Berbaloikah Memasang OxygenOS Open Beta 1 pada OnePlus 5? Tiada Face Unlock

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Akhirnya, ada pun OxygenOS Open Beta 1 untuk OnePlus 5.
Tapi jangan gembira lagi, sebab ni baru pertama kali Open Beta untuk OnePlus 5, pasti ia datang bersama dengan ralat² rawak.

Tetapi bukan itu sahaja, malah tiada Face Unlock yang mana sebelum ni ada dalam ROM tiris Closed Beta 2. ?
Apa agenda OnePlus ni? Dah la tak buat lagi Project Treble.
Adakah mereka takut pengguna tak nak naik taraf peranti disebabkan oleh Project Treble? ?

Ralat yang sama macam Closed Beta 2 Tiris, iaitu OnePlus Launcher dengan sendirinya buat shorcut ikon aplikasi dengan sendirinya tanpa disuruh hahaha. ?

Ini changelog mengenai OxygenOS Open Beta 1 :

  • System
    • Dikemaskini kepada Android 8.0 Oreo
      • Menambah Picture-in-Picture.
      • Menambah Auto-fill.
      • Menambah Smart text selection.
      • Reka bentuk baru Quick Settings.
    • Menambah Parallel Apps
    • Dikemaskini patch keselamatan kepada Oktober 2017.
  • Launcher
    • Menambah dot notifikasi.
    • Reka bentuk baru folder aplikasi.
    • Kini boleh muat naik gambar secara terus kepada Shot on OnePlus.
Untuk lebih lanjut mengenai Android 8.0 Oreo pada OnePlus 5, boleh lihat dekat pautan bawah ni :
Ini pula screenshot OxygenOS Open Beta 1 yang lain sedikit dari ROM tiris OxygenOS Closed Beta 2, tapi yang lainnya sama ja. ?
Perasan apa yang hilang? Tapi dia tambah security status, baru nak macam stock Oreo kan?
Yang rare OP5_O2_Open_1 tu, lain dari yang lain hahaha
Kalau tak nak patah balik atau tak nak pasang ROM tiris OxygenOS Closed Beta 2 sebab tiris bukan halal macam Open Beta 1, tapi nak juga Face Unlock, boleh ikut arahan di bawah ni.

Masuk Settings>Security>Smartlock (kalau tak boleh tekan kena set dulu kata laluan)>Trusted Face>Sua muka ikut bulatan yang disediakan.

Jadi apa pendapat ampa? Berbaloikah hijrah dari Closed Beta 2 kepada Open Beta 1? Penting sangatkah Face Unlock ni? Komen kat bawah na. ?

Apa2 pun layan dulu gambar bawah ni. hahaha ?

Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x