Kini setelah selesai pemasangan Ubuntu 12.04, berikut adalah beberapa lagi minor tweak untuk anda lakukan bagi melengkapkan lagi Ubuntu anda.
1. Pasang Jupiter Untuk Mengurangkan Kepanasan (Overheating)
Jupiter Applet ialah tool ringkas yang digunakan untuk mengawal kuasa bateri (Laptop/Netbook), mengawal resolusi serta orientasi skrin, dan beberapa fungsi yang lain. Jupiter berinteraksi dengan parameter sistem operasi dan secara tidak langsung mengawal kepanasan serta kuasa bateri pada tahap optimum. Ia disokong oleh WebUpd8 Team, jadi anda dapat pasangkan pada Ubuntu dengan mudah melalui PPA:
sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/jupiter
sudo apt-get update
sudo apt-get install jupiter
Selepas siap dipasang, pilih mode ‘Power Saving’ dari pilihan Performance —> Power Saving.
Apa? Mahu tema Mac OS X seperti di atas? Sabar.. tutorial bakal menyusul.
2. Hidupkan Fungsi Windows Dodge
Windows Dodge ialah fungsi dimana apabila ada tetingkap yang dibuka secara skrin penuh, Unity Launcher akan disembunyikan. Namun fungsi ini telah diganti dengan Auto-Hide pada Ubuntu 12.04 atas masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan oleh pembangun. Bagaimanapun terdapat tampalan yang dibuat oleh seorang ahli forum Ubuntu dan ia dapat dipasang melalui PPA di bawah:
sudo apt-add-repository ppa:ikarosdev/unity-revamped
sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade
Hidupkan fungsi ini menggunakan CompizConfig Settings Manager:
3. Hidupkan Login Sound
Jika tweak yang diberikan sebelum ini tidak berhasil, maka ini adalah jalan penyelesaiannya.
Buka Terminal, dan masukkan baris perintah berikut:
sudo gedit /etc/xdg/autostart/loginsound.desktop
Salin baris berikut, tampal pada fail yang terbuka itu dan simpankannya:
[Desktop Entry]
Name=GNOME Login Sound
Type=Application
Exec=/usr/bin/canberra-gtk-play –id=”desktop-login” –description=”GNOME Login sound”
Selesai!
Diharapkan panduan ini dapat menggalakkan lebih ramai pengguna sistem operasi sumber terbuka bernama Ubuntu di Malaysia ini.
Rujuk:
Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.04
Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.04 (Versi 2)