Gabungkan Musixmatch Dengan Spotify Untuk Mendengar Lagu Sambil Membaca Liriknya

Siapa yang suka mendengar muzik/lagu pastinya suka dengan Spotify. Spotify menempatkan ribuan katalog lagu yang tiada had. Pelbagai album ada dari zaman mak ayah kita kecil dahulu hinggalah kepada yang terbaru. Tapi apa yang lebih menarik dari mendengar lagu semata? Ianya adalah mendengar lagu sambil membaca liriknya, kerana kalau hanya sekadar ikut-ikut semata, ‘feeling’ lagu kurang. Hehe..

Kini anda boleh mendengar kesemua lagu-lagu kegemaran anda sambil membaca liriknya bersama-sama gabungan aplikasi ‘Musixmatch’. Musixmatch ialah aplikasi katalog lirik yang boleh diibaratkan sebagai sebuah ‘gudang’ atau ‘Wikipedia’ lirik-lirik lagu. Setakat ini Musixmatch tidak pernah menghampakan, cuma untuk lagu-lagu kategori ‘rare’ atau ‘underground’, itu mungkin anda kena cari sendiri atau masukkan sendiri liriknya.

Melalui tetapan aplikasi Musixmatch, anda sudah boleh ‘gabungkan’ khidmat penstriman muzik Spotify kepada Musixmatch, dan ini bererti sebaik sahaja keduanya telah diselaraskan, anda hanya perlu membuka aplikasi Musixmatch dan boom! Tak perlu lagi kepada versi ‘floating lyrics’ yang telah diperkenalkan sebelum ini. Lirik kini dapat dibaca secara terus, seolah-olah anda menggunakan Spotify bersama paparan lirik yang terbina dalaman. Menarik bukan?

Lihat sahaja pada paparan skrin di bawah ini:

Muat turun : Spotify & Musixmatch

Rujuk : Musixmatch + Spotify: words for every song

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img