Pengalaman Bersama webe, Berjaya Mencuri Hati Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai webe
Anda sudahpun baca artikel ni kan > webe, Berbaloikah? Nak Apa Lagi?
Ini sambungan artikel tersebut 🙂

Setelah saya guna webe ni serta dengan plan yang ada ni, saya terfikir kenapa tidak buat awal-awal lagi?
Saya jarang call dan sms, tapi tambah nilai semata2 beli pas internet (RM3 : 1GB sehari, Hotlink) sampaikan beli simkad U-Mobile untuk simkad data. hahahaha
Ramai tertanya-tanya, senarai telefon pintar di laman sesawang webe tu hanya model tertentu sahaja ka yang disokong?
webe menyokong semua model telefon pintar (selagi peranti tersebut boleh access internet hahaha), cuma telefon pintar yang mempunyai LTE/4G Band 5 (850) disokong dengan cemerlangnya. Tetapi 3G juga boleh tahan lajunya. Jangan risau kerana mereka sedang mengembangkan band lain seperti 38, 40 dan lain-lain.

Saya uji webe pada OnePlus 3 China Set (tiada LTE/4G Band 5), dan merata juga saya pi untuk uji simkad ini.
Saya uji di Sunway Pyramid, OP3 saya mendapat signal 4G.
Saya yakin itu LTE/4G Band yang lain kerana peranti saya tiada Band 5 🙁
Ini screenshot kelajuan webe di Sunway Pyramid

Diuji menggunakan OpenSignal, signal 4G.
Ini pula diuji menggunakan Speedtest, lokasi di Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam.

Terima kasih juga pada pembaca dan komen Redwave dan rakan-rakan dari Facebook saya sudi berkongsi maklumat tambahan mereka.
webe menggunakan LTE Band 5 untuk internet sahaja. Jika panggilan suara menggunakan rangkaian Celcom (3G/2G)
Jika anda sedang menggunakan internet pada line 4G, kemudian anda menjawab panggilan ia akan tukar line pada 3G dan selepas jawab panggilan ia akan tukar semula pada 4G.
Rakan-rakan saya mengatakan webe ni senang keluar, senang masuk hahaha (pasal terminate account kot hihihi)

Saya hanya dapat merasai kelajuan sebenar 4G di Sunway Pyramid sahaja 🙁
Lain-lain tempat, hanya guna H+, tapi H+ pun sedap dah (ada khabarkan H+ pun boleh beat 4G hahaha), tengok Youtube tiada masalah.
Cuma line agak gila sikit, sedap guna tiba2 line takda, ada line tapi connection tiada hahaha
Ikut hang la labu, janji hang unlimited hihihi. Bawah ni screen record bagi percubaan tengok video Youtube menggunakan webe.

Screen Record menggunakan aplikasi Screen Recorder 5+.

Cuma jika anda kaki Torrent, sakit sikit kerana sokongan webe pada kaki Torrent agak nipis, senipis kulit bawang hahaha jadi alternatif dia, direct download 😀

Itu sahaja pengalaman saya bersama webe, actually tak tahu nak tulis apa lagi, maaf kerana artikel ini tak panjang seperti artikel pertama webe saya hahaha.
Sekiranya anda berminat untuk melanggan plan ini, sila layari laman sesawang webe untuk maklumat lanjut 🙂
Pastikan anda tidak berhutang atau blacklist dengan mana-mana telco yer 🙂
Ini pros and cons mengenai plan webe :

Pros

  • Unlimited data
  • Panggilan dan SMS percuma bagi semua rangkaian
  • Tiada kontrak
  • Penghantaran percuma
  • Menyokong semua telefon pintar, bagi ada LTE/4G Band 5 dapat manfaatkan kelajuan 4G/LTE tersebut. (Khabarnya webe sedang mengembang LTE/4G Band, so bersabarlah)
  • Hanya perlu bimbangkan bateri sebab bateri tak unlimited hahaha
Cons
  • Signal sekejap ada, sekejap tiada seperti chipsmore, nyummy
  • Kelajuan kadang2 laju, kadang2 slow (laju2 ampa nak pi mana? benda tak habis kan hahaha)
  • Untuk mengekalkan no lama, hanya pemegang akaun sahaja, jika yang lain sila tukar no anda kepada pemegang akaun baru boleh kekalkan no lama 😛
  • Live chat pun macam chipsmore, tapi bila ada tu dia menjawab persoalan kita 🙂
Ini pula lampiran mengenai maklumat tambahan webe yang dikongsikan oleh Redwave, thanks bro!
Part 1

Itu saja tinjauan saya mengenai webe ini, jika ada sebarang persoalan dan pendapat, sila komen kat bawah ye?
Untuk pengetahuan semua, OMG! Hackers? tidak dibayar atau ditaja oleh webe tau! 🙂
Maaf sekiranya terdapat info-info yang salah, terima kasih sudi membaca artikel ini 😀
P/S : untuk info lebih lanjut, sila layari laman sesawang ini untuk FAQ, dan webe agreements 🙂
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x