Xposed Framework Untuk Lollipop Kini Berstatus Alpha

Sangat ramai pengguna yang menginginkan supaya Xposed Framework dapat digunakan pada Android Lollipop supaya mereka tidak perlu menurun taraf kepada versi KitKat hanya semata-mata untuk menggunakannya.

Kini impian itu seakan tiba apabila Senior Recognized Developer dari XDA iaitu rovo89 telah mengumumkan bahawa Xposed Framework untuk Lollipop dilepaskan dalam status alpha.

Sila ambil perhatian bahawa disebabkan ia masih dalam status alpha, maka bugs adalah dimana-mana saja. Ia boleh buat peranti anda ‘bootloop’, terutamanya peranti Samsung yang menggunakan stock ROM.

Xposed Framework Alpha ini hadir dalam 3 bentuk iaitu :

xposed-arm-20150213b.zip : Mesti di-flash melalui custom recovery untuk memasang Framework.

XposedInstaller_3.0-alpha1.apk : Mesti dipasang untuk menguruskan modules.

XposedBridgeApi-20150213.jar : API khas untuk para pembangun module.

Ini bermaksud jika dalam versi untuk KitKat anda cuma perlu pasangkan fail apk, pasangkan Framework melalui aplikasi Xposed Framework tersebut, reboot dan siap, dalam versi alpha untuk Lollipop ini pemasangan Framework adalah melalui custom recovery, itu sahaja bezanya.

Sekali lagi diingatkan ia berstatus alpha. Pepijat dan sarang labah-labah ada dimana-mana.

Sumber : [OFFICIAL] Xposed for Lollipop

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img