Penyelidik Jepun Berjaya Ubahsuai Cengkerik Jadi Speaker

Tak Cukup Dengan Gundam, Jepun Nak Buat Kamen Rider Pula di Dunia Sebenar?

Dua orang penyelidik daripada Universiti Tsukuba Jepun telah berjaya dalam ujian pertama mereka dalam mengubahsuai beberapa ekor cengkerik menjadi sebuah pembesar suara. Dalam video yang dikongsikan di YouTube, kelihatan 4 ekor cengkerik telah disambungkan dengan 2 utas wayar dan bersama-sama menghasilkan harmoni lagu klasik popular, Canon.

Setiap daripada 4 ekor cengkerik telah menghasilkan bunyi berbeza, sama seperti lapisan bunyi dalam lagu Canon bagi menghasilkan satu irama lagu yang lengkap. Sebanyak 7 ekor cengkerik telah digunakan dalam ujian pertama ini. Cengkerik ini telah di’godam’ untuk menghasilkan bunyi mengikut arahan dengan mengimplan elektrod ke dalam cengkerik-cengkerik tersebut.

Cengkerik mempunyai organ khas yang dinamakan timbal. Timbal ini berbentuk seperti lapisan dan bersambung dengan badan dan rusuk cengkerik yang boleh bergetar dan berlipat untuk menghasilkan gelombang bunyi. Sama seperti lapisan membran pada pembesar suara moden.

Pun begitu, bunyi yang dihasilkan daripada cengkerik dalam ujian ini tidaklah berdefinisi tinggi seperti set hifi. Sebaliknya, menurut Naoto Nishida, salah seorang penyelidik di Universiti Tsukuba berkata, eksperimen ini mungkin boleh digunakan pada masa hadapan untuk menyampaikan maklumat ke seluruh negara apabila berlaku bencana dan banyak kawasan terputus hubungan serta bekalan elektrik.

Macam mana? Apa pandangan pembaca? Adakah ini satu inovasi yang bagus atau menyeramkan?

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x