Adakah Bos Saya Atau Unit ICT Sedang Memantau Penggunaan Internet Saya?

Jika anda sedang menggunakan rangkaian internet syarikat yang sedang anda bekerja dengannya, terdapat kebarangkalian bahawa penggunaan internet anda sedang dipantau oleh majikan. Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa, malah terdapat panduan dalam talian untuk melakukannya.

Apakah Yang Dapat Dilihat Oleh Majikan Saya?

Secara bahasa mudahnya, segala-gala yang anda lakukan di komputer anda, dapat dilihat dan dipantau oleh mereka.

Dari pelayaran laman web, emel yang dihantar, hinggalah kepada umpatan-umpatan terhadap bos anda sesama rakan kerja di ruangan chat, semuanya boleh dilihat.

Bagaimana Cara Saya Dipantau?

Biasanya terdapat dua cara iaitu:

1. Perisian pada komputer anda.

Perisian yang terpasang pada komputer (syarikat) anda membolehkan majikan anda untuk melihat apa yang terpapar pada skrin komputer atau apa yang tersimpan pada cakera keras. Terdapat beberapa program/perisian yang dapat digunakan untuk menjejak aktiviti anda dan menghantar laporan berbentuk log kepada majikan dan bahagian IT di tempat anda itu. Log tersebut dapat menunjukkan perincian dari pelayaran laman web yang telah anda buat, hinggalah kepada masa yang anda gunakan untuk satu-satu perisian dalam komputer.

2. Pantauan melalui rangkaian korporat.

Kaedah ini juga boleh dilakukan untuk memantau emel, laman web, dan fail-fail, namun ianya sedikit sukar untuk dikesan kerana ia dibuat melalui rangkaian korporat syarikat. Meskipun anda menggunakan komputer syarikat di luar pejabat, perisian pemantau rangkaian (atau packet sniffer) yang telah dipasang oleh administrator rangkaian untuk membuat pembaikan kepada masalah rangkaian – masih dapat digunakan sebagai satu bentuk spyware selagi anda terhubung dengan rangkaian syarikat.

Mengapakah Syarikat Memantau Pekerjanya?

Adalah mustahil bagi majikan memantau para pekerjanya 24 jam, kerana ia adalah sesuatu yang sia-sia dan membuang masa.

Majikan biasanya memilih untuk memantau pekerjanya untuk sesuatu sebab tertentu. Contohnya syarikat tersebut berkemungkinan berurusan dengan informasi sensitif dan ingin mencegah dari berlakunya kemungkinan bocornya maklumat tersebut. Boleh jadi juga syarikat tersebut ingin mencegah pekerja dari membuat sebarang aktiviti yang boleh mengundang malware lalu mengancam keseluruhan infrastruktur rangkaian.

Adakah Majikan Saya Dibenarkan Membuat Semua Perkara Ini?

Ya dan Tidak.

Di Amerika Syarikat, Electronic Communications Privacy Act of 1986 (ECPA) menyatakan bahawa adalah bertentangan dengan undang-undang untuk memintas sebarang alat komunikasi elektronik seperti telefon, emel, atau komputer. Walaibagaimanapun, atas pengecualian oleh akta ini, disebabkan majikan anda mempunyai hak milikan ke atas semua peralatan, mereka secara asasnya adalah bebas untuk mengakses peralatan tersebut mengikut kemahuan mereka.

Pengecualian dalam klausa undang-undang tersebut menyatakan, bahawa atas sebab majikan memiliki kesemua sistem, maka mereka dibenarkan untuk mengakses emel, sistem mesej telefon, dan mesej segera.

Satu lagi pengecualian ialah majikan boleh memantau pekerjanya menggunakan sistem untuk ‘keperluan bisnes yang sah’, mendedahkan ia kepada penyalahgunaan (fungsi/kuasa).

Di Malaysia, tidak banyak undang-undang yang berkaitan dengan hak peribadi di tempat kerja. Paling ‘hampir’ ialah kita mempunyai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) yang memberi tumpuan kepada pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, tetapi mungkin kurang berkaitan dengan hak privasi.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

1. Sesetengah syarikat membenarkan polisi Bring Your Own Device (BYOD). Ini adalah jalan penyelesaian atau solusi yang baik untuk menangani perisian pemantau yang mungkin dipasang pada peranti syarikat.

2. GUnakan wireless tethering pada peranti yang anda miliki sendiri (telefon pintar/tablet).

3. Nyahsambung dari rangkaian syarikat ketika tidak menggunakannya.

4. Gunakan servis VPN seperti BolehVPN, proksi, SSH Tunneling, atau apa sahaja solusi yang ada untuk anonimity.

5. Gunakan akal anda untuk mengasingkan dan memisahkan antara kehidupan peribadi dan kerja jika anda mengambil berat mengenai hal privasi.

Artikel ini adalah adaptasi/terjemahan dari: Is My Boss Monitoring My Internet Usage?

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x