Windows 10 Creators Update: Kemaskini Mega Yang Dinanti-Nantikan

Baru-baru ini saya menerima satu ‘mesej’ ataupun ‘pesanan’ dari sistem operasi Windows 10 itu sendiri yang meminta saya untuk mengemaskini sistem kepada versi terbaru, menggunakan ‘Update Assistant/Upgrader’.
Apabila dibuka sahaja pautan untuk memuat turun Update Assistant tersebut, nyatalah versi Windows 10 Creators Update kini menjadi rasmi untuk semua.

Waktu anda mula-mula boot ke desktop selepas siap kemaskini, anda akan disambut oleh Edge dengan beberapa panduan/tutorial.

Atau,

Jika anda memasang Windows 10 dari mula, anda akan disambut dengan ‘iringan’ dari Cortana untuk menyiapkan tetapan sistem operasi.

Windows Defender juga nampaknya menerima pembaharuan dari segi paparan antaramuka pengguna dan juga beberapa ciri tambahan yang mana menjadikan ia seperti sebuah pusat kepada sekuriti anda.

Segalanya boleh anda uruskan dari sini seperti imbasan virus, firewall, pengurusan prestasi peranti, kawalan aplikasi serta pelayar web dan lain-lain lagi.

Kini, pada bahagian tetapan (Settings), terdapat dua seksyen tambahan baharu iaitu Apps dan Gaming.

Seksyen Apps menunjukkan bahawa semua tetapan sebenarnya boleh dipermudahkan, sekiranya kita menjadikan ia dalam bentuk ‘berpusat’ atau ‘berkumpul’.

Dahulunya tetapan untuk aplikasi bersepah-sepah, sekarang ia lebih kemas dan tersusun.

Dalam Windows 10 Creators Update ini, terdapat beberapa aplikasi baharu, dan juga aplikasi yang diberikan ‘pembaharuan’ sama ada kepada cirinya, mahupun paparan antaramuka penggunanya.

Kita dapat lihat terdapat aplikasi e-mel, yang boleh menguruskan beberapa jenis e-mel seperti Outlook, Exchange, Google (Gmail), Yahoo!, iCloud, dan lain-lain e-mel yang disokong.

Apa yang kelakar, Gmail mengenalpasti saya telah log masuk ke Gmail melalui Internet Explorer. LOL.

Jangan dilupakan, ciri-ciri asas seperti Registry Editor juga telah mendapat sedikit ‘make over‘ yang boleh dikatakan membantu, iaitu ia kini mempunyai bar alamat yang membolehkan anda menyalin dan tampal di bahagian tersebut ketika diperlukan.

Night Light adalah antara ciri Windows 10 Creators Update yang paling saya suka. Ia membantu pengguna untuk melihat skrin dengan lebih ‘nyaman’ ketika waktu malam, dan anda boleh ubah tetapan warnanya, sama ada lebih gelap atau lebih terang.

Saya jarang menggunakan aplikasi penyunting gambar/imej melainkan pada Android. Microsoft Paint 3D belum mampu menarik perhatian saya untuk belajar menggunakannya, namun sedikit-sebanyak perkataan ‘3D’ itu menggugat rasa ingin tahu juga.

Jangan bimbang, Paint versi ‘biasa’ masih ada dan tidak dibuang oleh Microsoft.

Edge juga tidak diabaikan. Edge kali ini akan menyekat kandungan flash dari dijalankan, dengan tujuan untuk membantu prestasi pada PC-PC tua yang biasanya ada pada pejabat kerajaan.

Tak lupa juga terdapat dua butang baharu, yang berfungsi sebagai ‘set aside’ untuk tab yang anda buka.

Untuk para gamer tegar, terdapat tetapan ‘Gaming’ yang mengoptimumkan Windows 10 bagi para pemain, dan butang ‘Game Mode’ adalah bonus jua bagi membantu prestasi sistem operasi ketika sedang bermain permainan yang mencabar.

Anda boleh ‘broadcastgame session anda dengan Beam Streaming, yang boleh ditonton atas talian melalui laman Beam.

Bagaimana? Berminat?

Anda boleh muat turun alat bantu kemaskini di sini: Windows 10 Update Assistant

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x