Utama Blog Laman 161

Mungkin Ini Maksud Sebenar Di Sebalik Cover Album Malique, Pejamkan Mata

0
Gambar cover artikel diambil oleh abam.

“Lirik Malique bukan teks tapi kodeks macam Hammurabi atau Nag Hammadi jangan kupas mesti carigali” – Malique feat. Ariz – Salut.

Saya tak berminat nak claim satu dunia bahawa saya adalah peminat nombor satu Malique, sebab rasanya bila tengok kawan-kawan yang lain, hebatnya mereka ni bila boleh rap semula lagu Anak Ayam, walhal lagu tu susah kot.

Saya sendiri tergeliat otak nak menyanyikannya.

Namun tidak dapat tidak sedikit dan sebanyak gaya bahasa Malique dalam lirik-liriknya banyak juga mempengaruhi cara saya menginterpretasikan artikel-artikel yang telah ditulis dalam blog ini dan page OMG! Hackers?.

Album Malique – Pejamkan Mata.

Ayat pembukaan di atas adalah dari lirik lagu SALUT yang telah dinyanyikan oleh Malique dengan penampilan Ariz. Sejak tampil solo begitulah tingkah laku Malique, beliau akan bergandingan dengan sesiapa sahaja kecuali – Joe. Mungkin ada satu lagu iaitu 2010 Masih Hip-Hop yang menampilkan Joe Flizzow sekaligus memberi harapan kepada peminat tegar yang Too Phat akan kembali.

Tapi kini dah nak masuk 7 kali Raya, Too Phat memang tak kembali lagi. Tak tahulah kalau ada peluang sebelum mata ini tertutup kita akan dapat melihat ia berlaku – harapnya begitulah.

Oh ya, berbalik kepada artikel, menyebut mengenai ‘mata tertutup‘, yang menjadi konsep dalam cover album Malique – Pejamkan Mata tahun 2017 ini, ianya telah mendapat perbincangan hangat di kalangan rakan-rakan maya terutamanya mereka yang memang terlampau sensitif dengan ‘the all-seeing eye’ atau Dajjal, Freemason, teori konspirasi, bla bla bla.

Tapi benarkah Malique nak ‘bercerita’ tentang Dajjal pada cover album dan lagu Pejamkan Mata beliau, atau sebenarnya ada sesuatu yang terselindung yang ingin disampaikan oleh beliau namun tidak secara langsung.

Ianya adalah seperti bait lirik Salut itu, iaitu ‘Lirik Malique bukan teks tapi kodeks macam Hammurabi atau Nag Hammadi jangan kupas mesti carigali‘.

Saya mudahkan minda anda, berikut adalah pautan rujukan:

>>> The Code of Hammurabi

>>> The Nag Hammadi Library

Sila baca kedua-dua artikel di atas dan tolong fahamkan. Begitulah Malique, apabila berbuat sesuatu pun ingin beliau sampaikan dalam cara berkias.

“Dalam dunia yang maya prejudis dan bias,

Kita tak terlepas dari terkena tempias,

Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias“.

Maka dah tentu, ianya BUKAN ada kena mengena secara terus kepada Dajjal, The Eye of Providence (all-seeing eye of God) atau Illuminati. Mudah sangat. Itu bukan cara Malique.

Sukalah untuk saya tunjukkan kesemua gambar album dari luar hinggalah ke dalam yang telah saya ambil, satu demi satu:

Ini merupakan paparan bahagian depan cover yang menjadi kontroversi, memaparkan mata di dahi sedang terbuka.

 

Bahagian dalam, menunjukkan mata di dahi sedang tertutup.

 

Belakang kulit album, menunjukkan dua mata terbuka, mata di dahi tertutup.

 

Tak taulah siapa di sebalik topeng tu, rasanya macam Malique.

 

CD, yang dicetak mata dua tertutup manakala mata di dahi terbuka.
Bahagian belakang album, sekali lagi memaparkan dua mata terbuka, mata di dahi tertutup.

Jadi apa sebenarnya semua ini? Tidak lain tidak bukan hanyalah METAFORA Malique kepada MATA KETIGA, atau orang tua-tua zaman dahulu panggil sebagai MATA HATI.

Kalau perasan, dalam ketiga-tiga keadaan mata terbuka atau tertutup tersebut, kesemuanya menggambarkan keadaan yang sama iaitu MULUT tertutup rapat tanpa dapat dibuka.

Tak ramai yang mampu berbicara mengenai mata hati, kerana ia bukan sekadar retorik klasik, tetapi ia lebih dari itu. Ia merupakan suatu kritikan sosial terhadap masyarakat zaman sekarang, yang lebih banyak bercakap dari memerhatikan perkara sebenar.

Kata-kata yang sepatutnya dilafaz menggunakan ilmu dan minda, bukan setakat cakap kosong di kedai kopi semata-mata. Namun itu tidak berlaku, di mana masyarakat menjadi caca wal marba, bidang kau bidangku jua, aku pun boleh jadi ustaz asalkan pandai Google.

Kebanyakan orang-orang kita juga lebih suka memandang sesuatu secara zahir, tanpa memandang ia dengan mata batin, tanpa merenung kebenaran di sebalik sesuatu. ‘Orang kita’ terus menutup mata terhadap apa sebenarnya yang terjadi, mungkin kerana ia lebih mudah berbanding terpaksa berfikir untuk kebenaran.

Paling teruk, adalah ketiga-tiga mata tertutup. Orang jenis ini yang digambarkan Malique dalam lagu single utamanya iaitu Pejamkan Mata, dalam bait,

“Katanya mata penamu tak mencoret solusi,

Kata magismu takkan mampu cetus revolusi,

Manusia kan sentiasa menyakiti,

Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi”.

Suka untuk saya petik sesuatu yang saya perasan iaitu konsep ini juga ada persamaan sedikit-sebanyak dengan ‘Three Wise Monkeys‘. Ketiga-tiga ‘monyet bijaksana’ ini mewakili perumpamaan “see no evil, hear no evil, speak no evil”.

Speak no evil – digambarkan dengan mulut yang terkunci rapat.

Kalau perasan juga, dalam kesemua gambar, tiada satu pun Malique letakkan gambar ketiga-tiga mata TERBUKA. Kenapa? Kerana ianya memang sangat RARE (jarang berlaku). Mencari seorang manusia yang sangat bijaksana (wise), dan mampu melihat semua perkara yang berlaku secara penilaian ‘luar dan dalam’ adalah sangat-sangat sukar untuk ditemui.

Siapa lagi yang mampu memandang dengan pandangan Al-Haq? Memandang melalui sifat ‘Basar’ Sang Pencipta?

Jawapannya seperti yang telah dibicara – susah, sangat susah untuk kita jumpa. Kalau jumpa maka beruntunglah badan, gading bertuah sanggup digadaikan.

Views: 83

Iklan Newspaper Inline

[Tutorial] Cara Pasang Exodus Pada Kodi 17 Dan 17.1 RC

0

Kalau nak diikutkan, Kodi 17 kod nama ‘Krypton’ dah ok. Cuma versi RC 17.1 ni agak tak stabil sikit. Addon Exodus sedikit buggy padanya. Namun, untuk jimatkan masa, abam tuliskan cara untuk kita setup/install addon Exodus pada Kodi 17.1 yang mana letak duduk tetapannya (settings) adalah sama dengan versi 17.

Cuma versi 17/17.1 ini memang sedikit mencabar buat yang baru mengenali Kodi. Silap-silap boleh menangis sebab kusut kepala. Kih kih kih. Apapun mari kita teruskan kepada tutorial hari ini.

Dalam tutorial ini, abam cuma menggunakan Exodus hanya sebagai contoh sahaja. Cara yang sama boleh digunakan untuk pasang addon lain yang anda minat, contohnya Phoenix.

Cara Setup/Install Exodus Pada Kodi 17/17.1 RC

Klik pada setiap gambar untuk paparan yang lebih jelas.

1. Pertama sekali, kita kena enable dulu tetapan untuk membolehkan kita pasang sesuatu dari sumber luar, sama macam Android la kalau nak senang faham. Kita perlu enable ‘Unknown sources’ via Settings – System Settings – Add-ons – Unknown sources. Kemudian klik Yes.

2. Setelah itu, klik pada Settings.

3. Klik pada File manager.

4. Dari sini, klik pula pada ‘Add source’.

5. Seterusnya masukkan URL http://fusion.tvaddons.ag, dan pada namanya letakkan Fusion, atau apa-apa nama yang anda suka.

6. Kemudian, keluar dari tetapan itu, dan pergi kepada Add-ons.

7. Klik pada ikon paling kiri di atas. Ia mewakili atau bermaksud ‘Add-on browser’.

8. Klik ‘Install from zip file’.

9. Klik pada nama ‘Fusion’ yang telah anda letakkan sebentar tadi (atau apa-apa nama lah yang anda suka tu).

10. Klik ‘kodi-repos’.

11. Klik ‘english’.

12. Cari fail repository.exodus-*.*.*.zip. Contoh adalah seperti gambar di bawah.

13. Tunggu sehingga terpapar notifikasi ‘Add-on installed’ seperti gambar di bawah ini.

14. Setelah siap, pergi kepada ‘Install from repository’.

15. Pilih ‘Exodus repository’.

16. Klik ‘Install.

17. Tunggu sehingga notifikasi  ‘Add-on installed’ terpapar seperti gambar ini.

18. SIAP! Add-on Exodus sudah pun dipasang!

Sedikit pro tips, sila pasangkan URL Resolver melalui pautan ini : script.module.urlresolver

Pilih versi paling baru. Kemudian anda pasangkan melalui Add-ons – Install from zip file – dan cari fail yang telah anda muat turun itu melalui sistem operasi anda. Pasangkan ia, tunggu sehingga notifikasi pemasangan selesai.

Perkara ini penting supaya Kodi dapat menjalankan add-on yang telah dipasang tersebut. Selamat mencuba!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Membuat Dan Menggunakan Akaun PayPal Tanpa Kad Kredit

0

*Kepada blog babab.net dan techsemut, sudah-sudahlah copy paste artikel orang. Kalau anda berikan kredit dalam bentuk pautan kembali kepada blog ini, tiada masalah. Tetapi ‘kredit’ pun hanya dalam bentuk teks. Siapa yang boleh klik kalau macam tu?

Nak buat blog, tulislah sendiri. Senang betul kerja korang main salin artikel orang.


Apa Itu PayPal?

PayPal ialah proses pembayaran yang diterima secara meluas dan digunakan hampir di semua check-out bagi pembelian di internet. Mudah, kerana pengguna tidak perlu memasukkan maklumat kad kredit/debit setiap kali ingin membeli sesuatu.

Kegunaan

PayPal ni, selain boleh digunakan untuk membayar, juga boleh digunakan untuk menerima bayaran. Baru-baru ini akaun PayPal saya telah digunakan untuk terima satu bayaran dan kebetulan dari situ saya dapat tahu serba-sedikit ciri akaun yang akan diterima bagi proses mendapat wang dari sesebuah pihak.

Antaranya bayaran tersebut perlu berjumlah melebihi 100USD, akaun perlu berada dalam keadaan baik lebih dari 60 hari dan ada satu lagi yang saya lupa. Heheh.

Apapun sebenarnya nak buat dan guna akaun PayPal ni amatlah mudah. Tidak seperti dulu, akaun PayPal dah boleh digunakan bersama kad debit sahaja, tak perlu kepada kad kredit, dan setiap pembelian anda tidak perlu lagi ‘topup’ wang ke dalam akaun PayPal.

Biarkan sahaja jumlahnya 0.00 pun anda masih boleh membeli-belah asalkan dalam akaun bank anda masih ada duit lah! Janganlah dalam bank pun tinggal RM0 anda nak beli barang juga.


Daftar Akaun

1. Baiklah, untuk mendaftar akaun PayPal, sila ke pautan URL ini : PayPal Malaysia

Klik pada ‘Sign up now‘.

2. Klik ‘Get Started‘ pada bahagian ‘Buy with PayPal‘.



3. Masukkan maklumat e-mel dan kata laluan pilihan.

4. Masukkan pula maklumat diri anda. Letakkan maklumat diri yang betul.

5. Masukkan pula maklumat kad debit anda. Dalam tutorial ini saya cuba masukkan maklumat kad debit Maybank saya (sebab ada permintaan dari pembaca yang mahu saya cuba kad debit Maybank).

6. Ehhh, dah siap? Senang benor.

7. Sila periksa e-mel anda, dan sahkan akaun PayPal anda melalui pautan yang diberi.

8. Seterusnya, kita cuba tambahkan atau pautkan akaun bank ke akaun PayPal yang baru siap dibuat itu. Anda klik pada ‘Link a bank account‘.

9. Sila masukkan info akaun bank anda. Untuk ‘MEPS bank routing code’ bagi Maybank ialah MBBEMYKL.

Berikut adalah senarai bank yang disokong oleh PayPal berserta MEPS bank routing code:



10. Masukkan maklumat bank yang betul – jangan letakkan akaun palsu.

11. Apabila anda sudah pasti – klik Save.

12. SIAP. Anda sudah boleh gunakan akaun ini untuk beli apa-apa yang anda minat di internet!

Demikianlah tutorial untuk hari ini. Saya berharap anda dapat manfaatkan akaun PayPal anda itu untuk apa-apa tujuan yang baik. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda! Terima kasih.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Anda Boleh Godam WhatsApp Dan Telegram Orang Lain Menggunakan Gambar?

0

Selepas ini jika seseorang menghantar anda gambar mengenai kucing comel dan sebagainya di Whatsapp atau Telegram, maka anda perlulah berhati-hati sebelum klik untuk melihat gambar tersebut. Ia mungkin mampu menggodam akaun anda dalam sekelip mata.

Kerentanan sekuriti baru-baru ini telah ditampal oleh kedua-dua syarikat yang terkenal dengan end-to-end encryption  iaitu Whatsapp dan Telegram. Kerentanan sekuriti itu membenarkan penggodam untuk mengambil alih akaun pengguna dengan mudah. Hanya memerlukan pengguna untuk menekan sebuah gambar.

Menurut kepada syarikat sekuriti Chekpoint, kerentenan tersebut disebabkan oleh cara Whatsapp dan Telegram memproses gambar dan fail multimedia tanpa mengesahkan ianya mungkin mengandungi malicious code

Berikut adalah demo bagaimana penggodam mampu mengambil alih akaun Whatsapp dan Telegram anda.

Mengapa kerentanan sekuriti ini belaku tanpa di dikesan?

Whatsapp dan Telegram  menggunakan end-to-end encryption di mana tiada siapa tahu kecuali penghantar dan penerima dan end-to-end encryption ini juga merupakan punca utama kerentanan sekuriti. Sejak ianya encrypted kepada kedua-dua pengguna, Whatsapp dan Telegram tidak mengetahui malicious code tersebut dihantar kepada penerima seterusnya tidak dapat membendung ianya dari berlaku.

Pihak Whatsapp menampal kerentanan sekuriti tersebut dalam masa 24 jam pada hari khamis, 8 mac manakala Telegram  menampal kerentanan sekuri tersebut pada hari isnin.

Sejak ianya sudah ditampal di server, pengguna tidak perlu mengemaskini aplikasi untuk mencegah dari serangan tersebut. Pengguna hanya perlu restart penyemak imbas browser.

Versi web Whatsapp dan Telegram sekarang perlu melepasi pengesahan sebelum end-to-end encryption datang. Ini dapat memastikan fail malicious dapat dihalang.

Sumber The Hacker News

Views: 27

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Melepaskan Kemaskini OxgenOS 4.1.0 Bagi OnePlus 3/3T

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
OnePlus melepaskan kemaskini rasmi bagi OxygenOS, iaitu 4.1.0 yang terdapat versi Android yang terkini, iaitu 7.1.1 Nougat.
Ada apa update kali ini? Saya akan ceritakan di bawah

Kemaskini ini merupakan incremental, bukan Full OTA dan dilepaskan secara berperingkat jadi harap bersabar ye?
Ini changelog yang terdapat dalam OxygenOS 4.1.0 (7.1.1) OTA bagi OnePlus 3 dan 3T

  • Naiktaraf Android 7.1.1
  • Kemaskini patch keselamatan Google, 1 March 2017
  • Menambah expanded screenshots (sebelum ini, cini ni terdapat pada versi Beta sahaja)
  • Meningkatkan gambar objek bergerak dengan mengurangkan blur
  • Meningkatkan kestabilan video semasa rakam
  • Meningkatkan sambungan Wi-Fi
  • Meningkatkan sambungan Bluetooth
  • Beberapa ralat umum diperbaiki
Jika anda mengalami sebarang masalah, sila klik pautan di bawah :

Jika anda dari versi Beta, sila lakukan clean install dan pasang versi terkini rasmi OxygenOS untuk dapatkan OTA ini. Contoh, pasang OxygenOS 4.0.3 dan tunggu OTA 4.1.0 kerana versi Beta hanya dapat OTA versi Beta sahaja.
Bagi pengguna yang root, sila unroot dahulu dan bagi yang sudah tukar recovery TWRP, sila pasang versi rasmi yang terkini dan incremental OTA. (saya lebih suka clean install, untuk mengelakkan sebarang masalah.
Selamat menunggu, dan tahniah anda sudahpun mendapat kemaskini rasmi OxygenOS 🙂
Never Settle


Jika anda rajin, sila-sila la jenguk pautan bawah ini untuk menanti Full OTA bagi versi rasmi dan Beta. Ja ne 😀
Download

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Melancarkan OnePlus 3T Hitam Mitam, Edisi Colette

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Mesti tertanya-tanya kenapa logo OnePlus ni berwarna biru?
Untuk pengetahuan anda, OnePlus mengeluarkan satu produk baru yang agak edisi terhad. Saya akan terangkan di bawah 🙂

OnePlus mengumumkan secara rasminya OnePlus 3T versi warna hitam, merupakan edisi khas dan terhad yang dijual di bawah penjenamaan ‘OnePlus 3T Colette Edition’. OnePlus telah bekerjasama dengan kedai konsep Perancis ‘Colette‘ untuk menghasilkan OnePlus 3T edisi sempena untuk meraikan ulangtahun butik fesyen tersebut yang ke-20. Hanya 250 unit sahaja dalam pasaran, dan kesemua belakang OnePlus 3T edisi terhad tersebut mempunya logo ‘colette’ yang terkenal di belakang. Sebab tu logo OnePlus warna biru 🙂

Tapi sayang, dekat Paris ja, arrrhhh!! 

Untuk dapatkan OnePlus 3T Edisi Terhad ni, hanya terdapat secara eksklusifnya di kedai Colette di Paris. Jualan bermula 21 Mac ini, pada pukul 11 pagi (waktu sana la) dari kedai tersebut dan terdapat 250 unit sahaja (dah bagitau dah kat atas -_-) serta model tersebut dijangka akan habis dijual dengan cepat! OnePlus mengatakan bahawa mereka hanya mengeluarkan edisi ini terhad, jadi rebut peluang untuk mendapatkan peranti edisi terhad.

Ini lokasi kedai tersebut

Ini link bagi alamat tersebut, sesiapa nak pi sana? Colette

OnePlus 3T Edisi Colette merupakan model stor penyimpanan 128GB dan harganya €479 (~$510 dan ~RM2280) dan untuk pembeli yang awal akan dapat sepasang (memang sepasang, mana ada sebelah headphone -_-) OnePlus Bullets (headphone tau, bukan peluru ka apa :P) secara percuma! (ini menarik!)

Jika anda suka telefon pintar anda berwarna hitam, ada banyak duit dan taktau nak buat apa, dan tinggal di Paris atau berkemampuan pergi ke Paris serta nak penjenamaan Colette dekat telefon pintar anda lambang kemewahan dan kekayaan, maka berbaloilah anda membeli OnePlus 3T, Edisi Colette. Bagi yang biasa2, OnePlus 3 or 3T pun sudah memadai, cuma kaya sikit tu sambar lah OnePlus 3T 128GB hahahaha.

* Jika ada sebarang pertanyaan dan nak berkongsi pendapat, komen kat bawah nah? Ja ne 😀

Sumber : xda-developers

Belanja sikit gambar OnePlus 3T Edisi Colette 😀

Sumber gambar dari AndroidCentral

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu WebRTC, Dan Bagaimana Cara Mencegah Ketirisan WebRTC

0

WebRTC (Web Real-Time Communication) menyediakan kebolehan komunikasi masa sebenar kepada pelayar web dan aplikasi mobil. Secara asasnya WebRTC menggunakan Javascript untuk mengaktifkan audio dan video peer-to-peer, dan web aplikasi perkongsian data, yang dijalankan pada pelayar web tanpa sebarang plugin tambahan.

WebRTC disokong oleh pelayar web berikut:

  • Desktop PC: Google Chrome 23+, Mozilla Firefox 22+. Opera 18+, Microsoft Edge 12+.
  • Android: Google Chrome 28+, Mozilla Firefox 24+. Opera Mobile 12+.
  • Chrome OS.
  • Firefox OS.

Ketirisan WebRTC

Menurut Threatpost, pengguna VPN terdedah kepada kerentanan sekuriti apabila laman web dapat ‘melihat’ alamat IP sebenar mereka melalui WebRTC. Kerentanan ini dipanggil sebagai WebRTC Leak atau Ketirisan WebRTC.

Anda boleh periksa sama ada anda terdedah atau tidak di laman IPLeak.net.

Jika anda sedang disambungkan kepada VPN tetapi anda dapat melihat alamat IP dari ISP anda, maka sistem anda sedang meniriskan permintaan WebRTC, lalu menjadikan alamat IP anda terdedah dan terbuka meskipun sambungan internet anda telah dienkrip oleh VPN.

Cara Mencegah

Terdapat beberapa cara mencegah ketirisan WebRTC, antaranya ialah dengan memasang extension (Chrome) atau Addon (Firefox) yang berkaitan.

Atau, jika anda menggunakan Firefox, masukkan about:config di bar alamat, tekan Enter.
Kemudian, cari media.peerconnection.enabled. Setkan nilainya kepada false. Rujuk thread Reddit ini untuk maklumat lanjut.

Jika anda menggunakan Chrome, anda boleh pasangkan extension WebRTC Leak Prevent. Jika anda menggunakan Chrome pada Android pula, taipkan chrome://flags/#disable-webrtc pada bar alamat, setkan nilai kepada enable.

Setelah semuanya dibuat, jika anda periksa semula di IPLeak.net, ini yang akan dipaparkan:

Cara paling selamat ialah dengan menggunakan VPN yang mempunyai ciri perlindungan dari ketirisan WebRTC, seperti ibVPN, HideMyAss, NordVPN, dan yang paling terbaru saya gunakan ialah TorGuard Anonymous VPN. Selamat mencuba!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Repost: Muat Turun E-Book Anonymous Surfing

0

Tahukah anda, dahulu saya pernah menulis sebuah e-book bertajuk Anonymous Surfing? E-book ini saya berikan percuma sahaja untuk anda muat turun, dan ia pernah dikompilasikan oleh seseorang individu yang kemudiannya menjadikan ia sebagai bahan untuk membuat duit! Ya, siap jual kot brader tu. Hampeh.

E-Book sebanyak 18 muka surat ini telah ditulis pada tahun 2012, sebanyak 2 kali, kerana kali pertama ia telah dipadam oleh Mediafire! Untuk kali kedua saya olah dan dapatkan cover e-book yang baru seperti di atas!

E-book ini adalah tentang kepentingan untuk menyembunyikan alamat IP, iaitu asas jika anda ingin mendalami tentang enkripsi sambungan internet supaya tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak. Tak guna tulis panjang lagi, anda boleh muat turun melalui pautan di bawah!

Klik untuk muat turun >>> Anonymous Surfing

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

10 Ciri Penting Pada Sesebuah Perkhidmatan VPN

0

Apabila kerap bertukar-tukar service provider VPN disebabkan beberapa faktor yang kritikal, saya tergerak hati untuk berkongsi antara ciri-ciri paling penting yang tidak dapat tidak harus ada pada sesebuah perkhidmatan VPN yang akan dilanggan.

Berikut adalah senarainya ciri-ciri tersebut.

1. ‘Work out of the box’.

Bererti dengan satu klik pada satu butang, ia akan terus dapat disambungkan pada pelayan, protokol, dan cipher pilihan.

Jika satu klik, ia gagal, bagus jika ia ada alternatif atau kaedah lain untuk menjalankan enkripsi. Namun jika semua kaedah tidak berjaya, sila tinggalkan servis ini.

Mereka bukan pakar, sebaliknya hanya sekadar mengikut servis sedia ada.

2. Tidak menyimpan log.

Ini penting, supaya objektif utama anda untuk kekal ‘anonymous’ tercapai. Jika ada log yang disimpan, anda masih lagi boleh dijejak.

Jadikan ciri ini antara ciri kritikal dalam menilai perkhidmatan mereka!

3. Live chat.

Ya, live chat ini penting. Terkadang kita tiada masa untuk menunggu jawab balas dari e-mel yang dihantar sewaktu membuka tiket.

Jika live chat ada – tandakan (centang) kotak OK!

4. Menjawab DMCA tanpa menuding ke arah seseorang pengguna.

Perkara ini pernah saya hadapi sewaktu menggunakan VyprVPN. Saya akui, saya amat sukakan Chameleon mode pada VyprVPN itu, namun apabila mendapat notis DMCA, mereka dengan cepat menghantar e-mel amaran, dan selepas beberapa kali e-mel diberikan, akaun saya ditutup serta-merta.

Ini menunjukkan bahawa mereka menyimpan log yang dengan jelas boleh mengembalikan sesuatu ‘error’ kepada seseorang pengguna. Ia juga menunjukkan tiada privasi mutlak meskipun anda dikatakan sedang menggunakan servis enkripsi.

5. Boleh muat turun TORRENT.

Saya memang ‘kaki’ torrent. Jadi setiap servis yang tidak boleh memberikan kebebasan kepada penggunanya untuk muat turun torrent adalah NOOB. End of argument.

6. Boleh strim Netflix.

Meskipun ciri ini tidaklah terlalu kritikal, ianya adalah bonus yang amat baik. Pada saya servis yang masih belum mampu menangani isu Netflix juga adalah NOOB, namun masih boleh diberikan ruang kedua jika sudah tiada yang paling murah ketika poket sudah mula dipenuhi habuk. Hehe.

7. Klien VPN yang menawarkan ciri ekstra.

Kalau VPN tersebut masih lagi menggunakan klien sumber terbuka OpenVPN, pada saya mereka ini masih belum cukup serius, masih mentah, dan masih lagi hanya mampu menjana config ‘biasa’.

Sebaik-baiknya, mereka mesti mempunyai klien yang dikod sendiri – identiti sendiri – yang mempunyai ciri-ciri:

1. Pencegahan ketirisan IPv6.
2. Pencegahan ketirisan DNS.
3. Perlindungan dari malware, trackers, iklan-iklan.
4. Boleh menukar port, cipher, protokol.
5. Boleh menambah ciri lain sperti proxy, IP spesifik (contohnya untuk Netflix), atau ‘custom header’.

Kalau ada ‘kill switch’ juga adalah satu bonus yang baik. Siapa tidak dapat menjangka sambungan internet kita boleh terputus bila-bila masa, dan kill switch adalah satu bentuk perlindungan ekstra.

8. Jumlan pelayan (server) yang baik.

Pada saya jika sesebuah servis hanya mempunyai pelayan yang kurang dari 10 buah negara/alamat IP, ia berkemungkinan:

1. Syarikat yang tidak serius, hanya sekadar menjalankan bisnes ini secara ikut-ikutan.
2. Syarikat start-up/baru. Boleh diberikan peluang jika kliennya mempunyai ciri-ciri di atas.

9. Anti-DPI.

Sekali lagi jika ciri ini tidak ada, anda boleh membuat penilaian semula. Anti-DPI adalah penting untuk menangani isu Deep Packet Inspection yang selalu dijalankan oleh ISP dan kerajaan.

10. Sokongan platform berbilang (multi-platform/OS).

Klien VPN yang ada pula haruslah menyokong kesemua platform/sistem operasi major yang ada iaitu Windows, Mac, Linux, Android, dan iOS. Jika ia hanya menyokong sistem operasi tertentu sahaja, contohnya hanya menyokong Windows, atau Android, maka tinggalkanlah. Cari saja servis yang lain.

Ciri ini juga amat penting, kerana sokongan platform berbilang menunjukkan kematangan servis/syarikat itu dan para staf, dari segi pengalaman mereka, dan juga kemahiran mengendalikan servis tersebut.

Bonus:

11. Satu lagi ciri bonus, ialah kelajuan (speed).

Kalau melanggan VPN, pastikan kelajuan yang anda dapat adalah baik. Jika kelajuan yang diperoleh adalah perlahan, berkemungkinan terdapat beberapa sebab yang menjadikan ia begitu, antaranya ialah pelayan yang overload dengan pengguna, kelajuan pelayan yang sememangnya perlahan, serta VPN itu sendiri yang tidak dioptimumkan.

12. Menyokong protokol OpenVPN!

Ya, selain Anti-DPI yang disebutkan di atas, ciri sokongan terhadap protokol OpenVPN juga adalah amat-amat penting! OpenVPN yang dikombinasikan bersama Anti-DPI, adalah gandingan super mantap

13. Mempunyai akses, kawalan, dan posesi terhadap pelayan mereka!


Bagaimana mereka boleh menjamin hak privasi anda, jika pelayan pun mereka SEWA?? Pelayan yang disewa, adalah pelayan yang boleh diakses oleh pihak ketiga. Jadi sila pastikan syarikat yang anda langgan itu benar-benar mempunyai hak ke atas pelayan mereka, atau sekurang-kurangnya benar-benar dapat menjamin data anda selamat dari jatuh ke tangan pihak ketiga yang anda tidak mahu!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Spotify Hi-Fi: Spotify Bakal Menawarkan Penstriman Berkualiti Lossless/FLAC

0

Sebelum ni saya pernah mencuba Tidal HiFi, sebuah perkhidmatan penstriman muzik yang menawarkan audio berkualiti lossless atau FLAC.

Sepanjang menggunakannya, memang amat terasa perbezaannya untuk audiophile seperti saya. Dari segi kejelasan dan dinamik sememangnya amat terasa perbezaan. Namun, barang yang lepas usah dikenang, kalau dikenang merana badan. Heheheh. Mana tidaknya, untuk langganan berkualiti FLAC anda perlu bayar sebanyak RM29.80. Adui, boleh tahan.

Jadi apabila tertiris sahaja pelan HiFi versi Spotify, saya tidak dapat lagi menahan rasa dan melonjak kegembiraan. Spotify baq hang, tetiba ada FLAC, sapa tak mau!

Menurut sumber dari The Verge, Spotify baru-baru ini telah mencuba untuk melepaskan pelan aras terbaru mereka iaitu HiFi ini kepada beberapa kelompok kecil pengguna, dengan tambahan sebanyak $5 dan $10, melebihi langganan kebiasaan iaitu $10.

Tak pasti anggaran jika ia dilepaskan di Malaysia berapa pula, namun harapnya tidaklah seperti Tidal. Jika ia dilepaskan di sini dengan harga RM18, rasanya ramai juga yang akan menjadi pelanggan setia.

Apapun kita sama-sama nantikan keputusan akhir dari Spotify. Semoga Spotify HiFi ini mampu milik/langgan dan dapat dilepaskan dalam masa yang terdekat ini.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline