Sejarah Dan Asal Usul ‘Wilhelm Scream’

Wilhelm Scream ialah ‘stock’ bunyi untuk jeritan yang paling popular digunakan dalam bidang perfileman.

Ia telah pun digunapakai dalam 389 filem dan pelbagai siri TV. Filem pertama yang menggunakannya ialah Distant Drums (1951). Jeritan ikonik ini terjadi apabila dalam filem tersebut, seorang askar diheret ke dalam sungai oleh buaya.

Apa yang menarik, askar yang melakonkan watak itu tidak pula ‘menciptakan’ jeritan ‘Wilhelm’. Ia disuarakan oleh Sheb Wooley, seorang pelakon dan ahli muzik yang bekerja dengan krew perfileman tersebut sebagai suara latar.

Dua tahun kemudiannya, audio jeritan Wilhelm diguna semula dalam filem The Charge at Feather River. Ia kemudiannya dijadikan sebagai ‘stock audio’ bagi Warner Brothers.

Namun, ia masih tidak popular hinggalah 20 tahun kemudian.

Pada pertengahan 1970an, seorang pereka bunyi iaitu Ben Burtt mengambil keputusan untuk memberi penghormatan kepada jeritan Wilhem apabila beliau meletakkan ia ke dalam filem Star Wars: A New Hope.

Disebabkan asal usul audio itu yang agak ‘misteri’ Ben tidak dapat mencari perincian penciptanya, lalu menamakan ia sebagai ‘Wilhelm Scream’, dinamakan selepas Private Wilhelm iaitu watak dalam filem The Charge at Feather River kerana Ben percaya ia muncul buat pertama kali dalam filem itu.

Terima kasih kepada Sheb Wooley, kerana jeritan ikonik ciptaannya itu digunakan lagi dalam filem Deadpool 2, Avenger: Infinity War, dan juga filem Venom baru-baru ini.

Anda boleh tonton video kompilasi jeritan Wilhelm di bawah.

Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

QKZ AK6 : Bajet Tapi Berkualiti

QKZ AK6 adalah IEM bajet yang sesuai untuk mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan aksesori audio yang lebih berkualiti. Dengan harga kurang daripada RM20,...

Cara ‘Boost’/Stabilkan Signal Rangkaian Bermasalah Untuk Melajukan Internet

Kebiasaannya, bila tempat/kawasan anda ADA rangkaian 4G tetapi lemah (1 bar), smartphone akan ‘turunkan’ kualiti rangkaian kepada 3G. Apabila ini terjadi, kelajuan internet akan menjadi sangat perlahan,...

Ulasan Tribit XFree Go: Fon Kepala Bluetooth Bajet Yang Memuaskan Telinga

Saya bukan jenis yang begitu berminat sekali dengan produk Bluetooth, kerana pada hemat saya, teknologi yang ada sekarang masih belum cukup mantap untuk menandingi...

TaoTronics SoundLiberty 53 Pro : Dual Driver Bajet!

Tidak mahu ketinggalan dengan trend TWS yang semakin rancak, TaoTronics kini hadir dengan kemaskini pada TWS kategori bajet mereka. TaoTronics SoundLiberty 053 Pro adalah...

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

%d bloggers like this: