Digi Video Freedom : Strim Video Tanpa Had

Sebelum ini para pengguna Digi ‘berbahagia’ dengan Digi Music Freedom, yang mana pengguna boleh memainkan muzik tanpa had, tanpa sekatan data atau kuota. Kini Digi memperkenalkan pula servis terbaru mereka iaitu : Digi Video Freedom.

Berdasarkan kepada sumber-sumber dari Google iaitu SoyaCincau (hang dapat mana wei berita camni punya la awal? Share sikit plis? Hahahah..). Lowyat.net, The Star Online, dan juga Malaysian Wireless, maka saya RUMUSKAN di sini bahawa:

Digi Video Freedom ini terbahagi kepada DUA iaitu pass mengikut jam dan pass mengikut hari. Pass mengikut jam adalah dicaj sebanyak RM1 untuk 1 (satu) jam dan pass mengikut hari pula dicaj sebanyak RM5 untuk 24 (dua puluh empat) jam.

Setiap pass tetap mempunyai kuota data iaitu 3GB untuk pass mengikut jam dan 10GB untuk pass mengikut hari. Apabila telah habis kuota data yang anda gunakan, anda tetap masih boleh membelinya semula untuk menambah data tersebut.

Antara servis penstriman video yang mengambil bahagian ialah YouTube, iflix, Astro on the Go, Viu, tonton, Dailymotion dan HyppTV.

Setiap pengguna bolehlah mula melanggan servis ini bermula 15 April 2016 (esok) melalui aplikasi MyDigi – OCS Self Service pada peranti Android dan iOS masing-masing.

Pada saya, adalah lebih baik jika Digi membuat satu lagi pass iaitu pass langganan bulanan. Ini lebih mudah buat semua kipas-susah-mati servis penstriman video, tak lupa juga silalah tambah Netflix ke dalam senarai servis yang disokong, tolonglah!

Katakan ada seorang yang memang tahap tegar menonton video, setiap hari beliau melanggan pass 24 jam tanpa gagal, bererti beliau perlu membelanjakan sebanyak RM150 sebulan + topup RM30 untuk sebulan juga. RM180 untuk penstriman sahaja? Oh tidak, tidaklah berbaloi melainkan jika Digi mencipta pass bulanan yang lebih murah, kemudian tambahkan Netflix dan lain-lain laman penstriman video (Hulu pun best apa), profit!

Hehehe.. ini cuma cadangan saya sahaja. Mr. Hac, macam biasa, hanya mampu menulis dan memberikan cadangan. Terserah kepada pihak telco untuk mengimplementasikan ia ke dalam realiti.

Nak lebih menarik? Digi, silalah ciptakan satu lagi pelan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat marhaen sekalian, iaitu PELAN MUAT TURUN TANPA HAD. Sekian, selamat berfikir.

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img