Pimp My uTorrent : Hapuskan Iklan Pada uTorrent Dengan Satu Klik

Pengguna sedia maklum akan klien torrent dari BitTorrent Inc. iaitu uTorrent. Perisian ini jika dipasang dan digunakan secara lalai (default), akan ada iklan-iklan yang keluar melalui celahan-celahan dan rekahan-rekahan perisian tersebut. Macam filem seram lagaknya.

Tetapi ada artikel di sini yang menjelaskan kaedah mudah untuk menghapuskan iklan-iklan tersebut. Kalau anda belum tahu caranya, sila ke pautan ini : Hapuskan Iklan Pada Aplikasi uTorrent
Untuk pengguna harian, cara ini mungkin sedikit terkedepan dan mereka berasakan payah untuk melakukannya.

Kini terdapat cara yang lebih super duper ohsem Billion The Mines Low Yat Mudah.my iaitu Pimp My uTorrent. Anda tidak perlu membuka tetapan pada uTorrent, tidak perlu memasang apa-apa aplikasi mahupun memanggil Bomba datang ke rumah dek kerana PC anda terbakar akibat api kemarahan disebabkan iklan tersebut.

Anda cuma perlu klik pada bahagian ‘Pimp My uTorrent’ di laman tersebut dan siap. Tak perlu mempunyai IQ yang genius sekalipun dah boleh melakukannya.

Cuma buat masa ini ia hanya terdapat untuk pengguna klien Windows sahaja. Untuk Mac, manual lah jawabnya. Sedikit tips dari saya, jika anda menggunakan extension HTTPS Everywhere, sila nyahaktifkan ia terlebih dahulu kerana laman ini hanya boleh berfungsi melalui pautan HTTP sahaja.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x