Utama Blog Laman 140

Beberapa Trik Google Chrome Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

0

 

 

 

Dengan rilisnya Firefox Quantum, boleh dikatakan Google kembali mempunyai pesaing baru. Sebelum ni ia tidak tertanding meskipun adanya Brave, Opera, Internet Explorer. Errr..

Tetapi itu bukan bererti Chrome sudah menjadi ‘out of date’, ‘obsolete’, apatah lagi ‘expired’. Chrome masih lagi ‘bergetah’ bak kata P. Ramlee.

Banyak perkara boleh dilakukan dengan Chrome yang penggunanya tidak tahu, melainkan rajin membaca. Berikut saya cuba senaraikan beberapa ciri atau fungsi yang ada pada Chrome, barangkali anda tidak tahu pun ia boleh dilakukan.

1. Buat Pintasan Karang E-mel Baharu

Nak buat aliran kerja anda lebih laju lagi?

Anda boleh, dengan menjadikan Omnibar sebagai kawasan pintasan untuk mencipta emel baharu. Sangat mudah.
Caranya ialah dengan pergi ke bahagian tetapan (Settings) > cari atau taip ‘Search’. Klik pada bahagian ‘Manage search engines’.

Di bahagian ‘Other search engines’, klik butang ‘ADD’. Kemudian pada bahagian:
a) Search engine: Masukkan apa-apa nama yang anda mahu.

b) Keyword: Letakkan huruf ‘e’ di situ.

c) URL with %s in place of query: mailto:?subject=%s

 

Sekarang, jika anda buka tab baru, taipkan huruf ‘e’ dan tekan kekunci spacebar, ia akan menjadi seperti gambar di bawah:

 

Apa-apa yang anda taip akan menjadi subjek emel. Tekan Enter, anda akan ‘dibawa’ kepada Outlook, atau tab baru dengan paparan pengarang emel.

2. Jadikan Tab Chrome Sebagai ‘Notepad’

Kalau anda nak jadikan tab Chrome baru sebagai notepad, supaya lebih senang untuk dipantau, maka buka tab baru dan masukkan: data:text/html, <html contenteditable> lalu tekan Enter.

Ya, Notepad sedia ada dalam Windows lebih banyak ciri, tetapi ‘Notepad’ dari Chrome lebih ‘hampir’ dengan anda dan ianya tidak memerlukan anda untuk memasang apa-apa extension sekalipun.

 

 

3. Menyimpan Fail Sebagai PDF

Mungkin ada yang berkata mereka lebih sukakan Pocket, untuk menyimpan mana-mana artikel untuk dibaca kemudian. Namun ini bukan soal hendak membaca semata-mata. Jika anda memang hendak menyimpan sesebuah laman sebagai fail PDF, anda boleh lakukannya.

Hanya perlu tekan kekunci Ctrl + P, kemudian tukarkan destinasi cetakan kepada ‘Save as PDF’.

 

 

4. Menggunakan Chrome Sebagai Pemain Media/Video

Terkadang kita hanya ingin menonton sebuah video secara sementara sahaja. Jadi adakalanya penggunaan pemain media atau video seperti VLC dan SM Player agak overwhelming. Hahaha.

Apapun alasannya, anda boleh gunakan Chrome sebagai pemain video dengan hanya seret dan lepas pada tab baru. Jika anda ingin mainkan ia pada skrin yang lebih besar, klik pada menu dan tekan butang ‘Cast…’.

Menarik bukan?

5. Buka Kembali Tab Yang Telah Ditutup

Sama ada secara sengaja atau tidak, anda pasti kadangkala hendak buka semula tab yang telah ditutup. Anda boleh lakukannya dengan dua cara iaitu dengan mengklik kanan pada sudut atas Chrome, dan klik pada pilihan ‘Reopen closed tab’, atau lebih pantas lagi dengan menekan gabungan kekunci Ctrl + Shift + T.

Baiklah, saya berikan 5 trik dan tips dahulu. Saya akan tambahkan di artikel yang akan datang. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda untuk menambah motivasi kami kembali menulis artikel lain. Terima kasih!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

YouTube Go: Aplikasi YouTube ‘Downloader’ Rasmi Dari Google

2

Ok, mungkin tajuk sedikit misleading, tetapi secara teknikalnya, YouTube Go yang telah dilepaskan kepada beberapa negara (membangun) dengan sasaran atau matlamat untuk membantu para penggunanya menjimatkan data, ia juga dapat bertindak sebagai pemuat turun atau downloader untuk setiap video di YouTube.

YouTube Go telah direka sedemikian rupa bagi menjadi aplikasi YouTube (rasmi) versi lebih ringan, lebih pantas, dan dalam masa yang sama mempunyai ciri-ciri aplikasi YouTube sedia ada.

Seperti biasanya, YouTube Go juga boleh digunakan untuk strim video-video kegemaran anda. Cuma talaan yang dibuat menjadikan video tersebut bersaiz lebih kecil meskipun anda pilih kualiti tinggi untuk dimainkan atau dimuat turun.

Paparan tetapan pertama ini mungkin menjadi sedikit kontroversi kerana aplikasi ini akan meminta nombor telefon pengguna bagi menghubungkan ia dengan pengguna yang lain. Jika anda tidak beberapa suka dengan tetapan seperti ini, maka aplikasi YouTube Go bukan untuk anda.

Paparan antaramuka pengguna YouTube Go selepas selesai proses pengesahan nombor telefon tampak seakan YouTube versi asal, namun ianya lebih ringkas dengan beberapa pilihan di atas dan bawahnya.

Atas: Anda boleh gunakan ia untuk hantar video yang telah dimuat turun kepada pengguna atau rakan anda, fungsi carian, dan juga profil.

Bawah: Home – kembali ke paparan utama, Downloads – senarai video yang anda muat turun.

Untuk peranti yang menggunakan RAM 2GB dan ke bawah, anda pasti akan menyukainya.

(‘High quality’ bersaiz lebih kecil kerana saya sudah strim sedikit video tersebut)

Ya, kita tiba ke ‘options of the day’, yang mana YouTube Go memberikan pilihan untuk memuat turun video YouTube, yang mana sebelum ini ianya bukan satu perkara yang dibenarkan oleh Google. Memang terdapat pilihan untuk muat turun pada aplikasi YouTube yang asal, namun ia tidak terasa lebih natif, dan pilihan kualiti video yang ada juga tidak menepati ciri untuk sambungan internet yang perlahan.

Dengan YouTube Go, penstriman jadi lebih lancar, cuma janganlah anda berharapkan resolusi video yang lebih cantik kerana itulah dia talaan bagi melancarkan penstriman untuk pengguna internet di daerah atau negara yang mempunyai sambungan internet yang perlahan atau berkuota kecil.

 

 

Lihatlah saja video yang distrim, tiada lagi isu buffering, ianya lancar dan laju. YouTube Go juga masih mempunyai sedikit tetapan yang tidak terlalu berlebihan, sesuai dengan ciri keseluruhan aplikasi tersebut. Anda masih akan dapat mencari sejarah tontonan, sejarah carian, serta pilihan kad storan luaran.
 

Selain muat turun secara natif, anda juga boleh berkongsi video yang telah dimuat turun tersebut kepada pengguna lain a.k.a rakan anda.

Dah siap muat turun, dah tentu perlu pilihan untuk padam bukan? Ya, semestinya pilihan ini ada.

Jika ada kekurangan yang ketara pada YouTube Go, pada saya ianya adalah ketiadaan ruang komen. Ini adalah satu-satunya ciri penting yang tiada pada aplikasi ini. Ya, ini adalah versi awal, dan kemungkinan untuk ciri tersebut dimasukkan pada versi yang akan datang itu ada.

Namun jika Google tidak bercadang untuk memasukkan ia sekalipun, aplikasi YouTube Go masih berbaloi untuk digunakan.

Buat masa ini ia hanya dilepaskan dan dilancarkan di negara India dan Indonesia sahaja. Untuk pengguna di negara lain, bolehlah muat turun di laman APKMirror.

Muat turun: YouTube Go

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kisah Menarik Tentang Linux

1

Assalamualaikum.

Bagi para pengguna Linux, nama Linus Torvalds bukanlah nama yang asing, kerana inilah tubuh yang bertanggungjawab kepada lahirnya Linux. Lelaki Finland yang kini menetap di Amarika Syarikat digelar dengan pelbagai nama jolokan, bermula dari “Benevolent Dictator of Free World”, “Father of Linux”, “Linux Godfather”, “King of Geeks”, “King of Free Software Movement” dan lain-lain lagi.

Secara peribadi saya mengakui meminati semangat dan minat beliau. Beliau merupakan salah seorang penggodam kegemaran bukan sahaja dari segi teknikal, tetapi juga semangat dan fokus yang sangat mendalam dalam apa jua yang beliau lakukan, disamping mempunyai karakter yang kelakar dan keperibadian yang menarik. Beliau juga mempunyai kelulusan di Universiti dengan pelbagai anugerah.

Beliau membuktikan dengan akal, ilmu, pelajaran mengubah dunia. Tiada trik murahan, tiada gimik. Beliau memenangi Millenium Technology Prize pada tahun 2012. Bagi dunia teknologi, anugerah ini setaraf dengan Nobel Prize. Ini sekaligus menafikan kejayaan pesaing-pesaing beliau yang dropped out yang dijadikan alasan murahan oleh manusia-manusia yang malas untuk belajar tapi mahukan kejayaan mudah. Menarik.

Saya adalah salah seorang pengguna Linux, yang bekerja menggunakan Linux, menggunakan Linux pada aktiviti harian. Berikut adalah beberapa kisah unik menarik tentang manusia yang bernama Linus Tovalds, si pengasas Linux:

EMAIL YANG MENJADI SEJARAH LAHIRNYA LINUX

Linus mengirimkan  satu email yang menjadi penanda lahirnya Linux. Isinya sebagaimana berikut:

Hello everybody out there using Minix –

I’m doing a (free) operating system (just a hobby, won’t be big and professional like GNU) for 386(486) AT clones. This has been brewing since april, and is starting to get ready. I’d like any feedback on things people like/dislike in Minix, as my OS resembles it somewhat (same physical layout of the file-system (due to practical reasons) among other things).

I’ve currently ported bash(1.08) and gcc(1.40), and things seem to work. This implies that I’ll get something practical within a few months, and I’d like to know what features most people would want. Any suggestions are welcome, but I won’t promise I’ll implement them ? 

Linus (torvalds@kruuna.helsinki.fi) 

PS. Yes – it’s free of any Minix code, and it has a multi-threaded fs. It is NOT portable (uses 386 task switching etc), and it probably never will support anything other than AT-harddisks, as that’s all I have :-(. 

—Linus Torvalds, 25 Ogos 1991

Berdasarkan tulisan yang saya telah tebalkan, kita dapat gambaran beliau pada masa tersebut merendahkan diri beliau untuk dapatkan ilmu iaitu balas dari orang lain. Beliau kata, itu sekadar hobi. Tidaklah sehebat GNU (yang dikembangkan oleh Richard Stallman, pembangun Free Software Foundation).

Beliau juga berkata Linux tidak dapat menyokong hardisk selain AT (pada masa tersebut), ternyata sekarang Linux dapat menyokong pelbagai jenis hardisk dan struktur sistem, bukan hanya Intel

DIKTATOR KEBENARAN

Linus digelar “Benevolent Dictator” kerana dia adalah orang yang memutuskan keputusan akhir tentang perisian / aplikasi yang akan dimasukkan ke dalam kernel Linux. Keputusannya adalah mutlak. Dari segi demokrasi, ia mungkin dianggap tidak demokratik dan membuka kemungkinan masalah jika diktator membuat kesilapan. Tetapi sebenarnya Linus diterima sebagai tokoh yang menentukan arah dan perkembangan kernel Linux. Mengapa?

Dalam artikel wawancara yang diterbitkan oleh BusinessWeek, Linus menjawab seperti ini:

S: Anda jelas merupakan pemimpin pergerakan Linux, tetapi apa maksudnya? Bagaimana anda memimpin? Adakah anda seorang diktator yang baik hati kerana dipanggil dengan sedemikian?

J: Sejujurnya, hakikat bahawa orang mempercayai anda memberikan anda banyak kuasa terhadap orang. Mempunyai kepercayaan orang lain adalah jauh lebih kuat daripada teknik pengurusan yang lain yang digabungkan semuanya. Saya tidak mempunyai kekuasaan undang-undang ataupun eksplisit. Saya hanya mempunyai kuasa untuk memiliki kepercayaan orang – tetapi itu adalah kuasa yang sangat banyak.

Saya seorang diktator, tetapi ia adalah jenis diktator yang benar. Saya tidak melakukan apa-apa yang menghancurkan orang. Kebajikan dibina. Saya tidak boleh menjadi jahat. Jika ketamakan saya menguasai, mereka tidak akan mempercayai saya lagi dan tidak akan bekerja bersama lagi dengan saya. Saya bukan pemimpin, saya lebih kepada pengembala. Sekarang semua pembangun kernel akan membaca dan berkata, “Dia membandingkan kita dengan biri-biri.” Ia lebih seperti pengembalaan kucing.

LINUX ADALAH LAPUK?

Pada Januari 1992, Professor Andrew S Tanenbaum yang merupakan pembangun Minix yang dipelajari oleh Linus, telah mengirimkan email ke “mailing” Minix (yang juga diikuti oleh Linus) dengan subjek email yang cukup menikam: “Linux is Obsolete”. Pada emailnya, Professor Tanenbaum mengatakan bahawa rekaan kernel monolitik seperti Linux pada 90-an adalah merupakan “Fundamental Error” dan Linus boleh mendapat gred “F” jika menjadi mahasiswanya.

Andrew Tanenbaum sebenarnya seorang penyelidik yang dihormati yang menjalani hidup yang sangat baik yang sentiasa berfikir tentang sistem operasi dan reka bentuk OS. Pada awal 1992, melihat bagaimana perbincangan Linux menjadi hangat dan telah mengambil alih perbincangan di comp.os.minix, beliau memutuskan ia adalah masa untuk memberikan komen mengenai Linux.

Terdapat juga kehadiran penggodam Ken Thompson (salah seorang pengasas Unix) dan David Miller (yang merupakan penggodam utama kernel Linux sekarang), serta ramai lagi penggodam dan sifu yang hadir didalam perdebatan tersebut.

Perbincangan ini berlaku pada tahun 1992, 386 adalah cip dominasi dan 486 belum keluar di pasaran. MICROSOFT masih sebuah syarikat kecil yang menjual DOS dan Word bagi DOS. Lotus 123 menguasai spreadsheet dan WordPerfect bagi pasaran pemprosan perkataan. DBASE adalah vendor pangkalan data yang dominan dan banyak syarikat besar hari ini – Netscape, Yahoo, Google – adalah semata-mata tidak wujud.

Berikut merupakan petikan dua email pada “mailing” tersebut.

From: ast@cs.vu.nl (Andy Tanenbaum)
Newsgroups: comp.os.minix
Subject: LINUX is obsolete
Date: 29 Jan 92 12:12:50 GMT

I was in the U.S. for a couple of weeks, so I haven’t commented much on LINUX (not that I would have said much had I been around), but for what it is worth, I have a couple of comments now.

As most of you know, for me MINIX is a hobby, something that I do in the evening when I get bored writing books and there are no major wars, revolutions, or senate hearings being televised live on CNN. My real job is a professor and researcher in the area of operating systems.

As a result of my occupation, I think I know a bit about where operating are going in the next decade or so. Two aspects stand out:

1. MICROKERNEL VS MONOLITHIC SYSTEM
   Most older operating systems are monolithic, that is, the whole operating system is a single a.out file that runs in ‘kernel mode’. This binary contains the process management, memory management, file system and the rest. Examples of such systems are UNIX, MS-DOS, VMS, MVS, OS/360, MULTICS, and many more.

   The alternative is a microkernel-based system, in which most of the OS runs as separate processes, mostly outside the kernel. They communicate by message passing.  The kernel’s job is to handle the message passing, interrupt handling, low-level process management, and possibly the I/O. Examples of this design are the RC4000, Amoeba, Chorus, Mach, and the not-yet-released Windows/NT.

   While I could go into a long story here about the relative merits of the two designs, suffice it to say that among the people who actually design operating systems, the debate is essentially over. Microkernels have won. The only real argument for monolithic systems was performance, and there is now enough evidence showing that microkernel systems can be just as fast as monolithic systems (e.g., Rick Rashid has published papers comparing Mach 3.0 to monolithic systems) that it is now all over but the shoutin’.

   MINIX is a microkernel-based system.  The file system and memory management are separate processes, running outside the kernel.  The I/O drivers are also separate processes (in the kernel, but only because the brain-dead nature of the Intel CPUs makes that difficult to do otherwise).  LINUX is a monolithic style system. This is a giant step back into the 1970s. That is like taking an existing, working C program and rewriting it in BASIC. To me, writing a monolithic system in 1991 is a truly poor idea.

2. PORTABILITY
   Once upon a time there was the 4004 CPU.  When it grew up it became an 8008.  Then it underwent plastic surgery and became the 8080.  It begat the 8086, which begat the 8088, which begat the 80286, which begat the 80386, which begat the 80486, and so on unto the N-th generation. In the meantime, RISC chips happened, and some of them are running at over 100 MIPS.  Speeds of 200 MIPS and more are likely in the coming years. These things are not going to suddenly vanish.  What is going to happen is that they will gradually take over from the 80×86 line.  They will run old MS-DOS programs by interpreting the 80386 in software.  (I even wrote my own IBM PC simulator in C, which you can get by FTP from ftp.cs.vu.nl =  192.31.231.42 in dir minix/simulator.)  I think it is a gross error to design an OS for any specific architecture, since that is not going to be around all that long.

   MINIX was designed to be reasonably portable, and has been ported from the Intel line to the 680×0 (Atari, Amiga, Macintosh), SPARC, and NS32016. LINUX is tied fairly closely to the 80×86. Not the way to go. Don’t get me wrong, I am not unhappy with LINUX.  It will get all the people who want to turn MINIX in BSD UNIX off my back.  But in all honesty, I would suggest that people who want a **MODERN** “free” OS look around for a microkernel-based, portable OS, like maybe GNU or something like that.

Andy Tanenbaum (ast@cs.vu.nl)

P.S. Just as a random aside, Amoeba has a UNIX emulator (running in user space), but it is far from complete. If there are any people who woul like to work on that, please let me know.  To run Amoeba you need a few 386s, one of which needs 16M, and all of which need the WD Ethernet card.

Email sebegini datangnya dari seorang professor sistem operasi komputer dan penulis buku yang menjadi bacaan wajib di Universiti tentunya merupakan kejutan, namun kita boleh lihat dari jawapan Linus yang awalnya agak matang dan rendah diri menjadi lebih “wise” dan perdebatan mereka menunjukkan ketinggian intelektual masing-masing. Dari perdebatan yang sangat popular ini kita boleh melihat bahawa perbezaan pendapat bukanlah merupakan masalah, apalagi jika pertikaian masing-masing disampaikan dalam kalimat-kalimat yang membuka idea.

Berikut adalah jawapan balas dari Linus terhadap mail tersebut.

From: torvalds@klaava.Helsinki.FI (Linus Benedict Torvalds)
Subject: Re: LINUX is obsolete
Date: 29 Jan 92 23:14:26 GMT
Organization: University of Helsinki

Well, with a subject like this, I’m afraid I’ll have to reply. Apologies to minix-users who have heard enough about linux anyway. I’d like to be able to just “ignore the bait”, but …  Time for some serious flamefesting!

In article <12595@star.cs.vu.nl> ast@cs.vu.nl (Andy Tanenbaum) writes:
>
>I was in the U.S. for a couple of weeks, so I haven’t commented much on
>LINUX (not that I would have said much had I been around), but for what
>it is worth, I have a couple of comments now.
>
>As most of you know, for me MINIX is a hobby, something that I do in the
>evening when I get bored writing books and there are no major wars,
>revolutions, or senate hearings being televised live on CNN.  My real
>job is a professor and researcher in the area of operating systems.

You use this as an excuse for the limitations of minix? Sorry, but you loose: I’ve got more excuses than you have, and linux still beats the pants of minix in almost all areas. Not to mention the fact that most of the good code for PC minix seems to have been written by Bruce Evans.

Re 1: you doing minix as a hobby – look at who makes money off minix, and who gives linux out for free.  Then talk about hobbies.  Make minix freely available, and one of my biggest gripes with it will disappear. Linux has very much been a hobby (but a serious one: the best type) for me: I get no money for it, and it’s not even part of any of my studies in the university.  I’ve done it all on my own time, and on my own machine.

Re 2: your job is being a professor and researcher: That’s one hell of a good excuse for some of the brain-damages of minix. I can only hope (and assume) that Amoeba doesn’t suck like minix does.

>1. MICROKERNEL VS MONOLITHIC SYSTEM

True, linux is monolithic, and I agree that microkernels are nicer. With a less argumentative subject, I’d probably have agreed with most of what you said. From a theoretical (and aesthetical) standpoint linux looses. If the GNU kernel had been ready last spring, I’d not have bothered to even start my project: the fact is that it wasn’t and still isn’t. Linux wins heavily on points of being available now.

>   MINIX is a microkernel-based system. [deleted, but not so that you
> miss the point ] LINUX is a monolithic style system.

If this was the only criterion for the “goodness” of a kernel, you’d be right.  What you don’t mention is that minix doesn’t do the micro-kernel thing very well, and has problems with real multitasking (in the kernel).  If I had made an OS that had problems with a multithreading filesystem, I wouldn’t be so fast to condemn others: in fact, I’d do my damndest to make others forget about the fiasco.

[ yes, I know there are multithreading hacks for minix, but they are hacks, and bruce evans tells me there are lots of race conditions ]

>2. PORTABILITY

“Portability is for people who cannot write new programs”
             -me, right now (with tongue in cheek)

The fact is that linux is more portable than minix. What? I hear you say. It’s true – but not in the sense that ast means: I made linux as conformant to standards as I knew how (without having any POSIX standard in front of me).  Porting things to linux is generally /much/ easier than porting them to minix.

I agree that portability is a good thing: but only where it actually has some meaning. There is no idea in trying to make an operating system overly portable: adhering to a portable API is good enough. The very /idea/ of an operating system is to use the hardware features, and hide them behind a layer of high-level calls. That is exactly what linux does: it just uses a bigger subset of the 386 features than other kernels seem to do. Of course this makes the kernel proper unportable, but it also makes for a /much/ simpler design. An acceptable trade-off, and one that made linux possible in the first place.

I also agree that linux takes the non-portability to an extreme: I got my 386 last January, and linux was partly a project to teach me about it. Many things should have been done more portably if it would have been a real project.  I’m not making overly many excuses about it though: it was a design decision, and last april when I started the thing, I didn’t think anybody would actually want to use it.  I’m happy to report I was wrong, and as my source is freely available, anybody is free to try to port it, even though it won’t be easy.

          Linus

PS. I apologise for sometimes sounding too harsh: minix is nice enough if you have nothing else. Amoeba might be nice if you have 5-10 spare 386’s lying around, but I certainly don’t. I don’t usually get into flames, but I’m touchy when it comes to linux 🙂

Sekarang sudahpun tahun 2017, iaitu setelah 25 tahun selepas perdebatan ini. Kita dapat lihat pendapat siapakah yang berjaya berdiri diatas tanah dengan teguh pada masa sekarang.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Berbaloikah Memasang OxygenOS Open Beta 1 pada OnePlus 5? Tiada Face Unlock

0

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Akhirnya, ada pun OxygenOS Open Beta 1 untuk OnePlus 5.
Tapi jangan gembira lagi, sebab ni baru pertama kali Open Beta untuk OnePlus 5, pasti ia datang bersama dengan ralat² rawak.

Tetapi bukan itu sahaja, malah tiada Face Unlock yang mana sebelum ni ada dalam ROM tiris Closed Beta 2. ?
Apa agenda OnePlus ni? Dah la tak buat lagi Project Treble.
Adakah mereka takut pengguna tak nak naik taraf peranti disebabkan oleh Project Treble? ?

Ralat yang sama macam Closed Beta 2 Tiris, iaitu OnePlus Launcher dengan sendirinya buat shorcut ikon aplikasi dengan sendirinya tanpa disuruh hahaha. ?

Ini changelog mengenai OxygenOS Open Beta 1 :

  • System
    • Dikemaskini kepada Android 8.0 Oreo
      • Menambah Picture-in-Picture.
      • Menambah Auto-fill.
      • Menambah Smart text selection.
      • Reka bentuk baru Quick Settings.
    • Menambah Parallel Apps
    • Dikemaskini patch keselamatan kepada Oktober 2017.
  • Launcher
    • Menambah dot notifikasi.
    • Reka bentuk baru folder aplikasi.
    • Kini boleh muat naik gambar secara terus kepada Shot on OnePlus.
Untuk lebih lanjut mengenai Android 8.0 Oreo pada OnePlus 5, boleh lihat dekat pautan bawah ni :
Ini pula screenshot OxygenOS Open Beta 1 yang lain sedikit dari ROM tiris OxygenOS Closed Beta 2, tapi yang lainnya sama ja. ?
Perasan apa yang hilang? Tapi dia tambah security status, baru nak macam stock Oreo kan?
Yang rare OP5_O2_Open_1 tu, lain dari yang lain hahaha
Kalau tak nak patah balik atau tak nak pasang ROM tiris OxygenOS Closed Beta 2 sebab tiris bukan halal macam Open Beta 1, tapi nak juga Face Unlock, boleh ikut arahan di bawah ni.

Masuk Settings>Security>Smartlock (kalau tak boleh tekan kena set dulu kata laluan)>Trusted Face>Sua muka ikut bulatan yang disediakan.

Jadi apa pendapat ampa? Berbaloikah hijrah dari Closed Beta 2 kepada Open Beta 1? Penting sangatkah Face Unlock ni? Komen kat bawah na. ?

Apa2 pun layan dulu gambar bawah ni. hahaha ?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

OxygenOS 5.0, ROM Tiris Untuk OnePlus 5, Ada Face Unlock?

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Pengguna OnePlus 3/3T pasti sudah merasai OxygenOS yang halal, iaitu Official dan Open Beta kan?
Bagi pengguna OnePlus 5, kami merasa versi tiris ni ja la dan ini merupakan versi tiris kali ke-2 untuk OnePlus 5.

Sembang banyak tak guna, pasti ampa tak sabaq nak pasang kan?
Jangan risau, locked bootloader (dara/teruna) pun boleh pakai apatah lagi unlock bootloader. ?
Saya nak tekankan kat sini, saya tak tanggungjawab sekiranya peranti ampa tu meletup ke, jadi Ultra Instinct ka atau tersedak ka. ?

Apa yang menarik dalam OxygenOS 5.0 pada OnePlus 5?

  • Semestinya Android 8.0 Oreo.
  • Kamera baru, versi 2.5.2. (watermark berfungsi weh, serta bebas ralat rakaman video)
  • Galeri baru, versi 2.0.33 (eh haritu bukan ka 2.4.17 ?).
  • Pengurus Fail baru, versi 1.7.5.17xxxxxxx (panjang da nombor dia)
  • OnePlus Launcher baru, versi 2.2.0.
  • Ralat² sebelum ini ada yang dah dibaiki.
  • Boleh rujuk sini, tak beza jauh sangat. ?
Benda yang ampa perlukan ialah :
Sebelum nak masuk bab pemasangan, nak cerita pasal pemasangan bersih dan pemasangan kotor. Terpulang lah pada ampa nak ikut ke tak. ?
Pemasangan bersih (Clean flash)
  • Harus dilakukan jika versi Android berbeza. (Seperti dari Nougat nak ke Oreo ka)
  • Kalau pakai Custom ROM, nak tukar ROM lain pun kena buat juga.
  • Bagi Locked Bootloader, masuk mod recovery>Wipe data and cache>Erase everything. Kalau ampa lakukan ini, segala harta karun dalam internal storage hilang, macam phone baru beli. ?
  • Bagi Unlock Bootloader, masuk mod recovery>Wipe>Advance Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan OTG. Jangan risau segala fail dalam internal storage masih lagi ada, cuma aplikasi dan lain² ja la takda. ?
Pemasangan kotor (Dirty flash)
  • Tidak digalakkan melakukannya kecuali jika ROM yang sama.
  • Selalunya dilakukan apabila ada kemaskini ROM yang tengah guna.
  • Bagi Locked Bootloader, masuk mod recovery>Wipe data and cache>Wipe Cache. Kalau ampa kemaskini ROM. Kasi segar sikit. (saya tak pasti cara ni sebab lama dah tak guna ?)
  • Bagi Unlock Bootloader,  masuk mod recovery>Wipe>Advance Wipe>tick wipe cache dengan dalvik tu ja tau.
Cara pemasangan bersih bagi Locked Bootloader:
  1. Pasang dahulu ROM OxygenOS 4.5.14 pada peranti ampa (pemasangan bersih tau). Pastikan ampa backup dulu semua data (WhatsApp sila backup dekat Google Drive, jika tidak jadi macam saya chat hilang hahaha).
  2. Pindahkan fail OxygenOS 5.0 dekat root folder. (Root folder tu yang luar folder, jangan letak dalam folder)
  3. Tekan logo skru tu, kemudian ambik Local Upgrade dan tekan fail OxygenOS 5.0 tu.
  4. Selesai sahaja proses dia tu, dia akan reboot dan keluar tulisan kuning satgi tekan butang volume dan masuk Recovery Mode.
  5. Dekat Recovery satgi, ambil Wipe data and Cache>Erase everything>Continue. (Lepas proses ni, segala data yang ada dalam phone akan hilang. Tu la dah pesan backup awal2 ?)
  6. Lepas tu reboot lah (tekan butang back sebelah butang home, back belah kanan tau), dan selesaikan Setup Wizard tu dan TAHNIAH, ampa dah pakai ROM OxygenOS 5.0 versi tiris.
Ini pula pemasangan bersih versi TWRP dan Root dengan Magisk v14.3 bagi Unlock Bootloader:
  1. Sama macam cara di atas tu, cuma buat sampai No.4, tapi kena masuk Fastboot Mode, bukan Recovery Mode.
  2. Jika anda guna Windows 7, boleh abaikan langkah ini. Untuk yang guna Windows 8-10, sila ikut langkah² di sini untuk masuk mod Disable Driver Signature Enforcement. (Ini untuk kita gantikan driver yang dah ada dalam komputer kita. Windows 7 ke bawah ia termasuk dalam mod lalai, tapi bila keluarnya Windows 8 dan ke atas, mod ini dipindah ke tempat lain. Sebab tu kena buat macam tu.)
  3. Sila extract fail platform-tools dan Driver tu dekat desktop (atau mana² ampa suka asalkan jumpa) dan letak TWRP dalam folder platform-tools.
  4. Sila pasang Driver, kalau keluar overwrite (warna merah warning tu, dengan poyo tekan Install this driver software anyway)
  5. Sila buka Command Prompt (cmd), buka folder platform-tools tu, copy lokasi dia dan dekat cmd letak cd dan klik kanan dalam cmd tu dan Enter (contoh cd C:UsersAmirAppDataLocalAndroidsdkplatform-tools)bagi pengguna Windows 8-10 manakala pengguna Windows 7 hanya tekan Shift+Klik Kanan dekat folder platform-tools tu dan ambil Open command window here.
  6. Sila sambungkan peranti ampa pada komputer dan taip perintah fastboot devices dan Enter. Kalau keluar kod tu kira sambungan tersebut cemerlang, tapi kalau takda, periksa semula driver ye.
  7. Bila dah keluar code tu, boleh teruskan dengan taip fastboot flash recovery xxx.img dan Enter. Ini contoh perintah dia fastboot flash recovery twrp-3.1.1-0-cheeseburger.img atau TWRP_recovery_V10-20171105.img kalau pakai TWRP Chinese tu. (ampa boleh menamakan semula TWRP tu, copy nama dia lalu lepas perintah recovery tu klik kanan saja serta jangan lupa letak .img belakang dia. Satgi dia tak kenai lak hahaha)
  8. Cabut kabel tu dan dekat peranti tu tekan butang Volume sampai jumpa Recovery Mode lalu tekan butang Power untuk masuk.
  9. Sudah masuk TWRP tu (leret ke tepi untuk membenarkan modifikasi) dan terus pi Wipe>Format Data dan taip yes dan tekan tanda . Kalau yang pakai TWRP Chinese tu, tukaq bahasa kalau dia keluar bahasa Chinese. ? 
  10. Sila periksa partition data pada lokasi Wipe>Advance Wipe>tick partition data dan tekan change file system. Kalau EXT4 abaikan langkah ini, tapi kalau F2FS, jangan getaq, hanya tukar semula dengan tekan EXT4 dan leret ke tepi untuk tukar.
  11. Dekat sini, jangan sesekali reboot tau. Sebab kalau silap kat sini, kena ulang semula langkah No. 9. Sambung semula peranti pada komputer lalu pindahkan fail Magisk tu dan tulisan. (kalau nak tukar tulisan, boleh balaih kat sini)
  12. Cabut kabel tu dan pasang fail zip tadi lalu Reboot System.
  13. TAHNIAH, ampa dah guna OxygenOS 5.0 yang dah root. (dan tukar tulisan jika tukar tulisan)
Kalau ampa guna TWRP 3.1.1-0, kemudian nak masuk balik TWRP nak install sesuatu tak boleh kerana internal storage jadi kosong (data tak hilang, cuma dia rabun). Tapi kalau pakai TWRP Chinese tu, mungkin boleh baca. (Saya baca dekat forum ada yang pakai tu boleh install sesuatu selepas pemasangan ROM) Saya cadangan sila downgrade Magisk kepada 14.0, versi stabil dalam Magisk Manager.
Dah nama pun ROM tiris kan, tipu la kalau takda ralat. Jadi ralat yang saya perasan, lalui dan alami semasa guna ROM ni:
  • OnePlus Launcher mereng sikit, tiap kali kita pasang aplikasi dia akan letak shorcut sendiri dia dekat homescreen. haih, 2x dah ni OnePlus oi hahaha
  • Widget pada Nova Launcher jadi besar pelik. ?
  • Jika anda menggunakan Wallpaper Google Pixel/2 ini, kadang² kena tetapan semula wallpaper ini (kalau pakai wallpaper yang menggunakan lokasi GPS macam Marvelous marble ka)
  • Face Unlock kadang2 lambat sikit, mungkin sebab saya tak hensem kot. ?
  • Fingerprint scanner pula kadang² lambat sedikit, mungkin sebab Face Unlock pun on, Pattern/Pin/Password pun bubuh, amboi tamak haih. ?
Ok, cara pemasangan pun dah bagi tahu, ralat pun dah habaq pi kat ampa. Jom layan screenshot kat bawah ni. ?
5.0? Eh sama la macam OnePlus 3/3T
Eh, bukan OnePlus 5T saja ke ada?
Cara nak guna fungsi Face Unlock.
Lawa la reka bentuk kamera kali ni.
Rakaman video takda masalah dah.
Galeri sama macam versi tiris pertama, tapi version berbeza. hmm
File Manager baru.
Penentukuran skrin.

Bateri penuh la sebab tengah cas bagi penuh hahaha.

Dasar tamak, Face Unlock pun guna, Fingerprint pun guna, PIN pun guna. ?

Gaya tulisan OnePlus Slate boleh tahan, tapi gaya tulisan Pixel 2 lagi mengancam. ?

Sapa² boleh cuba Bluetooth Audio Codec pada ROM ni? Tolong bagi maklum balas.

Ada tambahan baru dalam Game Do Not Disturb.

Akses khas dalam Android 8.0 Oreo.

Parallel Apps, ada sapa dah cuba?

Turunkan notifikasi, ikon tersebut akan menolak ke tepi untuk berada dalam satu barisan.

Tekan lama dekat mana² ikon akan keluar menu macam ni. Tak semua aplikasi yang menyokong fungsi ini.

Ini pula tetapan dalam OnePlus Launcher, tiada pilihan untuk menghalang shorcut aplikasi selepas pemasangan dari Play Store muncul dekat homescreen.

Ini pula servis Autofill, bukan sahaja ada dekat Browser sahaja, tapi dekat aplikasi pun dia sokong juga. ?

Tengok widget dekat Nova Launcher, huduh piang ?

Ketahanan bateri pada ROM ni takda lagi no sebab saya pun baru pasang hahaha. Tunggu la satu kitaran penuh bateri baru la ampa uji ketahanan bateri tu. ? Ni tak dan dan kitaran penuh bateri terus lenjan, GELOJOH hahaha. ?
Sampai di sini saja saya taip pasal ROM OxygenOS 5.0 versi tiris ni. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh komen kat bawah ni. Ingat tau ni versi tiris tau. Kalau ada ralat tu BIASA la bang. ?
Selamat memasang, dan moga berjaya ya ?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Network Speed – Monitoring [By Evozi] : Pantau Kelajuan Internet Dan Penggunaan Bandwidth Anda

0

Sebelum ini saya menggunakan Internet Speed Meter Pro (DynamicApps) untuk memantau kelajuan internet pada telefon pintar ini. Ianya amat bagus sekali, tepat, dan mempunyai tetapan tema yang boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri.

Namun tak salah untuk kita mencuba benda baru. Saya diperkenalkan pula kepada aplikasi Network Speed – Monitoring yang telah dibangunkan oleh Evozi.

 

Gambar di atas menunjukkan perbandingan ikon notifikasi antara Internet Speed Meter Pro dengan Network Speed – Monitoring. Disebabkan ianya amat serupa antara satu dengan yang lain, maka saya sendiri keliru tidak pasti mana satu yang mana satu (which one is which).

Ia bukan perkara yang buruk, kerana ini bererti buat mereka yang inginkan alternatif yang menyamai Internet Speed Meter, maka kini mereka sudah mempunyai pilihan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, perbezaan antara keduanya. Kelihatan aplikasi dari Evozi memaparkan informasi rangkaian dengan lebih terperinci lagi.

Ia juga mempunyai kiraan penggunaan data untuk setiap aplikasi yang menggunakan bandwidth anda.

Paparan-paparan berikut pula adalah tetapan-tetapan yang ada pada aplikasi Network Speed – Monitoring ini.

 

 

Kalaupun ada ciri yang saya agak ‘rindui’ dalam Internet Speed Meter adalah kebolehannya untuk mengubahsuai paparan tema di dalam aplikasi. Saya boleh ubah ia kepada gelap, putih, biru, dan apa sahaja warna mengikut mood ketika itu.

Harapnya nanti pembangun dari Evozi akan memasukkan ciri tersebut, sekurang-kurangnya tema gelap, kerana warna putih – urghhh.

Sekian sahaja untuk kali ini. Anda boleh muat turun aplikasi tersebut di Google Play Store.

Muat turun : Network Speed – Monitoring (Unreleased)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu Unity 7 Desktop Experience Bionic Beaver: Unity Kembali Dihidupkan?

0

Kita sedia maklum bahawa Unity (dekstop shell/environment) pada Ubuntu telah pun digugurkan beberapa bulan lalu dan diganti dengan Gnome.

Ramai yang ‘menarik nafas lega’, ramai pula yang berasa kesal dengan keputusan tersebut. Apa yang menarik tentang sesuatu projek bersumber terbuka ini ialah sekiranya ia ‘dimatikan’ dari satu sumber, namun jika ia mendapat sokongan kuat dari komuniti dan pembangun, maka tidak mustahil untuk ia dapat ‘dihidupkan’ semula.

Begitulah yang terjadi kepada Ubuntu yang disertakan dengan Unity. nampaknya ura-ura ia kembali dihidupkan (fork) menjadi kenyataan apabila idea tersebut mendapat sokongan dari komuniti.

Dikatakan perbincangan mengenai terbitan baru Ubuntu ini masih dalam perbicangan awal, namun Canonical sudah memberi lampu hijau kepada mereka yang terlibat untuk menggunakan nama ‘Ubuntu’.

Kini sudah ada ISO yang berasaskan versi 18.04, namun apabila sudah memasangnya ia dipapar sebagai 17.10.

Bagaimana saya tahu? Saya menulis artikel ini melalui Ubuntu Unity.

Muat turun ISO: Ubuntu Unity 7

Sumber: OMG! Ubuntu!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Dolby Mengukur Dan Menganalisis Emosi Manusia

0
Gambar dari The Verge

Hari ini, terdapat banyak telefon pintar dan komputer riba yang kita gunakan setiap hari, dan kemudian ada teknologi baru diperkenalkan. Dalam siri video The Verge ini, editor kanan
Lauren Goode membawa anda di sebalik tabir untuk menunjukkan kepada
anda teknologi yang sedang dijalankan di beberapa syarikat dan institusi
penyelidikan yang paling inovatif di dunia.  

Dolby
Laboratories telah wujud sejak tahun 1965, dan bagi kebanyakan orang,
syarikat itu sinonim dengan label logo putih yang anda lihat pada akhir filem
yang memberitahu anda bahawa bunyi dan video telah dijanakan dengan teknologi Dolby. Di dalam ibu pejabatnya di San Francisco,
Dolby mempunyai lebih satu ratus makmal teknikal, dan sejak lima
tahun yang lalu beberapa makmal telah menjalankan projek yang
kurang dikenali iaitu menonton orang ketika menonton filem.

Ya, pelik bukan? Diketuai oleh neurophysiologist dan ketua sains Dolby, Poppy Crum, syarikat itu telah menggunakan biosensors kepada subjek yang bersedia duduk di atas sofa untuk sesi hiburan. Menggunakan topi EEG, pemantau denyutan jantung, sensor tindak balas kulit galvanik, dan pengimejan kamera termal, saintis dapat melihat respon biofizik dan emosi yang dialami manusia yang menonton filem.

Mereka cuba menganalisis jenis video dan suara yang menjadikan kulit mereka bertindakbalas, dan apa yang menyebabkan mereka terlibat secara kognitif, terangsang, ataupun mungkin cepat bosan. 

Untuk lebih lanjut. Mari tonton video ini. 

Jumpa lagi pada artikel akan datang!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

iPad Pro Adalah Definisi Komputer Moden Dari Apple

0
Sumber gambar dari: News4C
Sudahkan anda menonton iklan video daripada Apple ini? Dalam iklan terbaru, Apple menyatakan tidak perlu lagi orang menggunakan komputer bagi kegunaan harian. Kenapa? Kerana iPad Pro adalah penyelesaiannya!

Adakah anda hari ini masih menggunakan perkataan komputer?  

Kalau anda perasaan, akhir-akhir
ini, syarikat Apple tidak terlalu banyak mendedahkan tentang keluaran
terbaru untuk siri MacBooks, mereka kini lebih suka menumpukan pada
teknologi iPhone dan iPad. 

Sekarang, dalam iklan terbaru untuk iPad Pro, menunjukkan seorang budak perempuan yang menggunakan teknologi untuk segalanya. 

Iklan ini sangat kelakar bagi saya, anda mungkin berfikir suatu pekara yang pasti: 

– Untuk masa terdahulu, Syarikat Apple menegaskan bahawa iPad Pro adalah sebuah komputer. Pesaing syarikatnya iaitu Microsoft, menanggap ia sebagai satu lawak jenaka. 

Kenapa? Pada minggu lepas, CEO Microsoft iaitu Satya Nadella memberitahu beberapa wartawan
yang mempunyai iPad supaya “lebih menggunakan komputer yang sebenar”. 

Tetapi
masalahnya, ramai peminat Apple yang beranggapan mereka memilih iPad
Pro, kerana apa yang ada didalamnya lebih kurang serupa dengan produk
Microsoft iaitu Surface Pro. 

Apa pandangan anda tentang perkara ini?

Jumpa lagi pada artikel akan datang!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

China Mendominasi Senarai Teratas Super Komputer

0

Ya, jangan tak pecaya kerana sekarang negara China telah mengatasi negara Amerika Syarikat dalam senarai paling banyak sistem super komputer terpantas di dunia. Negara China sekarang mempunyai 202 mesin super komputer iaitu merupakan pencapaian paling tertinggi di dunia, menurut laman kajian Top 500.

Amerika Syarikat mempunyai 143 sistem super komputer dan sebenarnya ia masih tahap terendah sejak 25 tahun yang lalu, tetapi masih mendapat tempat kedua.

Jepun diletakkan tangga ketiga dengan 35 sistem super komputer dan Jerman tangga keempat dengan 20 sistem super komputer.

Hal ini disebab faktor utama iaitu, peningkatan pelaburan China dalam penyelidikan dan pembangunan, serta menurut satu kajian lain baru-baru ini, negara china kini menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah pengeluaran R & D di dunia.

Super komputer DKRZ yang berada di Jerman

Sedikit fakta sains tentang super komputer: 

Super komputer biasanya berskala besar dan merupakan sistem yang sangat mahal kerana memaparkan puluhan ribu pemproses yang direka untuk menjalankan tugas-tugas pengiraan khusus yang intensif.

Contohnya termasuk, kajian perubahan iklim, simulasi senjata nuklear, prospek minyak, ramalan cuaca, data DNA dan pemodelan biomolekul

Prestasi super komputer biasanya diukur dalam petaflops (satu ribu triliun operasi terapung per saat). Flop boleh dianggap sebagai langkah dalam perhitungan.

Komputer terpantas China yang dinamakan sebagai Sunway Taihu Light kini mengekalkan pendahulunya sebagai yang paling cepat di dunia iaitu sebanyak 93 petaflops.

Sebaliknya, Titan yang terpantas Amerika Syarikat kini menduduki tempat kelima di dunia, dengan prestasi sebanyak 17.6 petaflops.

Angka tersebut sebenarnya menunjukkan China telah mengatasi Amerika Syarikat dari segi prestasi agregat, menyumbang 35.4% daripada jumlah kuasa pemprosesan senarai berbanding Amerika Syarikat 29.6%.

Erich Strohmaier salah seorang pengasas bersama itu memberitahu berita BBC bahawa banyak sistem di negera China telah diwujudkan untuk mendapatkan wang dengan pemilik menyewakan kuasa pemprosesan mereka kepada firma tempatan dan antarabangsa.

Erich memberitahu kenapa dua sebab utama belaku pekara ini terjadi:

Salah satunya adalah prestasi yang ditunjukan dengan menjadi peneraju utama dalam pasaran yang dulu menjadi contoh utama penguasaan teknologi Amerika Syarikat.

“Yang satu lagi berkaitan dengan penerokaan saintifik dan keselamatan negara dan sebenarnya banyak sistem ini digunakan untuk tujuan pengiraan yang berkaitan dengan sistem senjata.”

Views: 4

Iklan Newspaper Inline