai oleh mereka sendiri? Tuan tanah kedaung itu boleh melakukan logging ke atas sambungan anda.
Jaga Privasi
Ya, untuk waktu ini apa yang boleh saya katakan matlamat menjadi ‘Anonymous’ secara 100% adalah hampir kepada mustahil (walaupun boleh tetapi amat-amat-amat sukar). Apa yang lebih penting sekarang ialah adalah lebih baik anda langgan mana-mana servis VPN hanya untuk menjaga privasi anda, melindungi sambungan rangkaian anda dari penceroboh luar, dan untuk melepasi sekatan-sekatan kepada laman-laman web. Tumpukan perhatian kepada perkara ini, barulah fikir bagaimana cara terbaik untuk anda menjadi ‘manusia tanpa nama’ di internet. Selamat belajar.
Cookie ialah satu siri atau rentetan informasi/maklumat teks-sahaja yang dipindahkan oleh laman web melalui pelayar web ke cakera keras komputer anda supaya laman tersebut dapat ‘mengingati’ siapakah anda.
Setiap kali anda membuka laman-laman yang menggunakan cookie, ia akan memeriksa terlebih dahulu sama ada adakah terdapat cookie yang sudah sedia tersimpan pada komputer anda. Jika ada, ia akan menggunakan cookies tersebut untuk mendapatkan serba-sedikit maklumat mengenai diri anda.
Cookie kebiasaannya mengandungi nama dari domain ianya berasal, tempoh jangka hayat, dan juga satu nilai yang kebiasaannya nombor unik yang dijana secara rawak. Terdapat dua jenis cookie yang biasa digunakan iaitu ‘session cookies’, iaitu cookie sementara yang akan berada dalam pelayar web anda hingga anda meninggalkan laman tersebut. Satu lagi iaitu ‘persistent cookies’, yang akan berada dalam pelayar web anda untuk tempoh masa yang lebih lama.
Bilakah ‘session cookies’ dan ‘persistent cookies’ digunakan?
Mana-mana laman web tidak akan menyimpan informasi pengguna-penggunanya di dalam pengkala data kerana ianya hanya akan melambatkan prestasi serta melibatkan bajet yang besar.
Tanpa cookies laman-laman web tiada storan informasi mengenai anda. Tanpa cookies juga, setiap kali anda membuka sesebuah laman, ianya akan melayan anda seperti seorang pelawat yang baru.
Laman-laman web kebiasaannya akan menggunakan session cookies untuk memastikan anda di-cam setiap kali anda beralih dari satu halaman ke halaman yang lainnya. Contoh paling mudah sewaktu anda membeli tiket wayang melalui laman web GSC atau TGV. Tanpa cookies anda tidak dapat membelinya kerana laman web akan hilang pengecaman terhadap anda.
Persistent cookies pula akan membolehkan laman-laman web mengingati anda pada sesi atau lawatan seterusnya, mempercepatkan serta meningkatkan pengalaman anda bagi fungsi atau servis yang ditawarkan.
Contoh untuk cookies dari jenis ini ialah pemilihan bahasa pada sesebuah laman web, pilihan utama menu, plihan utama tema, dan tak lupa juga pengesahan diri.
Dah banyak aplikasi/perisian pemuat turun Torrent yang telah saya cuba. Boleh dikatakan belum ada satu pun yang memuaskan hati. Terbaru, saya menggunakan Bitlord namun paparan antaramuka penggunanya tidak begitu memuaskan hati. Ia tampak terlalu ‘berserabut’ dan ‘penuh’.
Jadi pencarian terus dilakukan sekali lagi.
Sebelum ini saya suka dengan uTorrent kerana paparan antaramuka yang boleh dikatakan ‘bersih’ serta mudah digunakan (jika anda ‘buang’ iklan-iklannya). Kemudian saya sukakan Bitlord dek kerana cirinya yang ‘penuh’ terutamanya enjin carian terbina dalaman.
Tetapi kedua-duanya masih tidak dapat memenuhi kepuasan hati saya hinggalah saya mencuba qBittorrent.
Apa yang menarik?
Paparan antaramuka pengguna qBittorrent adalah yang paling ‘bersih’ antara semua klien yang pernah saya cuba. Tiada iklan, tiada sebarang promosi yang menyakitkan mata.
Ia juga mempunyai enjin carian terbina dalaman, sama seperti Bitlord, cuma anda perlu ‘pasang’ ia sendiri sebelum dapat digunakan. Bagaimana caranya? Tuuu, nampak tak perkataan ‘You can get new search engine plugins here”. Ok, cari melalui pautan tersebut, dan masukkan pautan enjin carian pilihan anda melalui butang “Install a new one”. Siap.
Berikut adalah contoh hasil carian:
Kalau anda pemuat turun Torrent yang tegar, cubalah qBittorrent. Anda tidak akan menyesal. Paparan antaramuka penggunanya seperti Internet Download Manager. Ia adalah paparan yang ‘familiar’, dan tidak terlalu ‘berserabut’. Paparan yang ‘bersih’ dan senang dilihat boleh membuatkan anda terpaut dengan segera.
Saya telah dihubungi oleh blogger KenaHack.net atas sebab mereka ingin mempromosikan artikel terbaru mereka. Ternyata artikel tersebut telah ditulis dengan penuh kesungguhan dan komitmen jitu.Kita sedia maklum KenaHack adalah laman yang sentiasa mengemaskini berita-berita terbaru mengenai laman-laman yang telah digodam. Tak kiralah siapa penggodamnya sama ada dari dalam atau luar negara, KenaHack komited dan istiqomah (fuhhh ayat! Hehe..) dalam menyampaikan berita.
Terbaru, mereka menulis akan kaedah bagaimana seseorang (bahkan newbie) juga boleh menggodam laman Innity, iaitu sebuah laman web pengiklanan untuk blogger-blogger. Saya belum pernah memohon iklan Innity sebab bagi saya mereka ini agak keterlaluan dalam menentukan kelayakan sesebuah blog (KenaHack pun setuju kan?).
Tetapi kepada Admin-Admin Innity, anda tak perlu bimbang. Mereka tidak menggodam laman web anda, meskipun pada hari ini apabila saya cuba membuka laman anda yang ada hanyalah ‘kekosongan’ sahaja. Hehehe.. tak tahu ya, saya tiada kena mengena.
Apapun buat anda yang berminat, bolehlah lawati laman KenaHack untuk melihat sendiri bagaimana kaedahnya mereka menggodam (demonstrasi) laman Innity: