Twitter Rasmi Netflix Malaysia Kini Berbahasa Melayu

Setelah Sekian Lama, Netflix Malaysia Akhirnya Akur Dengan Permintaan Ramai

Netflix adalah salah satu servis penstriman video atas talian yang mula popular di seluruh dunia dan Malaysia khasnya. Syarikat yang besar juga tidak ketinggalan untuk memiliki akaun media sosial mereka sendiri dalam usaha meningkatkan capaian di antara syarikat dan pengguna.

Akaun Twitter Rasmi Netflix Jepun.

 

Lazimnya, akaun media sosial ini akan berbahasa dan berkomunikasi dalam bahasa dan lenggok bahasa yang santai dan mudah difahami masyarakat sasar setempat. Hal ini dapat dilihat pada akaun Netflix Indonesia contohnya. Ciapan di akaun berkenaan kadangkala nakal, melucukan, dan juga berinformasi dalam gaya bahasa seolah-olah ditulis oleh warga Indonesia urban itu sendiri.

Akaun Twitter Rasmi Netflix Indonesia membuat ciapan dalam Bahasa Indonesia.

 

Lain pula halnya pada akaun Twitter Netflix Malaysia yang hanya menulis dalam Bahasa Inggeris. Ini menjadikan setiap ciapan dari akaun berkenaan tiada jiwa. Sombong dan bernada angkuh. Tiada wajah dan perencah tempatan. Ia datang sebagai servis yang asing dan mahu kekal berwajah asing.

Ciapan-ciapan Netflix Malaysia di akaun Twitter rasmi mereka hanya dalam Bahasa Inggeris.

 

Bertahun juga usaha menggesa agar akaun berkenaan membuat ciapan dalam Bahasa Kebangsaan tapi gagal. Mujurlah, setelah tular semula baru-baru ini, akhirnya mereka akur. Ini adalah perkembangan yang baik. Di samping meningkatkan imej korporat di mata warga tempatan, ia juga sebagai tanda penghormatan kepada lokasi bisnes mereka.

 

Antara ciapan terawal mereka dalam Bahasa Melayu. Akhirnya.

 

Saya secara peribadi mahukan servis dan perkhidmatan asing membawa budaya baik mereka ke sini sambil menjunjung tinggi tata dan tertib budaya tempatan. Jika anda sebagai seorang yang asing, datang berdagang ke tempat yang asing, janganlah menjadi asing di tanah orang.  Sebaliknya, belajar mengikut resam tempatan. Janganlah menjadi orang asing yang sombong. Jadilah simbiosis, bukan parasit mahupun virus. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x