Utama Blog Laman 162

Headshot: Ini Filem ‘John Wick’ Versi Indonesia, Versi Iko Uwais!

0

Dalam sejarah perfileman aksi/thriller, The Raid dan The Raid 2 telah melakar bahawa kedua filem ini telah menjadi kayu ukur kepada filem-filem yang akan dihasilkan seterusnya – tidak kiralah dari negara mana sekali pun.

Tidak salah kalau saya katakan, bahawa The Raid dan The Raid 2 mempunyai kesemua elemen filem yang lengkap, dari jalan cerita yang mantap, aksi yang super-hebat, dan barisan pelakon yang amat berbakat dalam seni beladiri.

Oleh itu, apabila menonton Headshot lakonan Iko Uwais, Chelsea Islan, dibantu oleh Julie Estelle, Very Tri Yulisman, serta ketua kongsi/penjahat/ayahanda dari neraka iaitu Sunny Pang sebagai Lee – fikiran ini tidak lepas dari cuba membandingkan ia dengan kedua filem tersebut.

Namun ternyata, Headshot mempunyai kelebihan, keunikan, dan ciri tersendiri yang paling utama boleh dilihat, iaitu filem ini menonjolkan sisi ‘benar’ sebagai manusia, yakni pancutan darah, lebam-lebam, dan kepatahan tulang.

Saya enggan mengulas panjang mengenai jalan cerita, kerana pada saya jalan ceritanya adalah direct-to-the-point, tiada plot twist melampau yang mampu membuat penonton berkata ‘wow’.

Sejak dari awal lagi penonton sudah boleh mengagak identiti Ishmael atau nama panggilan beliau dalam kumpulan pembunuh adalah sebagai Abdi. Beliau mengalami amnesia setelah tercedera di kepala akibat terdapat ‘sesuatu’ yang tertinggal dalam tengkoraknya. Seterusnya beliau diselamatkan oleh seorang jururawat cantik meletop, yang memberikan rawatan setelah Ishmael/Abdi dibawa ke hospital oleh nelayan yang menjumpainya di pantai (Pakcik Romli).

Kalau dalam filem John Wick, John mencari dan membunuh kesemua ahli kumpulan kongsi yang telah mencederakannya dan membunuh anjing pemberian mendiang isterinya, dalam filem Headshot, Ishmael @ Abdi mencari dan membunuh kesemua bekas rakan-rakan kumpulan, dalam usaha mencari dan mendapatkan kembali jururawat yang pernah menyelamatkan nyawanya itu, iaitu Ailin.

Filem ini ada sedikit ‘feel’ Ong Bak, iaitu dalam filem Ong Bak, Ting mencari kepala patung Budha yang dicuri, manakala filem Headshot, Ishmael mencari Ailin yang diculik.

Kedua-duanya sama, penyampaian jalan cerita direct-to-the-point, dan pembawakan jalan ceritanya juga lebih kurang sama. Bunuh kesemua yang berbaki termasuklah ketua penjahat sendiri yang pernah membesarkan mereka.

Filem ini tidak akan meninggalkan anda lama dengan intro leleh yang tidak signifikan. Jangan bimbang, kerana di awal filem sudah terdapat aksi bunuh, pancutan darah di merata-rata tempat, dan adegan tembak-menembak yang mendebarkan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Headshot juga menggunakan ‘kaedah’ penggambaran shaky cam, namun ianya tidaklah melampau seperti filem J Revolusi hingga menjejaskan apa yang sedang cuba disampaikan dalam setiap babak.

Kalau pun ada yang agak ‘fancy‘ ialah kamera berpusing 360 darjah sewaktu pertempuran sedang berlangsung. Tetapi apa yang pasti setiap adegan pertempuran meskipun kameranya tidaklah begitu ‘steady‘ seperti filem The Raid/Raid 2, babak yang cuba ditonjolkan dalam filem ini, iaitu sisi gelap ‘blood bath‘ dan ‘mindless gore‘ berjaya dipaparkan dengan baik.

Apapun, mungkin sesetengah orang akan berkata Headshot yang diarahkan oleh  Timo Tjahjanto dan Kimo Stamboel ini belum mencapai tahap penanda arasnya iaitu The Raid/Raid 2, namun pada saya apa yang cuba disampaikan, iaitu keganasan pada tubuh badan manusia, dari pancutan darah hinggalah kepada patah tulang, telah pun sukses sekali diceritakan.

Jalan cerita yang terus – tanpa plot twist yang mencetuskan persoalan di kepala, adegan tempur yang mendebarkan, serta pelakon wanitanya yang badass (Julie Estelle), amatlah boleh dipuji.

Nota: Tahniah juga kepada Bront Palarae kerana telah bersama-sama menjayakan filem ini dengan watak sebagai anggota polis.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Mudah Hantar Mesej WhatsApp Kepada Nombor Yang Belum Disimpan

0
Memang agak bengang apabila kita menghantar pesanan ringkas melalui WhatsApp kepada nombor yang tidak dikenali semata-mata untuk bertanya tentang barang yang dijual oleh mereka, hanya untuk mendapat jawapan balas,
“Sorry bos dah jual”.
Kalau dah tahu barang dah terjual, reti-retilah padamkan iklan tu. Ini tidak, menyusahkan orang saja. Paling tak boleh terima, sudahlah barang tidak tahu status terjual atau tidak, pemilik nombor tak balas pun pesanan yang dihantar! zZz zZzzz.
Di sinilah pentingnya kita tahu sedikit trik yang mampu menyelamatkan kesabaran kita dari dimamah kebodohan kemalasan pemilik iklan yang tak reti nak padamkan iklan selepas barang terjual (biasanya dari mudah.my).
Terdapat dua URL yang mampu membantu kita dalam hal ini iaitu:
Aplikasi Android Wasapp.me > Wasapp.me for WhatsApp
Secara ringkas, cara menggunakan kedua-dua laman ini amat mudah. Anda hanya perlu gantikan nombor telefon yang ingin dihubungi dan dimulakan dengan nombor 6 (kod negara Malaysia).
Contoh:
http://www.wasap.my/60123456789
Atau:
http://wasapp.me/60139008835
Mudah bukan? Di kedua-dua laman tersebut juga terdapat beberapa ciri tambahan seperti jana pautan,buat pautan eksklusif, dan sebagainya.
Dah cuba nanti jangan lupa share ya.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

J Revolusi: Ini Bukan Review, Ini Adalah ‘CinemaSins’

0

Jika anda biasa menonton video di channel CinemaSins, maka anda akan faham yang hari ini saya tidak mahu menulis review secara formal. Cuma dalam CinemaSins, terkadang mereka troll juga filem yang mereka amat sukai, namun dalam artikel ini, ia adalah sebaliknya.

Apa yang saya tulis bukan troll tetapi benar – dan filem ini saya tidak suka sebagaimana Polis Evo.

Kita terus sahaja kepada point yang ingin saya sampaikan.

J Revolusi adalah filem aksi yang gagal. Segagal-gagalnya. Kerana apa?

Kerana ia bukan filem aksi, tetapi filem perasan aksi.

1. Terlalu banyak pergerakan kamera yang tidak perlu. Saya ulang, terlalu banyak. Apabila skuad UTK bergerak masuk ke dalam bangunan, tidak jelas siapa yang sedang berada di satu-satu tempat, segalanya jadi keliru – kerana pergerakan kamera yang melampau-lampau.

Akibatnya scene jadi tiada feel.

2. Bandingkan dengan filem The Raid dan The Raid 2, aksi tempur tangan kosong dan bersenjata tidak ada langsung moment yang boleh diingati. Semuanya bak kata rakan saya, adalah forgettable.

Sekali lagi pergerakan kamera memainkan peranannya. Koreografi tempur yang katanya adalah dari seni beladiri Kali, namun tidak jelas melainkan ketika kuncian tangan (arm bar).

Pengarah filem tempur seperti Jackie Chan bahkan Gareth Evans menggunakan steady cam, ketika babak-babak hand-to-hand combat.

Kerana apa? Kerana pelakon mereka adalah ahli seni beladiri yang legit, ASLI. Mereka memang boleh berlawan dan melakukan aksi-aksi tempur dengan baik.

Sementara fancy camera movements pula dibuat apabila pengarah ingin menggambarkan kononnya babak pertempuran itu laju atau legit sedangkan ia tidak begitu.

Kerana apa pula? Kerana mereka ini bukan martial artist sejati. Titik noktah.

3. Terlampau banyak elemen drama. Aksi kurang. Kita datang nak tengok filem aksi, bukan filem cinggey atau leman. Leleh lebih la filem ni. Haih.

4. Babak tembak menembak? Maaf cakap, tiada babak tembak menembak yang betul-betul boleh menimbulkan rasa cemas sebagaimana The Raid ketika penjahat menembak mati polis-polis di bahagian depan pintu.

Patutkah penjahat digambarkan terlalu bodoh hingga menadah dada yang tidak kebal kepada peluru polis (babak akhir filem ini)?

Polis juga ada babak yang mereka menadah dada iaitu waktu cubaan membebaskan Jay. Apa hal?

*Sebut pasal tembak menembak, apabila tembakan dilepaskan pada kereta, kereta tidak berlubang, calar pun tiada. Lawak jenis apakah ini?

Juga, babak kejar mengejar antara kereta dengan kereta, motor dengan kereta, semuanya adalah babak untuk filem jenaka. Sayang kereta dan motor agaknya pengarah filem ni. Tiada yang terbakar mahupun meletup. Calar? Jauh sekali.

5. Filem ini yang nyatanya, pengarah filem masih cuba melayan penonton di Malaysia seperti orang bodoh. Masih lagi membuat filem-filem ‘perasan’ aksi walhal pada hakikatnya ia adalah filem tangkap leleh.

Paling tak logik baru sebulan kakak Jay (Fazura) meninggal, Jay punya reaksi terhadap lawak Skodeng (Azad Jasmin) seakan menunjukkan sedih itu tidak berbaki. Kurang-kurangnya, senyuman tu ‘cover’ lah sikit. Tunjuk sikit masih ada ruang perasaan sebak kakak yang disayangi dah meninggal dunia. Seriously? Feeling mana feeling?

Filem ini amat teruk hinggakan Polis Evo pun saya boleh berikan pujian ikhlas – iaitu ia lebih baik dari J Revolusi.

Kiraan Dosa Panggung (Cinema Sins Count): 5
Catatan (Statement): Polis Evo Wannabe. The Raid Jauh Panggang Dari Api.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Reviu TorGuard: Ini Adalah Bagaimana Sebuah Servis VPN Patut Dijalankan

3

Seperti biasa, pencarian servis terbaik diteruskan. Bulan ini saya rasa seperti patut mencuba sesuatu yang baru, disebabkan BolehVPN nampaknya seakan tiada persaingan. Ketika sebelum artikel ini ditulis pun saya masih merasakan ia nombor satu di hati ini.

Namun setelah puas membaca reviu dari komen-komen di blog TorrentFreak, saya tergerak hati untuk mencuba TorGuard. Ternyata keputusan pada pemilihan ini amat tepat sekali dan berbaloi.

Jadi apa yang boleh saya katakan tentang TorGuard? Hanya perkataan ini sahaja mampu menggambarkan, iaitu saya terus jatuh cinta suka padanya dalam sekelip mata. Kenapa? Ini adalah antara sebab-sebabnya.


Kelajuan

Sebenarnya, bab kelajuan memang dah jadi prioriti nombor satu jika ingin melanggan mana-mana servis VPN. Namun, TorGuard tidak menghampakan dan buktinya, kelajuan penuh saya peroleh sewaktu menggunakannya.



Sistem Sokongan

Tidak dapat saya gambarkan betapa bagusnya khidmat sokongan dari TorGuard. Sewaktu membuka laman webnya, dengan serta-merta pengguna/bakal pengguna akan disambut dengan live chat. Ianya adalah dari ‘orang yang sebenar’, bukan bot chat atau AI.

Tidak lupa juga khidmat pembukaan tiket (isu berbangkit) melalui dashboard dan notifikasi kepada emel adalah amat-amat pantas sekali. Tidak perlu tunggu masa yang sangat lama untuk mendapatkan jawapan balas dari mereka.

Untuk sokongan saya boleh bagi 5/5 bintang.

Aplikasi
Pada aplikasi Windows dan Android TorGuard, terdapat info-info lengkap yang mencukupi untuk anda tahu apa yang patut anda tahu. Dari tempoh waktu terhubung, hinggalah kepada jumlah bandwidth yang telah digunakan, semuanya ada.
Apa yang boleh dipuji, kedua aplikasi Windows dan Android tidak menggunakan RAM yang banyak, serta tidak membebankan CPU untuk menjalankannya.
 
Sebelah kiri, TorGuard untuk Windows, kanan pula aplikasi TorGuard untuk Android
Juga, dalam kedua-dua versi aplikasi tersebut terdapat sokongan untuk mencegah daripada berlakunya kebocoran IP.

Apa yang ingin saya sentuh adalah tentang protokol/cipher yang mereka gelar sebagai ‘Stealth‘. Mode Stealth ini adalah satu bentuk Anti-DPI seakan Raatile yang terdapat pada TheLan VPN, Chameleon Mode yang terdapat pada VyprVPN, dan Cloak (xCloakRouted) yang terdapat pada BolehVPN.

Dengan cipher Stealth ini, menurut TorGuard ia dapat melepasi sekatan firewall/perisian sekatan yang paling ‘berat’ sekalipun seperti yang diaplikasikan di negeri China (The Great Firewall of China).

Mereka juga dikatakan mempunyai sebanyak 1250 pelayan di 42 buah negara dengan lokasi di seluruh dunia, dan dijalankan oleh mereka sendiri tanpa pihak ketiga!

Kaedah Pembayaran

Menurut TorGuard lagi, mereka menyokong sebanyak 200 jenis kaedah pembayaran. Itu adalah suatu jumlah yang teramat banyak, dan saya pula gemarkan pembayaran melalui PayPal yang lebih cepat dan terjamin.

Untuk sebulan, bayaran yang dibuat hanyalah $4.99USD atau RM23.20, dengan menggunakan kod promosi – TGLifetime50 sewaktu checkout.

Penutup

Saya amat-amat mengesyorkan TorGuard kepada anda semua. Selain kelajuannya yang sangat memuaskan hati, Stealth mode yang boleh diharap, serta sokongan yang pantas dan jitu, TorGuard juga memberikan kepada anda kebebasan untuk mencuba mana-mana cipher yang sesuai dengan rangkaian.

Berikut ini adalah contoh dari aplikasi Android TorGuard.

Stail bukan?

Selain iu, anda juga diberikan tempoh selama 7 hari untuk mencubanya. Jika anda tidak berpuas hati dengan servis, anda boleh terminate dan bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan semula kepada anda.

Baiklah, jika anda berminat untuk mencuba, silalah gunakan pautan di bawah ini untuk mendaftar ya.

Klik untuk daftar >>> TorGuard

**Pssttt, jangan lupa klik butang di bawah untuk kongsikan artikel ini dengan rakan ya.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Brave Browser: Pelayar Web Yang Berani Bukan Sekadar Nama!

0
Logo singa yang melambangkan keberanian.
Kepada anda yang mahu mencari pelayar alternatif. Anda boleh mencuba Brave Browser. Brave Browser merupakan pelayar percuma dan diperkenalkan oleh Brendan Eich.  Brave Browser menyatakan bahawa ianya mampu menghalang website tracker dan iklan-iklan yang mengganggu dan ditukarkan kepada iklan yang dijual oleh syarikat Brendan Eich.
Brave Browser menawarkan antara muka pengguna seakan-akan pelayar Chrome. Minimalis, ringan dan mesra mesra pengguna. Penggunaan RAM pula sangat minima berbanding pelayar Chrome.
Jangan terkejut pula.
Penggunaan RAM yang agak baik.

Selain itu Brave Browser mempunyai “perisai” yang menghalang iklan dan menggelakkan anda dari termasuk ke dalam laman web phishing.

Malangnya Brave Browser tidak menyokong plugin sebagaimana yang ditawarkan oleh pelayar mainstream  seperti Chrome dan Mozilla Firefox. Jika anda ingin memasangnya, anda perlu mengikuti tutorial yang terdapat dalam blog Brave. Memang agak leceh untuk bahagian ini.

Sudah cuba untuk menambah Brave Browser tetapi gagal.
Masih memuat turun menggunakan pemuat turun sedia ada.

Berminat dengan Brave Browser? Anda boleh muat turun di sini: Brave Browser

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

DenBuilder VPN: Hadir Memenuhi Keinginan ‘Kaki Bypass’

0

Kalau anda masih lagi tidak mengenali ‘perangai’ saya, anda patut tahu bahawa ketika saya mula-mula mengenali dunia IT adalah disebabkan ‘ketaksuban’ saya kepada ‘bypass’.

Ceritanya, disebabkan saya tidak beberapa suka dengan konsep pemantauan dari ISP terhadap aktiviti internet (1) dan sekatan terhadap laman-laman yang tidak sepatutnya (2), juga sekatan terhadap kelajuan internet (3), maka saya mula menjadi ‘kaki bypass’.

Apa juga perkara berkaitan dengannya dari TOR (sistem proksi TOR), SSH Tunneling, proksi, hinggalah kepada VPN menjadi agenda setiap hari.

Dipendekkan cerita, itulah juga antara sebab mengapa blog ini dibuka. Untuk berkongsi apa juga info berkaitan dengan IT, tambahan lagi jika ia berkaitan dengan melepasi sekatan-sekatan internet. Selagi tidak berjumpa dengan solusi terbaik, selagi itulah saya akan mencari,

Baru-baru ini saya didekati oleh Denish Nathan, pengasas kepada servis VPN – DenBuilder VPN. Setelah mencuba VPN ini selama beberapa hari, maka ini adalah apa yang saya mampu titipkan buat masa ini.

Aplikasi Windows

   

DenBuilder (Kiri) dan VyprVPN (Kanan)

Melihat kepada aplikasi Windows-nya, membuatkan saya teringatkan VyprVPN (sort of).  Memang saya sedikit rindukan VyprVPN dengan Chameleon Mode kerana pada saya itu adalah antara implementasi Anti-DPI paling baik yang pernah saya cuba. Cuma saya tidak sanggup hendak bayar RM80+ untuk akaun premiumnya (premier).

Baca juga : Apa Itu Deep Packet Inspection?

Apa yang boleh dikatakan, meskipun baru versi 1.0, aplikasinya kelihatan ‘bersih’ dan kemas. Tidak pasti sejauh mana originalitinya namun setakat ini pada saya jika ditambahkan kekemasan sepertimana yang boleh dilihat pada aplikasi VyprVPN, tambah sedikit pula warna-warni kehidupan padanya, maka ia akan menjadi aplikasi yang… cun beb.


Aplikasi Android

Ini juga satu lagi perkara yang boleh dipuji. Aplikasi untuk Android tampak seakan aplikasi versi Windows-nya. Meskipun tiada warna-warna fancy, seperti kasut di bawah, namun seperti yang saya katakan di atas, ia kelihatan ‘bersih’. Saya suka aplikasi yang seperti ini, nampak clean dan ‘siap‘.

Protokol

Ahhh, buat masa ini DenBuilder VPN masih belum ada Anti-DPI, akan tetapi ia akan ditambah dalam tempoh terdekat. Namun protokol standard seperti TCP, UDP, dan L2TP ada dalam aplikasi. Tetapi apa yang menarik, dalam aplikasi Windows serta Android – terdapat sokongan bagi memasukkan proksi bersama custom header, sesuatu yang selalu dimimpikan oleh kaki bypass bukan?

Perkara ini menurut Denish, mampu membantu sedikit-sebanyak keinginan kaki bypass untuk cuba melepasi apa-apa sekatan terhadap kelajuan internet. Well, abam tidaklah menyokong penuh perkara ini, tetapi untuk education purpose, apa salahnya.

Tak lupa juga terdapat fail config khusus untuk ‘bypass’ bagi setiap telco yang ada (unofficial lah). Bab ini anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari Denish sendiri.

Konklusi Akhir

Pro:

Langganan DenBuilder adalah amat murah, sesuai bagi yang mencari servis VPN bajet. Hanya RM20 sahaja sebulan, RM100 untuk 6 bulan, dan RM220 untuk satu tahun. Amat-amat patut dan mampu dilanggan oleh pelbagai golongan terutama mereka yang banyak potong gaji.

Selain itu aplikasinya juga hanya menggunakan jumlah RAM yang kecil. Tidak membebankan PC-PC lama yang menghitung menunggu mati hari.

DenBuilder juga mampu memenuhi hasrat kaki-kaki ayam bypass yang sudah lama inginkan sebuah aplikasi VPN dengan sokongan custom header.

Kon:

Servis ini juga tidak lari dari kontranya. Buat yang mempunyai operasi dengan persekitara kerja penuh sekatan internet di sini-sana, maka anda perlu bersabar menanti hingga Anti-DPI mode membuat debut.

Tidak lupa juga pelayan atau server yang ada adalah sedikit. Hanya 4 sahaja jumlahnya, juga buat masa ini. Saya berharap Denish akan menambah lagi jumlah pelayan supaya pengguna akan dapat menggunakan VPN ini tanpa gangguan iblis dari segi kelajuan.

Saya dapati bahawa pelayan dari Singapura adalah paling laju setakat ini, ‘mengalahkan’ pelayan dari Malaysia. Hmmm.

Jika anda berminat untuk melanggan, anda boleh hala ke laman web rasminya iaitu DenBuilder VPN atau hubungi admin di Facebook Page mereka di sini: DenBuilder.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OnePlus 3/3T Menerima Kemaskini OxygenOS Beta 12, 7.1.1 Nougat!

0
Kredit gambar droid-life 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berjumpa lagi kita kali ini dalam artikel mengenai produk OnePlus
OnePlus telah mengeluarkan kemaskini bagi kedua-dua peranti jahat mereka, iaitu OnePlus 3 dan 3T dan kemaskini tersebut ialah OxygenOS Beta 12 yang mengandungi 7.1.1 Nougat!
Ada apa dalam Beta 12 ni? Berbaloikah berhijrah dari Custom ROM kepada Stock ROM?

Untuk maklumat anda semua, ini changelog bagi OxygenOS Beta 12 :

  • Upgraded to Android 7.1.1
  • New Shot on OnePlus wallpaper option
  • Gallery Improvements
  • New photo editor with watermark and photo straightening options
  • Newly added media will be highlighted in Photos section
  • Image location will be displayed on grid view
  • Media can be grouped by month and year
  • Folders and individual media can be hidden
  • General bug fixes

Bawah ni pulak screenshot About Phone :

Kemaskini Beta 12 ini juga mempunya patch keselamatan terkini, iaitu 1 March dan anda mungkin mengalami kejutan sedikit kerana build ini smooth serta ciri-ciri Gallery baru 🙂
Bawah ni pulak sedikit video rakaman skrin pada OnePlus 3 yang telah memakai OxygenOS Beta 12

Untuk muat-turun kemaskini ini, sila klik laman sesawang di bawah :

Cara pemasangan dia pula

  1. Jika anda sudah unlock bootloader, boleh teruskan dan jika belum, kena unlock bootloader dulu tau, kemudian pasang TWRP. Boleh nak pakai stock recovery, leceh adb sideload hahaha
  2. Letak ROM, SuperSU, dan TWRP dalam internal storage anda.
  3. Masuk Wipe>Advanced Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan USB-OTG.
  4. Masuk Install>Flash ROM, kemudian Back, Flash SuperSU dan tekan Flash Image untuk flash recovery (ambil recovery tau, kalau pilih lain tak hidup la hahaha)
  5. Siap semua Reboot to System (jika naik no OS Installed tu abaikan, tiada masalah)
Diingatkan lakukan clean install (boleh saja dirty flash tapi saya lebih suka clean jika versi Android berbeza). TWRP akan hilang setelah anda flash ROM, bagi tiada PC sila flash sekali lagi TWRP sebelum serta selepas flash SuperSU.
Sila tunggu 2 kali full-cycle charging untuk menguji ketahanan bateri ye 🙂
Ini pros dan cons mengenai kemaskini OxygenOS Beta 12, 7.1.1 Nougat (pendapat saya la)
Pros
  • Versi kali ini smooth dari kemaskini sebelumnya
  • Gallery mempunya ciri-ciri baru dan penambahbaikan yang baik.
  • Patch keselamatan yang terkini, 1 March
  • Ada ralat sebelum ini dah baiki
  • DPI normal dah kecil, nampak cantik
  • Google VR ada, tak pasti boleh guna atau tidak Daydream tu.
Cons
  • AM/PM takda, lupa letak ka hahaha
  • DPI macam pelik, beza dengan Beta 11
  • Walaupun 7.1.1, tiada app shortcut dan Google Assistant seperti Google Pixel.
Oh ya, bagi peminat setia Custom Kernel, kernel ElementalX serta AKT Profile tidak dapat berfungsi dengan baik pada kemaskini ini, mungkin perlukan kemaskini kod. Jika anda pasang, anda akan mengalami masalah kamera berhenti berfungsi hohoho. Tunggu developer kemaskini lah 🙂
Itu sahaja ulasan saya mengenai artikel ini dan saya pun baru pasang 8.30PM pada 1 March lalu hahaha. Sebelum ini saya pasang HydrogenOS Beta 9 yang mana awal lagi keluar dari OxygenOS Beta 12 dan ciri-ciri serta suasana ROM tersebut sama (ye la dua-dua dah bergabung, meletup kepompompommmm).
HydrogenOS Beta 9 sama macam OxygenOS Beta 12, smooth dan sedap tapi ada masalah Contact Sync, anda kena import contact .vcf card kalau nak guna hihihi serta Google Play Store boleh download pada aplikasi Market, cuma Google Play Services tidak boleh nak tetapkan sebarang tetapan permissions. -_-
Selamat memasang kemaskini ini pada peranti OnePlus 3/3T anda 🙂
Jika ada sebarang pertanyaan atau nak kongsi ilmu serta pengalaman, sila komen kat bawah tu ye 🙂
Terima kasih kerana sudi membaca, ja ne ^_^

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Google Mengumumkan YouTube TV Yang Bakal Bersaing Dengan TV Kabel

0

Terbaru, Google telah mengumumkan sebuah berita ekstravaganza yang mana mereka mahu menyediakan sebuah khidmat televisyen berinternet yang dinamakan sebagai YouTube TV.

Dengan yuran langganan setiap bulan sebanyak $35 (lebih kurang RM155 lah kot kan?), pengguna akan dapat menikmati pelbagai saluran dan siaran yang amatlah banyak.

Langganan ini termasuklah YouTube Red Originals, DVR awan, dan saluran seperti ABC, CBS, Fox, NBC, ESPN serta pelbagai lagi saluran yang mampu memuaskan hati seorang pesara kerajaan.

Jika anda berhasrat untuk mendaftar bagi mendapat berita terawal bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia, anda boleh berbuat demikian di tv.youtube.com.

Sumber: YouTube Official Blog

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Pasang Wallpaper Beranimasi Zombie Di Desktop Anda

0

Disebabkan ramai pula yang request nak pasang animated wallpaper seperti video di bawah ini, maka abam pun dengan senang hari tuliskan caranya. Mudah sahaja, hanya beberapa klik sudah boleh dapat lihat zombie cuba menerobos ke dalam ruang kerja anda.

Apa yang anda perlukan ialah:

1. Wallpaper Engine atau muat turun di SINI.

2. Zombie HD Video atau muat turun di SINI.

Caranya:

1. Muat turun kedua-dua fail di atas. Kemudian, ekstrak fail Wallpaper Engine ke dalam satu folder.

2. Letakkan pula fail video tersebut ke dalam folder lain atau folder yang sama, asalkan tidak terdapat kebarangkalian anda terpadam video itu.

3. Seterusnya, mengikut sistem operasi masing-masing, jalankan fail pelancar.

wallpaper32 untuk 32-bit, dan wallpaper64 untuk 64-bit.

4. Klik Open from File – pilih fail video zombie itu tadi, dan klik OK. Ubah tetapan mengikut kesesuaian prestasi desktop masing-masing.

5. Siap! Desktop anda sudah bersedia untuk menakutkan orang. Heheheh.

NOTA KAKI: Kalau ada fail .dll yang ‘hilang’ atau error berkaitan fail tersebut, anda cari sahaja pada encik Google. Mungkin ada sesuatu yang perlu dipasang. *Lupa nak sebut perkara ni.

Jangan lupa tekan butang share di bawah ini ya. Ia amat membantu blog ini. Terima kasih daun keladi, dah download jangan lupa diri. Heheheh.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Mi Powerbank 2: Murah Dan Berkualiti?

0

Pihak Xiaomi terkenal dengan produk-produknya yang murah dan berkualiti. Kali ini Xiaomi membawakan Mi Powerbank 2 yang berkapasiti 10000mAh. Mi Powerbank 2 membawa reka bentuk yang lebih slim dan sleek.


Mi Powerbank 2 10000mAh kini lebih tipis berbanding Mi Powerbank sebelum ini. Kapasiti masih lagi sama tetapi hanya saiz sahaja yang diubah. Didatangi dengan 2 warna iaitu Silver dan Black. Harga pula dalam lingkungan RM65 hingga RM80. Mi Powerbank 2 juga mirip seperti Mi Powerbank Pro 10000mAh.
Gambar Dari Miui Forum
Jadi kepada anda yang masih tercari-cari Powerbank? Ini mungkin menjadi milik anda.
Case biru ini dijual berasingan

Views: 2

Iklan Newspaper Inline