[ Tutorial ] Jailbreak iOS 6.1.1 Menggunakan evasi0n 1.3

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kali ini saya nak buat tutorial mengenai jailbreak iOS 6.1.1 menggunakan evasi0n 1.3.
Post kali ini saya tak bekalkan screenshot kerana saya upgrade iOS 6.1.1 dan jailbreak malam sebelum exam keesokkan harinya >.<. Jika ada screenshot lama dan yang boleh di screenshot :3.

Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana saya akan ceritakan secara detail dan bekalkan video ( video ni orang lain punya ;P ). Harap anda boleh jailbreak dengan tenang 😀

Sebelum itu, sila download senarai di bawah sebelum kita pergi ke peringkat seterusnya 😀

Sudah download? mari kita ke langkah seterusnya 😀


Langkah 1

Anda harus update iPhone 4S anda kepada latest version, iaitu iOS 6.1.1. Saya nasihatkan supaya anda tidak update melalui Software Update, kerana jika anda buat demikian, agak bermasalah untuk anda jailbreak menggunakan evasi0n :(.
Kemudian, anda extrect dan pergi ke file evasi0n tersebut, klik kanan dan ” Run As Administrator ” tunggu sehingga program tersebut detect iDevices anda 😀

klik untuk lebih jelas :3

Ini contoh gambar untuk buka program evasi0n 😀

Langkah 2

Selepas tu tekan Jailbreak selepas ia detect iDevices anda.
Saya sarankan jangan usik iDevices, cable dan program evasi0n itu.
Tunggu sehingga arahan seterusnya
Sampai satu tahap, anda kena unlock iDevices anda ( seperti post jailbreak saya sebelum2 ni ), anda hanya perlu tap 1x sahaja icon JailBreak itu. Kemudian tunggu sehingga proses tersebut selesai.
Jangan bimbang kerana iDevices anda akan reboot berkali2 😀

Ini contoh gambar, anda perlu tab 1x sahaja icon Jailbreak tersebut. Ini screenshot lama, nasib ada :3

Langkah 3

Selepas anda tekan icon Jailbreak itu, sekali lagi iDevices anda akan reboot.
Anda tenang dan relax sahaja, insyaAllah iDevices anda selamat 😀
Selepas itu, anda akan lihat di program evasi0n itu, proses jailbreak selesai, dan anda tekan Exit.
Anda tunggu sebentar kerana iDevices anda kan reboot lagi sampai keluar gambar bateri tengah charge tu, bermakna anda berjaya jailbreak!!

Langkah 4

Pergi ke Home Screen kedua ( slide ke kiri ), ada icon Cydia kan?
Saya sarankan sila connect internet dulu sebelum tab icon Cydia.
Setelah internet sudah dipasang, baru tab icon Cydia. Tunggu sebentar kerana proses pemasangan filesystem Cydia.
Selepas itu, ia akan pergi ke lockscreen semula, dan Selamat menggunakan Cydia 😀 ( klik Cydia untuk proses update source 😀 )

Mudah kan?
Jika blur, sila rujuk video di bawah 😀

Selamat jailbreak!
Terima kasih kerana sudi mengisi masa lapang anda, baca post ini 😀 

P/s : kredit to iDownloadBlog untuk video dia yang awesome! 😀

Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img