Utama Blog Laman 157

Teori Bagaimana Savitar ‘Tercipta’

0
Gambar dari Screen Rant

Abam dapat melihat terlalu ramai yang super-duper keliru mengenai asal-usul Savitar. Ramai juga yang merujuk kepada penjelasan Cisco yang mengumpamakan situasi Savitar seperti egg-and-chicken-situation.

Tidak dapat dinafikan, kalau difikir secara ‘sekali lalu’ memang ia agak memeningkan kepala. Cuba tonton dahulu penjelasan Savitar melalui video di bawah dan kita kupas satu persatu.

Antara dialog yang diucapkan:

Barry: I know what you are. You’re a time remnant.

Savitar:

1. A temporal duplicate. Created when you run back in time and meet yourself. You brought a remnant to life last year to defeat Zoom.

2. Your duplicate died saving the Multiverse and you continued your happy little life. And it would have stayed that way… but then you decided to play God. You created Flashpoint and changed everything.

Huraian:

Ok, jadi kita tahu melalui dialog di atas, sebenarnya ia bukan egg-and-chicken-situation. Savitar ada asal-usul beliau, iaitu beliau adalah time remnant yang Barry cipta sewaktu hendak menumpaskan Zoom.

Namun dengan tindakan berani seperti seorang hero layaknya, ‘beliau’ (kita gelarkan beliau ini sebagai Time Remnant 1 atau TR1) mati ketika cuba menyelamatkan dunia dari dihancurkan oleh plan jahat Zoom.

Akan tetapi situasi ini tidak lama, di mana Barry kemudiannya mencipta Flashpoint (Paradox), yang telah mengubah struktrur masa. Akibat dari perbuatan inilah TR1 itu tadi tidak mati, sebaliknya ia ‘wujud kembali’. Terima kasih kepada Flashpoint ya.

Jadi, TR1 inilah yang akan pergi ke masa hadapan dan membunuh Iris, lalu kemudiannya dipenjara oleh Barry ke dalam Speed Force.

TR1 ialah versi asal Savitar, iaitu yang diwujudkan oleh Barry ketika hendak menentang Zoom.

Tercipta Pula Time Remnant 2


Barry: I went to the future. My future self told me that he created time remnants to stop you. That you slaughtered them all!

Savitar: All but one. Me. I lived. But a funny thing happened when I did. You, Joe, Wally, Cisco? You all shunned me because I wasn’t the true Barry Allen. I was an aberration. A disposable hero. Future you failed to mention that, didn’t he?

Barry: How did you become Savitar?

Savitar: I was broken. And alone. I wanted the pain to end. And that’s when I realized the truth, Barry. God feels no pain. All I had to do was become one. And I only needed two more thingsFor Iris to die so that you are driven so far into the dark that I can be born.

Huraian:

Jangan dilupakan pula akan fakta bahawa ketika hendak bertempur dengan Savitar (TR1), Barry mencipta banyak Time Remnant lain. Kesemua Time Remnant ini dibunuh oleh Savitar a.k.a TR1 kecuali SATU iaitu Savitar – TR2.

Time Remnant Barry yang diwujudkan ketika hendak menentang Savitar ini pula tidak dibunuh, lalu menyebabkan Savitar (TR1) dapat dipenjara oleh mereka (Barry dan TR2).

Namun akibat dari perbuatan Team Flash sendiri yang menyebabkan TR2 ini rasa terpinggir, hina, dan keseorangan menyebabkan beliau kembali ke masa lalu, mencipta mitos yang mengatakan bahawa Savitar ialah God of Speed, dan merekrut para pengikutnya yang terdiri dari apa yang tercipta sewaktu Flashpoint, diketuai oleh Alchemy.

TR2 menyalahkan Barry kerana ia tidak akan tercipta sekiranya Flashpoint tidak terjadi, maka Savitar tidak akan wujud sama sekali. Namun akibat Savitar diwujudkan melalui Flashpoint, maka Time Remnant terpaksa ‘dibuat’, dan situasi ketika TR2 dipinggirkan oleh Team Flash memaksa beliau untuk ‘mengajar’ Barry agar tidak lagi cuba mengubah masa lampau atau masa hadapan.

Dari sinilah loop ini berterusan, yang mana sama ada Barry akan berubah menjadi ’emo’ setelah Iris dibunuh, atau Savitar.

Pening? Tak payah fikir. Kalau fikir juga nanti kau orang migrain. Heheheh.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Gunakan WhatsApp, Telegram, Dan Messenger Melalui Opera!

0

Sebelum ini say adalah pengguna tegar Google Chrome, dek kerana begitu terikat kepada kemudahan penyelarasan akaun dan datanya (synch).

Namun setelah ia kerap kali menyebabkan penggunaan cakera keras melonjak kepada 100% dan menjadikan sistem agak lembab, lemau, dan lesu, maka mungkin sudah tiba masanya untuk beralih kepada sesuatu yang baru.

Apabila saya mencuba pelayar Opera versi terbaru ini, tertanya pilihan kali ini nampaknya boleh mencabar Google Chrome dengan ‘angkuhnya’. Heheh. Kenapa?

Ini adalah kerana banyak ciri yang dibina terus ke dalam pelayar ini sekaligus mengurangkan masa pengguna untuk tercari-cari ciri yang dikehendaki, contohnya aplikasi permesejan WhatsApp, Telegram, dan juga Messenger telah pun dibina ke dalam Opera.

Kita sedia maklum aplikasi-aplikasi ini sememangnya ada versi web, dan apabila ia menjadi ciri lalai atau default pada sesebuah pelayar web tanpa menjejaskan prestasinya sedikit pun, maka tidak salah kalau saya katakan Opera telah berjaya melangkaui Chrome dari segi cirinya.

Bukan apa, sekurang-kurangnya ia menjadi pintasan kepada aplikasi-aplikasi yang tersebut, tanpa perlu lagi untuk kita membuka tab baru sekaligus membuat penggunaan RAM menjadi hemat.

Tidak lupa juga, Opera mempunyai hampir semua ‘kuasa’ dan kelebihan yang ada pada Chrome, minus kelahapannya dalam ‘memakan’ RAM.

Dari versi 40 lagi, Opera sudah mempunyai VPN-nya sendiri, dan ini sedikit sebanyak menambah ciri sekuritinya.

Untuk Telegram pula, anda perlu mengaktifkan ia melalui tetapan.

Anda boleh muat turun Opera melalui laman rasminya: Opera Browser

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kenapa OnePlus 5, Dan Bukan OnePlus 4?

0
Ada sesapa nak sponsor abam OnePlus 3T hitam macam gambar atas ni?

OnePlus sememangnya terkenal dengan kontroversi. Dari mula ianya dilancarkan, dengan OnePlus One menjadi penanda aras, bergelar sebagai ‘Flagship Killer‘, lalu legasi diteruskan dengan lahirnya OnePlus 2, yang tidak dapat dinafikan agak suam-suam kuku (sambutannya).

Namun OnePlus kembali meragut hati peminat lama dan baru dengan hadirnya OnePlus 3, kemudian disusuli pula OnePlus 3T yang membawakan ciri-ciri terbaik.

Setelah nombor 1, 2, dan 3, maka sepatutnya nombor 4 menyusul pula. Tetapi OnePlus memutuskan untuk memberi nama kepada bayi mereka yang terbaru ini sebagai OnePlus 5. Kenapa ya? Staf dan orang-orang dalam syarikat OnePlus ni tak sekolah ke?

Ehh, bukan. Bukan mereka tak sekolah, sebaliknya menurut kepercayaan orang Cina, nombor 4 ialah nombor ‘malang’. Ianya seakan berbunyi ‘mati/kematian’ walaupun tulisan antara ’empat’ dan ‘mati’ itu berbeza karakter (tulisan/kaligrafi Cina).

Jadi anak-anak, begitulah kisahnya. Simple je. Kalau kita telusuri balik sejarah, orang Cina di mana-mana pun ada kepercayaan yang sama, malah di Malaysia juga menunjukkan mereka masih percayakan nombor ‘malang’ seperti ini. Jadi tidak hairan perkara ini berlaku.

Elok juga rasanya, sebab abam pun rasa kalau mereka letak ‘OnePlus 4’, bunyinya macam kurang sedap. Heheheh. OnePlus bila lagi nak sponsor abam OnePlus 5 untuk review unit nih?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

10 Laman Terbaik Muat Turun Serta Strim Filem Dan Drama

0
Gambar dari Wallpapers Junction

Post ini adalah sebuah kesinambungan kepada post 10 Laman Tempat Muat Turun Dan Strim Filem. Harap anda enjoy dan silakan share kepada rakan-rakan anda masing-masing ya.

Kepada semua copy paster, harap anda burn in hell ketik share. Jangan sedap nak copy je.

1. OPloverz

Ini adalah lamannya, sekiranya anda jenis yang berminat dengan anime. Menyediakan pelbagai anime dengan sarikata Indonesia, rasanya tak salah kalau bookmark awal-awal.

2. Kdrama List – Dlkdrama

Dlkdrama adalah kependekan dari ‘download Korean drama’. Sesuai sangatlah kalau anda memang jenis layan KDrama. Abam bagi link untuk anda yang berminatlah kan. Macam-macam ada dalam tu.

3. HD Movies Kit

HD Movies Kit ni sebenarnya sesuai untuk mereka yang:

1. Tak reti guna torrent.
2. Tak minat guna torrent, katanya sebab banyak ‘makan data’. Hahah. Ikutlah nak..
3. Suka muat turun versi kecil sahaja.

4. Divx Crawler

Laman ini rasanya akan menjadi kegemaran kebanyakan pelajar kot. Sebab? Sebabnya senang sangat nak muat turun. Klik kanan, tekan ‘Save link as…’.

5. MyDownloadTube

Laman Mydownloadtube menyediakan beberapa pautan alternatif untuk anda muat turun video. Sumber yang banyak amat membantu anda yang malas nak cari akaun premium bagi sesetengah host.

6. Movies Crib

Biasanya abam cari filem Hindustan dekat sini. Hehe.

7. TvBox

Sesuai dengan namanya, ia menyediakan pelbagai siri televisyen, dan juga filem yang ‘rare’.

8. House Movie

Ini juga salah satu laman kegemaran abam. Sebab tampilannya nampak ‘bersih’, serta terdapat pautan-pautan alternatif untuk strim serta muat turun.

9. 123Movies

123Movies amat sesuai bagi mereka yang tiada masa hendak menanti muat turun selesai. Strim terus, dengan sarikata Korea biasanya. Hahaha (sebab gambar wayang, terimalah seadanya).

Kalau ada kualiti yang baik pun filem yang sudah dirilis beberapa bulan (ini perkara biasa).

10. Mp4Mania

Di sini, biasanya abam cari video-video gusti terbaru. Ada juga kartun, siri TV, dan sebagainya lagi. Anda boleh jelajah sendiri, cuma paparan laman ini nampak sedikit ‘cheap’. Itu sahaja kekurangannya.

Itu dia kawan-kawan, 10 laman paling syok setakat ni. silakan share okeh!

Views: 19

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Melepaskan Kemaskini OxgenOS Beta 15 (OnePlus 3) dan Beta 6 (OnePlus 3T)

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
OnePlus melepaskan kemaskini Beta bagi kedua-dua peranti hebat mereka, iaitu OnePlus 3 dan 3T.
Nama kemaskini tersebut ialah Beta 15 bagi OnePlus 3 dan Beta 6 untuk OnePlus 3T
Ada apa dalam kemaskini ni? Saya akan ceritakan kat bawah ni

Untuk pengetahuan anda, changelog bagi kedua-dua kemaskini ni sama tau :

  • Dialer dan interface panggilan masuk baru (UI baru).
  • Pengoptimuman UI untuk Messages, Settings dan Contacts.
  • Action Bar baru untuk Messages dan Settings.
  • Notifikasi penggunaan kuasa tinggi dioptimumkan.
  • Pengoptimuman Bluetooth dan Night mode.
  • Ralat sebelum-sebelum ini dibaiki.
Tapi sebelum ini, Beta 14 dan 4.xx (Official, Stable) mengalami ralat I/O yang mana kita sudah padam fail tersebut, ruang tak berkurang, sama seperti tidak padam. Saya sudah uji, dan Beta 15 ni depa dah baiki ralat tu (saya rasa Beta 6 juga sama)
Nak sedut macam mana?
Klik pautan kat bawah ni
Untuk menguji ketahanan bateri, sila tunggu kitaran penuh bateri, senang cerita tunggu sehari la. Kemaskini Beta kali ni smooth, UI cantik, mesra bateri, dan yang penting ia menyokong Magisk (dalam ni ada root dan busybox) dan ViPER4ARISE (modifikasi yang menguatkan speaker anda hohoho).
Bawah ni saya lampirkan sedikit rakaman skrin ROM OxygenOS Beta 15 dari OnePlus 3.


 

Selamat menyedut dan mengemaskini OnePlus 3/3T anda.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Windows 10 Creators Update: Kemaskini Mega Yang Dinanti-Nantikan

0
Baru-baru ini saya menerima satu ‘mesej’ ataupun ‘pesanan’ dari sistem operasi Windows 10 itu sendiri yang meminta saya untuk mengemaskini sistem kepada versi terbaru, menggunakan ‘Update Assistant/Upgrader’.
Apabila dibuka sahaja pautan untuk memuat turun Update Assistant tersebut, nyatalah versi Windows 10 Creators Update kini menjadi rasmi untuk semua.

Waktu anda mula-mula boot ke desktop selepas siap kemaskini, anda akan disambut oleh Edge dengan beberapa panduan/tutorial.

Atau,

Jika anda memasang Windows 10 dari mula, anda akan disambut dengan ‘iringan’ dari Cortana untuk menyiapkan tetapan sistem operasi.

Windows Defender juga nampaknya menerima pembaharuan dari segi paparan antaramuka pengguna dan juga beberapa ciri tambahan yang mana menjadikan ia seperti sebuah pusat kepada sekuriti anda.

Segalanya boleh anda uruskan dari sini seperti imbasan virus, firewall, pengurusan prestasi peranti, kawalan aplikasi serta pelayar web dan lain-lain lagi.

Kini, pada bahagian tetapan (Settings), terdapat dua seksyen tambahan baharu iaitu Apps dan Gaming.

Seksyen Apps menunjukkan bahawa semua tetapan sebenarnya boleh dipermudahkan, sekiranya kita menjadikan ia dalam bentuk ‘berpusat’ atau ‘berkumpul’.

Dahulunya tetapan untuk aplikasi bersepah-sepah, sekarang ia lebih kemas dan tersusun.

Dalam Windows 10 Creators Update ini, terdapat beberapa aplikasi baharu, dan juga aplikasi yang diberikan ‘pembaharuan’ sama ada kepada cirinya, mahupun paparan antaramuka penggunanya.

Kita dapat lihat terdapat aplikasi e-mel, yang boleh menguruskan beberapa jenis e-mel seperti Outlook, Exchange, Google (Gmail), Yahoo!, iCloud, dan lain-lain e-mel yang disokong.

Apa yang kelakar, Gmail mengenalpasti saya telah log masuk ke Gmail melalui Internet Explorer. LOL.

Jangan dilupakan, ciri-ciri asas seperti Registry Editor juga telah mendapat sedikit ‘make over‘ yang boleh dikatakan membantu, iaitu ia kini mempunyai bar alamat yang membolehkan anda menyalin dan tampal di bahagian tersebut ketika diperlukan.

Night Light adalah antara ciri Windows 10 Creators Update yang paling saya suka. Ia membantu pengguna untuk melihat skrin dengan lebih ‘nyaman’ ketika waktu malam, dan anda boleh ubah tetapan warnanya, sama ada lebih gelap atau lebih terang.

Saya jarang menggunakan aplikasi penyunting gambar/imej melainkan pada Android. Microsoft Paint 3D belum mampu menarik perhatian saya untuk belajar menggunakannya, namun sedikit-sebanyak perkataan ‘3D’ itu menggugat rasa ingin tahu juga.

Jangan bimbang, Paint versi ‘biasa’ masih ada dan tidak dibuang oleh Microsoft.

Edge juga tidak diabaikan. Edge kali ini akan menyekat kandungan flash dari dijalankan, dengan tujuan untuk membantu prestasi pada PC-PC tua yang biasanya ada pada pejabat kerajaan.

Tak lupa juga terdapat dua butang baharu, yang berfungsi sebagai ‘set aside’ untuk tab yang anda buka.

Untuk para gamer tegar, terdapat tetapan ‘Gaming’ yang mengoptimumkan Windows 10 bagi para pemain, dan butang ‘Game Mode’ adalah bonus jua bagi membantu prestasi sistem operasi ketika sedang bermain permainan yang mencabar.

Anda boleh ‘broadcastgame session anda dengan Beam Streaming, yang boleh ditonton atas talian melalui laman Beam.

Bagaimana? Berminat?

Anda boleh muat turun alat bantu kemaskini di sini: Windows 10 Update Assistant

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Botnet Is Real: Forum Lowyat.NET ‘Dijatuhkan’ Oleh Botnet ACE-ZEUS

0
Seawal jam 11 pagi lagi omghackers menerima maklumat dari individu yang mendakwa beliau akan ‘menjatuhkan’ (take down) forum Lowyat.NET dengan menggunakan botnet.
Botnet yang beliau namakan sebagai ACE-ZEUS itu nampaknya berkesan menjatuhkan forum tersebut dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Berikut adalah tangkap layar lebih kurang pukul 11 pagi tadi.

Ini pula adalah tangkap layar beberapa minit selepas kami dihubungi.

Ditanyakan apakah motif beliau, katanya ia adalah disebabkan moderator forum yang mengenakan harga iklan yang terlalu tinggi. Berapakah jumlahnya biarlah ia menjadi rahsia, namun boleh dikatakan agak tinggi juga meskipun diakui ahli forum tersebut sangat ramai serta menjadi tempat kunjungan mereka yang meminati teknologi semasa.

Apapun, kita tunggu apakah nanti ada perbincangan positif antara kedua belah pihak.

Penafian: Kami dari omghackers.com hanya menerbitkan artikel sahaja. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kami berkecuali dan hanya bersikap menyampaikan berita. Terima kasih.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

HDKAN: Tonton Live TV Secara Percuma

0

Pada awalnya abam terasa seperti sedikit berat hendak menulis tentang aplikasi ini, dek kerana saluran televisyen yang ‘bertapak’ di Malaysia seperti OASIS dan MAYA tidak ‘keluar’ ketika cuba distrim.

Namun Live TV bukan tertumpu kepada saluran ‘berasaskan’ Malaysia sahaja. Oleh sebab itu abam perkenalkan juga kepada anda aplikasi HDKAN, yang mempunyai pelbagai saluran televisyen siaran langsung.

Dengan versi terbarunya 1.1.1, paparan antaramuka pengguna berubah begitu banyak sekali berbanding versi sebelumnya.

Masih lagi mempunyai sarikata berbahasa Cina, namun tetapan telah menggunakan bahasa Inggeris secara lalainya (default).

Selain itu, decoder juga telah ditetapkan secara automatik, bererti jika anda tukarkan kepada software sekalipun tiada sebarang muat turun tambahan yang akan dibuat seperti versi lama.

Jangan tanya, abam pun biarkan je setting camtu. Heheh.

Untuk gambar di atas, anda hanya perlu tandakan/centang kotak tersebut, dan klik pada tulisan berbahasa Cina itu. Ianya adalah tetapan untuk membenarkan aplikasi menggunakan bandwidth dari data mobil anda.

Aplikasi ini masih belum dapat melakukan penstriman terhadap saluran-saluran dari Malaysia yang tertentu, contohnya Astro Prima, Astro OASIS, AEC HD, MAYA HD, dan Astro ON Demand. Namun saluran-saluran lain nampaknya tiada masalah.

Klik pada ‘logo Malaysia’ untuk menyemak saluran

Beberapa saluran yang mudah dikenalpasti kerana namanya
Muat turun:

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Jurutera Google Bereksperimentasi Dengan Penggambaran Bercahaya Rendah Menggunakan Pixel Dan Nexus 6P

0

Kita seringkali tertanya-tanya, sejauh mana kamera pada telefon bimbit pintar ‘boleh pergi’ (bahasa pasarnya lah!).

Tetapi jurutera dari Google nampaknya telah membuktikan teori-teori mereka, algoritma mereka, boleh menghasilkan gambar-gambar yang sangat cantik hanya dengan menggunakan kamera pada Pixel dan Nexus 6P.

Mereka menggelarnya sebagai ‘computational photography‘, dan salah satu projek yang telah berjaya ditempatkan ke dalam Nexus dan Pixel ialah mode HDR+.

Apa Itu HDR+ (by Google)?

HDR+ ialah sebuah mode yang membenarkan pengguna untuk mengambil gambar pada pencahayaan rendah dengan pantas sehingga 10 keping gambar exposure pendek dan menggabungkan kesemuanya kepada sekeping gambar, dengan mengurangkan kekaburan disebabkan getaran pada kamera sambil mengumpul cahaya yang cukup untuk menghasilkan sebuah gambar yang cantik lagi sempurna.

Fewhhh, bukan main susah abam nak terjemah definisi dia tuh!

Untuk mencapai maksud ini, dalam eksperimentasi yang dijalankan oleh Florian Kainz iaitu Jurutera Perisian dari Google Daydream, beliau membuat satu aplikasi ringkas dengan kawalan manual (seperti Camera FV-5, contohnya) kepada masa exposure, ISO, dan jarak fokus.

Apabila butang shutter ditekan, aplikasi tersebut akan menunggu beberapa saat dan kemudian merekod sehingga 64 bingkai dengan tetapan yang telah dipilih. Aplikasi itu menyimpan gambar RAW dari sensor dengan format fail DNG.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang dihasilkan dengan menggunakan Pixel.

Hasilnya memang amat-amat menakjubkan! Computational Photography adalah sebuah gambaran untuk masa depan kepada penggambaran menggunakan telefon pintar.

Untuk diterangkan lagi teorinya amatlah panjang. Anda boleh baca sendiri teori penuh di: Google Research Blog

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Reviu Ubuntu Budgie 17.04: Kelajuan, Prestasi, Dan Tampilan Yang Baik Dalam Satu Pakej

0

Menulis reviu untuk sebuah sistem operasi Linux berasaskan Ubuntu sebenarnya tak mudah. Ini kerana boleh dikatakan kesemuanya tidak mempunyai sebuah ciri yang memberikan impak signifikan kepada pengguna, atau kita boleh sebut sebagai ‘wow factor’.

Ubuntu Budgie juga tidak terkecuali. Kalau pun ada ‘wow factor’ padanya adalah Budgie Desktop itu sendiri.

Berasaskan Gnome Shell, Budgie Desktop memberikan nafas baru kepada persekitaran meja, di mana ia meletakkan menu di atas sebelah kiri, seakan menu elementary OS.

Untuk skrin log masuk, ianya adalah pembaharuan sedikit dari gdm (kalau tak silap).

Setelah masuk ke persekitaran meja buat pertama kalinya, anda akan disambut dengan ‘tutorial’ ataupun panduan ringkas akan cara untuk menggunakan Ubuntu Budgie.

Pada saya ini pun agak ‘biasa’, cuma buat newbie amat sesuai sekali jika ini dikekalkan.

Lalu, beginilah pandangan pertama persekitaran meja Ubuntu Budgie. Dapat dilihat di sebelah kiri ada satu ‘dock’ kecil, namun ia tidak serupa dengan Unity Launcher.

Cirinya ringkas, memang hanya tempat pintas bagi aplikasi yang anda mahukan untuk ia berada di situ. Ia mempunyai ciri ‘intellihide’ atau intelligently hide, seperti Unity Launcher waktu mula-mula dilancarkan dahulu sebelum ciri tersebut ‘dibuang’.

Ubuntu Budgie menggunakan Chromium secara lalainya (default web browser). Firefox pula perlu dipasang sendiri oleh pengguna. Pada saya, Chromium adalah pilihan yang tepat. Tahniah untuk pilihan ini. Sehingga Firefox memperbaiki prestasinya, biarkan saja Chromium sebagai pelayar web lalai.

Tampilan seakan Windows 10, Budgie Settings menempatkan pelbagai tetapan yang mudah capai.

Lain-lain ciri, Ubuntu Budgie menggunakan Terminix sebagai Terminal lalai sistemnya. Agak sedikit janggal juga waktu mula-mula saya mencubanya, namun setelah beberapa kali klik di sini-sana, Terminix juga nampaknya mudah untuk diselia.

Sesuatu yang seringkali terasa pada mana-mana sistem operasi berasaskan Ubuntu ialah kekurangan pada kepantasan/kelajuan dan prestasi (speed and performance).
Cuma dengan persekitaran meja Budgie ini, tidaklah begitu terasa kepantasan seakan elementary OS, namun cukup untuk memberi kepuasan kepada mereka yang ingin sebuah sistem operasi yang kerap mendapat kemaskini (tidak seperti elementary OS yang outdated) tetapi dalam masa yang sama mempunyai prestasi yang baik.
Setakat ini saya belum lagi dapat memasang mana-mana Gnome Shell Extensions, tak pasti kenapa. Tetapi saya akan cuba lagi hingga berjaya.
Apa yang pasti, Ubuntu Budgie tidak akan terhenti setakat kelainan ‘minor‘. Ia mempunyai potensi untuk berkembang sekiranya diberikan pembangunan yang cukup.
Kelancaran sistem ini sepanjang yang saya uji adalah bukti bahawa Ubuntu juga boleh ‘pergi jauh’.
Muat turun: Ubuntu Budgie

Views: 0

Iklan Newspaper Inline