Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda semua.
Runtime error adalah masalah yang sering yang di hadapi oleh pengguna apabila menjalankan sesuatu aplikasi. Runtime error ini menghalang beberapa program atau fail daripada di masuki dan melambatkan prestasi komputer.
Puncanya?
Sebagai contoh aplikasi yang selalu menghadapi masalah runtime error ini adalah Internet Explorer. Punca utamanya adalah di sebabkan skrip yang tidak dapat dilaksanakan sebaiknya pada sesuatu laman web. Selain itu terdapat juga beberapa software yang menghadapi masalah runtime error ini berpunca daripada tidak meng”update” software nya. Jadi, selalu-selalulah update software anda. Punca yang lain mungkin disebabkan virus. Virus ini bleh menyebabkan sesuatu program itu tidak dapat berjalan seperti sebelumnya. Jadi ianya penting bagi anda untuk menggunakan anti-virus di komputer anda. Jika berlaku jugak runtime error ini setelah semua di atas anda telah buat iaitu update software anda dan menggunakan anti virus, ianya mungkin di sebabkan oleh memori komputer atau laptop anda. Kadang kala program tidak dapat memasuki ke ruang memori yang memerlukannya untuk melaksanakan kod dengan betul. Hal ini mungkin di sebabkan oleh terdapatnya program lain yang telah menggunakan ruang memori tersebut. Jadi cara yang selalu digunakan untuk membaik pulih masalah ini ialah dengan restart balik komputer anda.
Penyelesaiannya?
Walaupun di atas sudah pun diterangkan serba sedikit tentang cara penyelesaiannya. Yang di bawah ini pula adalah jalan penyelesaian yang lain walaupun no.2 tu dah diterangkan di atas. Hee.
- Kadang kala ianya berlaku mungkin di sebabkan anda membuka lebih daripada satu program secara serentak. Jadi anda hanya perlu tekan Ctrl+Alt+Delete untuk membuka Windows Task Manager. Kemudian anda tutup salah satu aplikasi itu sehinggalah runtime error itu di hentikan.
- Carilah patches, bug fixes atau upgrade dengan melayari di laman web pembuat software tersebut. Dan cuba pastikan adakah terdapat upgrade file yang boleh menyelesaikan masalah anda itu. Jika ada, muat turunnya dengan segera.
- Jika semua cara penyelesaian di atas tidak dapat membantu anda, anda perlulah reinstall program itu semula. Kadang kala mungkin anda perlu reinstall sistem operasi(os) anda. Jadi pastikan anda backup semua file anda yang berkemungkinan akan memadamkan beberapa file semasa reinstallation sedang di jalankan.
Itu sahaja. Sekian.
Aku pun nak letak gambar jugak macam Luqman Man buat. Hehe. Lawak Petang.