Kembali Ke Pangkuan Ubuntu! Kini Oneiric Ocelot

Cis..cis sunggoh! Akibat tak tertahan dek ‘hasutan’ video-video di Youtube dan pelbagai blog, Mr.Hac akhirnya kembali memasang Ubuntu! Nampaknya PC di pejabat sekali lagi menjadi bahan ujikaki ujikaji kreativiti dalam mencuba distro-ditro Linux. Hanya netbook di rumah sahaja yang dikekalkan dengan sistem operasi Linux Mint 11.

Bukan apa. Tak tahan tengok macam-macam kesan visual dan modifikasi desktop yang melampau dalam video di Youtube tersebut. Geram tengok macam-macam gaya mereka ubahsuai Ubuntu hingga kelihatan seperti benar-benar mahu orang lain ‘jaki’ mata melihatnya.

Sebelum ini Mr.Hac hanya pernah mencuba melalui Live CD sahaja dan tak pernah tergerak hati untuk memasangnya pada komputer. Entah kenapa hari ini kemuncaknya apabila nekad menjadikan Ubuntu sebagai sistem operasi lalai yang sebelum ini dipegang oleh Linux Mint 11 (di pejabat).

Selamat datang Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot..Tak sabar rasanya nak godek kamu ni! Hahaha!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img