Sinar Baru Jaringan Internet di Kelantan?

Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri Datuk Panglima TPR Anuar Haji Musa di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia di Kementerian  Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebagai rakyat Kelantan, pelantikan Tan Sri yang juga merupakan rakyat dan ahli parlimen negeri Kelantan membawa satu sinar harapan buat saya secara peribadi. Tan Sri juga antara ahli parlimen yang aktif di media sosial dan kerap juga pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Oleh itu, saya kira Tan Sri sangat cerap dengan masalah sambungan dan kualiti internet di Kelantan ini. Mana tidaknya, kawasan Tan Sri di Ketereh juga masih mengalami masalah zaman-berzaman ini di kebanyakan kawasan. Kakak saya tinggal di Ketereh dan setiap kali melawat rumahnya, talian internet di rumahnya sama sahaja kualitinya seperti rumah ibu saya di Pasir Puteh.

Saya mendengar di radio akan ucapan beliau mengenai fokus beliau untuk menambah baik jaringan internet negara melalui inisiatif JENDELA. Tan Sri juga menyebut secara spesifik akan masalah jaringan internet di Kelantan seperti di kawasan Gua Musang yang masih lagi ketinggalan.

Iklan Google

Mengulas lanjut mengenai visi beliau untuk negeri Kelantan, Tan Sri Datuk Panglima TPR Anuar Haji Musa juga memaklumkan, kelajuan purata internet di negeri ini masih lagi berada pada 2Mbps dan rancangan beliau adalah untuk meningkatkan kelajuan purata internet di negeri Che Siti Wan Kembang itu kepada 35Mbps.

Iklan Google

Ini dapat dilakukakan dengan penambahbaikan infrastruktur dan Tan Sri juga secara spesifik menyebut untuk memasang jaringan fiber optik di kawasan yang masih tiada sebarang infrastruktur tersebut. Beliau juga berjanji untuk mengarahkan telco memasang fiber optik di kawasan yang dahulunya tidak digemari telco seperti kawasan kampung atas alasan pengguna sedikit dan tidak menguntungkan.

Kawasan kampung ibu saya di Pasir Puteh juga, berdekatan dengan kem tentera Gong Kedak. Kawasan berdekatan kem seperti Sungai Petai, Sungai Gali, Gong Datok, Gong Pasir, dan sekitarnya masih lagi ditolak permohonan pemasangan kabel fiber optik. Talian internet jalur lebar di kawasan ini rata-ratanya sangat teruk dan antara punca yang menjadi bualan penduduk setempat adalah kerana gangguan radar tentera di kem Gong Kedak. Oleh itu, penyelesaian internet jalur lebar bukan lagi satu solusi yang mapan dan seharusnya jaringan internet fiber optik perlu disegerakan dengan pertambahan penduduk yang semakin meningkat.

Di masjid-masjid kampung ini juga, penduduk mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk dengan MySejahtera kerana talian internet tiada! Begitu juga dengan majlis kenduri sebelum perintah PKPD dan majlis masih dibenarkan, pengunjung tidak boleh mendaftar masuk dengan MySejahtera kerana di kawasan rumah juga tiada talian internet. Lebih teruk lagi, untuk membuat panggilan telefon, kami terpaksa keluar rumah kerana tiada talian di dalam rumah!

Jika anda mahukan sedikit talian internet, anda terpaksa berhabis sehingga ribuan ringgit dengan memasang antena dan parabola untuk ‘menarik line’ internet. Penyelesaian ini juga, bukannya berkesan sangat dan tidak semua orang mampu. Jika SKMM datang melawat, tuan rumah akan dikenakan denda pula. Bukankah ini satu kezaliman? Sedangkan ia tangguggjawab SKMM untuk memastikan setiap rakyat dan pelanggan telco yang membayar setiap bulan sepatutnya mendapat hak mereka untuk talian internet yang pantas dan stabil?

Pelik juga sedangkan di Sungai Petai ada sebuah Kolej Vokasional Pasir Puteh dan banyak lagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan berhampiran. Saya sendri sudah memohon banyak kali daripada TM Unifi, Celcom, Maxis dan Digi untuk pemasangan internet fiber di rumah tetapi sekadar ditolak mentah-mentah atas alasan kawasan ini tidak menguntungkan dan tiada perancangan untuk pemasangan kabel fiber optik.

Dengan ucapan Tan Sri sehari dua yang lepas itu juga, saya berharap agar aspirasi JENDELA dapat dipenuhi dan bukannya sekadar slogan. Tan Sri Datuk Panglima TPR Anuar Haji Musa juga sebagai anak jati negeri semestinya memahami dan sudah banyak mendengar keluhan yang sama daripada anak mukim.

Warga Kelantan seperti yang kita ketahui, ramai menjadi pelajar IPTS dan IPTA, menjadi warga pendidik, dan juga mempunyai bisnes dalam talian yang mana semuanya memerlukan internet yang pantas di zaman ini. Sampai bila lagi baru masalah ini akan selesai?

Iklan Google
Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

7 KOMEN

      • Tapi I pun dengar org cakap sekarang ni ambil data jer byk offer unlimited ada juga offer extra gb utk hotspot so ni la yg i tak tau pilih wifi ke data

        • Bang i suspect u sewa rumah la ni so concern byk sikit, kalau mcm tu u blh ambil XPAX pelan baru baru ni unlimited data lagi ada 3GB hotspot 38/bln jer

          • Tak payah susah-susah ajar saya. Ni rumah saya beli. Sekarang ni pun saya dah pakai Celcom Mega bayar RM11o tiap-tiap bulan. Unlimited speed. Setiap bulan bayar awal. Line sama juga macam tahi. Baru-baru ada eken call kata nak datang pasang fiber celcom. 3 hari saya cuti nak tunggu. Last-last tak datang pun. Beria minta IC semua. Bazir masa, bazir tenaga saya je. Cakap bergegar, servis hampeh juga.

  1. Bro try XPAX jer line stable sebabkan ia under Celcom punya lagi lagi pun plan unlimited ni ada 5gb high speed juga kalau nak download apa apa guna jer ni 38/bln jer

    • Tak payah susah-susah ajar saya. Ni rumah saya beli. Sekarang ni pun saya dah pakai Celcom Mega bayar RM11o tiap-tiap bulan. Unlimited speed. Setiap bulan bayar awal. Line sama juga macam tahi. Baru-baru ada eken call kata nak datang pasang fiber celcom. 3 hari saya cuti nak tunggu. Last-last tak datang pun. Beria minta IC semua. Bazir masa, bazir tenaga saya je. Cakap bergegar, servis hampeh juga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img