Random Access Version 1.0 : GAME ON!

Salam. Amacam semua? Penat tak belajar pasal hacking? Penat tak belajar pasal IT dan Linux tuh semua? Ok kalau macam tu hari ni kita rehat jap. Kita ringan-ringankan minda dengan membaca entri pasal filem pula (yang sebenarnya tengah ‘berat minda’ ialah Mr.Hac kerana esoknya meeting pula! Arghhh!) . Bukan saja nak buat review, tapi minat betul Mr.Hac dengan filem yang diberi tajuk Ra.One – The Next Level. Filem ini adalah sebuah filem sci-fi hindi yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor. Teringat pula filem Endhiran – The Robot (Thelugu @ Tamil). Memang canggih habis! Siapa cakap cerita hindi tak menarik? Jom baca serba sedikit ulasan filem ini.

Ra.One Mengisahkan mengenai Shekhar, seorang pembangun permainan, pengaturcara komputer, yang membangunkan sebuah permainan yang bernama Random Access Version 1.0 atau kependekannya Ra.One. Dalam bahasa Urdu, ia boleh disebut sebagai Rha-wan (boleh diertikan sebagai kejahatan atau maut). Ra.One ialah watak jahat dalam permainan yang dicipta oleh Shekhar. Beliau mencipta permainan ini untuk memenangi hati anaknya, Prateik. Watak baik pula dinamakan sebagai Good One atau kependekannya G.One. Dalam bahasa Urdu ia boleh disebut sebagai Jhi-wan (boleh diertikan sebagai kebaikan atau nyawa). Sebelum itu ingin diberitahu bahawa syarikat tempat Shekhar bekerja telah berjaya mencipta satu teknologi yang membolehkan ‘kehadiran maya’ dari alam komputer seperti gambar dan video boleh dirasai oleh manusia apabila ia ‘diterjemahkan’ ke dunia nyata dan bukan virtual lagi.

Menariknya dalam jalan cerita filem ini, Ra.One mempunyai kebijaksanaan tiruan atau artificial intelligence (AI). Kemuncak cerita ialah apabila Ra.One hampir kalah kepada Prateik dalam satu pertarungan maya, namun permainan itu telah di-pause oleh pembantu Shekhar sebelum ia sempat dihabiskan oleh Prateik. Ra.One ‘berdendam’ dan bertekad mahu membunuh Prateik lalu ketika terdapatnya peluang, Ra.One berjaya memanipulasi teknologi yang dicipta oleh syarikat tersebut untuk ‘keluar’ ke dunia nyata.

Apakah yang bakal terjadi selepas itu? Anda perlu tonton sendiri! Nak muat turun?
Sila klik pada pautan di sebelah -> RA.One DvDScr

Mr.Hac: Teruja dengan penampilan istimewa (sebentar) aktor Rajinikanth sebagai ‘Chitti The Robo’, iaitu watak dalam filem Endhiran. Memang best lah cerita ni! Layan!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img