Cara Membaiki Kebocoran DNS Pada Ubuntu 16.04 LTS

Kebocoran DNS bukanlah perkara ‘mainan budak’ kerana bagi mereka yang sangat mementingkan privasi, kebocoran DNS adalah satu perkara yang amat-amat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan jika sambungan internet anda mengalami kebocoran DNS, maka adalah tidak berguna walau satu apa jua servis enkripsi seperti OpenVPN sekalipun, identiti seseorang itu tetap boleh terdedah dengan lebih mudah lagi.Ini juga bukanlah kali pertama artikel seumpama ini ditulis. Sebelum ini pernah saya catitkan kaedah untuk memperbaiki kebocoran DNS. Namun dalam Ubuntu 16.04 caranya ada sedikit penambahan. Mari kita lihat cara-caranya.

Baiki Kebocoran DNS Pada Ubuntu 16.04

1. Nyahaktif Terlebih Dahulu IPv6

Ya, ini adalah perkara wajib yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Nyahaktif segala tetapan IPv6 pada Ubuntu 16.04. Pertama sekali sunting fail /etc/sysctl.conf dengan menggunakan Gedit (senang guna Gedit ni):

sudo gedit /etc/sysctl.conf

Sila tambahkan beberapa baris berikut di akhir teks:

net.ipv6.conf.all.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.default.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.lo.disable_ipv6 = 1

Aktifkan semula sysctl.conf:

sudo sysctl -p

2. Sunting semula tetapan sambungan rangkaian internet anda. Klik pada ikon sambungan internet di status bar dan hala kepada ‘Edit Connections…’. Seterusnya klik pada sambungan internet yang sedang anda gunakan, hala kepada ‘IPv6 Settings’. Ubah Method kepada ‘Ignore’.

3. Tambahkan baris berikut di akhir config OpenVPN anda.

script-security 2
up /etc/openvpn/update-resolv-conf
down /etc/openvpn/update-resolv-conf

4. Mulai semula (restart) PC/lappy anda. Setelah itu cuba gunakan mana-mana servis enkripsi sambungan internet anda, contohnya OpenVPN dan buka pautan DNS leak test.

5. Sekiranya sambungan tersebut tidak menunjukkan mana-mana IP dari ISP anda, maka sambungan internet anda telah berjaya ditutup tanpa kebocoran DNS lagi. Tahniah. Silalah gunakan internet secara berhemah.

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img