Rangkaian 5G DNB Antara Terpantas Di Dunia?

Saya ada terbaca satu artikel (commentary) di sebuah laman web, iaitu malaysianwireless.com. Dikatakan, Digital Nasional Berhad (DNB) mendakwa di laman webnya bahawa kelajuan purata rangkaian 5Gnya kini direkodkan pada 514Mbps (pada ketika artikel tersebut diterbitkan).

Pada ketika ini, seperti yang anda boleh lihat pada tangkap layar yang saya muat naik, kelajuan purata telah direkodkan pada 563Mbps. Rekod ini mungkin menjadikannya sebagai salah satu rangkaian 5G terpantas di dunia, walaupun ia tidak disahkan lagi (secara bebas).

DNB tidak mendedahkan kaedah yang mereka guna pakai untuk mencapai hasil ujian kelajuan 5G tersebut. Sebagai perbandingan, Korea Selatan ialah negara terpantas di dunia berkaitan kelajuan muat turun 5G, menurut laporan State of 5G Worldwide terkini pada tahun 2021 oleh Ookla.

Korea Selatan mencatatkan kelajuan median 5G sebanyak 492.48Mbps, menjadikannya negara 5G terpantas di dunia (setakat Q3 2021). Ookla mengatakan bahawa ukuran mediannya mewakili kelajuan muat turun yang dilihat oleh pengguna biasa dan tidak sama dengan kelajuan purata (min) yang diukur secara tradisional.

Bagaimanapun, keputusan kelajuan purata 5G DNB ini tidaklah memeranjatkan. Ini adalah kerana, pertamanya hanya telco YES sahaja yang telah pun memanfaatkannya. TM (unifi Mobile) masih belum mengambil bahagian, walaupun dilaporkan oleh lowyat.net bahawa nampaknya TM telah mengalih keluar tarikh pelancaran 5G mereka pada bulan Februari 2022 ini.

Di samping itu, anda juga akan dihalakan secara automatik ke halaman berasingan dalam laman web unifi yang memaparkan Pelan Ultimate Unifi Mobile beberapa saat selepas halaman dimuatkan.

Anda masih boleh melihatnya di sini.

Kemudian, jumlah pengguna rangkaian 5G DNB ini masih belum cukup ramai untuk menabalkannya sebagai ‘stabil’ dan berkelajuan pantas untuk semua pengguna. Hanya apabila majoriti rakyat sudah pun menggunakan rangkaian 5G ini barulah kita boleh membuat penilaian yang lebih tepat dan jitu.

Sementara itu, anda masih boleh menuntut kad SIM 5G anda melalui telco YES, untuk sesiapa yang berminat nak mencuba. Rujuk pada pautan: Tuntut Kad SIM 5G Anda Melalui Yes – Ya, Ianya Percuma Sahaja.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x