Utama Blog Laman 160

NetSpeedMonitor 32/64-bit For Windows XP/7/Vista/8/8.1/10 Download

0

Ramai juga yang berminat rupanya dengan aplikasi yang dah beberapa tahun saya gunakan pada Windows ini, sejak dari Windows XP lagi kalau tak silapnya.

Aplikasi ini ringkas sahaja, memaparkan kelajuan internet muat turun dan muat naik pada taskbar – sama ada dalam unit bits atau bytes, ikut kemahuan dan keserasian dengan diri anda.

Ya, ringkas sahaja, sama seperti Internet Speed Monitor Pro yang dibuat untuk Android, fungsinya tidaklah jauh berbeza pun. Bukan apa, dengan adanya ‘internet speed monitor’ ini, sekurang-kurangnya kita akan dapat lihat kelajuan internet dan memantaunya jika perlu.

Contoh apabila ia perlahan sahaja, dengan cepat saya akan periksa satu demi satu tetapan dan lain-lain punca ia menjadi begitu untuk tujuan troubeshoot.

Apapun, tak perlu bicara panjang, terus sahaja kepada perkara pokoknya. Pautan muat turun adalah seperti yang anda dapat klik di bawah.

Muat turun NetSpeedMonitor:

NetSpeedMonitor 32-bit

NetSpeedMonitor 64-bit

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Review Digi Postpaid™ 80 INFINITE: Selamat Tinggal Dunia Buffering, Selamat Datang Data Infiniti

0

Setelah beberapa hari menanti, akhirnya kad sim yang saya telah ambil dari pejabat GD Express telah pun diaktifkan. Perkara pertama yang ingin saya lihat ialah simbol ‘4G’ di atas status bar setelah beberapa bulan menggunakan webe yang mana hanya ‘3G’ di mana-mana.

Tapi dalam artikel ini bukan saya hendak menghentam webe, jauh sekali hendak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berbaur kebencian. Kerana sepanjang menggunakan webe, pada saya dengan harga RM79 + GST sikit tu, adalah amat berbaloi sekali untuk data yang tidak dikira.

Juga dalam artikel kali ini bukannya saya hendak bercerita tentang webe, sebaliknya saya hendak bercerita tentang Digi Postpaid™ 80 INFINITE, yang telah dinanti-nantikan oleh para rakan-rakan saya setelah ianya dilancarkan secara rasmi oleh Digi.

Sebelum saya berkata apa-apa, eloklah anda tonton terlebih dahulu kelajuan strim YouTube, plan 80 INFINITE ini. Tiada lagi buffering, akhirnya!

Ya benar, apa yang anda telah tonton di atas itu BENAR BELAKA. Digi telah MENIPU kita. Digi telah berjanji untuk memberikan kelajuan sekurang-kurangnya 5Mbps namun sejauh ujian yang telah saya lakukan, saya telah mendapat sebanyak 11Mbps!

Diulangi, 11Mbps!!

YA, tanpa apa-apa ‘trick’, tanpa apa-apa ekstra pun yang perlu saya lakukan.

Digi BERBOHONG nampaknya, dan untuk itu saya TERPAKSA mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana kelajuan yang saya peroleh pada telefon bimbit murah saya ini adalah lebih dari yang telah dijanjikan! Terima kasih Digi!

Sebab-Sebab Bertukar

Anda semua tahu, anda semua sedia maklum, saya tidak pernah menggunakan internet tanpa VPN melainkan telefon panas, bateri dah nak kong, ataupun invois VPN belum dibayar. Selain semua situasi itu, saya akan sentiasa menggunakan ia – untuk apa juga aktiviti.

Namun, rangkaian webe nampaknya agak sedikit ‘cerewet’ kerana tidak menyokong sambungan kepada rangkaian VPN pilihan saya, iaitu TorGuard. Diakui sendiri oleh kakitangan webe, sememangnya mereka tidak menyokong rangkaian VPN dan apabila kelajuan menjadi unbearable, unusable, pada saya telah tibanya masa untuk bertukar.

Ternyata telahan saya tepat apabila sebaik sahaja TorGuard disambungkan kepada rangkaian Digi, kelajuan masih kekal seperti biasa.

Tak lupa juga, kelajuan tanpa menggunakan VPN pada plan Digi INFINITE ini adalah amat memuaskan hati, di mana setiap muat turun yang telah saya lakukan mendapat lebih dari 5Mbps, iaitu lebih dari yang telah diwar-warkan dalam laman web Digi.

Berikut adalah antara beberapa lagi tangkap layar yang sempat saya ambil sebagai bukti.



Selain dari kelajuan, tahukah anda, Digi kini sudah menyokong VoLTE (untuk sesetengah peranti)? Juga menyokong LTE-A? (Google sendiri untuk mengetahui mengenai dua ciri ini ya).

Baiklah. cukuplah setakat ini sahaja info yang mampu saya berikan. Cakap banyak pun tak guna juga sebab Digi dah pun tutup (mungkin buat masa ini) pelan 80 INFINITE ini. Apapun, harapnya ia dibuka semula kerana saya yakin dan pasti, selepas review INI dipos, ramai yang akan meraban sakan mahukan pelan ini dilepaskan.

Sebelum artikel ini ditutup, saya belanja sikit tangkap layar speed test.

Nota: Semua kelajuan di atas adalah dalam unit bits, bukan bytes.
P/s: But still FAST.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

INORI (Prayer): Persembahan Tarian Dengan Perubahan Wajah Melalui Super High Speed Face Mapping

0

‘INORI: Prayer’ ialah sebuah persembahan tarian yang memaparkan perubahan pada wajah penari menggunakan ‘real-time facial projection mapping‘.

Dalam tempoh satu minit, penonton dapat melihat perubahan wajah pada penari-penari tersebut menjadi tengkorak, badut, dan patung yang menakutkan.

INORI (prayer) / The Making of.

Projek ini merupakan sebuah kolaborasi antara Nobumichi Asai dan studio reka bentuk WOW, serta University of Tokyo’s Ishikawa Watanabe Laboratory.

Video tersebut menerangkan bahawa bagaimana University of Tokyo itu mereka bentuk projektor berkelajuan tinggi yang memancarkan 1000 kerangka per saat. Dengan menggunakan projektor itu bersama sebuah sistem pemetaan 3D dan sensor penjejak yang tepat, pembuat video mampu menukar rupa penari dalam masa yang sebenar (real-time face changing).

Apapun jom layan dulu video tersebut.


Gempak bukan? Heheheh.


Views: 0

Iklan Newspaper Inline

The Return of Hackim Si Penggodam: Permulaan Kepada Sebuah Pengakhiran [Prolog]

0

Sebenarnya, telah lama Hackim tidak lagi mengambil tahu apa-apa lagi tentang ‘godam’ atau apa-apa jua yang berkaitan dengannya. Ini dek kerana setelah Hackim mula mendapat kerja dalam sebuah jabatan kerajaan, dia terpaksa memperlahankan semua aktivitinya.

Bagi Hackim kehidupan semasa zaman persekolahan dahulu yang penuh dengan aktiviti-aktiviti ‘Black Hat‘ terpaksa dilupakan, walaupun hati sedikit memberontak. Menjadi seorang penjawat awam memaksanya menyimpan kemahiran yang ada padanya, kerana kalau diketahui orang, akan menjadi sukar pula untuk Hackim cuba untuk melakukan ‘apa-apa’ sekiranya nanti keadaan memerlukan.

Hackim selalu berseorangan dalam apa juga yang dibuat olehnya. Dia lebih senang begitu, meskipun ada juga rakan-rakan yang setempat kerja dengannya selalu mengajak Hackim untuk ke mana-mana, Hackim lebih rela menjadi ‘lone wolf‘, kerana sepanjang hidupnya sebelum berkerjaya, dia sering kecundang apabila melakukan kerja-kerja secara berkumpulan.

Barangkali ada antara prinsip hidup Batman yang telah meresap ke dalam dirinya.

Namun itu semua berubah apabila Hackim menerima satu panggilan telefon misteri.

“Assalamualaikum encik Hackim. Saya Saiful, wakil Professor Arif diarahkan untuk menghubungi Encik Hackim”, suara yang serak-serak basah itu memulakan bicara.

“Waalaikumsalam, Profesor Arif? Siapa tu ya?”, Hackim tertanya-tanya siapakah gerangan Professor yang sedang ‘mencari’ dirinya.

“Saya harap encik Hackim boleh lapangkan mana-mana hari, sebab kami akan pergi berjumpa dengan encik dalam tempoh waktu terdekat ni”.

“Ehh, tapi kenapa? Korang ni siapa? Kenapa nak jumpa saya pula?”, Hackim berasa sedikit cemas dan berang dengan kenyataan santai dari Saiful itu, seolah menyatakan seakan tiada apa yang patut dicemaskan.

“Baiklah encik Hackim, encik boleh tunggu di rumah sahaja, atau di pejabat. Kita akan berhubung lagi. Saya harap encik tak ke mana-mana selain dua tempat ni ya. Professor Arif amat menantikan kehadiran encik dalam team kami”.

“Terima kasih encik Hackim atas kerjasama”, Saiful mengakhiri ‘perbualan’ antara keduanya, lantas terus menamatkan panggilan.

“Ehh nanti! Apa ni? Saya tak tahu apa-apa! Apa hal? Kenapa nak berjumpa dengan saya pula? Encik Saiful! Oiii!”, Hackim membentak marah. Nampaknya ada satu bentuk konspirasi aneh yang mengenali dirinya, seraya memerlukan kehadiran dirinya di ‘sana’, yang entah di mana.

“Ahh, apa pula ni. Tak pernah-pernah pula ada situasi macam ni. Tak sedap hatilah pula. Hmmm”, Hackim sekadar bermonolog dalam hati. Kusut-masai akal fikirannya berantakan memikirkan.

Hatinya sedikit sakit, dan juga berdebar dalam masa yang sama dek kerana dirinya kini ‘dikehendaki’. Dikehendaki barangkali oleh sebuah organisasi. Organisasi nan misteri.


Bersambung..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

10 Laman Tempat Muat Turun Dan Strim Filem

0

Sebenarnya malas abam nak tulis artikel macam ni. Sebabnya? Sebabnya meskipun abam sendiri pirater tegar untuk filem-filem, tetapi terlebih dahulu abam akan pergi ke panggung wayang menontonnya.

Namun buat mereka yang jarang sekali ada peluang untuk ke panggung, maka tiada jalan lain, muat turun adalah jalannya.


Berikut disenaraikan beberapa laman yang legal dan pirate untuk anda muat turun atau strim filem-filem dan rancangan-rancangan kegemaran anda.

1. LayanOn9

Abam selalu bukak laman ni untuk layan Maharaja Lawak Mega dengan Mentor Milenia je. Thanks to them I don’t have to subscribe to Asteruk-Bebenor anymore.


2. iflix

Kalau anda suka filem-filem Melayu yang agak lama jugak, contohnya Cicakman trilogy tu, haa, di sinilah tempatnya, gudangnya untuk anda menikmati semua filem-filem tersebut secara sah di sisi undang-undang. iflix boleh dilanggan dahulu secara percuma selama sebulan (akaun dalam tempoh percubaan) dan selepas itu bayaran bulanan cuma RM10.

3. Netflix

Ini juga satu lagi gedung atau gudang untuk anda menikmati pelbagai saluran yang menarik, serta filem-filem dan stand up comedy secara BERBAYAR. Heheheh. Serendah RM30+ sebulan, anda boleh strim kandungan di dalamnya tanpa had. Semua ada – cuma tinggal nak bayar sahaja.

4. YouTube

Ehh, tak, abam tak melawak. YouTube pun dah jadi ‘gudang’ pirates okeh. Cuma sedar atau tidak sahaja, dan sudah pastinya kena ‘pandai cari baru jumpa’. Biasanya abam hanya cari filem Tamil sahaja – itupun yang ada sarikata dalam bahasa Inggeris. Untuk filem dari US, kita kena cari di tempat lain la.

5. KumpulBagi

Di sini adalah laman yang biasanya akan abam buka bila semua tempat dah buat abam putus asa. Biasanya filem-filem Tamil yang menarik agak sukar didapati melalui laman-laman torrent, tetapi di KumpulBagi peluang untuk menjumpainya boleh dikatakan agak positif.

6. Ganool

Kalau anda jenis kaki muat turun tegar, rasanya laman ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dah beberapa kali juga domain-nya ditukar, tetapi lamannya masih kekal segar, tidak ditutup dan terus menerus dikemaskini. Yeahhh.

7. Cyro.se

Biasanya laman Cyro.se ini akan abam buka kalau nak cari episod-episod terbaru The Flash, Arrow, Supergirl, dan Legends of Tomorrow. Cari saja di sini, ia akan dikemaskini dengan sangat cepat sebaik sahaja satu-satu episod itu disiarkan.

8. ShAaNiG

Shaanig ni boleh dikatakan antara laman rujukan terbaik untuk mana-mana filem yang ingin anda muat turun melalui klien torrent – atau seedbox, atau laman-laman seperti ZbigZ.

9. MkvCinemas.Com

MkvCinemas.Com adalah laman paling sesuai untuk anda yang mencari filem-filem bersaiz kecil, dan berpautan terus (direct download link).



10. moviedetector

Laman terakhir ini juga adalah sebuah alternatif terbaik untuk para peminat The Flash, Arrow, dan lain-lain drama oleh DC. Selain itu, banyak juga filem-filem baru yang dikemaskini di sini. Semuanya dengan pautan terus, tak perlu klien torrent untuk muat turun.

Baiklah. Itulah dia senarai 10 laman untuk anda muat turun dan cari filem-filem, rancangan-rancangan, atau drama-drama kegemaran anda. Harap anda berpuas hati dan sudi kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda ya. Terima kasih!

Views: 12

Iklan Newspaper Inline

Terpakai.my a.k.a Terpakai Malaysia: Klon Mudah.my Yang Lebih Mudah Untuk Urusan Pengiklanan

0

Mudah.my tidak perlu diberikan introduksi lagi. Hampir seluruh pelusuk masyarakat kenal, waima mak budak tahun 1980an. Sebab sistem pengiklanan Mudah.my ini dah lama bertapak di Malaysia serta mempunyai jumlah pengguna yang semakin meningkat – tidak surut-surut sejak hari pertama ia dilancarkan.

Namun, tahukah anda, terdapat satu lagi laman pengiklanan yang perlukan recognition dari rakyat Malaysia, dek kerana mudahnya untuk menggunakan ia berbanding Mudah.my itu sendiri? (Yeah, pun intended).

Terpakai.my ialah sebuah laman yang memfokuskan kepada ruang pengiklanan percuma, ala Mudah.my namun dengan beberapa ciri tambahan yang mam

Berikut adalah antara ciri-ciri laman Terpakai.my:

1. Ianya adalah percuma dan tanpa had. Anda boleh beriklan 24/7.
2. Dipantau dan ditapis (filtered) oleh sistem, spam akan di padam.
3 Daftar dan log masuk serta terus beriklan dengan akaun Facebook atau Google. Sangat mudah.
4. Iklan akan terus dipaparkan jika lepas tapisan sistem.
5. Mempunyai panel pengguna yang menyimpan data pengunjung.

Berikut pula adalah beberapa paparan skrin laman Terpakai.my ini:


1. Ini ialah paparan log masuk untuk pengguna baru atau lama. Mudah, hanya perlu log masuk menggunakan akaun Google atau Facebook sahaja. Hanya beberapa klik anda sudah menjadi pengguna.

2. Paparan laman ketika selesai log masuk ke Terpakai.my @ Terpakai Malaysia.

3. Paparan carian iklan. Waktu ni saya dengan sengaja menyahaktif uBlock Origin. Nah, terpampang beberapa Google Adsense.

4. Ini pula adalah paparan senarai iklan, jika anda klik pada ‘Lihat Semua Iklan’.

5. Paparan iklan yang telah siap dipos. Nampak ‘bersih’ dan teratur sekali.


6. Ini ialah panel pengguna. Terdapat maklumat/info yang terperinci tentang iklan-iklan yang telah anda pos. Lebih senang melihat ‘engagement‘ pengunjung.

7. Ini pula ialah paparan jika anda tekan butang ‘Iklan Baru Anda’. Terdapat ruang bagi memasukkan tajuk, kategori, lokasi, dan keterangan.

8. Di bawah sedikit terdapat pilihan bagi memasukkan 3 keping gambar produk yang anda ingin jual, nombor telefon anda untuk dihubungi, alamat, harga, jumlah produk dalam simpanan, URL laman web (jika ada), dan butang untuk menghantar iklan anda.

Itulah dia sedikit sebanyak info mengenai laman Terpakai.my ini. Diharap anda dapat memanfaatkan ia untuk urusan iklan-iklan produk anda. Selamat maju jaya!

Pengurusan juga boleh dihubungi melalui laman Facebook mereka iaitu : terpakai.my

Di bawah ini adalah video introduksi Terpakai.my.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Digi Pula Menawarkan Internet Unlimited: Adakah Ini Plan Yang Dapat Menyaingi webe?

0

Sejak akhir-akhir ini plan data internet tanpa kuota menjadi rebutan ramai.

Pihak WEBE pertama kalinya memperkenalkan unlimited internet yang sememangnya unlimited – dengan beberapa had/sekatan.

Kali ini pihak DIGI pula memperkenalkan dua pelan internet yang limited unlimited dan hanya terdapat di sini.

Pelan tersebut merupakan pelan DIGI yang pertama kalinya menawarkan internet tanpa kuota data.
Pelan Digi Postpaid 80 INFINITE menawarkan kuota internet tanpa had dengan kelajuan sehingga 5Mbps, tethering 5GB sebulan untuk 12 bulan pertama dan juga panggilan suara tanpa had (woah!).

Pelan Digi Postpaid 150 INFINITE pula menawarkan internet tanpa had data/kuota (kali ini tanpa capped speed), tethering tanpa quota sepanjang hayat dan juga seperti di atas, panggilan suara tanpa had.

Promosi pelan internet ini sah sehingga 24 jun 2017 dan hanya boleh dimohon melalui dalam talian (laman web Digi). Jadi kepada anda yang sedang mencari alternatif kepada webe boleh mencuba pelan data internet tanpa had yang ditawarkan oleh DIGI ini.

Boleh layari Digi Postpaid untuk maklumat lebih lanjut.

Ulasan abam: Korang tunggu hingga abam dapat port in kepada plan ni. Abam akan tulis review sekiranya dapat okeh. Setakat ni pelan 80 Infinite pun macam dah mencukupi untuk abam.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Mengurangkan Buffering Pada Kodi, Dan Tonton Video 4K

0

Dulu ada setting yang senang untuk kita gunakan, iaitu hanya perlu pasang addon Echo Wizard dan beberapa klik – ianya sedikit-sebanyak akan dapat mengurangkan buffering pada Kodi. Namun Echo Wizard baru sahaja berpindah ke Fusion Repo, dan nampaknya wizard yang diingini masih belum ikut berpindah lagi.

Apapun, jom kita terus kepada tajuk artikel iaitu bagaimana cara mengurangkan buffering yang sering terjadi ketika menggunakan Kodi, dan adakah ia mampu mengatasi masalah tersebut, lalu membolehkan pengguna menonton video dengan resolusi 4k?

Sebenarnya terdapat dua cara kita boleh cuba untuk kurangkan buffer pada Kodi, iaitu menggunakan Ares Wizard, dan menggunakan Easy Advanced Settings.

1. Untuk memasang Ares Wizard, anda perlu gunakan repo ini: http://repo.ares-project.com/magic.
Anda boleh rujuk tutorial INI untuk cara memasang repo beserta addonnya. Info yang anda perlu tahu ialah:
Zip file: repository.aresproject.zip
Selepas itu, pilih Install from repository – Ares Project – Program add-ons – Ares Wizard – Install.
Kalau keluar popup seperti di bawah, klik Allow access.

2. Tunggu sehingga notifikasi seperti ini muncul selepas anda klik Install. Disebabkan abam dah pernah pasang, maka ia tertulis ‘Add-on updated’. Jika anda baru pasang, ia akan tertulis ‘Add-on installed’.

3. Seterusnya, buka Ares Wizard tersebut. Klik pada ‘Tweaks’. Ares Wizard akan mengira tetapan yang paling sesuai dengan sistem anda secara automatik. Klik ‘Generate settings’.

4. Klik ‘Apply these settings’. Tetapan yang dijana secara automatik ini akan membantu Kodi untuk strim video dengan jumlah buffer yang kurang.

Itu adalah caranya jika anda ingin menggunakan Ares Wizard. Mudah, dan tak perlu fikir banyak. Namun, buat mereka yang suka melakukan semuanya sendiri, maka ada satu lagi cara lain iaitu dengan menggunakan Easy Advanced Settings.

1. Untuk ini, anda perlu pasang terlebih dahulu addon Indigo.

Indigo adalah plugin yang mempunyai beberapa ‘bonus’ di dalamnya. Anda boleh pasang Indigo melalui repo Fusion/TVAddons iaitu: http://fusion.tvaddons.ag.

Indigo berada di Fusion (atau apa-apa nama yang anda pilih) > begin-here > plugin.program.indigo-x.x.x.zip

Setelah anda klik untuk pasang, tunggu sehingga notifikasi seperti ini keluar.

2. Kemudian, bukan Indigo > Search add-ons > taipkan Easy Advanced Settings.

3. Klik sahaja ‘Install’ untuk apa-apa popup yang keluar – melainkan ia suruh anda pasang bom.

4. Seterusnya, klik Edit Settings.

5. Klik pula pada Network settings.

6. Klik Network.

7. Klik pada value atau nilai tetapan untuk mengubahnya.

8. Anda boleh ikut tetapan berikut, iaitu:

curlclienttimeout – 10
curllowspeedtime – 10
httpproxyusername – biar
httpproxypassword – biar
cachemembuffersize – rujuk nombor 9 untuk cara pengiraan.
buffermode – 2
readbufferfactor – 5

9. Anda perlu pergi ke Settings – System information – dan lihat pada Free memory.
Sebagai contoh, free memory peranti yang abam gunakan ialah 2465.
2465 perlu dibahagikan dengan 3, darab dengan 1024, dan darab sekali lagi dengan 1024.

10. Jadi jumlahnya menjadi 861579946.67. Ambil hanya nombor yang ditebalkan sahaja. Nombor dibelakang titik perpuluhan adalah tidak perlu. Masukkan nilai ini pada cachemembuffersize seperti di atas.

11. Ok, siap sudah kesemua tetapan. Masa untuk menguji keberkesanan. Abam tak jumpa lagi addon yang betul-betul boleh paparkan video 4K, oleh itu tangkap layar di bawah adalah video beresolusi 1080p – tanpa buffering.
Memang addon Quasar ada video 4K, tetapi ianya adalah addon stream menggunakan torrent. Jadi isu buffering tak timbul kerana ia telah muat turun terlebih dahulu video tersebut.
Tak tau la kot hangpa ada jumpa addon Quasar yang strim video secara terus.

12. Tu diaaa, kelajuan 2Mbps ja camtu lebih kurang, tapi tiada buffering ok. Heheheh. Selamat mencuba!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Mudahkan Kerja Pemasangan Perisian Selepas Setiap Kali Format Dengan Ninite

0
Gambar pinjam dari Newbie Gate

Memang leceh betul setiap kali format PC/lappy, bila hendak pasang satu-satu perisian itu, kita seringkali ‘terlupa’ atau ‘tercari-cari’ apa yang patut dipasang.

Atas sebab itulah abam mengambil sedikit inisiatif dengan menulis artikel ini.

Namun, senarai yang ada hanyalah apa yang ‘cukup’ untuk abam sahaja. Apa yang mungkin diperlukan oleh anda – sepatutnya anda sendirilah yang tentukan, bukan begitu?

Oleh itu, untuk mendapatkan panduan yang lebih terus kepada poin, maka di sinilah hadirnya Ninite membantu.

Jadi, apa itu Ninite ya?

Ninite ialah sistem pengurusan pakej yang membolehkan pengguna memasang perisian-perisian lazim ke dalam sistem operasi Windows.

Ia juga membolehkan pengguna untuk membuat satu berkas atau koleksi perisian ke dalam satu fail pemasang sahaja. Berikut adalah ciri-ciri utama Ninite yang menjadikannya sangat ohsem.

  • Tiada toolbar atau lain-lain ‘sampah’ yang tak perlu dipasang pada PC anda
  • Sentiasa memasang versi paling baru
  • Akan pasang versi yang betul untuk PC anda, sama ada 32 bit atau 64 bit
  • Pasang aplikasi mengikut bahasa sistem anda
  • Akan langkau aplikasi yang sudah dikemas kini
  • Akan mengemas kini aplikasi yang sudah lama

Amacam? Menarik bukan? Senang cerita, anda pilih sahaja apa jua perisian yang anda mahu melalui laman web Ninite, kemudian klik untuk cipta fail pemasang, muat turun fail pemasang tersebut, dan siap!

Ninite boleh dibuat sendiri oleh anda, di sini >>> Ninite


Ya, terdapat versi Ninite Pro (berbayar) yang lebih ohsem dari versi yang percuma, kerana ia mempunyai pelbagai ciri yang dicipta khusus buat para administrator ICT, namun disebabkan ianya berbayar abam tak yakin korang nak ambil tahu. So, malaslah abam nak cerita. Boleh gitu? Heheheh.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Android 7.1.2 Beta 2 Kini Dilancarkan Bersama Fingerprint Gesture pada Nexus 6P, UI Multitasking Baru untuk Pixel C

0
Gambar pinjam, bukan admin punya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Android.
Kini Google melancarkan Android 7.1.2 Beta 2 untuk pengguna yang menyertai program Beta
Peranti yang mendapat kemaskini ini ialah Pixel, Pixel XL, Pixel C, Nexus 5X, Nexus 6P, dan Nexus Player
Model lain? Harap bersabar dan bagi yang tak support tu, elok lah naik-taraf peranti anda.

Label kemaskini tersebut ialah NPG471 dan ia hanyalah kemaskini kecil bagi peranti yang disokong. Bagi yang telah menyertai program Android Beta, anda pasti dapat kemaskini ini (selagi peranti anda disokong dengan versi tersebut lah), tapi jika anda nak kemaskini secara manual, kena tunggu sehingga halaman system images dikemaskini.

Nexus 6P Fingerprint Scanner Gesture

kredit pada @Marnett05

Fingerprint scanner gesture untuk turunkan bar notification akhirnya dapat juga pengguna Nexus 6P merasai fungsi tersebut. Untuk maklumat anda, fungsi tersebut sebelum ini hanya untuk pengguna Google Pixel sahaja, tapi akhirnya dilancarkan bagi peranti bukan Pixel, dan Nexus 5X mendapat fungsi tersebut pada kemaskini Beta yang pertama.

Pixel C Mendapat Launcher baru, Nav Bar Icons baru dan Multitasking yang dirombak!

Skrin multitasking di atas menunjukkan pandangan kad besar daripada aplikasi yang telah dibuka bukan seperti yang biasa kita nampak, malah anda boleh buka cepat aplikasi tersebut kepada mode multi-windows dengan mudah hanya menarik dan jatuhkan pemegang kad untuk satu sisi skrin.

Anda juga boleh lihat screenshot kedua, Pixel C juga menerima Google Pixel Launcher, tapi berbeza pakej (com.google.android.apps.pixelclauncher versus com.google.android.apps.nexuslauncher) dengan Pixel or Pixel XL. Motif sebenar kenapa Google bahagikan kepada dua pakej berasingan ni masih lagi jadi tanda tanya tapi harap pakej ini terus menerima kemaskini dengan lebih banyak fungsi table pada masa akan datang.

Akhir sekali, icon navigation bar telah diubah-suai untuk kelihatan seperti Pixel dan Pixel XL. Walaupun ia merupakan perubahan yang kecil, tapi dengan perubahan kecil tersebut menyatukan reka bentuk di seluruh spektrum peranti Pixel.

Terima kasih Google kerana tidak merendahkan martabat Google Pixel C kerana ramai pengguna peranti tersebut merasakan seperti menjadi anak tiri keluarga Pixel. hihihi. Bagi peranti lain yang bukan keluarga Nexus dan keluarga Pixel, kita tunggu ayah LineageOS bagi kita makan 7.1.2 Nougat. Status LineageOS sekarang menggunakan LOS 14.1, 7.1.1 Nougat, dan hampir menyokong 140 peranti termasuk anak-anak Pixel dan Nexus. hahaha

Apa pendapat anda? Sila komen kat bawah tu ye.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline