Si Kitol yang Berlagak nak Jadi Penyelamat Umat Manusia

Watak sebegini pasti ada dalam setiap skim penipuan. Cara mudah mengenal mereka, mereka ini pasti ada ketaksuban melampau terhadap sosok pengasas skim penipuan tersebut. Pengasas pula tak perlu buat, dia yang terlebih sudu dari kuah buat promosi ajak orang masuk beramai-ramai.

Bila ada yang persoalkan, pasti akan dilabel macam-macam yang bertanya. Biasanya akan bawa satu falasi yakni perbuatan menentang logik akal dengan cara menyeleweng fakta dan tumpuan logik ke arah lain. Kaedah paling popular seperti ad-hominem, iaitu dengan menyerang peribadi si penanya atau melabel penanya dengan tuduhan-tuduhan peribadi buruk dan tidak berasas.

  1. Dalam scam emas, bawa naratif matawang sunnah dan elak riba.
  2. Dalam scam NFT, bawa naratif orang kita bodoh tak nak terima aset digital.
  3. Dalam scam kripto, bawa naratif orang kita tak pandai IT untuk faham blockchain.
  4. Dalam scam buat task dapat duit, bawa naratif orang kita pemalas.
  5. Dalam scam pelaburan, bawa naratif sampai bila nak makan gaji dan hidup miskin.
  6. Dalam scam agama, bawa naratif mereka adalah keturunan mulia dan berdosa jika dipersoalkan.

Apa persamaan kesemua scam ini? Semua tersontot dan watak “mesiah” ini kemudiannya hidup senang lenang makan hasil promosi scam. Yang mengikut rugi, yang mengajak tak habis modal siap untung.

Iklan Google

Secara psikologinya, watak si kitol sebegini bukanlah kompleks sangat. Cuma mereka saja diri mereka sangat deep, rumit, tak boleh dibaca dan penuh dengan aura seorang yang alpha. Hakikatnya, mereka ini kebiasaannya miskin pencapaian. Apabila berjumpa satu watak yang menimbulkan ketaksuban, mereka dengan mudah menjadi pengikut dan seterusnya cuba mewujudkan satu kultus mengagungkan watak yang ditaksubkan tadi.

Iklan Google

Apa yang menyebabkan mereka mudah taksub? Mudah. Kekayaan. Golongan mereka ini, akan mengiyakan segala benda yang keluar dari watak “dewa” mereka dan akan membawa doktrin dari “dewa” mereka ini ke dalam kumpulan kultus mereka. Malah siap ada tokok tambah lagi bagi meningkatkan imej ke”dewa”an pujaan mereka.

Sebab itulah, susah untuk berdiskusi dengan golongan mereka. Nasihat tak nak dengar. Bila ditanya dengan logik, kita akan dimaki dan dikutuk tak ada ilmu. Paling parah, mereka akan bawa ayat “yang tahu je tahu”. YTJT ini pun, tak lain tak bukan hanyalah alat doktrin dan propaganda bagi mengurung ahli supaya hanya mendengar arahannya dan tidak berfikir dengan logik.

Di sini, kami tak suka cerita panjang-panjang, tulis perkataan dan terma pelik-pelik nak tunjuk kamu pandai. Kami lebih suka tulis dalam bahasa laymen supaya mudah difahami. Kalau anda hanya boleh bertutur dalam jargon, tak payahlah nak dakwa anda berilmu.

Semakin berilmu anda, semakin mudah anda boleh bawa topik berat kepada segenap lapisan masyarakat.

Jadi persoalannya di sini adalah,

“tak serik-seriK ke?”

Sekian. Begitulah.

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img