Cara Mudah Mahir Bahasa Inggeris : Bahagian 2

Saudara-saudara sekalian. Anda sudah memiliki kesemua ‘bahan-bahan’ yang diperlukan? Jika sudah, ayuh kita ke langkah-langkah seterusnya.

Apa yang anda perlu lakukan ialah bahagikan buku nota anda kepada dua bahagian (Buat garis ditengahnya). Satu bahagian anda labelkan sebagai ‘Vocab’, dan satu bahagian lagi anda labelkan sebagai ‘Meaning’.

Kemudian, setiap hari, anda perlu tulis sekurang-kurangnya satu perkataan yang anda tidak tahu maksudnya ke dalam bahagian Vocab. Cari maksud perkataan tersebut dalam kamus anda dan tuliskan maksudnya pada bahagian Meaning. Lakukan perkara ini setiap hari secara berterusan dan hafal setiap perkataan itu. Ingat, bawa buku nota dan pen anda ke mana saja anda pergi.

Seterusnya, JIKA ANDA:

1. Minat mana-mana lirik lagu, sebagai contoh Mr.Hac minat dengan Cromok, ambil perkataan-perkataan yang menarik dalam lirik itu dan masukkan ia ke dalam bahagian Vocab.

2. Terjumpa mana-mana perkataan yang susah untuk disebut, menarik, atau sukar diingati di mana-mana tempat, sebagai contoh di pusat beli-belah, di kedai-kedai, di jalan, di televisyen atau di mana sahaja, sila catatkan juga supaya anda boleh rujuk dikemudian hari.

3. Menonton televisyen cerita berbahasa Inggeris, pastikan anda kuatkan volume dan dengar betul-betul setiap butir katanya, dan lihat maksudnya pada sarikata. Jika anda khuatir akan mengganggu orang lain, sila gunakan headphone!

4. Menonton cerita Melayu atau lain-lain bahasa, sila pastikan jika anda menonton ia pada komputer, jangan muat turun sarikata bahasa Melayu! Kalau begitu anda tidak akan pandai sampai bila-bila. Muat turun dan gunakan sarikata berbahasa Inggeris.

5. Menonton cerita yang tiada sarikata, jangan segan silu untuk bertanya kepada orang yang lebih pandai. Dengan cara ini, anda mampu menambah minat dan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.

Ok, cukup. Kita jumpa pada bahagian ke-3.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img