Utama Blog Laman 163

NASA Temui 7 Planet Bersaiz Bumi Hanya 40 Tahun Cahaya

0
Sumber gambar dari NASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai penemuan NASA.
Apa itu NASA? Penemuan apa?
Itu saya akan terangkan di bawah, sabar yop sabaq. hahaha

Semasa sidang akhbar di Washington DC pada Rabu lalu, NASA mendedahkan bahawa dengan menggunakan Spitzer Space Telescope tersebut, mereka telah menemui tujuh planet bersaiz Bumi baru yang mengorbit bintang yang hanya 40 tahun cahaya dari kita!
Malah, tiga daripada tujuh tersebut wujud di dalam zon “Goldilocks” yang boleh didiami oleh kehidupan.

Oh ya terlupa NASA ini ialah sebuah agensi bebas daripada cawangan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab terhadap program angkasa awam serta aeronautik dan penyelidikan aeroangkasa. Nama penuh bagi NASA ialah National Aeronautics and Space Administration
Malaysia juga ada seperti ini iaitu ANGKASA 🙂

Ini merupakan pertama kalinya ahli-ahli astromoni menemui satu lagi sistem solar yang dengan tujuh planet kira-kira saiz yang sama dengan bumi (Tiba-tiba saya terfikir cerita anime Dragon Ball Super hehehe). NASA mengatakan bahawa dengan keadaan atmosfera yang betul, semua ketujuh-tujuh planet tersebut boleh mengandungi air (tiga daripadanya mempunyai peluang yang tinggi) dan harus melanjutkan pemerhatian untuk mencari oksigen, metana, ozon dan karbon dioksida dalam atmosfera mereka serta “ia akan memberitahu kita bahawa ada kehidupan di sana dengan 99 peratus keyakinan“, kata Micheal Gillon, penulis utama daripada kertas dan penyiasat utama kajian TRAPPIST exoplanet berkata pada majlis tersebut.

Penemuan ini boleh menjadi sebahagian penting dalam teka-teki untuk mencari persekitaran yang boleh didiami, tempat-tempat yang kondusif untuk kehidupan“, kata Thomas Zurbuchen, pentadbir bersekutu agensi Science Mission Directorate, semasa sidang akhbar itu.

gambar yang di ambil dari laman sesawang engadget

Penemuan terbaru kumpulan Trappist-1 ini terletak pada sistem Aquarius yang hanya kira-kira 235 trilion batu dari kita. Kesemua tujuh-tujuh planet dianggap sebagai planet terestrial seperti kita, dan bukannya gas gergasi seperti Musytari atau kerdil berais seperti Ceres.
Planet ini mengelilingi bintang tuan rumah mereka, yang kecil dan malap sedikit daripada Matahari yang dalam orbit yang lebih dekat dengan matahari mereka, kalau planet kita Utarid. Planet-planet terdalam melengkapkan orbit mereka hanya dalam 1.5 dan 2.4 hari, masing-masing dengan planet-6 membuat perjalanan setiap 12 hari. Planet paling luar belum muktamad diperhatikan lagi tetapi dianggap sebagai mempunyai orbit kira-kira 20 hari. 

Orbit mereka ni begitu dekat dengan satu sama lain (tak belaga ka dekat-dekat ni), hanya beberapa kali jarak di antara Bumi dan Bulan, kiranya kita dapat lihat ciri-ciri geologi jiran kita. Nasib baik bintang Trappist ni agak lemah, jarak planet dekat, tapi masih ada peluang yang sangat baik bahawa cecair air boleh wujud pada permukaan mereka.

Ilustrasi sistem TRAPPIST-1, gambar dari laman sesawang engadget

Sistem TRAPPIST-1 ini menyediakan salah satu peluang terbaik pada dekad akan datang untuk mengkaji atmosfera sekitar planet bersaiz Bumi“, kata Nikole Lewis, Co-leader kajian Hubble dan ahli astronomi di Space Telescope Science Institute.

Sistem Trappist ini dinamakan selepas Transiting Planets and Planetesimals Small Telescope (TRAPPIST) di Chile, yang asalnya menemui tiga planet dan mengumumkan penemuan mereka pada bulan Mei lalu serta dengan bantuan teleskop lain yang berasaskan tanah seperti European Southern Observatory’s Very Large Telescope, dan NASA’s Spitzer mengesahkan kewujudan dua daripadanya kemudian mendapati ada lagi lima planet maka cukup ketujuh-tujuh planet tersebut. (Adakah 7 planet ini merupakan Mutiara Naga untuk menyeru Sharon? Ehh termasuk cerita Dragon Ball hahaha)

Jika anda ada VR, boleh pakai VR tu dan play video ni hahaha

Berita baik ini datang pada masa yang menarik dalam mencari planet di luar sistem solar kita. Sejak permulaan hanya pada tahun ini, penyelidik telah mendapati kehadiran air di planet yang hanya 50 tahun cahaya, Keck Observatory’s exoplanet imager telah datang dalam talian dan pasukan penyelidik dari satu ringkasan universiti telah mengeluarkan satu harta data pemerhatian daripada Keck’s HiRES imager selama lebih dua dekad.

Ini merupakan baru permulaan dan minggu lepas, NASA melancarkan usaha crowdsourcing membolehkan saintis orang awam untuk membantu pencarian exoplanets juga. Anda boleh mengikuti bersama-sama dengan sidang akhbar itu secara siaran langsung di NASA TV sekarang. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pengumuman hari ini, pasukan NASA akan mengadakan AMA pada Reddit di 3PM ET hari ini.

Apa pendapat anda? Boleh komen di bawah untuk pertanyaan dan perkongsian pendapat 🙂

Sumber, engadget

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

BitChute Adalah ‘YouTube’ Versi Dikuatkuasakan Dengan BitTorrent

0

Kalau ada satu ciri pada YouTube yang ‘memaksa’ para vlogger untuk muat naik pada platform tersebut adalah jumlah/bilangan penonton/penggunanya yang memang luar biasa ramai.

Namun jika ada satu pula ciri tidak menarik yang menjadi bisa kepada vlogger ialah sekatan dan pelbagai peraturan yang menyukarkan.

Kini terdapat satu alternatif menarik yang mampu menjangkau perhatian dunia kepadanya, iaitu BitChute.

BitChute ialah sebuah platform untuk memuat naik video karya sendiri yang dikuasakan oleh teknologi BitTorrent, dengan misi untuk memulangkan semula kebebasan berkarya kepada pengguna.

Apa yang menarik tentang sistem ini ialah ia tidak menggunakan pelayan pusat, sebaliknya setiap pengguna yang memuat naik dan memainkan video pada laman itu adalah bertindak sebagai hos kepada video yang ditonton oleh mereka.

Ini menjadikan laman BitChute kurang dari segi kos menyediakan pelayan pusat yang sememangnya memerlukan dana yang tinggi, tambahan lagi apabila ingin menyediakan kepada pengguna bandwith yang sangat banyak.

Jika anda membuka mana-mana video, pemainnya secara lalai (default) akan mencari peers yang ada untuk video tersebut, menjadikan terdapat sedikit ‘pause’ ketika permulaannya. Ini adalah penting untuk memastikan kelancaran video.

Setakat ini, meskipun BitChute masih dalam pembangunan, kelancarannya boleh dipuji dan ia telah mendapat perhatian Feross Aboukhadijeh, individu yang bertanggungjawab mencipta WebTorrent.

Anda boleh hala ke BitChute di pautan ini: BitChute

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

EaseUS Partition Recovery, Penyelamat Anda

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai EaseUS.
EaseUS merupakan produk yang sangat2 membantu tika kita mengalami masalah.
Produk-produk EaseUS ialah (terdapat versi percuma dan versi percubaan) :

Data Recovery

  • Data Recovery Wizard (Win/Mac)
  • Email Recovery Wizard (Win)
Partition Manager
  • Partition Master (Win)
Backup Software
  • Todo Backup Home/Workstation/Server/Advanced Server (Win)
  • Backup Center (Win)
  • Deploy Manager (Win)
  • Todo Backup Image Explorer (Win 10 dan XP/Vista)
Utilities
  • Todo PCTrans(Win)
  • System GoBack (Win)
  • Disk Copy Home (Win)
  • EverySync (Win)
  • CleanGenius (Mac)

Untuk artikel kali ini, saya fokuskan kepada Partition Recovery dan kami dari OMG! Hackers? ingin mengucapkan tahniah kerana sudah mencapai 12 Tahun dalam industri 🙂
Jangan bimbang kerana perisian ini 100% bersih dan selamat untuk dipasang
Partition Recovery terdapat tiga versi iaitu Untuk Business, Service Provider dan Home serta Home Office.

Business (memudahkan perniagaan anda bersama pengurusan cakera EaseUS dan mengambil potensi penuh kapasiti cakera keras anda).

  • Professional
  • Server
  • Unlimited 

Service Provider (membantu pentadbiran sistem dan pro IT untuk menguruskan ruang cakera keras untuk perkhidmatan teknikal kepada pelanggan).

  • Technician
Home serta Home Office (menjalankan pelan partition peribadi yang teratur pada pemacu keras anda untuk menggunakan sepenuhnya ruang cakera).
  • Free
  • Professional
Potensi penuh EaseUS Partition Master 

Create, delete, resize dan merge partition

  • Perisian percuma partition untuk mengoptimumkan keupayaan cakera keras melalui aliran operasi seperti creating, deleting, resizing dan merging.
Disk Copy dan Partition Recovery
  • Klon disk/volume dalam mod file-by-file untuk perlindungan data atau naik taraf cakera serta memulihkan partition yang hilang pada ruang yang tidak diperuntukkan dengan selamat
Migrate OS to SSD/HHD
  • Panjangkan ruang simpanan untuk memasang baru OS dan menggunakan sepenuhnya bahagian SSD/HDD untuk pretasi PC yang lebih baik dengan keselamatan data terjamin.
Support up to 16TB hard disk
  • Menawarkan sokongan yang kukuh untuk kapasiti cakera keras yang besar kerana menjadi keperluan dalam era digital
Malah produk ini juga dipercayai oleh jutaan ‘World Leading Client, antaranya ialah :
  • Boeing
  • Epson
  • FedEx
  • Hewlett-Packard (HP)
  • IBM
  • McAfee (dikenali sebagai Intel Security McAfee)
  • Microsoft
  • Mitsubishi Heavy Industries, Ltd.
  • Macys
  • Nasa
  • Richemont
  • Samsung
  • Yamaha
Ini pula perbezaan antara versi-versi Partition Recovery yang ada (harga tertera di atas, belum ditukarkan kepada matawang Ringgit dan GST).
ini bagi Business
ini bagi Home dan Home Office
Ini pula untuk Service

Kini terdapat promosi, iaitu potongan harga 40%, tunggu apa lagi!

Bagi contoh perisian tersebut, seperti screenshot di bawah:

lihatlah, pelbagai fungsi yang ada hanya dalam satu perisian, mudahkan?

Ini pula pros dan cons perisian ini :


Pros

  • Pada versi percubaan sahaja pun terbaik, apatah lagi versi berbayar.
  • Memindahkan OS pada SSD serta HDD yang baru sangat mudah serta perisian ini mesra SSD
  • Mengantikan kerja penyelenggara lebih baik daripada perisian asal Windows
  • Mudah untuk diguna serta mesra pengguna
Cons
  • Terdapat iklan pop-up atau slide-in agak menganggu kita nak guna perisian ini tapi jika berbayar tiada la iklan tersebut hehehe
  • Ada masalah yang perisian ini dapat tolong dan ada yang tidak dapat tolong. Biasa la tiap2 perisian ada had masing2.
Pros dan Cons ini dapat diperbaiki dari masa ke semasa 🙂
Itu sahaja penjelasan saya bagi perisian Partition Recovery dari EaseUS.
Jika anda tidak mampu untuk membeli versi berbayar, versi percuma pun terbaik cuma jika ingin mendapat ciri-ciri tambahan kena la beli versi berbayar ye 🙂
Kadang-kadang, perisian pihak ke-3 lagi bagus daripada perisian asal (pihak ke-3 mempunyai pelbagai fungsi yang menarik dan mudah untuk kita guna)
Jika ada sebarang pertanyaan dan soalan, kemukakan komen di bawah.
Terima kasih kepada pihak EaseUS kerana memberi kepercayaan pada kami untuk mengulas product mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, sila layari laman sesawang ini EaseUS Partition Recovery.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Pasang Aplikasi YouTube Yang Bebas Iklan

0

Umum sedia mengetahui bahawa aplikasi YouTube untuk Android versi terbaru mempunyai iklan yang tidak boleh dilangkau (unskippable ads). Memang menyakitkan hati melihat iklan-iklan itu ‘bertebaran’ merata-rata melainkan kita melanggan YouTube Red, yang malangnya pula tidak terdapat untuk rakyat Malaysia buat masa ini.

Oleh itu satu workaround adalah perlu bagi menjamin kesejahteraan hidup yang bebas iklan melampau, agar nenek sebelah rumah tidak lagi meracau-racau, dan kucing yang selalu lalu-lalang di belakang rumah juga tidak mengacau. Heh.

Apa yang anda perlukan:

1. Peranti dah siap root, serta dah semestinya mempunyai custom recovery seperti TWRP.
2. Aplikasi YouTube yang telah ditampal (patched). Muat turun ia di sini: YouTube AdAway
3. Fail pemasang. Muat turun di sini: youtube-installer
4. Otak yang tuntas dan pantas berfikir.
5. Wajah persis Fattah Amin. Boleh jual buku weh kalau pandai menulis macam abam.

Kaedahnya:

1. Muat turun fail YouTube AdAway tersebut. Sila tempatkan dalam folder ‘Download’ pada kad storan luaran anda. Kalau anda kurang yakin, buh je lah pada folder Download dalam storan dalaman sekali. Heheh.

2. Sila reboot ke recovery. Kalau anda malas sangat nak guna gabungan kekunci untuk melakukannya, anda boleh guna aplikasi Simple Reboot oleh Francisco Franco ini.

3. Kemudian, sila cari fail pemasang yang telah anda muat turun itu. Buh la dekat tempat yang senang nak cari. Dalam storan dalam (internal storage) pun tiada masalah, storan luaran (sdcard) pun boleh juga.

4. Flash fail pemasang tersebut.

5. Reboot.

Selesai. Untuk peringatan, sila nyahaktifkan auto update pada aplikasi Google Play Store, serta jangan kemas kini versi aplikasi YouTube untuk mengelakkan daripada anda dapat melihat iklan semula.

*Kalau mau update juga rasanya kena guna Xposed Framework untuk pasang module YouTube AdAway. Tak pasti sama ada masih berkesan atau tidak. Anda boleh cuba sendiri.

Sumber: [APP] Patched ad-free YouTube APKs

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Redmi Note 4X Diumumkan Di China

0

Pihak Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 4X di pasaran cina. Redmi Note 4X juga menggunakan Spesifikasi yang sama seperti Redmi Note 4 (versi india) . Didatangi dengan 5 warna berbeza iaitu Gold, Green, Grey,Pink dan Black. 

Redmi Note 4X berspesifikasikan – skrin bersaiz 5.5 inci, Bateri sebesar 4100mAh dan pemproses Snapdragon 625 yang lebih efisen. Saiz storan dan RAM pula sama ada 32/2 atau 32/3 atau 64/4. 
Versi Hatsune Miku pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma berbeza storan 64GB dan RAM pula 4GB.
Anda akan memperoleh kod unik untuk peranti anda

Versi Hatsune Miku dijangka akan dijual pada 14 Februari di China. Pihak Xiaomi masih lagi tidak mengumumkan harga peranti tersebut.
Jadi apa pendapat anda tentang Xiaomi Redmi Note 4X ini?
Kredit gambar Xiaomi Forum
Sumber Xiaomi China

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Adakah Bos Saya Atau Unit ICT Sedang Memantau Penggunaan Internet Saya?

0

Jika anda sedang menggunakan rangkaian internet syarikat yang sedang anda bekerja dengannya, terdapat kebarangkalian bahawa penggunaan internet anda sedang dipantau oleh majikan. Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa, malah terdapat panduan dalam talian untuk melakukannya.

Apakah Yang Dapat Dilihat Oleh Majikan Saya?

Secara bahasa mudahnya, segala-gala yang anda lakukan di komputer anda, dapat dilihat dan dipantau oleh mereka.

Dari pelayaran laman web, emel yang dihantar, hinggalah kepada umpatan-umpatan terhadap bos anda sesama rakan kerja di ruangan chat, semuanya boleh dilihat.

Bagaimana Cara Saya Dipantau?

Biasanya terdapat dua cara iaitu:

1. Perisian pada komputer anda.

Perisian yang terpasang pada komputer (syarikat) anda membolehkan majikan anda untuk melihat apa yang terpapar pada skrin komputer atau apa yang tersimpan pada cakera keras. Terdapat beberapa program/perisian yang dapat digunakan untuk menjejak aktiviti anda dan menghantar laporan berbentuk log kepada majikan dan bahagian IT di tempat anda itu. Log tersebut dapat menunjukkan perincian dari pelayaran laman web yang telah anda buat, hinggalah kepada masa yang anda gunakan untuk satu-satu perisian dalam komputer.

2. Pantauan melalui rangkaian korporat.

Kaedah ini juga boleh dilakukan untuk memantau emel, laman web, dan fail-fail, namun ianya sedikit sukar untuk dikesan kerana ia dibuat melalui rangkaian korporat syarikat. Meskipun anda menggunakan komputer syarikat di luar pejabat, perisian pemantau rangkaian (atau packet sniffer) yang telah dipasang oleh administrator rangkaian untuk membuat pembaikan kepada masalah rangkaian – masih dapat digunakan sebagai satu bentuk spyware selagi anda terhubung dengan rangkaian syarikat.

Mengapakah Syarikat Memantau Pekerjanya?

Adalah mustahil bagi majikan memantau para pekerjanya 24 jam, kerana ia adalah sesuatu yang sia-sia dan membuang masa.

Majikan biasanya memilih untuk memantau pekerjanya untuk sesuatu sebab tertentu. Contohnya syarikat tersebut berkemungkinan berurusan dengan informasi sensitif dan ingin mencegah dari berlakunya kemungkinan bocornya maklumat tersebut. Boleh jadi juga syarikat tersebut ingin mencegah pekerja dari membuat sebarang aktiviti yang boleh mengundang malware lalu mengancam keseluruhan infrastruktur rangkaian.

Adakah Majikan Saya Dibenarkan Membuat Semua Perkara Ini?

Ya dan Tidak.

Di Amerika Syarikat, Electronic Communications Privacy Act of 1986 (ECPA) menyatakan bahawa adalah bertentangan dengan undang-undang untuk memintas sebarang alat komunikasi elektronik seperti telefon, emel, atau komputer. Walaibagaimanapun, atas pengecualian oleh akta ini, disebabkan majikan anda mempunyai hak milikan ke atas semua peralatan, mereka secara asasnya adalah bebas untuk mengakses peralatan tersebut mengikut kemahuan mereka.

Pengecualian dalam klausa undang-undang tersebut menyatakan, bahawa atas sebab majikan memiliki kesemua sistem, maka mereka dibenarkan untuk mengakses emel, sistem mesej telefon, dan mesej segera.

Satu lagi pengecualian ialah majikan boleh memantau pekerjanya menggunakan sistem untuk ‘keperluan bisnes yang sah’, mendedahkan ia kepada penyalahgunaan (fungsi/kuasa).

Di Malaysia, tidak banyak undang-undang yang berkaitan dengan hak peribadi di tempat kerja. Paling ‘hampir’ ialah kita mempunyai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) yang memberi tumpuan kepada pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, tetapi mungkin kurang berkaitan dengan hak privasi.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

1. Sesetengah syarikat membenarkan polisi Bring Your Own Device (BYOD). Ini adalah jalan penyelesaian atau solusi yang baik untuk menangani perisian pemantau yang mungkin dipasang pada peranti syarikat.

2. GUnakan wireless tethering pada peranti yang anda miliki sendiri (telefon pintar/tablet).

3. Nyahsambung dari rangkaian syarikat ketika tidak menggunakannya.

4. Gunakan servis VPN seperti BolehVPN, proksi, SSH Tunneling, atau apa sahaja solusi yang ada untuk anonimity.

5. Gunakan akal anda untuk mengasingkan dan memisahkan antara kehidupan peribadi dan kerja jika anda mengambil berat mengenai hal privasi.

Artikel ini adalah adaptasi/terjemahan dari: Is My Boss Monitoring My Internet Usage?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Ulasan Ringkas Xiaomi Mi Band 2: Mempunyai Ciri Setara Dengan Harga

0
Gambar kredit kepada Digital Trends

Seperti yang kita semua maklum, XIAOMI merupakan jenama yang tidak asing bagi kita semua. Kali ini pihak XIAOMI  mengeluarkan Mi Band 2 iaitu Jam tangan 2-dalam-1 yang mampu berfungsi sebagai Fitness Tracker.

[Reka Bentuk]

Mi Band 2 masih mengekalkan reka bentuk seperti predecessor iaitu Mi Band 1 dan Mi Band 1S. 
Berbentuk seperti sebiji pil kuda dan mempunyai paparan OLED untuk menunjukkan waktu, notifikasi aplikasi (hanya menunjukkan icon yang telah diprogram, jika anda menggunakan aplikasi yang tidak menyokong Mi Band 2 maka akan keluar icon “App”), langkah anda berjalan dan beberapa indicator yang lain.
Namun begitu anda boleh mengubahsuai mengikut kesesuaian anda menggunakan aplikasi Mi Fit ( Android ) atau Mi Fit ( IOS) ). Mi Band 2 juga  water and dust resistant (IP67)

Pada strap pula reka bentuknya pula seperti gelang sama seperti Mi Band yang lain. Anda boleh tukar strap tersebut pada harga RM10 atau RM40 untuk strap kulit yang lebih premium.


[Penggunaan]

Mi Band 2  menggunakan Bluetooth 4.0 dan mampu bertahan sehingga 20 hari mengikut penggunaan.
Hasil dari penggunaan saya, Mi Band 2 mempunyai banyak penambahbaikan berbanding Mi band versi sebelumnya. Step counter nya pula amat tepat, sesuai untuk orang yang bersukan.


Sleep counter pula memerlukan Heart Rate Assistant bacaan yang lebih tepat. Mi Band 2 mampu berfungsi sebagai trusted device di mana anda boleh membuka peranti anda tanpa perlu membuka kunci.


[Keserasian]

Mi Band 2 menyokong IOS dan Android 4.4 keatas sahaja. Untuk unlock feature pula memerlukan Android 5.0 ke atas.

[Konklusi]

Dengan harganya (RM109) yang lebih murah berbanding smart band yang lain, fungsi sedia ada yang ditawarkan dan reka bentuk yang menarik, ianya sangat berbaloi bagi anda yang ingin mencuba smart band pada harga yang murah.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kodi 17 ‘Krypton’ Telah Dilepaskan: Prestasi Semakin Tinggi, Paparan Semakin Kemas

0

Abam mula mengenali Kodi sebelum ia dinamakan dengan nama seperti watak seorang pakcik dalam majalah Ujang (Pakcik Kordi dan Lembunya).

Dari zaman XBMC lagi abam dah bermain dengan pelbagai addon. Sekarang bila tengok paparan antaramuka terbarunya, tak sangka ia akan berubah sebanyak ini.

Paparan yang dinamakan pula sebagai Estuary, direkabentuk khas untuk peranti seperti laptop dan desktop PC. Paparan Estouchy pula (seperti yang dapat dilihat di bawah) lebih ditala kepada peranti dengan skrin sesentuh.

Ini pula paparan Estuary.

Sudah nampak tidak banyak bezanya bukan?

Terdapat pelbagai penambahbaikan yang dibawa dalam versi terbaru, 17 – kod nama Krypton ini. Tetapi naik taraf paling ketara adalah paparan antaramukanya (tema). Juga, prestasinya sudah semakin meningkat, semakin laju berbanding versi 16 – kod nama Jarvis.

Ini amat membantu mereka yang menggunakan peranti dengan spesifikasi sedikit rendah, cuma untuk Android, veri 17 memerlukan Android 5.0 ke atas untuk dapat dijalankan.

Anda yang berminat hendak menggunakan Kodi versi terbaru ini bolehlah berbuat demikian dengan memuat turun melalui pautan berikut: Kodi 17 Download

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Perisian Wajib Pasang Setiap Kali Selepas Melakukan Format

0

1.Google Chrome/Firefox

Rasanya tak perlu diceritakan secara terperinci akan keperluan memasang pelayar web ini. Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. Terserah kepada citarasa masing-masing. Abam sendiri menggunakan Chrome untuk kesemua aktiviti internet.

2.SM Player/VLC

Pemain media semua dalam satu ini mampu memainkan pelbagai format media tanpa perlu memasang codec tambahan. VLC sering menjadi pilihan terutama pengguna Linux. Manakala abam pula memilih SM Player dek kerana boleh ‘boost’ volume melalui tetapan.

3. Winamp/Spotify

Mungkin ada yang akan kata ianya ‘redundant’ dengan nombor 2, tetapi pada abam, aplikasi/perisian Winamp ini tidak ada tukar gantinya. Ia pemain muzik terbaik dengan ciri-ciri yang tiada tolok banding. Ada pelbagai pemain muzik di internet yang boleh dipilih, tetapi hanya ada satu Winamp yang terunggul.

Spotify pula abam gunakan untuk strim lagu dengan mudah, yang dah disiapkan dalam satu senarai main. Senang nak strim lagu raya. Heheheh.

4. WinRAR

WinRAR adalah aplikasi pengekstrak dan pemadat yang premium. Selain ciri-cirinya yang banyak (yang biasanya abam tak teroka pun), ia juga menyokong ciri tema. Kalau bosan dengan tema asal, boleh tukar saja dengan mana-mana yang terdapat di internet (terutamanya di Deviant Art).


5. Revo Uninstaller

Betul, pengguna masih boleh menyahpasang aplikasi melalui Control Panel tu, tapi jangan tak tahu, masih ada yang ‘terlepas pandang’. Dengan Revo Uninstaller, nyahpasang dilakukan secara total termasuklah apa yang tertinggal di registry.


6.OpenVPN

Hah, tak payah la abam nak tulis panjang lebar, sementelah blog ini pun banyak sudah menulis tentang VPN umumnya dan OpenVPN khususnya. Abam sendiri menggunakan TheLan VPN sebagai servis VPN terbaik dan termurah yang boleh didapatkan.

7. Internet Download Manager

Hahah, Internet Download Manager (IDM) ni abam bagi nama secara umum lah. Kalau pendek cerita, mana-mana pemuat turun lain yang anda lebih gemari juga boleh digunakan, EagleGet dan FlareGet sebagai contoh. Tiada pemuat turun tak lengkap rasanya.

8. Perisian Pejabat

Microsoft Office adalah alat (tool) yang mesti ada bagi melengkapkan sistem operasi. Melainkan anda memang hanya menjadikan PC anda sebagai tempat operasi untuk bermain permainan dan pusat media, maka perisian pejabat tidak dapat tidak wajib dipasang.

9. Netspeed Monitor

Sebenarnya aplikasi ini tidaklah begitu kritikal kepentingannya, tetapi dah jadi ‘habit’ pulak pada diri abam sendiri, suka melihat kelajuan internet sewaktu menggunakannya. Apabila perlahan sekurang-kurang kita tahu berapakah ‘keperlahanannya’ tu. Heheheh. Dengan itu bolehlah kita troubleshoot pula apa yang tak kena.


10. TeraCopy

Kalau dalam Windows 10, rasanya dah tak perlukan kepada aplikasi ini. Tetapi dalam Windows 7, ia masih relevan. Sedikit-sebanyak ia dapat melajukan proses salin dan tampal pada sistem anda.

11. DFX Sound Enhancer

Eheh, abam tak klasifikasikan ini sebagai wajib lah, tetapi kalau anda memang jenis ‘kaki muzik’, pasanglah ia. Pasti anda tidak akan dapat melayani muzik tanpanya selepas ini.

12. Pembaca PDF

Pada abam, abam lebih suka menggunakan Foxit Reader berbanding pembaca PDF yang lain. Ia banyak pilihan pada tetapan untuk menyesuaikan kegunaannya dengan diri kita. Siap ada tema.

Jadi inilah sedikit-sebanyak perkongsian aplikasi yang perlu dipasang selepas setiap kali anda format peranti anda. Sekiranya ada cadangan untuk tambahan, anda boleh komen. Nanti abam tambah. Silalah tekan butang share di bawah ini ya. Terima kasih!

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Jamin, Betulkan Kelemahan Bootloader Pada OTA Seterusnya

0
OnePlus 3 yang boleh tukar SELinux Enforcing to Permissive

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berjumpa lagi kita dalam aritkel mengenai OnePlus
Untuk maklumat anda, OnePlus 3/3T mengalami kelemahan bootloader iaitu boleh dilakukan dengan masuk fastboot mode untuk menukarkan SELinux Enforcing kepada Permissive.

Pertukaran Enforcing kepada Permissive bukan sahaja untuk unlock bootloader, tetapi locked bootloader juga. Isu ini amat bahaya kerana status SELinux tidak timbul di About Phone (kalau pakai CyanogenMod, nama baru LineageOS akan ada status SELinux ni) maka kita taktau peranti kita ni ada orang ubah atau tidak. 

XDA Recognize Developer, SultanXDA menerangkan isu ini :

The way that the “fastboot oem selinux <state>” command works is that it adds an extra argument onto the kernel command line when booting Linux. The extra argument comes in the form of “androidboot.selinux=<state>”, where <state> can be “permissive”. There’s where things get funny: “androidboot.<something>” arguments on the kernel command line are parsed by Android’s init. In a normal Android production build (a “user” build), the “androidboot.selinux” argument is totally ignored and selinux is always forced to enforcing.

So this bug is composed of two issues: One, users can make the bootloader pass a flag that would normally make selinux permissive on an engineering/debugging ROM build. And two, OnePlus modified Android’s init in order to honor the “androidboot.selinux” flag even for production ROM builds.

Beliau mencadangkan beberapa langkah-langkah untuk selesaikan isu ini, anda boleh baca cadangan beliau dan lebih lanjut mengenai kelemahan ni di xda-developer

OnePlus telahpun maklum balas mengenai kelemahan bootloader ini. Mereka telahpun menjamin bahawa kelemahan tersebut akan di patch kan untuk OnePlus 3 dan 3T. Kedua-dua peranti tersebut bakal menerima patch ini sebagai sebahagian daripada OTA mereka.

Tahniah OnePlus atas maklum balas yang cepat dan berharap OTA tiba tidak lama lagi untuk kedua-dua peranti tersebut.

P/S: Admin tukarkan SELinux Enforcing kepada Permissive semata-mata untuk app ViPER4Android. hihihi

Views: 0

Iklan Newspaper Inline