Ubuntu Tweak Kini Dihentikan Pembangunannya Secara Rasmi

Ya, berita ini benar, kerana ia datang dari pembangunnya sendiri iaitu Tualatrix Chou. Beliau telah mengumumkan bahawa beliau terpaksa memberhentikan pembangunan aplikasi ini buat selama-lamanya.Sebelum ini pun kita sudah pernah mendengar akan berita pemberhentian pembangunannya, namun atas ‘desakan’ dari para peminat aplikasi tersebut, Tualatrix Chou mengambil keputusan untuk meneruskannya.

Ini bukan kali pertama pengumuman seperti ini dibuat, namun yang pasti ini adalah kali yang terakhir. Anda boleh baca tentang ‘pengumuman’ sebelumnya itu di sini.

Laman web rasmi ubuntu-tweak.com juga sudah tidak lagi beroperasi, dan jika diklik sekalipun ia akan menghalakan para pengguna kepada laman pembangun aplikasi tersebut iaitu imtx.me.

Pun begitu, walau kita telah kehilangan sebuah aplikasi ‘wajib pasang’ yang khusus dicipta untuk mengkonfigurasi desktop Ubuntu anda, namun kita masih mempunyai Unity Tweak Tool yang boleh dipasang melalui repo utama hanya dengan baris perintah ringkas seperti di bawah:

sudo apt-get install unity-tweak-tool

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img