Rapidshare Tawarkan Kelajuan Muat Turun Bagi Pengguna Percuma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ini mungkin berita gembira untuk anda kaki muat turun. Bukan kaki bangku,kaki botol,kaki perempuan mahupun kaki ayam. Tapi,sekali lagi penulis tekankan kaki muat turun khusus untuk ‘direct link’. Kerana apa? Kerana Rapidshare menawarkan kelajuan memuat turun sesuatu fail dari laman mereka. Jadi ambil kesempatan ini sementara masih anda.

Sejurus selepas mendapat berita dari rakan Facebook,penulis terus mendaftar secara ahli untuk melihat sejauh mana kebenarannya. Penulis terperanjat lalu menjerit keriangan kerana “BETUL” Rapidshare menawarkan kelajuan muat turun berlipat kali ganda. Cubalah sendiri. Usah ditunggu untuk dipanggil,tampil ke hadapan munculkan diri,bukan perlu dibayar tidak pula untuk membayar,gunakannya dengan sebaiknya. Berbahasa lah pula. Tapi,itu sahaja yang ingin diberitakan. Cepat sebelum tamat. Mungkin ada masa tamat,mungkin juga tidak. Kita sebagai pengguna haruslah mengambil kesempatan ini. Bukan sekadar kelajuan yang bertambah,malah menyokong fungsi berhenti dan sambung kemudian hari (pause).

Bukti-bukti selepas penyiasatan dilakukan.

Bukti pada laman wikipedia. Skrol sehingga ke ruangan Downloads.

Cepat mendaftar sebelum terlambat disini.

Sekian,Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img