Utama Blog Laman 158

Seorang Bapa Dari Thailand Membunuh Anaknya Perempuannya Di Facebook Live

0

Kredit gambar: Facebook Newsroom

Kegilaan apakah ini??

Seorang bapa tanpa otak telah ‘memfilemkan’ dirinya meletakkan seutas tali di sekeliling leher anak perempuannya yang berusia 11 tahun dan melontarkannya keluar dari bangunan.

Menurut pihak polis Thailand, dia membunuh dirinya sejurus selepas itu.

Dua klip video pembunuhan anak perempuannya kekal selama 24 jam sebelum Facebook memadamkan ia atas permintaan dari Kementerian Ekonomi Digital Thailand.

Kedua video tersebut mendapat tontonan sebanyak 370,000.

Via: Reuters

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Segmentasi Psikografik?

0
Gambar pinjam dari FIT

Diterjemahkan dari Wiki-nya, Psikografik (Psychographic) ialah kajian atau pembelajaran personaliti, nilai, pendapat, perangai/kelakuan, minat, dan gaya hidup.

Berbeza sekali dengan Demografik, yang hanya mengkaji ‘luaran’ subjek, psikografik ini lebih menyeluruh dengan sentuhan yang lebih mendalam.

Kenapa Psikografik Penting?

Beberapa bulan yang lepas abam ada menghadiri kursus. Kursus apa, itu tak penting. Cuma yang penting, sifu abam ada bagi tahu, tahun ini adalah tahun Psikografik.

Demografik – menjelaskan siapakah pengguna produk anda. Manakala Psikografik pula menjelaskan mengapakah mereka membeli produk anda itu.

Seperti yang abam katakan di atas, fakta segmentasi Demografik lebih menyentuh kepada aspek luaran pengguna seperti umur, jantina, status perkahwinan, jumlah pendapatan, dan lain-lain.

Untuk mendapatkan sasaran kita, seseorang itu haruslah memahami penggunanya, bukan hanya dari luaran bahkan ‘dalaman’ mereka, apa yang mereka mahukan sebenarnya.

Diterjemahkan contoh ini dari blog HubSpot:

Informasi Demografik:-

*Perempuan
*Umur antara 45-65
*Berkahwin, mempunyai anak
*Sedang berdepan dengan isu kenaikan berat badan, diabetis, kekurangan tenaga dan hormon tidak seimbang
*Pendapatan bulanan $100k+.

Informasi Psikografik:-

*Mengambil berat tentang kesihatan dan penampilan
*Mahukan gaya hidup sihat, tetapi tidak mempunyai masa yang cukup
*Rasa terhibur berada di atas talian pada waktu petang, amat meminati Pinterest.
*Cenderung kepada kualiti ekonomi
*Memperoleh kepuasan dalam kerjaya dan keluarga
*Menghargai masa bersama rakan-rakan.

Begitulah serba sedikit pengenalan mengenai Psikografik ini. InsyaAllah dalam masa yang akan datang, abam akan cuba terangkan lagi mengenainya dengan sedikit lebih terperinci.


Hastalavista bebeh, hasta pronto evelibodi.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tenta Browser: Pelayar Web Android Dengan OpenVPN Terbina Dalaman

0

Saya baru sahaja lepas habis menulis tentang Epic Privacy Browser, yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang menjaga privasi serta sekuriti penggunanya.

Ada yang meminta versi Android, namun apakan daya buat masa ini Epic hanya eksklusif untuk Windows sahaja.

Namun jangan bimbang, kerana pelayar web yang mementingkan ciri privasi untuk Android itu ada, dan ianya bernama Tenta Browser. Gambar di bawah menunjukkan serba sedikit salah satu ciri Tenta iaitu Smart Incognito.

Itu baru satu, belum lagi kita pergi kepada cirinya yang lain. Apa dia antaranya?

1. VPN – OpenVPN Terbina Dalaman.

OpenVPN weh, bukan proksi seperti Opera/Opera Mini, Puffin, dan lain-lain contoh lagi.

2. Dilindungi dengan PIN.

Yeah, pelayar web ini dilindungi dengan PIN. Melainkan bini yang minta password, anda boleh berlagak dengan kawan-kawan. Ianya terlindung dengan enkripsi AES-256.

3. Zones.

Zones ialah koleksi tab di satu lokasi khusus. Contohnya satu kumpulan tab, akan sentiasa beroperasi seakan pengguna berada di Miami atau di Seattle.

4. Incognito/Private Browsing Sentiasa Terpasang (Always On).

Sama seperti Epic, Tenta juga mempunyai ciri ini. Anda tidak perlu lagi fikirkan mengenai mana-mana penjejak (trackers) yang akan mengikuti anda.

5. Mempunyai OpenVPN Untuk Seluruh Peranti.

Ya, selain OpenVPN yang berfungsi khusus untuk Tenta (sahaja), ia juga mempunyai pilihan untuk pengguna melanggan servis OpenVPN untuk seluruh peranti (Full Device Wide VPN).

Muat turun: Tenta Browser

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Melanggan Spotify Dengan Harga Paling Jimat, Tak Perlu Cari Crack Lagi

0

Hari ini abam nak share sikit cara langgan Spotify dengan harga yang murah ?. Jimat banyak!

Anda hanya perlu membayar sebanyak RM22.40 sahaja untuk 6 orang. Jadi kalau RM22.40 dibahagi dengan 6 orang, anggaran setiap seorang kena bayar lebih kurang RM3.733 sebulan. Bundarkan jadi RM4 sahaja. Murah bukan?

Apa yang diperlukan?

1. 6 orang ahli keluarga, atau sahabat handai yang sanggup keluarkan duit RM3.73 atau RM4 sebulan untuk langgan Spotify. Senang cerita yang betul-betul berminat dengan muzik dan penstriman tanpa had.

2. Akaun Spotify tentunya.

3. Mereka yang dah bosan guna cracked version of Spotify. Mencari yang halal itu adalah fardhu.

Jadi, jom ikut langkah-langkah di bawah.

1. Pergi dahulu kepada pautan ini: Spotify Premium for Family. Jangan lupa log masuk terlebih dahulu ya.

2. Spotify akan minta maklumat pembayaran, sama ada pembayaran melalui debit atau credit card, mahupun pembayaran melalui bil telefon.

3. Apabila selesai melakukan pembayaran, pergi ke akaun Spotify anda, dan klik pada tab ‘Premium For Family’.

4. Pada ruangan ini, klik sahaja pada ‘Invite your family’. Anda boleh invite atau jemput secara mengisi e-mel ahli keluarga atau rakan-rakan anda, atau melalui pautan yang dijana oleh Spotify.

5. Pastikan alamat setiap ahli untuk 5 orang ini sama dengan alamat anda ya. Itu sahaja syaratnya.

Spotify and Chill.

Artikel diolah dari penulisan Izzwan Martang.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Epic Privacy Browser: Pelayar Web Terbaik Untuk Sekuriti Dan Privasi

0
Kita Saya memang suka dengan Google Chrome, namun sesetengah pengguna yang agak paranoid tidak begitu gemarkan cirinya yang memuat naik data pengguna kepada pelayan Google.
Saya juga ada berfikir, benarkah Incognito Mode Google Chrome tidak menjejak kembali penggunanya?
Atas sebab itu saya memuat turun pelayar web Epic Privacy Browser, sebuah pelayar web berasaskan Chrome, namun dengan semua ciri-ciri tracking yang telah dibuang secara total, lalu digantikan pula dengan ciri-ciri yang menjaga hak privasi pengguna beserta sekuriti ekstra.
Jadi, dengan ini saya memperkenalkan kepada anda,
Epic Privacy Browser.

Jangan mudah menyangka bahawa data anda selamat dan terlindung sebaik sahaja anda melancarkan mode incognito. Lihat sahaja gambar di bawah.

Apa Ciri Epic Privacy Browser?

1. Private Browsing Sentiasa Terpasang

Para pembangun Epic tidak mempercayai mana-mana pelayar yang membiarkan penggunanya terdedah kepada penjejakan. Secara lalainya (default), mode yang sepatutnya aktif sebaik sahaja pelayar dilancarkan ialah ‘incognito’ secara tetap dan sentiasa ‘ada’. Bukan hanya ada hanya ketika pengguna melancarkannya.

Kesemua sesi pelayaran sepatutnya berada dalam mode peribadi.


2. Tiada Penjejak (Tracking)

Tiada ciri ini pada Epic. Kod berunsurkan penjejakan telah tinggal menjadi sejarah lama hidup anda, sebaik sahaja anda menggunakan Epic.

3. Proksi Terbina Dalaman

Proksi terbina dalaman ini berfungsi untuk menyembunyikan alamat IP anda dari dijejaki.

4. Trackers Dan Cookies Pihak Ketiga Disekat


Trackers adalah syarikat yang menjejak di mana dan apa yang anda layari di internet. Mereka akan menggunakan data luar dan dalam talian anda lalu menjualnya, atau menggunakan ia untuk memberikan kepada anda iklan yang disasarkan.

Dengan Epic, kesemua trackers disekat dari menjejak aktiviti anda.

5. Integrasi Muat Turun Video

Memang mudah apabila Epic tidak perlukan apa-apa extension untuk memuat turun video-video dari laman web seperti YouTube, Facebook, Video dan banyak lagi.

6. Perlindungan Carian

Carian anda akan sentiasa dilindungi oleh proksi Epic melainkan anda sendiri yang menutupnya (dengan syarat anda gunakanlah VPN supaya alamat IP anda tersembunyi).

7. Enkripsi Data

Jika disokong oleh laman web yang dilawati, Epic akan menggunakan versi https supaya data yang anda beri dan terima dapat dienkrip.

8. Butang Semua Dalam Satu

Dengan satu butang khas, anda dapat mengawal semua ciri-ciri Epic yang menjadikan ia ohsem.

9. Berasaskan Chrome


Paling penting, ia memiliki semua ciri-ciri Chrome yang ohsem cuma tanpa ciri penjejakan yang kita tidak ingini lagi. Kalau pun ada kekurangannya ialah ia tidak dapat diselaras menggunakan akaun Google dek kerana Google telah sedaya upaya menyekat pelayar web ini dari terus dibangunkan kerana mereka enggan bekerjasama dengan Google yang sedaya upaya mahu mereka memasukkan kod penjejak ke dalam pelayar web ini.

Apapun, setakat ini, Epic Privacy Browser adalah pelayar web terbaik yang boleh anda harapkan untuk ‘menghilangkan’ diri dari dijejaki oleh sang penjejak badai info yang sentiasa dahagakan maklumat sulit anda.


Muat turun: Epic Privacy Browser

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Onion.City: Cara Memasuki Laman Dark Web Tanpa Menggunakan TOR

0

The Dark Web, adalah tempat ‘internet bawah tanah’ di mana pelbagai perkhidmatan aneh dan haram boleh ditemukan. Memasukinya sahaja memerlukan lapisan keselamatan tambahan dalam bentuk TOR browser bundle, VPN, proksi, dan lain sebagainya.

Pelbagai nama diberikan kepadanya termasuklah Deep Web, dark net, dan lain-lain nama yang merujuk kepada sebuah kawasan gelap, dek kerana ada yang menggelarnya sebagai ‘kawasan internet tersembunyi’.

Masakan tidak, di sini anda boleh temukan pembunuh upahan yang sentiasa bersedia asalkan saja bayarannya lumayan. Namun, entri ini bukan hendak bercerita tentang kegelapan dark web.

Entri ini berkisar tentang cara hendak memasuki dark web, kerana ia sememangnya terselindung disebalik lapisan TOR nodes, yang hanya pula boleh diakses menggunakan pelayar TOR melalui rangkaiannya setelah ia disambungkan, dan ia pula tidak dapat diakses menggunakan enjin carian Google mahupun Yahoo!.

Kesukaran mencari dan mengaksesnya sahaja melayakkan ia digelar ‘sesawang gelap’.

Namun itu semua berubah dengan adanya enjin carian terbaru khusus bagi mencari laman-laman dengan akhiran domain .onion ini, iaitu Onion.City. Enjin carian ini telah dibangunkan oleh seorang pengaturcara dan penggodam, iaitu Virgil Griffith.

Ia bertindak seakan-akan enjin carian Google, cuma ianya khusus untuk mencari laman-laman dari dark web dengan apa juga kata kunci yang anda mahu.

Enjin carian ini dikuasakan dengan Tor2web proxy, yang mana ianya membolehkan pengguna akhir/biasa untuk mengakses laman-laman yang menggunakan domain .onion dan membenarkan enjin carian tersebut untuk menggunakan akhiran domain .onion sementara berada dalam rangkaian anonymizer TOR.

Contohnya, sekiranya anda membuat carian tentang ‘Spotify’ di Google, ini hasilnya.

Manakala sekiranya anda menggunakan enjin carian Onion.City, ini pula hasilnya.

Heheheh. Menarik bukan?

Cuma kekurangan enjin carian Onion.City buat masa ini ialah anonimiti, di mana ia berlegar-legar di dunia gelap dengan http, yang mana kemungkinan besar hasil carian anda untuk dijengah oleh orang ketiga adalah tinggi.

Selain itu, meskipun dark web penuh dengan pelbagai penjenayah tegar, Onion.City telah menyenaraihitamkan beberapa laman atau domain yang bercanggah dengan undang-undang Amerika Syarikat.

Projek ini masih lagi ‘separa’ siap, maka dengan itu anda mungkin akan terjumpa mana-mana bugs yang bersiar-siar di dalamnya.

Views: 25

Iklan Newspaper Inline

Lebuhraya Ke Neraka: Sebuah Naskhah Spiritual Terbaik Dari Mamat Khalid

0

“Filem seram arahan Mamat Khalid ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motor berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma.”

Itulah dia, sinopsis kisah yang ingin diceritakan dalam filem Lebuhraya Ke Neraka, oleh Mamat Khalid selaku pengarah.

Sebenarnya saya dah putus asa dengan filem Melayu. Harapan sudah mati sejak Cicakman 3 lagi. Ramai pengarah hendak untung dari filem mereka, tetapi mutu kepada hasil kerjanya adalah tidak seperti yang diharapkan – namun dalam masa yang sama berharap orang Malaysia pergi menonton wayang untuk menyokong filem mereka.

Tetapi itu bukan stail Mamat Khalid.

Karya-karya beliau meskipun banyak bertema old-school cinematic, namun ia adalah Manikam yang dicari dan ditunggu-tunggu.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah misalnya, tak jemu ditonton walaupun sudah berkali-kali diulang. Harapnya waktu Hari Raya tahun ini ia akan ditayangkan sekali lagi di TV3.

Tidak dapat dinafikan, saya hadir ke majlis ‘wayang pacak’ alias pra-tonton Lebuhraya Ke Neraka dengan penuh prejudis!

Namun itu semua menjadi sejarah, sebaik sahaja Khir Rahman muncul. Maaf abang Awie, anda memang pelakon utama yang sangat baik untuk filem ini, namun ‘main star‘ pada saya adalah saudara Khir Rahman.

Lakonan beliau cukup-cukup mantap dan mengujakan. Hilang rasa mengantuk sebaik sahaja beliau muncul. Beliau tidak perlukan solekan melampau, pun sudah mampu menghadirkan rasa ‘tidak selesa’ dengan cara beliau memanifestasikan watak. Pada saya memek muka, gayanya, dan ‘prestasi’ Khir Rahman membawa watak ‘Tyson’ adalah luar biasa!

Bukan bererti saya menafikan watak-watak lain, jauh sekali mengecilkan peranan mereka, cuma saya rasa perlu highlight watak yang dijayakan oleh Khir Rahman dek kerana impaknya kepada keseluruhan filem adalah cukup signifikan.

Perjalanan dalam jalan cerita Lebuhraya Ke Neraka rupa-rupanya bukan biasa-biasa. CGI yang dibuat ‘orang kata’ bolehlah diterima, kerana ia bukan fokus utama filem ini, seperti Cicakman ataupun Hikayat Merong Mahawangsa.

Tetapi setiap plot demi plot mengajak penonton berfikir, akan perjalanan rohani yang sedang dilalui oleh watak-watak tersebut, sama ada ianya adalah perangkap dunia spiritual ataupun sememangnya mereka sedang mengalami setiap perincian peristiwa akibat ‘dosa silam’.

Juga penggunaan dialog-dialog yang cukup berkesan, menjadikan filem ini sebagai sebuah hasil akhir yang perlu dimasukkan ke dalam senarai filem mesti tonton tahun ini.

Plot twist mungkin ada sesetengah penonton yang memberikan perhatian, dapat mengagak apakah sebenarnya yang sedang berlaku kepada mereka, namun secara kasar rata-rata yang menonton pada malam itu rasa terpegun dengan pemusingan ‘fakta’ di akhir babak-babak yang hampir kepada penutup.

Konklusi

Secara keseluruhannya, karya Mamat Khalid kali ini adalah sebuah ’emas’ yang tidak perlu lagi digali kerana ia sudah berada di depan mata, namun perlu dihargai dengan cara menontonnya di panggung berdekatan.

Ia bukan karya CGI bertaraf Hollywood ala Transformers, mahupun The Amazing Spiderman, dan lain-lain filem Marvel serta DC secara umumnya (contoh). Ia juga bukan filem seram dengan elemen-elemen jump scares yang cliche, tetapi ia adalah filem seram dengan elemen spiritual-dakwah yang mampu merentap kesedaran dalam nurani.

Jangan harapkan ia terlampau seram pula, kerana itu bukan juga fokus utamanya walaupun elemen seram itu ada di mana-mana dalam filem ini. Ambil perhatian kepada jalan cerita, dan apa yang cuba disampaikan oleh Mamat Khalid secara tersirat. Mungkin ia adakah naskhah yang ‘berat’ buat sesetengah orang, tetapi kalau anda cuba hadamkan, nescaya berbaloilah nanti usaha tersebut.

Pesanan ikhlas saya, tontonlah filem ini, 4 Mei 2017 nanti! Anda tidak akan menyesal, kerana saya juga begitu. Harapan saya terhadap filem Melayu kembali hidup hanya kerana abang Mamat Khalid seorang! Bang, buat filem Kluang Man The Movie pulak lepas ni please. Ambil Jep jadi Kluang Man dan Shuib jadi Tiong Man.

Berikut adalah trailer bagi filem Lebuhraya Ke Neraka.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Digi Postpaid 100 INFINITE Tertiris: Data Dan Panggilan Suara Tanpa Had Serta 20GB Hotspot!

0

Baru sahaja Digi melancarkan plan postpaid 80 INFINITE dan 150 INFINITE yang telah mendapat sambutan luar biasa hangat hingga plan 80 ditutup (agaknya sebab ‘kuota’ pengguna yang diingini telah tercapai), nampaknya Digi semakin laju mengorak langkah ke hadapan apabila BAKAL melancarkan plan terbaru iaitu 100 INFINITE.

Ini adalah suatu kemungkinan ya, belum tentu dan belum pasti lagi, tapi kalau jadi, baguslah!

Berdasarkan kepada tangkap layar yang tertiris ini menunjukkan bahawa plan tersebut mempunyai data tanpa had, panggilan suara tanpa had, serta pass hotspot/tethering berjumlah 20GB data!
Nampaknya plan 80 INFINITE mungkin tidak ‘kembali’, tetapi digantikan dengan plan 100 INFINITE. Ok la tu!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Firefox Bakal Mempunyai ‘Performance Tab’ Untuk PC Low End

0

Kita tahu, Firefox akan berubah wajah menjadi lebih cantik (pada pandangan mata saya, cantik lah). Namun, Firefox juga tak kurang perangainya seperti Chrome, mempunyai isu terhadap penggunaan memori yang ketara. Masalah ini dapat lebih dirasai oleh mereka yang menggunakan PC-PC TUA, terutamanya para kakitangan kerajaan. Errr..

Berikut adalah paparan antaramuka pengguna Firefox dengan pembaharuan melalui projek ‘Photon’.

Anda boleh lihat lebih banyak lagi tangkap layar Firefox Photon pada blog Sören Hentzschel.

Tetapi bukan itu sahaja pembaharuan yang akan diberikan kepada Firefox. Selain ‘facelift‘, prestasinya juga akan dipertingkatkan, bukan sahaja untuk pelayaran bahkan juga untuk penggunaan RAM. Melalui tab ‘Performance’, terdapat satu butang ‘Optimize Firefox’ yang akan menyahaktifkan semua addon dari pihak ketiga.

Ada juga ciri ‘Content Processes’, yang mana ia akan menyokong lebih dari dua proses, bermula dengan Firefox versi 55. Lebih banyak proses kandungan digunakan, Firefox menjadi lebih responsif, cuma dalam masa yang sama ia lebih banyak menggunakan RAM pula. Jadi pilihan terdapat di tangan anda.

Pengguna yang mempunyai PC TUA boleh juga menyahaktifkan animasi antaramuka pengguna untuk tab-tab, menu, dan lain-lain lagi, juga menggunakan ‘prefetch‘, yang boleh meningkatkan prestasi pada sambungan rangkaian yang perlahan.

Semua ciri-ciri ini bakal dimasukkan ke dalam Firefox versi 55 ke atas – mungkin berdekatan dengan akhir tahun ini. Sabarlah menunggu wahai pengguna PC-PC tua sekalian (saya tak terkecuali).

Sumber: Engadget

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

10 Aplikasi Android Yang Sebenarnya Adalah Crapware, Adware Dan Spyware

0

Banyak aplikasi di Google Play Store yang seakan mendapat ‘restu’ dari Google sendiri untuk sewenangnya dimuat turun sedangkan ia apabila digunakan, adalah jelas tidak lebih dari sekadar crapware, adware, dan paling teruk, SPYWARE.

Berikut merupakan ANTARA aplikasi-aplikasi yang tak perlu lagi anda gunakan.


1. Clean Master

Asalnya, Clean Master tidaklah begitu teruk. Saya juga pernah menggunakannya dulu, zaman Ice Cream Sandwitch.

Namun masa demi masa, pembangunnya dari Cheetah Mobile telah menambahkan pelbagai ciri tidak perlu, bloat-features, iklan-iklan, dan pelbagai lagi perkara yang tidak masuk akal.

Sebagai gantinya, anda bolehlah muat turun SD Maid.

2. QuickPic

Ini juga satu lagi produk yang telah dibeli oleh Cheetah Mobile. Dahulunya saiz aplikasi ini kurang dari 1MB. Ya, dalam beberapa ratus kb sahaja.

Tetapi bila mana Cheetah Mobile mengambil alih, dimasukkan ke dalam ia ciri-ciri seperti penyelarasan gambar ke dalam akaun awan – CM Cloud.

Bukan itu sahaja, dalam kodnya dimasukkan juga tracking yang akan memuat naik data pengguna kepada pelayan mereka sendiri. Elakkan dari menggunakan QuickPic, kalau boleh.

Senang cerita apa jua aplikasi dari Cheetah Mobile, nyahpasang sekarang.

Sayang, memang sangat sayang. Sebab itu ramai yang benci dengan Cheetah Mobile.

Sekarang, saya sendiri dah lama tidak pasang dan menggantikan QuickPic dengan Darkroom.

3. UC Browser

Ramai dari kalangan pengguna UC Browser mungkin berasal dari Malaysia. Maklum saja lah, ‘trick’ di sana-sini. Hehe.

Namun, ianya bukanlah pelayar web yang ‘baik’ untuk anda.

Ia juga mempunyai isu tracking, yang akan menghantar carian anda kepada Yahoo India dan Google, juga nombor IMSI pengguna, nombor IMEI, Android ID, dan alamat MAC Wi-Fi dihantar ke Umeng iaitu tool analitik Alibaba. Selain itu data geolokasi pengguna diberikan kepada AMAP, tool pemetaan Alibaba.

Daripada anda berikan data secara ‘bukan-bukan’ kepada syarikat yang entah apa-apa, lebih baik anda gunakan Google Chrome.

Kalau masih bimbang isu tracking (yang sepatutnya tidak perlu, sebab Android juga adalah kepunyaan Google), anda boleh cuba Via Browser. Laju beb.

4. DU Battery Saver & Fast Charge

Anda kena faham, ciri ‘fast charging’ ini hanya ada pada peranti yang menyokongnya sahaja. Telefon anda tidak akan memiliki ciri ini hanya dengan memasang sebuah aplikasi.

Apa yang DU Battery Saver ini lakukan adalah menjadi sebuah ‘task killer’, dengan ‘menutup’ atau ‘mematikan’ semua aplikasi lain yang sedang dijalankan di belakang dengan ‘harapan’ ia akan dapat melajukan kadar kemasukan elektrik ke dalam bateri.

Oh well, ia bukan berfungsi seperti itu ya DU Battery Saver-lah-sangat.

5. VPN Percuma

Anda boleh lihat penerangan tentang kenapa ia tidak bagus di sini.

6. Asphalt 8

Ehh? Apa yang teruknya?

IKLAN. Macam biasanya, dulu aplikasi ini adalah dalam kategori ‘ok’. Tetapi sejak dua menjak ini, iklan yang ada dalam permainan ini semakin tenat, semakin melampau. Iklan akan muncul selang beberapa minit satu kali. Kegilaan apakah yang merasuk mereka ini, entahlah.

Nak main menggunakan versi ‘cracked’? Tak payahlah. Melainkan anda rela peranti anda disekat oleh Gameloft (banned-by-device). Kalau disekat melalui e-mel, boleh guna e-mel lain. Kalau disekat pada level peranti, tukar peranti baru la jawabnya.

7. ES File Explorer

Versi percuma penuh dengan iklan. PENUH. Juga pelbagai ciri tidak perlu (bloat).

Versi berbayar mahal dan tidak berbaloi. Kalau anda inginkan versi berbayar yang sangat bagus sekali, gunakan Solid Explorer. Inilah dia file manager/explorer yang sedang saya gunakan.

8. Semua Aplikasi Task Manager/Killer

Apa juga ‘task manager’ atau ‘task killer’, jauhkan ia dari sistem operasi anda.

Android sudah menguruskan memori dengan baik sekali. Apa juga task killer yang anda gunakan sebenarnya telah menambah buruk situasi tugas kernel yang menjaga memori.

Tak lupa juga ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Kalau ada, sila nyahpasang sekarang.

Rujuk: Pemecah Mitos: Android Task Manager

9. Dolphin Browser

Ia juga sama seperti UC Browser, menempatkan tracking code ke dalam aplikasi ini. Ia juga menyimpan sesi incognito anda ke dalam satu fail pada telefon anda.

Seperti yang telah direkomendasikan kepada anda, Via Browser memang power boh. Cuma ia tiada penyelarasan (synchronization) seperti Chrome. Ahh, sayang betul.

Selain itu, boleh juga gunakan Puffin Browser, Opera, dan Opera Mini. Semua pelayar web ini juga mempunyai cara pemadatan (compression) data sendiri yang membantu melajukan pelayaran.

10. Semua Aplikasi Antivirus

Kenapa?

Rujuk:

1. Android antivirus apps are useless — here’s what to do instead

2. Chris DiBona (Open source programs manager at Google).

3. “I don’t think 99% plus users even get a benefit from [anti-virus]. There’s certainly no reason that they need to install something in addition to [the security we provide].

If I were to be in a line of work where I need that type of protection it would make sense for me to do that. [But] do I think the average user on Android needs to install [anti-virus]? Absolutely not.” – Adrian Ludwig, Google’s chief security engineer for Android.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline