TECNO SPARK 10 Pro: Tiada Tandingan Dalam Kelasnya

Helio G88, 8GB+8GB RAM, 256GB Storan, Kamera Utama 50MP, Kamera Hadapan 32MP dengan 2 Lampu LED, 5000mAh. Hanya Untuk RM649!

 

TECNO Mobile Malaysia baru sahaja melancarkan model telefon baru mereka, TECNO SPARK 10 Pro. Pada harga promosi RM649 untuk varian 8GB RAM dan 256GB storan dalaman pada SoC Helio G88, saya boleh pastikan yang tiada model telefon lain yang boleh mengatasi penawaran yang diberi oleh TECNO kali ini. Pencabar terdekat mereka yang turut hadir dengan Helio G88 dan lebih murah bagaimanapun, cuma menawarkan storan 128GB yang lebih kecil.

Lebih dikenali sebagai pesaing baru dalam pasaran telefon pintar, TECNO agak popular dengan model telefon kelas permulaan dengan harga yang mengancam. Ia juga turut menyediakan beberapa aksesori tambahan dengan setiap pembelian seperti cengkerang telefon, pengecas dan juga fon telinga. Sesuatu yang amat jarang kita jumpa lagi dengan telefon kelas perdana masa kini.

Apa Yang Best?

Prestasi bagi TECNO SPARK 10 Pro sangat baik pada saya, malah menjangkaui jangkaan saya untuk sebuah peranti berharga sebegini. Helio G88 cukup berkuasa untuk bermain permainan berat seperti Asphalt 9 dan Grid Racing. Permainan ringan dan arked seperti Maplestory M dapat dimainkan seharian tanpa masalah dan isu panas. Untuk permainan berskala AAA seperti Genshin Impact, anda perlu lebih realistik. Peranti entry level mana mungkin boleh memainkan permainan berskala AAA selancar peranti mercu. Pun begitu, anda masih boleh memainkan Genshin Impact pada setting maksimum “Medium” sekiranya anda tidak kisah dengan suhu telefon dan ada kipas penyejuk untuk TECNO SPARK 10 Pro anda.

Iklan Google

Untuk kegunaan seharian dan produktiviti pula, TECNO SPARK 10 Pro boleh berfungsi dengan lancar dan baik. Membuka aplikasi media sosial dengan banyak dalam latar belakang tidak membebankan telefon dan masih lagi boleh digunakan. Mungkin kerana 8GB RAM dan juga kebolehan untuk menambah 8GB lagi RAM tambahan menjadikan RAM keseluruhan sebesar 16GB! Fail pejabat seperti PDF dan PPT yang agak besar mengambil sedikit masa untuk dibuka, tapi secara keseluruhannya masih lagi boleh diterima.

Bateri pada TECNO SPARK 10 Pro ini juga sangat besar pada 5000mAh, cukup untuk lebih daripada sehari tempoh bersedia. Saya tinggalkan telefon ini untuk bermain Maplestory M secara auto selama 5 jam dan bateri masih lagi tidak habis walaupun skrin dibuka pada kecerahan maksimum. Suhu juga dikawal dengan baik. Mungkin juga kerana faktor rekaan badan telefon yang ringkas, rata, dan menggunakan material kaca kristal. Menjadikan ia ringan, sedap dipegang dan terasa premium.

Antara kekuatan lain TECNO SPARK 10 Pro yang saya tidak sangka-sangka adalah sistem kameranya! Kamera utama sebesar 50 megapiksel mampu memberikan hasil yang sangat lumayan walaupun pada waktu malam! Tidak dapat dipastikan siapa pengeluar kanta pada kamera ini, namun yang pasti ia boleh bersaing dan malah menjangkaui kualiti gambar sesetengah peranti pertengahan dalam pasaran yang berharga dua kali ganda lebih mahal! Kamera hadapan 32 megapiksel juga malah mempunyai 2 LED untuk lampu limpah atau flash. Bayangkan, peranti mercu berharga 4000-5000 ringgit pun tak ada LED hadapan, tapi TECNO SPARK 10 Pro yang berharga RM649 boleh berikan anda sampai 2 LED untuk kamera hadapan!

Apa Yang Tak Best?

TECNO SPARK 10 Pro hadir dengan skrin LCD 6.78 inci dengan 90Hz kadar sedar semula. Warnanya cantik dengan DCI-P3 dan cemerlang untuk media. Namun begitu, sensitiviti skrin agak pelik kerana ia boleh jadi sangat lancar apabila digunakan dengan jari telunjuk tetapi jadi tersekat-sekat apabila saya skrol menggunakan ibu jari. Saya tak pasti adakah ia masalah jari saya, masalah skrin, ataupun masalah pada OS. Tapi, saya harap TECNO dapat menyelesaikan masalah ini dalam kemaskini akan datang.

TECNO SPARK 10 Pro juga hanya memberikan anda satu pembesar suara sahaja di bahagian bawah. Speaker di bahagian atas walaupun mengekalkan bunyi, namun hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan dan tiada mod stereo. Walaupun hadir dengan USB-C, bicu audio dan slot SD khas, tapi ketiadaan pembesar suara stereo agak potong stim di sini.

Iklan Google

Ulasan HiOS Pada TECNO

Peranti TECNO hadir dengan HiOS, sistem operasi khas untuk peranti TECNO. TECNO SPARK 10 Pro sedia terpasang dengan HiOS 12.6 berasaskan Android 13. Peranti entry level pun hadir dengan Android 13 dari kotak. Ada telefon tu midrange pun masih lagi dengan Android 12. Memalukan sungguh.

Aplikasi HiOS agak bagus terutama sekali aplikasi kamera yang lengkap dengan mod malam, mod vlog, mod pro, mod selfie dan video potret. Aplikasi galeri agak kacau sikit kerana ia menyusun gambar secara terbalik (gambar terbaru disusun ke bawah). Jadi, jika anda ingin melihat gambar terkini, anda perlu skrol ke bahagian paling bawah galeri. Tiada pilihan untuk menukar tetapan susunan galeri. Mungkin HiOS boleh keluarkan kemaskini galeri mereka. Buat masa ini, saya gunakan saja Google Photo sebagai galeri lalai saya.

Fungsi AI agak berlebihan pada HiOS. Saya akhirnya terus matikan semua fungsi AI pada HiOS kerana rasanya saya tidak guna pun fungsinya. Anda boleh memanggil AI pembantu pada butang kuasa tetapi ia hanya boleh disetkan pada Ella, AI pembantu dari TECNO. Saya kalau boleh nak setkan ia pada Google Now, tapi tak boleh. AI untuk mengesan ketika anda bermain permainan pula, saya kekalkan. Kerana ia agak membantu dengan pengawalan suhu dan fokus ketika bermain permainan video. Secara asasnya, ia adalah Game Mode.

Iklan Google

Aplikasi iklan langsung tiada tetapi bloatware masih ada. Ada beberapa aplikasi dari pengeluar seperti Hi Browser, Hi HiParty dan Visha Player. Aplikasi gedung mereka, AHA Games dan Palm Store tidak boleh dinyahpasang. Saya mungkin akan root TECNO SPARK 10 Pro ini untuk lebih kawalan dan kuasa mengubah sistem.

Dapatkannya di gedung rasmi TECNO Mobile Malaysia.

Pautan ke Shopee

Pautan ke Lazada

Iklan Google
Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img